skip to main | skip to sidebar
this is me

Thursday, December 20, 2007

.:pengorbanan:.

hmm, tak boleh tido pulak malam ni.. dah la esok nak raya..

raya haji a.k.a raya korban, ramai yang kata kita bukan setakat kena korbankan binatang, tapi ia jugak perlukan pengorbanan dari jiwa kita sendiri. pengorbanan tu tak semestinya yang boleh dilihat, mungkin yang tak boleh dilihat tuh, lagik berat pengorbanannya.

harapnya tahun ni aku dapat mengorbankan sikap2 yang aku paling suka, tapi orang sekeliling aku cukup tak suka; tidur dan main game. besar tuh pengorbanan aku, tapi itulah yang sebaiknye. at least, dapat kurangkan pun dah dikira sebagai pengorbanan.

korang pulak, apa pengorbanan korang untuk tahun ni?

tulisan hayati sekarang dah pukul 3:37:00 AM Thursday, December 20, 2007 0 orang dah komen

Wednesday, December 12, 2007

.:hari-hari terakhir:.

Aku belum nak mati lagi kalau itu yang korang pikir bila tgk title post aku.. Cuma, minggu ni merupakan hari-hari terakhir aku di tempat aku bekerja. Walaupun banyak benda yang melanda aku sepanjang bekerja di sini, but it’s a life time experience. Aku berhadapan dengan pengalaman yang bukan sedikit, mencabar kesabaran aku yang tak sekuat mana dan merasai saat yang tak mungkin aku lupa.

Rasanya aku tak mungkin berpeluang untuk merasai situasi yang sama bila aku kembali bekerja. Aku meninggalkan kerja aku untuk menyambung cita-citaku yang semakin kabur, harapnya semangat itu kembali muncul. Maklumlah, dah lebih setahun tak bukak buku, dan lebih setahun aku lupa cara-cara untuk study smart. Hopefully aku boleh kembalikan saat seronok time study dulu.

Sedih sebenarnya nak tinggalkan my div. Walaupun everyday is a new day for me, tapi u guys had thought me a lot.. a looootttt!!

Kepada semua kengkawan aku, tak taulah korang baca ke tak post ni, tapi aku nak bagitau korang semua, terima kasih! Setiap satu dari korang banyak bentuk persepsi aku sekarang dan masa depan. Dan kepada kawanku yang tersayang (u know who u r), terima kasih sebab hadir dalam hidup aku dan jadi kawan yang baik. Kau tau kan cite aku takut sangat nak ada best friend? Tak tau la aku penah cite dulu ke tak, but now u know. Terima kasih sebab ajar aku bagaimana nak jadi kawan yang baik, terima aku seadanya. Aku akan rindukan saat-saat kita sama-sama belajar untuk jadik pekerja yang baik and stuff that we do together. Kalaulah aku boleh tunjuk kat kau terima kasih dan sayang aku kat kau.. i’m really gonna miss u. Harapnya, aku akan dapat kawan yang sebaik kau time study nanti..

Uh, tak habis-habis dengan jiwa sentimental! Anyway, though keje kat sini banyak tinggalkan kenangan, I’ve to admit yang aku lega sikit bila berhenti, dan sebab tu jugaklah aku ambik cuti awal 2 minggu dari tarikh tamat kontrak.. untuk cari ketenangan dan semangat belajar, huhu! See ya in another place, adios..

tulisan hayati sekarang dah pukul 5:19:00 PM Wednesday, December 12, 2007 1 orang dah komen

Wednesday, December 5, 2007

...

mm.. nak tulis apa ek? manusia ni, suka buat andaian sendiri.. dan selalunya andaian itu bersifat negatif. jarang sebenarnya kita mahu berfikiran yang baik-baik saja di dunia yang semakin zalim ini. tapi tidak semestinya manusia yang baik tidak wujud, cuma mungkin dia tidak muncul. tidak muncul untuk membawa kebaikan kepada orang sekeliling, tidak muncul untuk menunjukkan apa yang betul dan apa yang salah. kenapa? mungkin dia tidak berani untuk menegur kesalahan yang sering berlaku di depan mata, takut dipersenda, takut di pulau.. hmm.. macam tu pun ada ke?

tulisan hayati sekarang dah pukul 4:22:00 PM Wednesday, December 5, 2007 0 orang dah komen

Sunday, December 2, 2007

.:mak:.

Hari ni, genap umur mak 48 tahun, dan lebih setengah dari hidupnya itu dihabiskan untuk membesarkan dan mendidik kitorang. Apalah sangat ucapan terima kasih mahupun majlis besar-besaran jika dibandingkan dengan jasa dan kasih mak. Biarpun seumur hidup kami untuk dihabiskan berbakti dengan mak, semua itu takkan berbaloi dibandingkan dengan pengorbanan mak. Mak pernah tidak tidur malam kalau kitorg demam, risau pasal anak-anak dia, dan selalu mengalirkan air mata kerana kedegilan kitorang. itu belum campur dengan keperitan yang ditanggung semasa hendak mengandung dan bersalin. Mintak ampun mak.


Terima kasih sangat mak, sebab banyak ajar kami camne nak jadi manusia yang baik. Ampunkan semua dosa-dosa kitorang.. dan selamat hari jadi. Semoga Allah memanjangkan umur mak untuk melihat anak-anak mak yang degil ni untuk membesar. Dan semoga Allah memanjangkan umur mak untuk membenarkan kitorang balas jasa mak. Engah nak mak tau, kitorang sayang sangat dengan mak. sayang sayang sangat!

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:46:00 AM Sunday, December 2, 2007 0 orang dah komen

Saturday, December 1, 2007

.:kahwin:.


Burp! Alhamdulillah, cuti-cuti sekolah ni, banyak pulak jemputan kahwin yang menjengah ke rumah. Blh dikatakan setiap minggu, ada je kenduri kahwin. So, mintak maaflah jika ada kenduri yang aku tak dapat nak datang. Semoga perkahwinan kamu semua diberkati olehNya dan dilimpahi zuriat yang soleh dan solehah.. amiin..


tulisan hayati sekarang dah pukul 11:21:00 PM Saturday, December 1, 2007 0 orang dah komen
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

aku

My photo
hayati
ini tulisan hati..
View my complete profile

yg sudah lepas

  • ►  2013 (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (9)
    • ►  September (2)
    • ►  July (3)
    • ►  May (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2011 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  February (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (67)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2008 (44)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (5)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ▼  2007 (28)
    • ▼  December (5)
      • .:pengorbanan:.
      • .:hari-hari terakhir:.
      • ...
      • .:mak:.
      • .:kahwin:.
    • ►  November (10)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

kengkawan

  • life of mine
    This journey is about ...
    7 years ago
  • Ceritera Warna Warni Kehidupan
    Saran Memasak Untuk Membantu Anda Untuk Memimpin Hidup Baik
    10 years ago
  • Angela's bloggie || http://angelalpev.blogspot.com
    13 albums of 2013.
    11 years ago
  • ^ sUaRa TaNpA bUnYi ^
    ^ sYukuR ^
    12 years ago
  • pocket full of sunshine
    151 days!
    12 years ago
  • :::.listen to my heart.:::
  • permulaan

singgahan tetap

  • Freewebcomic
    PHP Web Development Beneficial For Online Business
    2 years ago
  • Perempuan Jomblo
    Dah besar dah
    7 years ago
  • Work Hard Play Hard
    Sedia Keripik Pare Tidak Pahit
    10 years ago
  • ini fynn jamal cakap.
    kontradiksi
    11 years ago

mereka ini

 
© 2011 breakprimetime