skip to main | skip to sidebar
this is me

Sunday, December 28, 2008

.:raikan cinta:.

aku dan cinta? Hmm, that’s another story.. yang aku nak ceritakan kat sini, majlis-majlis ‘cinta’ a.k.a kenduri kawin yang aku hadiri lately. Aku paling suka kenduri kawin, bukan sebab makanan.. tapi sebab aku nak melihat situasi kalau cinta itu telah diredhai dan direstui.. bagaimana orang di sekeliling kita, orang yang kita sayang meraikan cinta yang kita pupuk. Dan kali ni, yang membuatkan cinta yang diraikan lebih bermakna, I was chosen to be the bridesmaid. Aku jadi pengapit untuk sepupu aku, kali ni pny majlis 2 pasangan serentak dan kedua-duanya kakak sepupu aku (14 dec). Baru aku tau camne rasanya bila kita bersanding dan semua pandang kita, siap ada orang nyanyi2 lagi.. walaupun aku bukan orang yang diraikan, tapi cukup lah dengan berada di sisi orang yang diraikan, kita dah boleh bayangkan keadaannya. Ish, giliran aku kang camne la agaknya.. hee.. gatal lak!

anyhow, semuanya berjalan dengan lancar, dan cuaca pun Alhamdulillah, cerah di musim2 hujan ni..


the next week (21 dec), aku pegi kenduri akak best friend aku pulak. Aku kenal dengan semua akak nazi sejak dip lagi, sempat tgk akak yang no 2 kawin, kali ni yang no 3 kawin pun aku sempat tengok, mintak2 aku panjang umur untuk hadir semua majlis kakak2nya sampailah giliran dia.. aminn.
Disebabkan adik beradik nazi semuanya perempuan dan mungkin sebab tiada calon yang lebih baik, nazi jemput sorang best friend kami, daus untuk jadi pengapit belah lelaki; kebetulan yang sangat kebetulan, daus jadi pengapit abang ipar nazi, nazi plak jadi pengapit akak dia dan baju tema diorang pun sama dengan baju tema time aku jadi pengapit minggu lepas. Ni baru best friend betul, kami tiga orang (aku, nazi n daus) telah melalui pengalaman yang sama.

Tak abes dengan tu, ada lagi kenduri kawin untuk sepupu aku sebelah lelakinya. Untuk sepupu yang pertama, kat alam budiman, puncak alam (25 dec) dan yang sorang lagi kat jasin, melaka(28 dec).

Kesimpulannya, memang sepanjang cuti sekolah ni, ramai betul orang nak bina masjid, sama jugaklah dengan raja sms Malaysia; mawi n ekin. Di harapnya semua majlis ini diberkati Allah dan semoga jodoh kamu semuanya kekal hingga ke syurga, amin..

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:08:00 PM Sunday, December 28, 2008 0 orang dah komen

Monday, December 22, 2008

.:selamat tinggal:.

setiap benda kat dunia ni, akan berjumpa dan berpisah. mesti ada pertemuan dan perpisahan.. sukanya bila bertemu.. dan sedihnya bila berpisah.. apatah lagi bila berpisah buat selamanya..
kali ni, aku sangat sedih.. sebab terpaksa berpisah with my dearest one, my baby and my all; my laptop. benda yg sgt setia aku angkut ke mana sahaja, kali ni terpaksa berpisah dengan aku. aku dengan rela hatinya (terpaksa sebenarnya) berpisah dengannya, untuk memudahkan akak aku siapkan fyp dia.. xpe2, memandangkan dia kena siapkan fyp dia, dan aku br kena bt proposal sem depan. sian plak tgk k.long gn desktop je, walaupun desktop dia tu spec dia tinggi, but still, susah untuk pergerakan dia, kalau nk bt keje, kena pegi kt studio lak. kt umah @ mahallah xblh nk setelkan keje dia. kalau keje tu byk? kenalah dia tido kt studio..

bubye..

mula-mula k.long telah mengusulkan supaya dia mendapat laptop; fair la bg dia dan aku; sama2 dpt laptop. tapi dengan desktop dia tu nk bt pe? nak tambah lagi satu kt umah pun bukannya ada orang nk gn skali 2 pc (ada ke?). maka aku pun offer la laptop aku.. dengan janji aku akan dapat balik laptop tu dalam masa 6 bulan.. so, aku terpaksa la gn desktop k.long ni.. nasib baik abah dah janji untuk ganti monitor old skul k.long dengan lcd 19", muahahaha.. terubat skit kesedihan aku.. lagipun kalau nak di bandingkan, desktop mmg ada banyak kelebihan berbanding laptop; tak mudah rosak, parts dlm tu blh nk ganti @ upgrade, murah pun ye. dan kelebihan terbesar laptop ialah ia portable. kalau x? i think i prefer dekstop more.. <-- ayat nk pujuk hati =(

the new-baby-for-6-months..


tulisan hayati sekarang dah pukul 10:45:00 PM Monday, December 22, 2008 2 orang dah komen

Friday, December 19, 2008

.:acm-icpc 08 @ IIUM:.

sebenarnya post ni berkaitan dengan post di bawah. aku penah cakap yg PA trained student utk participate dalam programming contest. so, kami pun telah men'joined' pertandingan regional contest; acm-icpc (acm tu xtau la maksd dia pe.. tp icpc- international collegiate programming contest). mula-mula kami yang baru joined PA ni igt, layak ke kitorang ni nak joined contest ni? peringkat regional lak tu.. tapi all the trainers said it's a good exposure kpd kami, so that we know what is the programming level in malaysia. memang ramai dah tahu sebenarnya, kalau nak dibandingkan skill programming di malaysia agak jauh di belakang berbanding dengan negara jiran kita; singapore n indonesia. mungkin kita akan lebih sedar dan berusaha untuk tingkatkan kualiti programming di negara kita.

anyway, aku dapat tau time registration tu, mmg ramai contestant dari uni all over asia, ada yg dtg dari china, taiwan, phillipines, sri lanka n byk lagi la.. tapi yg pasti mmg ramai dari asia timur. the 1st day tu ada bt briefing dan mocking competition, and the 2nd day tu baru pertandingan yang sebenar. since i'm only the attendee, so tugas aku hanyalah untuk menunggu dan melihat diorang habes menjawab soklan. 11 problems to be solved in 5 hours. tgk soklan tu mmg susah sbb area yg kitorg target banyak yang tak keluar.. ada psl dynamic programming and graphs, bernanah gak la kepala otak nak pikir solution and algorithm yang diguna.


ini grup aku: intelli7

ini plak grup niza n lokman: nulogic

and the winner goes to university from china, lupa dah apa full name uni tu. satu perkara yang blh dibanggakan ialah semua ahli dalam group tu ialah perempuan; membuktikan bukan semua programmer yang bagus hanya lelaki. women can also be a gud programmer what..

as you can see, there are many ballons.. and one ballon indicate 1 solved and correct problem.

dan satu perkara yang agak pelik, kt sana aku blh lihat cara student dari uni dari china n taiwan dan semua yang hebat2 belaka ni, bahasa english mereka agak lemah. blh dilihat dari segi percakapan dan communication mereka dengan volunteer uia, but still, they can manage to understand the problem and answer it correctly.. pelik tapi benar?


tulisan hayati sekarang dah pukul 1:14:00 AM Friday, December 19, 2008 0 orang dah komen

Wednesday, December 17, 2008

.:i'm in love!:.

i never thought i'm gonna say this, but finally i'm in love! i used to hate it so much. but now i wanna see it.. it is programming. i never realize programming is so fun and interesting..

