skip to main | skip to sidebar
this is me

Thursday, February 16, 2012

makan makan: seafood jeram kuala selangor

dulu, aku ingat aku bukanlah penggemar seafood. kalau makan pun, satu jenis lauk tu dah cukup. dan aku tak berapa suka makan seafood sebab nanti aku akan konfem gatal, bahagian muka terutamanya. sehinggalah aku didedahkan pasal gejala makan seafood ni masa degree dulu. time tu pergi ramai-ramai, satu kelas, nak berbuka puasa. dan sejak dari hari tu, maka bermulalah episod aku sebagai penggemar seafood (atau boleh juga panggil penggemar makanan). alhamdulillah, alergik pada makanan laut ni tidaklah seteruk dulu.

dan tidak mudah nak cari makanan laut yang best (bagi aku yang murah, sedap dan besar), sebab kita bukannya tinggal tepi laut kan. lainlah kalau duduk kat semporna macam trip anak angkat aku dulu, macam-macam jenis ikan kau boleh jumpa, kulit warna warni, bentuk macam-macam segi, nama kau tak pernah dengar, lobster bawah RM100 pun boleh dapat, semua ada.

jadi pilihan terbaik dan terdekat yang ada, tak lain di kuala selangor. memang sangat berbaloi untuk penggemar makanan laut kat sini. di sinilah korang boleh jumpa sotong sepanjang pergelangan tangan hingga siku, udang sebesar tapak tangan, ikan yang besar gedabak, di sinilah tempatnya!

dan ia pun macam dah menjadi satu tradisi untuk aku dan si dia, datang makan kat sini setiap kali habis exam atau presentation, lebih kurang macam melepas geram. setiap kali datang, kitorang akan order menu yang sama dan binatang yang sama. cukup.

pembuka selera: kerang bakar.

hidangan utama: ketam masak cili, udang goreng butter, sotong goreng tepung, kepah masak cili.

dan ikan gerut bakar.
memang kenyang terbungkang sampai tengahari esoknya.

tempat ni ada dua restoran yang besar, satu aroma dan satu lagi muara ikan bakar jeram. bagi aku, dua-dua menepati citarasa aku; ada yang murah sikit dan rasa pun kurang sikit. satu lagi sedap sikit dan mahal sikit. terpulang, duit atau rasa? ada satu kali, aku terpandang bil satu pasangan yang bawak family makan (agaknya), bilnya sampai RM500+ ! pengsan kalau aku yang kena bayar @.@. tapi memang berbaloilah setiap sen.

persekitaran kedua-dua restoran ini pun amatlah selesa. sesuai untuk makan ramai-ramai. kalau datang dua orang pun duduk meja besar jugak. kalau di aroma, ada beberapa gazebo kalau korang nak makan bersila dan dekat dengan laut.

ini masa makan dengan classmate master, di muara ikan bakar jeram. tempat memang luas.

yang bestnya makan di sini, selain dari makanan laut yang sedap, surau dan tandas ada, pemandangan pun cantik. sebab dekat dengan laut, dengan angin laut yang menghembus lembut, best! ada satu kali di aroma, kitorang dapat duduk dekat anjung, dekat dengan pantai. tengoklah betapa dekatnya pantai dengan tempat makan kitorang, sampai aku pulak yang takut kalau air naik lagi, sebab masa tu air pasang.



dah rasa macam makan dekat restoran terapung.

lebih-lebih lagi kalau nak terbenam matahari tu. boleh la layan perasaan romantik sikit, walaupun agak susah bila tangan dan mulut penuh dengan makanan. 



kali terakhir kami pergi, dapat duduk bawah khemah ni je. masa tu pulak hujung minggu, memang ramailah orang datang bawak keluarga. aku sarankan sesiapa yang nak bawak family tu, sila buat tempahan dulu, nanti putih mata kalau takde tempat duduk, melainkan kamu sanggup tunggu.

dapat duduk hujung restoran je

jalan nak ke tempat ni pun senang sahaja. taipkan jeram kuala selangor samada di garmin atau di locations untuk pengguna android, dan ia akan tunjukkan jalan yang betul, senang kan? tol dari shah alam hanya RM0.60 sahaja (kalau tak silap).

haiiiih~ bila nak datang sini lagi?

