skip to main | skip to sidebar
this is me

Thursday, November 29, 2007

.:kata-kata:.

manusia selalu buat kesilapan. antaranya, mengeluarkan kata-kata yang kemudiannya akan membuat mereka menyesal, dan berharap mereka takkan dan tak pernah mengeluarkan kata-kata tu. tapi tu semua dah terlambat. kata-kata sudah pun dilontarkan dan orang sudah pun terasa. bila dipikirkan semula, kan lebih baik kalau kita berdiam diri dan hanya bercakap bila perlu? note to self: think before you talk..


tulisan hayati sekarang dah pukul 2:46:00 PM Thursday, November 29, 2007 2 orang dah komen

Friday, November 23, 2007

.:orang itu:.

tak perlu mencari secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman,
mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha,
tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tak sehebat Siti Hajar,
dan mengapa di dambakan teman hidup yang sesempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri,
bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu, selamanya..
hmmm siapa agaknya orang itu?

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:56:00 AM Friday, November 23, 2007 0 orang dah komen

Monday, November 19, 2007

.:berjaya:.


akhirnya, aku dah tamat diploma dan secara rasminya, aku da konvo sabtu lepas. memang perasaan yang sangat-sangat lega. segala penat dan duit yang aku curahkan untuk ambik dip ni rasa berbaloi. bergenang air mata time tgk slide show sebelum mula sidang. perjalanan itu bukan mudah, tapi pengakhirannya amat indah. bukan senang nk sarung jubah tu, walaupun hanya sehari.. tapi memerlukan 3 tahun untuk dapatkan dia, emosi n tekanan yang bermacam-macam. akhirnya, impian itu menjadi realiti. tapi, perjuangan ini masih belum selesai dan masih panjang untuk sampai ke penghujungnya. aku dah bersedia untuk memulakan perjuangan fasa kedua, hmm.. bila agaknya?

tulisan hayati sekarang dah pukul 4:57:00 PM Monday, November 19, 2007 0 orang dah komen

Monday, November 12, 2007

.: kebengangan:.

Ari ni, kesabaran aku diuji lagi. Semua staf division aku outstation, tambah sorang lagi yang tengah bercuti. So, tinggallah aku yang kena buat keje-keje kuli. Mula-mula kena sediakan bahan untuk survey, yang tu takpelah sebab aku memang nak tolong kawan. Tapi yang tak sedap ni, lepas satu, satu keje yang datang. dan yang aku bengang, aku tak dapat buat keje aku untuk satu hari ni. Ari ni akulah jadi tukang potostet, minah despatch dan semua keje-keje kuli yang lain.

Sabarnye aku! dah la kebetulan ari ni pulak, aku pakai high heel, kononnnya nak biasakan diri time konvo nanti.. tapi aku jugak yang merana, terpaksa tawaf holdings 3 kali! Abes melecet kaki aku.. and now I’m stuck in the office sebab nak kena potostet survey untuk 160 copies. Nasib baik keje aku hanya tunggu, let machine do the rest..

Itulah dia.. kisah seorang kuli. Kesimpulan yang aku dapat ari ni; boss can tell you what to do, and a ‘kuli’ has to do what they’ve been told. So, janganlah jadi kuli, blaja rerajin untuk jadi bos. Dan bile korang jadi bos nanti, jangan main order je kat pekerja bawahan tu, dan janganlah nak susahkan orang lain..

tulisan hayati sekarang dah pukul 7:08:00 PM Monday, November 12, 2007 2 orang dah komen

Wednesday, November 7, 2007

.:raya:.

bulan syawal pun da sampai ke penghujungnya, tapi raya tetap raya. ari ni dept aku buat open house. memang meriah dari segi persiapan dan makanan dia. semua staff dept memakai baju raya yang bertemakan hijau, memang best n sporting. kali ni kitorang buat sistematik skit untuk mengelak makanan xcukup dan pembaziran. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan xdengar komplen psl mknan skit @ xcukup. cuma air je yg tak cukup, tambah pula makanan pedas-pedas.