it's all started 2 weeks ago, wit rujia liu statement, "programming is fun!" time tu aku pikir, giler ah mamat ni (dia ni no4 in world ranking programmer and he's just 25!) tapi bile da lama-lama exposed pada programming, solving different problem every day (tho there r many question that u can't answer, trust me), aku tak pikir susahnya programming, but how interesting a problem can be solved by programming..

semuanya sebab programming academy(PA), some sort of class (ye ke?) yang trained student utk participate in contest programming. at first, aku memang tak nak join, tapi atas galakan my beloved KP, plus utk fyp preparation. aku pun join dengan tidak relanya.. tapi tulah, bila kita study, dgn tunjuk ajar dari senior2 yg sememangnye expert2 belaka.. tmbah dengan pengakuan dari tn ahmad n dr.muthu, semangat untuk explore programming tu bertambah. aku pun bukannya pandai, but, as tn ahmad said, "for me, programming is all about passion. if u want to be a good programmer, it all bout your initiative and passion". kata-kata itulah yang membuatkan aku sangat ingin belajar programming.. pada sesiapa yang nak tengok contoh soklan yang aku slalu praktis, u can klik to this link; http://icpcres.ecs.baylor.edu/onlinejudge/ (using mozilla), kalau nk try solve pun lg bagus, so.. ada sesiapa yang sudi ajar aku?

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:59:00 PM Wednesday, December 17, 2008 2 orang dah komen

Monday, December 8, 2008

.:korban:.

aku memang selalu lebih sukakan raya haji dari raya puasa.. most of the religious ppl says that it's suppose to be that way<-- aku bukan orang alim, tapi aku ada alasan aku sendiri: rasanya tak perlulah di beritahu di sini..

>pagi, mendung dan sejuk (lepas ujan lebat malam td)

lepas solat raya td, dan dengar khutbah; aku bukanlah seperti orang lelaki yang mendengar khutbah setiap minggu (ini tak termasuk golongan lelaki yang tak g solat jumaat). isi kandungan khutbah membuatkan aku berfikir panjang. antara isinya; sejauh mana pengorbanan kita di zaman sekarang ni untuk agama kita.. untuk buktikan yang Allah sentiasa berada di prioriti no1? adakah pengorbanan yang kita lakukan itu ikhlas untuk Dia atau semata-mata kerana inginkan balasan?

dan yang penting, kata-katanya:"melihat rancangan yang menunjukkan wanita yang membuka aurat seolah-olah tidak mengapa, bersentuhan antara bukan muhrim seolah perkara biasa, tidakkah kita sedar bahawa apabila di akhirat kelak, kita akan disoal tentang perbuatan dan perkara yang kita lakukan dengan tubuh kita yang menjadi amanat Allah".. i'm speechless (mmg time dengar khutbah tak blh bercakap pun, literally).

rupanya mmg aku sangat banyak melakukan dosa, dan yang paling penting, sempat ke aku bertaubat sebelum aku 'pergi'? adik aku(alep) penah cite, konon macam bagi tazkirah la, since dia ex-budak skolah agama. "mmg sekarang da akhir zaman, tapi kita kena lebih risaukan maut sebab maut tu lebih dekat dengan kita dari kiamat" <-- totally agree wit this statement. tambah dengan ujian sejentik yang Allah turunkan kepada rakyat Malaysia; banjir, tanah runtuh, eksiden.. apa lagi yang kita nak untuk terbitkan rasa taubat dan takut dari melakukan dosa ni? (aku sendiri meremang bc ayat yang aku sendiri tulis?) rasanya kita semua dah cukup besar, matang dan cukup umur untuk tau mana satu dosa, pahala. mana satu elok dan tak. kalau ada yang masih samar tu.. dah sah-sah ponteng skolah agama time kecik2 dulu.. (aku pun sama je) tapi, rasanya kalau kita nak berkorban pun, inilah masa yang paling sesuai.. lagipun muharram pun dah dekat.. mmg elok sangat untuk kita berkorban dan berjihad (aku tujukan nasihat ni untuk diri aku jugak), ada orang kata, menahan nafsu itu pun tergolong dalam korban dan jihad..

>sepanjang hari: hujan renyai dan lebat bertukar ganti, tapi berhenti sekejap cuma..

aktiviti aku hampir sepanjang hari: tido berselubungkan my new-fav blanket.. hmm, teringat raya puasa beberapa bulan lepas, hujan jugak.. asal raya je ujan, ujan je raya.. ada hikmah ujan ni.. Dia lebih tahu..

> maghrib (masih ujan)

kami duduk makan malam sambil bercerita peristiwa korban siang tadi: tentang gelagat seorang lelaki sindrom down yang sgt rapat abah; budak tu anak kawan abah, but don't know why he is calling abah 'atuk', maybe because abah looks older than his father? and suddenly abah calling himself 'atuk'.. abah ni dah teringin nak jadi atuk ke? (aku: tersenyum)

and lastly, our menu for this night.. and i think for the next 2 days..


burpp.. ah.. almost forget- SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA-


tulisan hayati sekarang dah pukul 9:06:00 PM Monday, December 8, 2008 2 orang dah komen

Saturday, November 29, 2008

.:terengganu:.

lepas je abes paper ari tu, aku mmg tak sempat nak enjoy holiday, mula-mula kena setelkan pasal kolej, lepas tu kena pikir lecturer supervisor, lepas tu sambung pegi kem kat terengganu pulak.

at first, semua ingat kan kitorang pegi team building camp, sebab bali cakap mcm tu, rupa2nya kem tu sebenarnya kursus pengurusan organisasi ftmsk. kitorang 4 orang ni ditipu oleh mr.bali (cet!). dah namanya kursus, pe lagi aktiviti yg kena bt melainkan LDK n ceramah. for the 1st 2 days are totally boring! me, wani n izal keep saying "menyesalnye aku ikut kursus ni!" and we have 2 days more, can you imagine how boring its gonna be? hanya lokman yang sememangnye baik hati; diam dan menerima takdir ini dengan redha.. =p

masuk hari yg ketiga, things turned out to be lil bit fun, ada sukaneka di tepi laut. kitorang menginap di uitm dungun, yang seberang jalannye ialah laut. so, aktiviti sukaneka kat tepi laut, sape xsuka kan? tambah kalau orang2 yang susah nak jumpa laut ni, mmg mcm jakun kejap. petang2, lepak kt tepi laut, mmg best rupanya duk dekat dgn tepi laut ni, cume kitorang xboleh mandi je la, skrg kan musim tengkujuh. bak kata bali: kalau kau nk mandi blh je, kang lepas 2 3 ari kang baru kau muncul balik, terapung je kt laut ni <-- ayat sinikal bali.


masuk hari yg ke4, kata orang aktiviti penghabisan, ada malam kebudayaan, disebabkan preparation yang skit, yelah, kami asyik kena buat paperwork je.. hampir semua group ada buat salah dlm persembahan diorang, which is hilarious! mmg sakit perut gelak la.. the best part is: tho kitorang antara team yang banyak buat salah, but we still manage to be selected as best group, yay!
hmm, tho kitorang ditipu oleh bali, but i have to admit, memang tak menyesal pun datang terengganu ni, walaupun aktiviti tak banyak (except meeting for the paperwork), but just be there, mmg best. the enviroment is relaxing, kurang skit stres nak pikir untuk proposal fyp nnt.

balik s.alam pulak, the next day, intensive training for programming academy pun da start. mmg xblh nak relax2 lagi, kena habiskan 2 minggu je lg for this training, and til now, it's been fun, exploring the world of programming.. sbb hari2 kena solve new question.. and i'm still waiting for my holiday..