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:06:00 PM Thursday, February 16, 2012 3 orang dah komen
Labels: dia, makan-makan

Wednesday, February 15, 2012

masa-masa yang sempit


terima kasih Tuhan, atas masa yang Kau berikan. sungguh, aku memang manusia yang terlalu banyak kelemahan, terutamanya dalam pengurusan masa. jadi komplikasinya, banyak benda yang aku terpaksa abaikan dan salah satunya, ialah dengan meninggalkan blog. jadi bila nak mula menulis kembali, mungkin agak kekok sikitlah.

sepanjang tempoh blog-hibernasi aku, sebenarnya aku sibuk sangat nak habiskan pelajaran aku. bab itu, nanti aku ceritakan kemudian. tunggu keputusan rasmi yang keluar sikit masa lagi. ini belum bekerja, berkahwin atau ada anak lagi. tak taulah betapa sibuknya aku nanti.

insyaAllah, hari-hari yang akan datang akan menjadi lebih baik, dan akan lebih banyak cerita di sini.. dan semoga blog ini akan terus hidup untuk mengukir kenangan dan hidup aku. :)

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:24:00 PM Wednesday, February 15, 2012 0 orang dah komen
Labels: muhasabah diri

Thursday, December 8, 2011

Pelangi untuk yang teristimewa



Minggu lepas, harijadi seseorang yang sangat aku sayang. Nak beli hadiah, tapi duit tak sampai 8 juta. Jadi apa yang aku boleh buat ialah dengan menunjukkan kasih sayang.

Aku tunjukkan kasih sayang dengan buat sesuatu yang aku suka, though I am not very good at it. Jadi dalam kesibukan menyiapkan thesis yang sangat hampir dengan tarikh matinya, aku cuba jugak tunjukkan kasih sayangku (muntah!)

i know that 'someone special' loves cupcakes than cakes, and vanilla compared to chocolate. there u go, lil' birthday present, with some touch of love :P

walaupun buat cupcakes vanilla, tapi kenapa nampak macam chocolate cupcake? (itu namanya technical error, i never thought that combination blue and red color will produced brown color instead of purple, salah ratio kot T-T)



inside (jangan sesekali menilai buku dari kulitnya tahu?) :D

Selamat hari jadi pelangiku, love u~






tulisan hayati sekarang dah pukul 8:30:00 AM Thursday, December 8, 2011 4 orang dah komen

Wednesday, November 16, 2011

syukur


sibuk. yelah, manusia sekarang terlampau sibuk. sampaikan suri rumah pun sibuk. mana tak sibuk, duduk di rumah tapi berbisnes. orang di pejabat, tak kurang juga sibuk. kerja 8 jam terlampau sikit sampai kadang-kadang terpaksa sambung ke malam. atau hari minggu. itu belum campur dengan pekerja yang belajar separuh masa. tapi dalam kesibukan bekerja dan urusan seharian, berapa ramai yang sempat bersyukur atas nikmat Allah?

1) bila kita letih, berapa ramai yang bersyukur bila dapat tidur dan menghilangkan penat? dapat bangun lagi pada esok harinya untuk sambung dengan kesibukan harian.

2) bila kita rasa lapar, berapa ramai yang bersyukur bila kita dapat mengisi perut, biarpun apa yang kita makan itu bukanlah dari kategori makanan kegemaran kita?

3) bila perut kita memulas dan tidak sabar-sabar untuk mengeluarkan hasil dari sistem penghadaman yang lancar, berapa ramai yang bersyukur kerana dapat mengeluarkan hasil itu dengan jayanya?

4) bila kita memandu, berapa ramai yang bersyukur bila kita sampai ke destinasi dengan selamat?

5) bila Dia luaskan rezeki kita sedikit untuk membeli belah, berapa ramai yang bersyukur dengan nikmat bershopping?

6) bila apa yang kita mahukan sangat-sangat, dan bila kita minta pada Dia, ditunaiNya pula, berapa ramai yang bersyukur dengan nikmat itu?

syukur.. syukur Tuhan. walau apapun dugaan yang datang, terima kasih dengan nikmatMu yang terlampau banyak :)


tulisan hayati sekarang dah pukul 12:22:00 AM Wednesday, November 16, 2011 0 orang dah komen
Labels: muhasabah diri

Friday, September 30, 2011

bila casing handphone pun ada kulit babi


baru-baru ni bila terbaca post ni, aku pun macam, "woo, sandal budak sekarang pun dah ada kulit babi". memandangkan aku jarang membeli kasut disebabkan oleh saiz kaki yang melampau besarnya, dan juga dompet yang hanya beli 2 tahun sekali (atau sehingga dompet bocor), jadi aku fikir ini adalah langkah yang perlu aku ambil BILA nak beli dua benda ini sahaja.

