rasanya? macam budak masuk asrama first time. seminggu sebelum datang sini, hampir hari-hari aku menangis sebelum tidur. rasa macam jauhnya nak balik rumah nanti, ruginya tak dapat masak hari-hari untuk family, rindunya tak dapat tengok muka mak dan abah hari-hari. emo ok.. gua memang emo. ini bukan macam budak asrama yang masih boleh balik rumah bila cuti sekolah, atau macam student ipta yang boleh enjoy cuti di rumah. tapi ini tentang kemungkinan untuk menjadi tua di sini. pendek kata, aku memang sedih gilalah sebelum datang sini. memang dah banyak kali terfikir untuk balik ke tempat asal aku semula. aku bukan orang bandar sangat pun sampai tak boleh nak adapt dengan suasana kampung, tapi ini tentang berjauhan dengan family, kesayangan terbesar aku.
![]() |
over kau, siap ambik gambar landmark 'kampung' aku lagi |
tapi mesti ada orang kata, "tulah kau, siapa suruh mintak keje jauh-jauh?" macamlah kita sebagai manusia ada kuasa untuk tentukan di mana ada rezeki kita dan masa depan macammana yang kita nak. pernah beberapa kali jugak aku nekad, kalaulah rezeki itu bukan untuk aku, aku akan balik kl. tapi aku yakin, apa yang Tuhan bagi ni, punya hikmah yang perlu aku cari, dan paling terbaik untuk aku pada saat ni.
mula-mula aku datang sini, agak kejutan budaya jugaklah. selalu homesick, kerap sangat habiskan kredit cerita macam-macam kat mak. sini mana ada McD. sebut je burger king, carl's junior, tgi fridays, kenny rogers, nando's, big apple, jco, semuanya nan ado. sedangkan takoyaki pun masih ada yang tak tahu. perlis ni negerinya sangat reserved. jalannya tidaklah sebesar kl. mall yang paling besar di perlis pun kalau tak silap aku hanyalah di the store kangar dan di c-mart arau. kamdar dengan nagoya pun takde der, kena menziarah negeri sebelah (canelah gua nak beli kain tempah baju ni). dan memandangkan perlis juga merupakan negeri terpanas, memang kerjanya berpeluh sepanjang siang.
![]() |
jalan shortcut ke rumah aku dari pauh, one car at a time please! |
sekarang, setelah lebih 2 minggu, aku masih homesick, tapi alhamdulillah, beban kerja buat aku tak sempat nak syahdu-syahdu teringat family (tapi masih rindu!) dan ternyata bumi perlis tidaklah seperti yang aku bayangkan. bukan nak defensive ke apa, tapi walaupun tiada segala macam fast food tu, aku bersyukur jugak, maybe it's another way for me to lose weight la kan (walaupun makanan dia dah la sedap, murah pulak tu! mana nak dapat lunch RM3.50 kt kl?) walaupun jalannya tidak sebesar jalan di kl, tapi tidak pulak jem seperti di kl (full tank minyak kereta aku boleh tahan 2 minggu tu, best gile!) pergi kerja pagi-pagi boleh rileks keluar pkul 7.30, siap sampai sebelum pukul 7.40. tempah baju pulak cuma rm25 sahaja! *ternganga* asal dapat murah, kain baju aku sanggup beli masa balik kl. dan walaupun tiada mall yang gah dan berderet-deret macam di mutiara damansara, tapi itu tandanya aku boleh jimat duduk di sini. selamat berjimat cermatlah pada yang selalu terdedah pada godaan membeli belah di kl tu ye?
![]() | |
ada pasar tani dalam ladang getah ni pun dah buat aku cukup bahagia :) |
![]() |
alarm semulajadi bersama 3 isterinya yang selalu kejut aku bangun subuh dan teman aku jemur baju. (besar pahala kau ayam) |
![]() | ||
pemandangan sawah yang takkan pernah buat aku bosan |
2 orang dah komen:
oke..ko kerja perlis??????
since when?????
owh no..kenapa tak tau pun!
dis is jeles
amal, aku dah keje kt uitm perlis almost a month.. masih baru sangat2. jln dlm bangunan pun x hapal lg, dlm bangunan pun blh sesat tahu? adeeyyyy~
mesti la kau xtau, skrg ni bz spent time dgn encik susu kesayangan dia tu :P
Post a Comment