tulisan hayati sekarang dah pukul 1:24:00 PM Saturday, November 29, 2008 1 orang dah komen

Friday, November 14, 2008

.:hati aku:.

kali ni aku nak membebel pasal banyak benda.. a lot of stuff in my mind rite now..

mula-mula pasal exam.. i'm still struggling! rasa malas membuak-buak sebab dah last paper, gap pun lama, kebetulan aku dijangkiti virus selsema yang membuatkan aku sentiasa mengantuk.. tambah lagi dengan eksiden kecik yang membuatkan kaki aku terseliuh.. malasnya nak study!!!



secondly, psl fyp. ntah camne kitorang da kena pikir pasal proposal time cuti ni, dan sebelum cuti tu, kena submit tajuk and supervisor lect.. kiranya kena pikir sekarang la, algorithm pe la yg aku nak guna, nak focus on what field, sape lecturer yang boleh tahan dengan ke'confuse'an aku ni..

dan sekarang, tetiba je, ada satu sejarah yang aku tak sangka, tak nak pikir pun, datang balik.. time tengah exam ni la benda ni nak muncul pun.. dah lama dah, 6-5 tahun kalau tak silap. 'ia' datang kononnya untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya, tapi ada satu hakikat yang muncul selepas kehadiran 'ia', buat aku bertambah terluka.. aku tak nak pikir lagi pasal hal ni, tp nak singkirkan 'ia' dari fikiran aku.. susahnya! setiap kali pikir je, mesti ada teman setia yang mengalir (tears is my loyal company) aku dah tak nak ada kena mengena lagi dengan manusia2 yang macam ni.. cukup la, benda yang dah lepas tu, aku dah tak nak pikir balik.. tapi yang aku tau, aku dah cukup selesa dengan apa yang aku ada sekarang, dan rasanya lebih baik dari dulu. go to someone who cheers u the most, but not me.. not we.. we are happy without you.. so damn happy and not missing you! not even a lil bit.. kejam giler statement aku.. muahahaha!

teringat aku time anugerah skrin baru2 ni, bila datuk jalaludin hasan dan sofia jane kata, lebih kurang mcm ni la, "dalam bahasa greek, pelakon itu digelar hipokrit sebab kita boleh lakonkan something that we are not.. so, a good actor must be hipokrit"

tapi aku bukan pelakon, bukan juga hipokrit..

aku tak membenci dengan kadar yang lama, tapi aku akan ingat sesuatu dengan kadar yang lama,

aku boleh selindung perasaan aku, tapi aku tak boleh selindung tindakan aku,

aku boleh maafkan dia, tapi aku takkan lupakan kata-katanya..

tulisan hayati sekarang dah pukul 9:40:00 PM Friday, November 14, 2008 0 orang dah komen

Thursday, November 6, 2008

.:exam:.

Di tengah-tengah kesibukan minggu exam, dalam masing-masing tengah berusaha untuk memahami dan revise balik chapter-chapter yang tak faham, masih ada di antara kita yang sebenarnya di uji. Ujian yang datang dalam berbagai cara. Ada ujian yang membuatkan kita malas untuk belajar, ujian yang membuatkan kita leka. Dan ada jugak ujian yang datang dari aspek yang lain, keluarga contohnya, rakan-rakan dan masalah kewangan.


Sape yang takde masalah kan? Terpulanglah kepada diri sendiri camne kita nak selesaikan hal tu. Yang penting, semuanya datang dari Allah, hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Jadi, jangan mengalah dan jadikan masalah tu alasan untuk kita tak berjaya. Selalunya masa-masa tertekan macam nilah, kita rasakan semuanya masalah kepada kita, padahal, kita tak sedar yang ada banyak kebaikan yang akan datang daripadanya. Hmmm, kan baik kalau aku dapat cakap macam ni kat dia? Tapi….. ~~~~~


tulisan hayati sekarang dah pukul 7:52:00 PM Thursday, November 6, 2008 2 orang dah komen

Saturday, October 25, 2008

.:separuh gila:.

Finally! Berakhir jugak minggu ni... minggu yang aku rasakan paling gila sepanjang hayat aku bergelar seorang pelajar.

Isnin: final presentation bel.

Selasa: oral individu mandarin + presentation system project AI

Rabu: test java + test AI

Khamis: test multimedia

Jumaat: presentation system project SE

Sabtu: test discrete math

And there r still 3 more multimedia projects need to be submitted after deepavali.

Benda yang paling aku teringat sampai sekarang; Ai presentation. A day before the presentation, baru nak start buat. igt nak tukar project sebab the first one pny knowledge base dia sangat besar. Consult dgn lect, dia xnak system yang kedua ni, so still kena siapkan yang the first one pny tu.. dah la xstart pape lagi.. memang cubaan berani gagal betul!

Kitorang kecikkan skop and kecikkan quiries.. try jugak la siapkan walapun banyak giler errors! Ada yang smpai 192.. dan alhamdulillah, system tu berjaya siap dan run dengan smoothnya just before my group was called.

Syukur sangat2, semuanya telah selesai, tinggal multimedia pny project je.. and now there’s just 3 days before my final exam.. ~sigh~




tulisan hayati sekarang dah pukul 7:04:00 PM Saturday, October 25, 2008 0 orang dah komen

Sunday, October 12, 2008

.:kehilangan:.

Ada sesetengah manusia tak pernah sedar akan apa yang dia ada. Dia hanya nampak kelebihan yang orang lain ada.. tapi ada jugak yang hanya nampak kelemahan orang lain. Tapi tu lain cerita pulak. We never realize and appreciate the gift that we had until it’s gone.

Lately, aku banyak kehilangan things that is so small, but yet so meaningful. Luckily it is not something or someone that I love. Kehilangan yang kadang-kadang membuatkan aku bengang tapi pada masa yang sama sangat menguji kesabaran aku sebagai seorang manusia.. it started before the cuti raya, and it’s go on until this week, hopefully this is not a bad sign or anything, and I really hope that this is just because of my clumsiness.. just that and nothing more.. (damn! I hate this feeling)


tulisan hayati sekarang dah pukul 1:32:00 AM Sunday, October 12, 2008 0 orang dah komen

Saturday, October 11, 2008

.:bbq:.

jumaat lepas, cs230 sempat buat bbq, walaupun tak semua dapat hadir, tapi, Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. I’m not sure about them, but I was having a great time. Buat sedetik terlupa sekejap dengan dunia luar bila jejakkan kaki dekat bukit cerakah. Kami duduk di rumah kedah a.k.a rumah peladang. Memang totally like kampung one. Mungkin ada sesetengah dari kami yang sangat excited jumpa rumah kampung (I know I was one of them). So, memang sangat relaxing, dengar bunyi unggas, tambah pulak time tu classmate yang lelaki tak sampai lagi. Memang sangat aman dan damai.


Bila datang je classmate lelaki lepas solat jumaat, suasana tukar jadi meriah. Mula-mula dari nak startkan api, sampailah nak membakar makanan. Unfortunately, hujan pulak tengah-tengah membbq tu. Atas nasihat aswad a.k.a tokeh sate yang memang expert dalam bab membakar ni, kami gigihkan jugak nak selesaikan proses membakar. Nasib baik kitorang dah siapkan awal-awal plan B. dengan bijaknya, kami telah memayungkan tempat bbq tu, tak peduli dah pasal diri sendiri yang tengah basah ni, janji ayam dapat masak.. hahaha! Nasib hujan sekejap-sekejap. Tapi the fun part mestilah time hujan dengan lebatnya.. kelakar pulak tengok ramai-ramai kipas bara tapi pada masa yang sama nak halang hujan dari kena tempat membakar.