sehinggalah pada suatu hari bila encik ehem nak membeli casing untuk handphone yang menjadi kesayangan barunya. casing tu menjadi pilihan sebab dah dia memang berkenan, dah siap google dan mencari mana kedai yang jual. bila dah jumpa dan beli,dan menggunakan casing tersebut selama lebih kurang 5 hari.

dan pada hari ini, setelah tuan punya casing ada masa untuk membelek casing kesayangan sepenuh hati, ini yang dia nampak:



kulit babi itu digunakan di bahagian dalam, sama jugak macam kalau penggunaan pada kasut kulit. bila tengok di luar, memang tak sangka ia dari kulit babi.



bila dah terjadi pada diri sendiri, baru tergamam. kelam kabut mencari kepastian samada perlu samak atau tak. takkan nak samak handphone baru dia pulak kan? dan jawapan yang sepakat untuk meyakinkan diri adalah perlu menyamak tangan dan bahagian muka/ telinga yang bersentuh dengan casing tersebut. dan aku sebagai pengguna kedua terbesar perlu samak tangan sahaja. lepas tu, kes mencari tanah liat pulak. mana nak cari tanah yang bersih. nasib baik HPA ada jual tanah liat yang boleh guna untuk tayammum. bila tanya pada penjual tu, memang boleh guna untuk samak. alhamdulillah, mudah kerja :)

sumber (RM8 untuk bukan ahli, RM6.50 untuk ahli seperti aku)
jadi berhati-hati pada sesiapa yang nak beli casing, sandal, dompet atau apa-apa barangan yang berkaitan dengan kulit binatang. beli mahal-mahal tapi tak boleh nak guna, memang ralat sangat.

p/s: ramai orang kata (dari hasil komen di blog noe dan hasil bacaan internet), tak perlu samak kalau diikutkan mazhab lain, tapi memandangkan kita punya aliran mazhab ialah Imam Syafie, jadi lebih baik kita ikut sebaik mungkin (tak tukar2 mazhab melainkan jika disarankan seperti melakukan tawaf) dan lebih baik kita samak. samak pada persepsi aku ialah untuk menghilangkan kotoran memegang kulit babi, termasuk keraguan dalam diri. wallahualam.

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:47:00 PM Friday, September 30, 2011 3 orang dah komen

Monday, September 12, 2011

.: hai lah hati :.

manusia mana pun tak pernah ada yang sempurna, melainkan para nabi dan rasul. sebaik mana kita pun, seredha mana pun kita dengan apa yang kita ada, tak mungkin ada yang terkecuali dari mempunyai secalit rasa iri.

aku pun sama. kadang-kadang rasa iri dengan kawan-kawan yang sudah bekerja, ada yang sudah stabil pekerjaannya. punya pendapatan yang dikongsi dengan ibu bapa. ada yang sudah
mencapai impian bila sudah bekerja. sudah berkira-kira bila mahu menaiktaraf kehidupan seperti berkahwin, membeli kereta atau membeli rumah. kagum? *sudah mesti!* cemburu? *err, ada sedikit* rendah diri? *lebih banyak dari cemburu*

aku masih belajar sepenuh masa, tanpa ditaja oleh mana-mana badan melainkan badan mak dan abah, masih belum punya pekerjaan, apatah lagi pendapatan. ohh, perjalanan aku masih jauh :(

setelah membaca beberapa artikel untuk memuhasabah diri dan juga pengaruh dari k-drama, series negara barat dan drama tv3, aku rasa perasaan cemburu di dalam dunia ini ada beberapa jenis iaitu:

1) cemburu melampau nak mamp sampai kau nak musnahkan hidup dia. jeles sebab orang tu lebih cantik @ baik dari kau. sanggup fitnah dia bukan-bukan, kucar-kacirkan hidup dia, pregnant anak luar nikah dengan boyfriend dia (k-drama: thorn birds)

2) cemburu sederhana jahat. walaupun tak sekejam cemburu kategori 1, tapi mendoakan yang hidup orang yang kita cemburu tu tak bahagia, ada masalah lain dalam hidup dia.