kali ni jugak, i found another interest, snap a pic.. sebelum ni memang aku minat untuk tgk gambar yang di snap dari pelbagai sudut, cuma tunggu masa je. nah, ni la hasil yang tak seberapa..

lauk-pauk di checkpoint aku

muffin yang sedap, tapi aku sempat tangkap gambar je.. tak sempat nak rasa

muffin yang pelbagai kaler dan perisa


selamat hari raya..


tulisan hayati sekarang dah pukul 5:06:00 PM Wednesday, November 7, 2007 0 orang dah komen

Tuesday, November 6, 2007

.:terluka:.

hatiku terluka lagi. pedihnya tak siapa pun yang tahu, cuma aku dan Yang Esa saja yang tahu dalam hati ini. kata-katanya setajam pedang yang menembusi hati.. perbuatannya jelas menunjukkan anggapannya tentang diriku. hati ini tidak mampu lagi menahan segala dugaan yang Maha Hebat ini. sampai bila aku harus bertahan? perlukah aku menjauhkan diri darinya? dia antara orang yang paling aku sayang dan dia sangat mengambil berat tentang diriku. aku sayang dia! tapi kenapa kami masih saling melukai hati masing-masing?

tulisan hayati sekarang dah pukul 8:28:00 AM Tuesday, November 6, 2007 2 orang dah komen

Monday, November 5, 2007

.:cantik:.

apa erti cantik bagi anda? statement iklan dove tu buat aku terpikir. bagi aku, cantik itu adalah keyakinan. kalau seseorang tu berasa yakin dengan diri dia, dia tak kisah apa yang orang cakap pasal diri dia sebab dia yakin pada diri sendiri dan terima diri seadanya. tapi, kalau terlampau yakin sangat pun susah jugak! dah jadi lain pulak tu..

tambah pulak, tadi aku sempat tengok rancangan 3R. memang buat aku terpikir tentang banyak perkara. dalam 3R, dia ada kupas topik tentang cantik. cantik sangat subjektif, terpulang kepada individu nak takrifkan cantik itu camne. cantik tu tak semestinya sempurna, tapi cukuplah dengan bersyukur dengan apa yang kita ada. kalau kita ada kekurangan, terimalah ia dengan baik sebab kekurangan tu mungkin jadi kelebihan pada orang lain. tapi yang paling penting, kita kenalah rasa selesa dengan diri kita sendiri, apa yang kita pakai, percakapan kita, jadi diri sendiri.. tapi yang lebih baik, bukan cuba untuk jadi someone that we're not.. hmm..

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:08:00 AM Monday, November 5, 2007 0 orang dah komen

Sunday, November 4, 2007

.:annual dinner:.

seperti yang aku tulis sebelum ni, ada annual dinner pada mlm sabtu lepas. aku beruntung berpeluang untuk berada dalam majlis company mlm tu sebab dengar khabarnya yang dinner tahun ni adalah yang terakhir. maybe there will be other dinner but after 2 or 3 years later, who knows.




back to retro

anyway, kebetulan pulak, tahun ni ada pulak theme, 'back to retro'. apa lagi, kalau dah namanya retro, mestilah trend pakaian dari tahun 50an-80an. bila dah sampai di picc, putrajaya (tempat diadakan annual dinner), mula-mula aku memang amazed dengan design di picc itu sendiri dan keduanya, gaya pakaian yang digayakan oleh semua pekerja company. pada sesiapa yang melaram sakan, memang akan rasa sangat tercabar kerana hampir kesemua orang memang sangat sporting and supportive menggayakan pakaian retro. aku tidaklah terlampau melaram, cukuplah dengan pakaian biasa yang retro skit. terhibur sebenarnya bila kita melihat semua orang cuba untuk mendapatkan perhatian yang lain. aku tak tahulah nilai sebenar berapa manusia yang boleh dimuatkan dalam hall picc tu, tapi malam itu, dalam anggaran seribu orang, kita mesti dah dapat bayangkan ragam manusia yang memenuhi dewan picc tu. pelbagai ragam dan cara pakaian, manusia yang pelbagai umur, memang seronok melihat semua itu sehinggakan aku tak teruja sangat untuk melihat artis2 yang datang buat persembahan. after all, this is my first time hadir dalam majlis-majlis macam ni.