Kami start membakar dalam pkul 4, setel suma dalam pkul 8. Selesai makan pulak dalam pkul 10 lebih. Nasib baik ada haisyam yang baik ati hantar kitorg yang dulu hostel ni dulu..


tulisan hayati sekarang dah pukul 3:03:00 PM Saturday, October 11, 2008 0 orang dah komen

Sunday, October 5, 2008

.:raya lagi:.

Lepas je balik penang tu, belum pun habis penat lagi, esoknya, kami pegi pulak beraya di negeri sembilan, melawat adik beradik abah.

Petang tu before bertolak ke kesang tua, Melaka, kami singgah sebentar ke rumah tok teh. Dah lama tak jengah ke rumah atuk sedara yang sorang ni. Yang aku nak ceritakan dekat sini, ialah ketenangan rumah tok teh yang mengusik jiwa aku. Memang ciri-ciri yang ada pada rumah tok teh ialah ciri rumah idaman aku, bukan kemewahan tapi kedamaian. Sempat jugak berposing depan umah, sampai naik pelik family tok teh tengok kitorang, macam kera dapat bunga..


Selesai dekat situ, kitorang bertolak ke kesang tua; rumah mak sedara aku. Sebelum bermalam kat sana, kitorang ‘beraya’ di sebuah kolam panas yang baru bukak kat situ, dan sempat jugak la aku merasa rawatan dr.fish @ fish therapy.




Mula-mula rasa geli skit tengok ikan-ikan yang comel keliling kaki kita, tapi lama-lama dah biasa, rasa macam kejutan elektrik dalam voltan yang rendah. Walaupun aku rasa biasa dan takde perubahan pun, but still it’s a new experience, maybe you should try it!

tulisan hayati sekarang dah pukul 2:47:00 PM Sunday, October 5, 2008 0 orang dah komen

Friday, October 3, 2008

.:raya 08:.

Tahun ni, untuk kesekian kalinya, kami beraya di Penang. Sejak atuk n nenek belah ayah aku dah takde, setiap kali beraya, kami akan beraya di Penang selagi tok ayah n tokna masih ada.

Kami balik Penang dalam puasa ke 28. Dalam perjalanan balik ke Penang, cuaca mula-mula panas, lepas tu, dah nak dekat sampai Jawi, cuaca dah mendung dan hujan turun dengan lebatnya sehinggalah last day puasa, itupun masih mendung smpai ke petang. Nasib baiklah kampung kitorang tak banjir macam di sesetengah tempat di utara, Alhamdulillah..

Pagi raya, macam biasa.. solat raya di masjid..
Buat tahlil..


Bermaafan..


Tangkap gambar..
Menu pertama: eskrim


Aktiviti pertama selepas makan: tolong tokna, tak boleh pegi beraya lagi sebab ada sedara datang.

Everything else pretty much the same as last year. mayB because I’m still working on my assignment. So, raya kali ni sangat sederhana. ~tak bestnya~

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:29:00 PM Friday, October 3, 2008 0 orang dah komen

Monday, September 29, 2008

.:salam aidilfitri:.

kejap lagi, aku n family akan bertolak balik ke Penang...

lagi 2 ari je nak raya, so, aku nak ucapkan selamat hari raya kat semua kawan-kawan, maafkan salah dan silap aku sebagai manusia biasa..

semoga aidilfitri kali ini memberi sejuta makna kepada kita semua..


tulisan hayati sekarang dah pukul 10:18:00 AM Monday, September 29, 2008 0 orang dah komen

Monday, September 22, 2008

.:monday:.

lagi brape hari je nak balik cuti beraya, baru dapat tau pulak, klas ari khamis dan jumaat dah dibatalkan.. lagi la happy, kalau ikutkan hati, selasa malam aku dah nak balik, tapi...

lagipun ada keje yang perlu disubmit lepas cuti, so, baik setelkan semua keja sebelum balik. dah la balik ni, nak kemas rumah, nak buat kuih, nak packing beg untuk balik penang, nak... ish, banyak pulak keja nak buat kat rumah.. so, kena all out la before balik holiday ni..

sedar tak sedar, ramadhan dah nak berakhir. brape ramai dari kita yang memanfaatkan ramadhan sepenuhnya? ish, terasa rugi betul kalau ramadhan yang bakal berakhir ni kita biarkan ia berlalu tanpa ambil walau sedikit rahmat yang disediakan pada bulan yang satu ni..

apa yang aku tengokkan sekarang ni, orang bukan lagi sedih tentang perginya ramadhan, tetapi lebih gembira untuk sambut syawal.. Bukankah tanda masuknya bulan syawal, lepas jugaklah syaitan-syaitan yang dirantai selama bulan ramadhan?

Sedih bila melihat ada orang yang tidak memanfaatkan ramadhan sepenuhnya, aku pun bukannya baik sangat, memang ada kekurangan yang sangat banyak, tapi pelik, kenapa di bulan ramadhan, bulan di mana pintu syurga di bukak seluas-luasnya, masih ada yang tak nak ambik peluang ni.. kalau nak diberi methodology, macam lect ckp, “ha.. sape nk A, meh sini datang blik saya ambik quiz”, tapi malangnya, suma orang tak nak datang pun, padahal bukannya susah mana pun soalan kuiz tu, semua orang lebih sanggup tak nak naikkan carry mark.. biar rendah pun takpe.. asalkan dapat enjoy, asalkan dapat berbuka dengan member. It’s not tak boleh berbuka dengan member, aku pun ada gak berbuka dgn member. ada orang yang lepas berbuka tu pergi sambung enjoy pulak.. macam takde beza je dengan sebelum ramadhan. Apa yang diorang cuba buktikan dekat sini? Yang nafsu tu lebih kuat dari godaan syaitan ke? Yang walaupun dengan ketiadaan syaitan, nafsu tetap bermaharajalela?

boleh ke kita nak beribadat macam ni lagi di bulan-bulan lain? Bulan-bulan yang syaitan sentiasa ada di mana-mana? Ada orang kata, mula-mula ramadhan dulu, semoga ramadhan kali ni menjadi yang lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya.. but still, takde perubahan pun. kalau ramadhan tahun depan kita tak dapat jumpa camne? Memang la kita kena mintak yang baik-baik je, but didn’t it ever cross your mind? emosi pulak aku ni, tapi tulah yang aku rasa..

Dah terbukti bahawa Islam sekarang dah semakin lemah, mereka hanya Islam pada nama, tetapi dari segi penghayatan dan pengamalannya…. Bak kata nabil “lu pikirla sendiri..”

tulisan hayati sekarang dah pukul 9:39:00 AM Monday, September 22, 2008 0 orang dah komen

Thursday, September 18, 2008

.:satu hari di bulan puasa:.

selasa lepas, mlm nuzul al-quran, malam di mana sepatutnya umat Islam melipat gandakan ibadat, malam yang paling gembira jugak untuk klasmate aku sebab hari tu merupakan submission SRS; assignment terakhir untuk minggu ni..

Tapi malangnya untuk group kami, assignment last tu la yang tak siap lagi.. penyelesaiannya? Kitorang habiskan jugak assigmment tu kat foyer. Yang stay siapkan keje tu aku luqman n wani.. sepatutnya ada lagi 2 orang(nurul n fiza), tp diorang xde kat shah alam @ ada keje lain..