3) cemburu dan tidak putus asa menjadikan ia inspirasi untuk berjaya.


tapi bila aku baca sumber dari sini, walaupun kesnya berbeza dengan skop aku, tapi sekurang-kurangnya aku lega. untuk sementara ini. lega untuk terus meneruskan hidup aku sekarang dan bersyukur dengan apa adanya.

dan aku sertakan di sini perkara untuk memujuk hati sendiri (aku ini pelupa, jadi ini menjadi peringatan untuk diri aku sendiri)

1) belum tentu itu yang terbaik untuk aku

jika aku bukan seorang pelajar, belum tentu aku akan mendapat pekerjaan. mungkin keadaan akan menjadi lebih teruk jika aku sudah tamat pengajian dan masih menjadi seorang bibik tetap di rumah. dan belum tentu jika aku sudah mendapat pekerjaan, nasib aku akan jadi seperti orang lain. aku ada seorang kawan sekolah rendah bernama lela. cita-citanya menjadi seorang guru. biarpun dia sudah selesai dengan diploma, tetapi dia masih rela untuk menyambung pengajian di UPSI selama hampir 5 tahun (sama tempoh dengan pengajian degree dan master aku), semata-mata kerana ingin kejar impiannya. dia rela walau berapa lama pun, asalkan dia menjadi seorang guru. aku hormat dia kerana itu. :)

2) setiap orang ada takdir dan rezeki yang berbeza

setiap orang, tidak kira betapa samanya jurusan, kelulusan, kampung, tarikh lahir, hobi atau muka kamu sekalipun, takdir tuhan ke atas setiap dari kita berbeza. tidak semestinya kawan sepengajian dari upsr hingga ke degree akan mendapat rezeki yang sama macam kita.

3) yakin dengan ketentuan Allah

setiap apa yang berlaku pada kita ialah yang terbaik dari Allah. takdirNya penuh rahsia dan kita sebagai makhlukNya kena mencari hikmah di sebalik ketentuan. mungkin rezeki aku tak seperti kawan-kawan yang awal tibanya. mungkin aku ini ujiannya lama. atau mungkin kerana kawan itu sudah lama tunggunya. atau mungkin ada lebih besar ganjarannya untuk aku. banyak sangat kemungkinan untuk aku yakin dan sabar dengan takdir ini.

dah, tu jelah kot. aku percaya rasa rendah diri itu patut wujud. supaya kita tidak menongkah ke langit. supaya kita sedar di mana diri kita berada. tapi bukan terlalu merendah diri sehingga tidak mahu berusaha untuk memberi yang terbaik dalam apa jua hal. bukan juga terlalu cemburu sehingga membusukkan hati dan membencikan sesiapa pun. jadikan apa yang kamu cemburukan itu sebagai semangat, sekurang-kurangnya jika kamu tidak boleh menjadi lebih baik dari dia, jadikan kejayaan dia sebagai gol kamu; bukan untuk dibanding-bandingkan, bukan juga untuk menjadi riak (menunjuk-nunjuk bila kita juga telah berjaya), tapi untuk membuktikan bahawa kamu juga sebaik makhluk Allah yang lain dan kamu juga boleh berjaya bila ada usaha. tapi ingat, buang rasa jauh-jauh rasa riak bila kamu rasa kamu sudah berjaya.

dan macam biasa, dari perspektif mak, cara untuk kita mengatasi rasa-rasa negatif itu ialah dengan solat untuk penyucian jiwa. sila buat solat dhuha dan tahajjud banyak-banyak ye~


tulisan hayati sekarang dah pukul 8:26:00 AM Monday, September 12, 2011 0 orang dah komen
Labels: muhasabah diri

Wednesday, September 7, 2011

bersalin

setelah beberapa lama menggunakan layout lama, akhirnya bertukar jugak layout untuk blog yang tak semenggah ni.

selamat jalan romeo~

tak payah cerita pasal betapa lamanya aku berangan-angan nak tukar layout baru, tapi apa yang lainnya pasal layout ini dari layout sebelum-sebelum ni adalah lukisan header dan footer dilukis oleh encik ehem sendiri. sebelum ni aku memang ada masalah dalam adjusting width untuk section post. kesannya akan menyebabkan gambar kita nampak kecil walaupun dah pilih size yang paling besar. tak tahulah samada aku ni memang orang zaman batu yang tak reti nak tengok kod CSS atau pun dia memang rajin nak tengok kod. apapun, masalah itu sudah diselesaikan.