anak dara HR

makanan yang dihidangkan, chinese food. biasa saja, kena pula dengan orang melayu macam aku, tapi dah tu rezeki, makan jugakla. kenyang tak kenyang, tu semua belakang kira. tapi yang paling puas ati, kitorang dapat lepas gian tangkap gmbr puas-puas. paling tak tahan, posing amal yang memang daring + sporting. lps tu ada lucky draw lagi, malangnya, meja aku semuanya xde rezeki nk dpt hadiah, kesian..

tulisan hayati sekarang dah pukul 1:19:00 AM Sunday, November 4, 2007 2 orang dah komen

Friday, November 2, 2007

.:bingit:.

tiba-tiba opis hari ini jadi sangat bising dan kelam-kabut. orang berkumpul di sana sini dan mengguna suara yang kuat dan nyaring. ahh!! bisingnye.. aku nk buat keje ni, mentang-mentang malam ni annual dinner and everybody exciting bout that, but please, respect others!

uh, i need sum space..

tulisan hayati sekarang dah pukul 4:26:00 PM Friday, November 2, 2007 0 orang dah komen

.:open dept:.

sempena dengan bulan raya ni, every week ada je dept yg buat jamuan makan hari raya. selasa lepas, ada satu dept yang buat jamuan besar-besaran dan dah jemput satu holding utk datang memeriahkan majlis. malangnya on that day, aku tak sihat dan tak dapat nak datang opis. so, rasa frust tu mmg adalah skit. diorg dah hantar email jemputan dari minggu sebelumnya lagi dan persiapan yang grand memang dah siap beberapa hari sebelum majlis. xpelah, mungkin bukan rezeki aku, apa nk buat..

esoknya semua yang pegi ke majlis tu terkena food poisoning. cirit birit dari tengah malam sampai ke ofis. lucky me..

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:05:00 AM 0 orang dah komen
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

aku

My photo
hayati
ini tulisan hati..
View my complete profile

yg sudah lepas

  • ►  2013 (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (9)
    • ►  September (2)
    • ►  July (3)
    • ►  May (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2011 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  February (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (67)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2008 (44)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (5)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ▼  2007 (28)
    • ►  December (5)
    • ▼  November (10)
      • .:kata-kata:.
      • .:orang itu:.
      • .:berjaya:.
      • .: kebengangan:.
      • .:raya:.
      • .:terluka:.
      • .:cantik:.
      • .:annual dinner:.
      • .:bingit:.
      • .:open dept:.
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

kengkawan

  • life of mine
    This journey is about ...
    7 years ago
  • Ceritera Warna Warni Kehidupan
    Saran Memasak Untuk Membantu Anda Untuk Memimpin Hidup Baik
    10 years ago
  • Angela's bloggie || http://angelalpev.blogspot.com
    13 albums of 2013.
    11 years ago
  • ^ sUaRa TaNpA bUnYi ^
    ^ sYukuR ^
    12 years ago
  • pocket full of sunshine
    151 days!
    12 years ago
  • :::.listen to my heart.:::
  • permulaan

singgahan tetap

  • Freewebcomic
    PHP Web Development Beneficial For Online Business
    2 years ago
  • Perempuan Jomblo
    Dah besar dah
    7 years ago
  • Work Hard Play Hard
    Sedia Keripik Pare Tidak Pahit
    10 years ago
  • ini fynn jamal cakap.
    kontradiksi
    11 years ago

mereka ini

 
© 2011 breakprimetime