Nak tak nak, terpaksalah siapkan jugak keje tu, memandangkan amanat lect yang suruh submit assignment hari selasa.. dalam pkul 6.30 je, dah lengang foyer tu, kosong!

time ni cerah lagi..


Nasib baik ada luqman a.k.a team leader yang baik hati, tolong belikan juadah berbuka. Kalau nak diikutkan secara logik, kalau ada 2 orang pun da boleh setelkan keje, sebab time tu hanya ada satu laptop je, tapi disebabkan kami mem’fully utilize’ kan semua aspek yang ada, sampai sembahyang pun ambik shift, memang pantas la keje tu disiapkan.. pantas-pantas pun, sampai gak la pukul 10 baru selesai..


inilah team leader yg sangat baik dan prihatin.. perasan tak kat belakang tu dah takde orang?

time ni da gelap..

kalau nak dibandingkan, keje yang diberi tu, sama je kepada semua group, Cuma cara nak menyelesaikan dia je yang berbeza. Kami dah selesaikan semua keje tu sebenarnya, tak taulah kenapa bila nak combine keje tu, still ada keje yang tak siap lagi. Kat sini je dah boleh nampak kelemahan teamwork kitorang, sebab group lain suma dah dapat siapkan SRS on time.. maybe ini pengajaran untuk kitorang, hope this is not gonna happen again.. tinggal satu phase je lagi, develop the system.. hmm, tak tau la kali ni, camne plak performance kitorang.. adoiiyai..


tulisan hayati sekarang dah pukul 12:18:00 AM Thursday, September 18, 2008 0 orang dah komen

Monday, September 15, 2008

.: aku rindu...:.

Lega! hari ni aku telah membuat sesuatu yang sangat aku rindui; reading. Despite of having a very bad time kejar dateline project and submission assignment, aku telah lupakan segalanya buat seketika and having a quality time wit book.

Kali ni, aku membaca novel ‘a mighty heart’; written by Marianne Pearl, isteri kepada Daniel Pearl, journalist yang telah terbunuh dalam satu kejadian yang tragedy, rasanya true story, aku belum habis lagi baca novel ni, but for me, habis baca satu chapter pun membuatkan otak aku sangat ringan, lepas ni boleh la mengadap keje-keje yang sedang memanggil-manggil nama aku.

Sebut pasal keje n assignment, ada lagi kejadian yang berlaku pada aku; benda yang kadang-kadang kita boleh bersandar, akhirnya menjadikan kita terhempap bila ia runtuh. Kita takkan boleh berharap pada sesuatu atau seseorang, kerana kita sebenarnya tak mungkin tahu bila ianya akan berpaling dari kita. Kita hanya boleh bersandar pada diri kita sendiri dan pada Yang Esa. Hmm.. macam berat je, tapi itulah kebenarannya..

Di sebalik assignment yang banyak ni, aku boleh nampak macam mana perspektif orang terhadap diri aku, dan begitu jugak sebaliknya, kalau pada sesiapa yang alert tu, mungkin dah boleh perasan..

It’s already been two weeks away from home.. gosh! I miss my family.. rasanya abah n mak mesti dah bosan answering my phone call every day before breaking the fast, and it’s always been the same question and almost the same conversation everyday.. the statement ‘engah tak dapat balik minggu ni’ must be mention. Aku bukannya anak manja, cuma bila membayangkan emak kemas rumah seorang diri tanpa bantuan dari aku.. oh tidak! Kaklong sudah tentunya sibuk dengan thesis dia, adik-adik aku tak semuanya tak balik lagi except bancik.. aku kena bersedia untuk dikerah bila balik ni.. T-T

Anyway, I’ve got to get back to my assignment, yeah2, I’m coming.. (I hear a voice from my textbook; STUDY ME!)

tulisan hayati sekarang dah pukul 2:23:00 AM Monday, September 15, 2008 0 orang dah komen

Wednesday, September 10, 2008

.:hidup saya:.

hmm.. dah lama tak datang sini.. sedar tak sedar.. dah puasa pun, 11 hari dah.. tapi.. assignment masih berlonggok.. project masih datang bertimpa-timpa.. research bel pun kena buat all over again.. tak macam puasa pun.. busynya.. tak boleh nak tidur lena pun.. kang tak pasal-pasal ada insomnia pulak.. sekarang pun tengah buat keje.. bila la nak setel assignment2 yang makin menggunung ni.. *~~sigh superduperhard~~*

walau ape pun.. walau sibuk camne pun, ramadhan tetap bulan yang mulia.. jangan lupakan ia..


tulisan hayati sekarang dah pukul 11:18:00 PM Wednesday, September 10, 2008 1 orang dah komen

Wednesday, August 20, 2008

.:kampung:.

ahad lepas, aku teman kaklong utk siapkan thesis dia. kebetulan thesis dia berkaitan dgn pelabuhan di batu maung, kesempatan itu kitorg ambik utk balik kampung jap, nasib baik time tu abah dapat teman kitorg, kalau tak, tak taulah. dah la kitorg tak tau langsung dengan selok jalan kat pulau, abahlah tukang bawak kitorang ke batu maung.


sebelum ke batu maung, kami kena ke komtar dulu, untuk ambik plan land used n ntah hape-hape jenis plan yg aku pun xtau. kejap naik tingkat 39, pastu naik lagi, pastu turun plak! paling tinggi, kitorg naik smpai tingkat 57, gayat sekejap bile abah suruh aku tengok view dari atas, time tu pulak hujan, ada kabus skit, memang nampak seperti di awangan la..




lepas tu, kami pegi pulak ke batu maung, ke pelabuhan perikanan. turun je kereta, bau hanyir ikan terus menusuk ke hidung. memang aku respek dengan nelayan dan orang-orang yang dah biasakan diri dengan bauan ikan. tp kejap je, lepas tu aku pun dah biasa dengan bau ikan, mungkin sebab tu bukan time untuk memunggah ikan ke pelabuhan.. satu perbezaan pelabuhan di batu maung dengan pelabuhan yang lain. aku perasan, nelayan-nelayan kat sana kebanyakannya berkaum cina. something new for me. maknanya, nelayan itu bukanlah sinonim hanya kepada kaum melayu sahaja. mungkin lepas ni aku berpeluang untuk melihat nelayan berbangsa india pula..

setel di batu maung, kami pi pekena nasi kandaq pulak. roomate aku ada bagi satu gelaran pada nasi kandar, dia panggil 'nasi ganja'. mungkin ada betulnya juga sebab aku pun rasanya sudah ketagih dengan nasi kandar ni.. rasa sekali, nak rasa berkali-kali pulak! =p

lepas makan nasi kandar, petang tu, kami makan lagi. kali ni makan mee ketam pulak kat alma. aku memang penah post pasal all-time-fav mee family kami ni. memang sepanjang kat penang, aktiviti kami selain berjalan ialah makan dan makan..

keesokannya, b4 balik kl, kami buat aktiviti baru yg paling aku suka; kait buah. kat depan rumah tokna ada pokok manggis dan rambutan, tapi pokok manggis tu dah lama tak berbuah, so kami kait buah rambutan je la.. abah bukan main excited sampai sanggup panjat lagi pokok rambutan tu. aku yg tengok pulak gerun, dah tua-tua pun ada kudrat lagi nak panjat. bagi aku pulak, 1st time belajar camne nk kait buah rambutan. abah kata, kalau nak duk kampung, kenalah belajar jadi orang kampung.. kebetulan pulak, buah2 yang ranum semuanya kat belah2 atas, so memang ketinggian aku tidak sia-sia la. kalau nak suruh tokna n kaklong kait pun sure xsampai, hehe!