(btw, dengan menggunakan interface baru blogger, saiz boleh diperbesarkan dengan berganda-ganda. hanya klik gambar setelah diupload, dan di bawah tu akan ada saiz yang kita nak, senangnyaa~)

sesiapa yang teringin nak merasa encik ehem melukis untuk anda, sila klik link di footer ye (cari dengan mata hati, bukan dengan mata kasar)

tapi walau apa pun, pengisian blog ini masih tergendala nampaknya.. haihh

tulisan hayati sekarang dah pukul 3:24:00 PM Wednesday, September 7, 2011 0 orang dah komen

Monday, August 29, 2011

.: pengaruh :.


bila duduk di rumah bersama keluarga pada bulan ramadhan yang lepas, memang lain dibandingkan bila kita duduk berasingan. perbezaan yang paling ketara bagi aku:

bila kita puasa bersama keluarga di rumah, tak rasa macam raya pun. melainkan kalau kau tengok tv hari-hari yang ada lagu raya. kalau tak, memang tak terasa. rasa macam best sangat ramadhan. rasa macam nak puasa lagi lama-lama. baru-baru ni bila aku sembang dengan dia, baru perasan lagi 3 hari nak raya. la, dah nak raya dah?

bila kita puasa di luar dan berjauhan dengan keluarga, baru seminggu puasa macam dah tak sabar nak raya. sebab nak balik kampung jumpa keluarga. nak makan ramai-ramai. nak jumpa semua orang.

tapi, walau kat mana pun kita berpuasa dan bagaimana pun kita nak sambut aidilfitri, semoga ramadhan yang akan berlalu ni sedikit sebanyak telah mengubah kita menjadi orang yang lebih baik dari sebelum ni. jika tak setinggi bukit pun, cukup untuk kita tahu yang kita ada perbaiki kelemahan diri kita. dan semoga kita dipanjangkan umur untuk berjumpa dengan ramadhan yang akan datang pada tahun-tahun yang akan datang.

dan kepada yang sedang menyambut aidilfitri. selamat berhari raya. minta maaf kalau ada sesiapa yang pernah terasa dengan penulisan aku. kadang-kadang aku tulis untuk peringatan untuk diri sendiri, tapi ada pulak yang terasa hati. minta maaf sangat-sangat.

salam lebaran :)


tulisan hayati sekarang dah pukul 4:50:00 AM Monday, August 29, 2011 0 orang dah komen

Monday, August 1, 2011

.: mengejar cinta :.

seminggu sebelum ramadhan, memang aku tak tenteram. duduk, baring, tidur, berjalan, semua ada yang tak kena. masuk tidur pukul 1, sampai ke subuh baru lena. bermacam gaya tidur pun masih tak boleh lena. masak selalu takde mood. mengemas apatah lagi. mandi pun kalau rasa nak mandi. oh, terasa sebijik seperti orang tak terarah hilang haluan.

bila tak tenteram, secara tak langsung, fizikal memang terganggu. muka nampak penat, rambut macam singa, cepat marah, cepat hilang mood, alergik pun makin menjadi-jadi.

satu hari, mak tengah masak-masak di awal pagi sebab nak bawak makanan untuk potluck office, aku turun bawah (ingat nak tolong mak, tapi end up dengan aku hanya duduk memerhati). sembang punya sembang, sehingga termasuk perihal diri aku yang tak semenggah ni.

mak manalah yang akan berdiam bila tengok keadaan anak dia macam homeless and heart-broken macam aku ni. apa lagi, segala macam cerita pengajaran dan nasihat dan petua dan macam-macam lagi keluar. kami sembang dari pukul 4-6 pagi, aku mampu tergelak sampai ke telinga. tapi tentulah yang paling terkesan ialah cerita ketuhanan. kadang-kadang kita tak sedar pun prestasi ibadat diri kita. kita rasa kita dah buat sebaik mungkin, tapi sebenarnya kita kekurangan benda yang terpenting.

dan beberapa hari sebelum ramadhan, aku ambil nasihat mak. aku implement kata-kata dia, aku lebih rapat dengan Dia, lebih dari biasanya. dan bila itu terjadi, oh my.. tiada kata-kata yang kau dapat cari untuk gambarkan betapa bertuah dan tenangnya bila kita menjadi seorang muslim. yang kita ada tempat untuk berpaling bila kita rasakan seperti kita keseorangan dalam dunia ni. hati yang kosong dipenuhi semula. dengan kasih sayang, dengan ketenangan, kegembiraan, satu persatu benda yang hilang datang semula.

mungkin Dia hilangkan sesuatu dari hati aku supaya aku mencariNya semula, dan mungkin ramadhan kali ni peluang terbaik untuk aku kembali mengejar cinta Ilahi :)