aku panggil buah rambutan dengan nama baru; epal malaysia, sebab dia gugur mcm buah epal time abah potong dahan dia, walaupun aku xpenah tengok camne buah epal gugur.. =(


memang licin la pokok rambutan tu abah kerjakan, habis dahan2 dia.. aku pulak, tukang kait buah2 yang xbanyak kat pucuk pokok. aku jugak kutip buah-buah rambutan yg kononnya gugur macam buah epal tu. tokna pun ada tolong kutip jugak, gagah jugak nenek aku ni, walaupun usianya dah 72 tahun. tok ayah, tukang tengok jelah, sebab aku dah rembat slipar tok ayah awal2, aku balik kampung lupa bawak slipar pulak!



tulisan hayati sekarang dah pukul 1:02:00 AM Wednesday, August 20, 2008 1 orang dah komen

Sunday, August 17, 2008

.:kenapa saya suka rumah saya?:.

ingat tak lagi dengan iklan petronas sempena kemerdekaan beberapa tahun yang lepas? at first i really don't get the message, but just a few hours ago, suddenly the phrase 'why i like my house?' popped out of my head. owh, now i get it! after a few years watching that commercial break without knowing the real message..

since i'm at my house, enjoying my midterm break dan sempena dengan ulang tahun kemerdekaan yang semakin hampir.. this what i've to say bout that phrase in my own way..

i like my house because in this house, i can stop thinking and worrying bout the outside world for a moment, it's more like living in cave, but better since it has, well, almost everything that i need..

i like my house because it made me think of my past, present, and my future life.. am i a gud girl and gud daughter? can i be great as my parents? will i be a responsible person? question that sometimes make me wonder and wonder and wonder.. and some of it already has the answer..

i like myhouse because here, i can be anybody; i can be a stupid, irresponsible, sensitive, talkative till my bros complaining bout me and my loud voice, sit in front of my laptop the whole day, throw anything that i don't like, mad and scream if my stuff were touched, kemas rumah and at the same time mumbling, cook up something and someone will eat it no matter good or not.. and i still be loved! (i'm a normal person wit bulk of weaknesses)

i like my house because here i can say and do anything i like, it's that same as the above actually..

it's not like i've to be someone else and not showing my bad attitude when i'm in class or in college, it's just that when we were among the person that we are really comfortable with; the person that really know your bad attitude and still love you, the feeling is totally different, you can never compare the feeling with friends and family.. it like comparing the black and grey; both of it is dark, both of it pretty much the same, but it's still slightly different...


tulisan hayati sekarang dah pukul 2:24:00 AM Sunday, August 17, 2008 0 orang dah komen

Tuesday, August 12, 2008

.:promed:.

last week, fac aku menganjurkan promed; pertandingan pengaturcaraan + multimedia. dan kami sebagai student yang mengambil subjek yang berkaitan diwajibkan melibatkan diri untuk menjayakan program tu. aku dan kawan-kawan pulak jadi jkk dalam pameran akademik. dah namanya pameran, keje pun tak banyak sangat, cuma perlu berada di tempat pameran untuk beri penjelasan tentang student last semester punya fyp .

time nak setup tempat pameran kt dewan annexe, aku memang respek giler dengan pm amin yang turun padang n tolong kitorang pasang display board tu.. memang terkial-kial skit la, tapi, berkat teamwork, sumanya berjalan dengan baik.


time promed berlangsung pulak, memang agak bosan sebab tak ramai orang yang nak tengok pameran ni, sebab seminar from AMD and Microsoft mungkin lebih menarik. kelapangan itu dihabiskan dengan mengambil gambar bermacam gaya.



tidak lupa juga, walaupun seronok dan penat, kami terpaksa curi-curi study untuk test software eng. esoknye..

tulisan hayati sekarang dah pukul 5:47:00 PM Tuesday, August 12, 2008 0 orang dah komen

Saturday, July 19, 2008

.:my day:.

minggu ni memang sibuk, walaupun baru 2 minggu mula sem. this week jugak, jatuhnye besday aku, thanks for all my friends yang ingat.. terharu pulak bila dihargai. actually, aku tak brape suka untuk celebrate harijadi dengan orang lain melainkan untuk family aku, sebab harijadi mengingatkan aku lebih tua, lebih dekat dengan tanggungjawab dan yang penting lebih dekat dengan MAUT! aku rasa diri aku xbanyak perubahan berbanding dengan tahun2 yang sebelumnya. mungkin tahun ini aku perlu lebih berubah.. berubah kepada apa, aku blum pikir lagi..
anyhow, the week that i supposed to be happy thinking that i've successfully lived for 22 years in this world turned out to be spending 3/4 of my free time in library, what a great way to celebrate my birthday.. (not!)



tulisan hayati sekarang dah pukul 1:10:00 AM Saturday, July 19, 2008 1 orang dah komen

Saturday, July 12, 2008

.:kerana 'ia':.

fuh, ari jumaat merupakan ari yg takkan aku lupakan. aku telah menghabiskan masa selama lebih kurang 5 jam di dalam pengangkutan awam dalam keadaan berdiri; 2 jam berdiri dari s.alam-kl, 30 minit dari klsentral-segambut, 20 minit blk umah, lps tu pth blk ke kl sentral, kembali berdiri dan terus berdiri dan patah blk ke rumah .. semuanya hanya kerana 'ia', mintak-mintak apa yang aku buat ini berbaloi untuk aku dan kawan-kawan.

sepanjang aku dalam keadaan di atas, aku juga telah sempat untuk melihat benda-benda yang random, benda-benda yang sangat jarang kita sedar:

1) bank Islam: dari uitm, sehinggalah ke klsentral, ke mana sahaja aku melihat, atm bank Islam sangat ramai manusia yang beratur; tanda duit pt dah masuk.. semua orang sangat teruja untuk menghabiskan duit mereka, tp ke arah alternatif yang baik la..(is it?)

2) aku juga perasan, francais McD di klsentral menggunakan khidmat OKU, satu tindakan yang sangat terpuji pada pandangan aku, ada juga pihak yang ambik berat sebenarnya

3) orang Arab @ foreigner timur barat sangat jarang @ tak pernah jumpa sos, kerana mereka mengambil sos dengan banyak skali sehingga penuh satu dulang

4) aku juga telah berjumpa dengan seorang mat salleh yang melakukan vandalisme dengan mengetuk public phone dengan kuat skali sehingga mengeluarkan bunyi yang jelas, tetapi tiada siapa yang menegurnya (termasuk aku?)

5) dan yang terakhir, memang betul kajian yang menunjukkan, ramai rakyat malaysia kurang membaca kerana tiada seorang pun yang membaca ketika menunggu train. (aku pada mulanya membaca novel crome yellow, tetapi berhenti membaca kerana sangat penat berdiri dan hanya melihat gelagat manusia) =)

inilah hasil yang dapat aku kumpulkan sepanjang tempoh menunggu anis selama sejam, nasib baik ada tempat duduk untuk aku..

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:04:00 PM Saturday, July 12, 2008 0 orang dah komen

Tuesday, July 8, 2008

.:pilihan:.

Kita sentiasa diberi pilihan untuk buat apa saja dalam hidup kita. Apa saja; buat baik atau buruk, do it or don’t, go that way or this way, yang itu atau yang ini.

Dan untuk setiap pilihan kita itu, sudah semestinya ada akibat yang tersendiri. Amat kerap bagi manusia untuk sentiasa buat pilihan yang salah. Bila kita rasa pilihan yang itu betul untuk kita, tak semestinya pilihan itu juga betul dari pandangan orang-orang di sekeliling kita. Dan bila pilihan kita itu dipersoalkan, kita jarang sebenarnya untuk berpikir di pihak orang yang menyuarakannya. Dan tidak semestinya juga, pilihan yang kita buat itu betul, hanya kerana kita sangkakan ia benar. Kita pun terpaksa bertanggungjawab di atas pilihan yang dibuat itu kerana ia pilihan kita sendiri..

Pilihan yang betul juga sebenarnya amat sukar untuk diputuskan, hanya masa yang jadi penentunya, mungkin bagi yang bernasib baik, kita tau pilihan kita itu salah dalam masa dua atau tiga hari. Ada pula yang makan masa beberapa tahun.. adakah ketika itu sudah terlambat bagi kita untuk berundur dan mengambil pilihan yang satu lagi? Atau kita harus meneruskan sahaja jalan yang salah itu sehingga kita bertemu kembali pilihan yang akan membawa kita ke laluan yang sebenanarnya? As I said before, only time will tell.

Tapi macam mana pula dengan orang yang tak diberi pilihan? Just one way for them and that’s all. aku rasa satu je, stand up for your own, risk your life for what u believe is true and just take whatever the impact is.. WHATEVER!!!

tulisan hayati sekarang dah pukul 8:49:00 PM Tuesday, July 8, 2008 0 orang dah komen

Friday, June 27, 2008

.:masa:.

masa, betapa cepatnya masa berjalan bila kita dalam keseronokan, betapa lambatnya masa bila kita menunggu.

sedar atau tidak, masa sebenarnya sudahpun berlalu. saat yang kita takuti sudahpun berlari meninggalkan kita, zaman yang seronok sudah pun jauh di belakang. dan saat yang mendebarkan akan muncul bila-bila masa je.

yang aku sedar, aku semakin jauh dari landasan masa yang aku tetapkan. semakin jauh dari pegangan yang aku agungkan. kata orang, time will heal.. semuanya memakan masa. tapi, pelik, kenapa sesetengah orang tak sabar untuk melawan masa, berlumba-lumba dalam mengejar sesuatu yang tak pasti~sigh~.. i need time n space to think bout my decision, to create my own future, MY OWN! just when i'm in the space n time that i needed, 'it' won't stop bugging me. go away, will ya? i dun need 'you' to interfere in my life, to crash my plan and dreams

you're not helping, you're not the one who making it easier for me, said u wanna help, as if. i just need 1 favor from u n i'm gonna say it again, go away!

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:46:00 PM Friday, June 27, 2008 0 orang dah komen

Wednesday, June 25, 2008

.:lelaki ini:.

hari ni, genaplah usia abah 53 tahun.. da tua rupanya ayahku ini. dan selama lebih 2 dekad dia tak pernah berhenti dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah.

abah, aku cerita skitlah pasal lelaki yang paling aku sayang ni. dulu, time kecik-kecik, abah memang garang sangat. nak mintak duit pun takut, kalau pegi sekolah dulu tu, balik lambat je, abes la aku kena marah. bukan kena marah je, tapi adalah jugak selit-selitan rotan tu. kawan-kawan aku memang takut sangat dengan abah. aku ingat lagi time sekolah menengah, time aku tengah aktif main handball dulu, time tu pulak nak dekat dengan pmr. yelah, dah 4 tahun sebati dengan handball, mana nak tinggal. sampaikan abah nak jumpa cikgu tu kalau aku tak berhenti main handball, bengkak-bengkak mata aku nangis, sayang punya pasal nak tinggalkan handball ni. ish2, memang abah ni manusia yang garang.. nak cakap pape pun kena karang ayat dulu.

as time goes by, bila anak-anak da besar skit ni, the true color of abah appear. abah bukan lagi seorang yang garang, but more like a thinker and story teller. macam kalau kita tengok movie american native tu, ada sorang orang tua yang diorang panggil wiseman, malam-malam orang slalu kerumun untuk dengar dia cerita. aku bukan cakap abah macam tu, he's more than that.. way more. hmm, there's no word to describe him. as my abah, he's the perfect one! the one who made me think in a different perspective, the one who not just only give me courage to stand, but also the one who made me really appreciate the life that i've.. just as it is.

anyway, forget bout that, ari ni.. sempena dengan besday abah and besday kaklong pada esoknye, aku dan bangcik dah ada plan yang spesel untuk dua orang yang aku sayang ni.. kami telah mem'plan' untuk memasak. it took almost 4 hours just to prepare the fud, excluded the cooking, grilling and the steam stuff..

pheww, glad bangcik could help! he's been a gud helper for a guy who did not how to cook.. dialah yang tukang beli barang, the one who clean up the mess.. the one who being the ultimate food critic, gua respek sama lu beb! but, the most unexpected thing happen. suddenly abah showed up earlier. balik keja on time pulak! adoi, tak sempat nak buat surprise. plus, camera yang sepatutnya merakam saat kami memasak rosak la pulak. ada brape snap je yang sempat b4 the incident happened








and the ultimate disaster, all time favorite abah, kuih talam, turned out to be kuih 'getah' when i substitute tepung gandum dengan tepung ubi, hahaha.. so damn kesian to see abah try to eat the kuih. sori abah, ni semua resepi kat internet pny pasal, orang tu yang bagi resepi salah.. i'll make it up next time..

tulisan hayati sekarang dah pukul 2:10:00 AM Wednesday, June 25, 2008 2 orang dah komen

Monday, June 23, 2008

.:kosong:.




kenapa kosong je ni?





mana suma orang?




skali cuti daa...

tulisan hayati sekarang dah pukul 5:56:00 PM Monday, June 23, 2008 1 orang dah komen

Sunday, June 22, 2008

.:macam-macam:.

ugh, so much thing happen to me for the past few days. dunno where to start..

monday, just finish reading a novel by sarah mason, playing james. buku yang pada mulanya agak bosan pada aku tapi bila dah habis baca, memberikan aku sesuatu semangat yang aku perlukan, keyakinan yang dah lama aku cari dan perasaan yang dah lama hilang..



tuesday-thursday, minggu terakhir belajar sepanjang short course ni banyak bagi aku sumthing. aku jumpa manusia yang baik penilaiannya, manusia yang bagus percakapannya, manusia yang tidak buruk sangkanya (ini semua manusia yang berbeza). ada orang yang buat aku sedar yang sebenarnya aku sangat bertuah, tapi aku tak sedar. punya peluang yang sangat banyak tapi tidak merebutnya. dan aku jumpa dengan orang yang buat aku terpikir tentang perancangan 3 tahun aku yang akan datang. ish, banyak sangat benda yang aku perlu pikirkan semula dalam jangka masa yang pendek.

dan hari ni, aku ter'jumpa' semula dengan 'dia'. untuk melihat dia sudah bahagia rupanya, dia sudah bertemu dengan takdirnya, ketentuannya, hidupnya. terusik hati aku..

esok, hari last aku kat uitm untuk short course, final untuk paper QMT 337. macam-macam nak pikir..

tulisan hayati sekarang dah pukul 9:11:00 AM Sunday, June 22, 2008 0 orang dah komen

Thursday, June 12, 2008

.:adil:.

Setiap perbuatan manusia akan ada balasan dari Allah, tak kira kalau kita buat baik atau buruk. Kadang-kadang, dugaan Allah tu pun akan datang dalam berbagai cara. Ada orang yang selalu dapat kelebihan walaupun dia selalu buat keburukan, ada jugak orang yang selalu buat kebaikan, tapi Allah duga dia dengan macam-macam and still dia tak dapat apa yang dia nak.