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:58:00 PM Monday, August 1, 2011 2 orang dah komen
Labels: muhasabah diri

Friday, July 22, 2011

.: penat :.

pernah tak, kau rasa macam penat nak jaga perasaan manusia?
penat nak buat macam-macam tapi takde langsung apresiasi untuk kau?

pernah tak kau rasa macam halimunan?
yang mana kalau kau takde pun semua orang boleh hidup bahagia macam biasa.

pernah tak kau rasa macam nak lari dari semua yang kau ada sekarang?
supaya nanti bila takde apa-apa, baru kau boleh hargai apa yang kau hilang tu. atau supaya ada orang terasa kehilangan kau.

pernah tak kau rasa macam nak mulakan hidup dari satu titik kosong. zero. tanpa ada apa-apa dan mula mendaki semula?

pernah tak?

aku pernah rasa.































sekarang.

tulisan hayati sekarang dah pukul 3:39:00 AM Friday, July 22, 2011 2 orang dah komen
Labels: perasaan
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

aku

My Photo
hayati
ini tulisan hati..
View my complete profile

yg sudah lepas

  • ▼  2012 (2)
    • ▼  February (2)
      • makan makan: seafood jeram kuala selangor
      • masa-masa yang sempit
  • ►  2011 (33)
    • ►  December (1)
      • Pelangi untuk yang teristimewa
    • ►  November (1)
      • syukur
    • ►  September (3)
      • bila casing handphone pun ada kulit babi
      • .: hai lah hati :.
      • bersalin
    • ►  August (2)
      • .: pengaruh :.
      • .: mengejar cinta :.
    • ►  July (1)
      • .: penat :.
    • ►  June (2)
      • .: research menarik :.
      • .: risiko :.
    • ►  May (8)
      • .: facebook oh facebook :.
      • .: sayangnya Dia :.
      • .: untuk yang teristimewa :.
      • .: tumpang sekaki :.
      • .: multithreading :.
      • .: makan makan-popeye's lousiana kitchen :.
      • .: pengakhiran :.
      • .: halangan :.
    • ►  April (2)
      • .: rancangan hari ahad :.
      • .: penggunaan kata :.
    • ►  March (5)
      • .: minta maaf :.
      • .: sahabat :.
      • .: sebilik berdua :.
      • .: busuk hati :.
      • .: aku yang gelabah :.
    • ►  February (7)
      • .: mari memasak- part 1 :.
      • .: sedihnya :.
      • .: aku marah? :.
      • .: rindu :.
      • .: idea :.
      • .: rangkaian sosial :.
      • .: filem :.
    • ►  January (1)
      • .: kuasa :.
  • ►  2010 (23)
    • ►  December (5)
      • .: degil :.
      • .: dasar manusia :.
      • .: muhasabah diri :.
      • .: pendapat :.
      • .: current :.
    • ►  November (3)
      • .: korban :.
      • .: mukadimah :.
      • .: tak larat :.
    • ►  September (1)
      • .: kemenangan :.
    • ►  August (4)
      • .: malam 22 :.
      • .: kemusykilan ramadhan :.
      • .: there's something about ramadhan :.
      • .: dah mula :.
    • ►  June (6)
      • .: kembali serabut :.
      • .: janji aku :.
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (67)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2008 (44)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (5)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2007 (28)
    • ►  December (5)
    • ►  November (10)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

kengkawan

  • :::.listen to my heart.:::
    wordless wednesday #12
    8 hours ago
  • pocket full of sunshine
    My favourite girl!
    3 weeks ago
  • ^ sUaRa TaNpA bUnYi ^
    ^ BeRcEnTa YaNg HaLaL - 1 ^
    3 weeks ago
  • Ceritera Warna Warni Kehidupan
    Cuti Hari Wilayah..Buat Apa Ye?
    5 weeks ago
  • Angela's bloggie || http://angelalpev.blogspot.com
    Memorable 2011: Happy Nyuu Nyaa!
    2 months ago
  • permulaan
    LaLu...
    1 year ago

singgahan tetap

  • Freewebcomic
    Ah Moi Chantek
    8 hours ago
  • Perempuan Jomblo
    Bukan Hipokrit...
    2 weeks ago
  • ini fynn jamal cakap.
    salam jumaat
    2 months ago
  • Work Hard Play Hard
    Terima kasih
    4 months ago

mereka ini

 
© 2011 breakprimetime