Aku teringat dekat blog akak sedara aku, dia kata, pada orang yang slalu dapat kelebihan walaupun dia selalu buat keburukan tu, Allah dah ada balasan yang adil untuk dia kat akhirat kang. Segala kelebihan yang dia dapat tu untuk duga sama ada dia hargai tak apa yang Allah beri kat dia. Kalau dia terus lupa dan hanyut.. sendiri mau ingat la..

Pada yang slalu diduga tu, senang je, segala kebaikan yang dia buat tu, Allah simpan semua tu untuk akhirat. Segala dugaan yang jadi kat dia tu untuk tengok dia redha dan terima semua tu dengan sabar atau tak.

Ada jugak Allah beri kelebihan pada seseorang tu, sebenarnya untuk beri dia dugaan yang lain, dugaan yang lebih berat, untuk uji sejauh mana pegangan dia. Allah tak nak kita seronok sangat bila kita dapat apa yang kita nak, sebab bila-bila masa je, mungkin ada sesuatu yang kita taknak jadi kat kita.. macam kelahiran dan kematian. Setiap kali ada kematian, kelahiran juga akan ada.

Bagi aku, lebih baik kalau aku diduga, biarlah apa yang aku nak tu tak dapat kalau setiap kelebihan yang aku dapat tu, Allah nak ambik sesuatu dari apa yang aku ada sekarang because I love my life now.. hidup yang sederhana tapi punya semua orang yang aku sayang dan semua orang yang sayang aku.. but life is more than that. Allah has plan for each and everyone.. Dah namanya hidup, mesti la ada dugaan..

tulisan hayati sekarang dah pukul 7:24:00 AM Thursday, June 12, 2008 2 orang dah komen

Saturday, May 31, 2008

.:kelebihan:.

erm, setiap orang ada cara yang berbeza untuk meluahkan ekpressi masing-masing. ada yang pilih untuk meluahkannya dengan cara yang terus, direct from the heart, marah, meluat, suma cerita.. memang cara tu yang terbaik. ada jugak orang yang kadang-kadang pilih untuk buat puisi ke lagu ke, depend kepada orang tu sendiri. dan ada jugak orang yang masih berpura-pura dalam menulis luahan hati dia(orang macam ni aku xtau apa motif dia menulis, untuk apa sebenarnya? untuk nampak sempurna?)

kadang-kadang, bila kite baca tulisan seseorang, kita boleh faham perasaan dia ketika tu, dan ada jugak bila kita baca, perasaan yang dia gambarkan tu tak sampai dekat orang yang membaca. samalah jugak macam menulis cerpen, novel or whatever. bukan senang kita nak gambarkan pada seseorang tu apa yang sedang kita alami atau benda yang kita nak ceritakan. aku penah baca satu novel tu, apa yang author tu cube sampaikan, aku xpaham. not just that, timbul rasa tak senang dengan cara dia describe sesuatu benda.

frankly, i'm not a gud writer n i'm still trying.. tapi aku sangat kagum dengan orang-orang yang pandai menulis. kalau time dia tulis blog pun, kata-kata yang dia keluarkan tu boleh buat kite ingat ayat tu dan segala yang dia gambarkan seem so clear.. well done to ppl out there! korang memang dianugerahkan bakat menulis.. walaupun korang tak sampaikan secara terus, tapi readers boleh tau korang marah walaupun tulisan tu hanya memuji.. weird isn't?







tulisan hayati sekarang dah pukul 8:48:00 PM Saturday, May 31, 2008 0 orang dah komen

Tuesday, May 27, 2008

.:menumpang:.

huargh.. ngantuknye! ari ni lepas klas, kebetulan ada geng yang konvo.. so, my best friends (nazi n nadia) n i pun singgah la kejap untuk meraikan kengkawan yang lama tak jumpa ni..

kalau tahun lepas aku dah merasa camne kalau konvo, kali ni.. kitorang pulak jadik pemerhati kepada gelagat student2 yang telah grad dengan rasminya. ada yang datang dengan parents, ada jugak yang datang satu family macam aku dulu, dan xkurang ada yang datang sorang diri je.. walaupun aku penah pegi convo kaklong tapi lain situasi dan tempat, but this time, the exact time(petang) place.

student2 ni pulak, perghh.. ada yang kelam-kabut, telefon tak berenggang dengan telinga.. tu tak campur dengan pakaian, ada yang melaram macam nak pegi kenduri kawin, dinner, dan ada jugak yang macam nak menikah, yelah, bukannya kita slalu konvo kan, so tak salah rasanya kalau melaram sekali skala.. memang terhibur..

btw.. bila tengok 'cahaya' kebanggaan pada muka parents, terharu pun ada jugak. aku ada nampak makcik tu siap datang dengan tongkat, sanggup datang untuk tengok anak dia convo.. terharunye, walaupun tak dapat masuk pun kat dsb tu, anak dia dpt dean list kot? hmm, mayB..

tapi, memang hari tu banyak bagi aku sumthing, kekadang, bila kita mengalami benda tu, dan bila kite tgk orang lain pulak yang face the exact same thing, kite tau camne gelagat kita dulu.. and other small things yang kadang-kadang kita tak perasan pun.. 'oh, camni rupanya rasa duk kat luar', 'lama lagi ke nak habis?' , 'diorang ni kat mana?', and other stuff.. kita tak pernah nak hargai benda2 yang ada kaitan dengan kita yang kita tak nampak, walaupun sebenarnya benda tu sangat berharga bagi orang lain.. bagi orang yang rapat dengan kita.

tapi, yang paling aku tak puas hati, kami yang datang lupa bawak camera yang proper.. so, terpaksa la tangkap gambar dengan handphone camera je, ish, memang rugi la..


kengkawan yang dah grad







nazi, nadia and me

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:08:00 AM Tuesday, May 27, 2008 0 orang dah komen

Sunday, April 27, 2008

.:final:.

Huh.. ~sigh~
Mataku sakit,
Belakangku sengal,
Otakku pening..

Semuanya sebab..

EXAM.. ~sigh~ (-.-)




tulisan hayati sekarang dah pukul 4:12:00 PM Sunday, April 27, 2008 2 orang dah komen

Monday, April 21, 2008

.:eXaM:.

hahaha, believe it or not, tomorrow is the 1st day for my final exam, and now i'm still blogging, memang nak cari nahas betul!

study week minggu lepas, i've spending 5 days at home, having a gud time.. arrggh, ingatkan nak study la kat rumah, tapi untuk 2 hari yang awal tu je, 3 hari lain, apa lagi, enjoy la..

exam kali ni, memang lain skit dari yang sebelum ni, yela, kat tempat baru, after a year xblaja, macam lupa pulak macammana rasanya nak ambik exam..

but then, i still have to face it.. couldn't wait for tomorrow (tapi tak abes study lagi T-T). wish me all the best!

tulisan hayati sekarang dah pukul 7:17:00 PM Monday, April 21, 2008 1 orang dah komen

Monday, April 14, 2008

.:morib:.

Before final ari tu, sempat aku pergi holiday wit my family jap kat morib. Nampaknya plan ke langkawi ditunda lagi sampai bulan 6, hopefully jadi la..



Anyway, memang tak menyesal pergi family day kat morib, sangat best n tenang. Kitorang duduk kat impian morib, sebelah dia ada padang golf, pandangan memang cantik. yang aku nak cerita kat sini, pasal tempat tinggal kitorang untuk 2 hari semalam kat situ, bilik dia memang cantik, deko dia pun sangat tenang.. memang sangat direkomen kepada sesiapa yang nak lari dari hiruk kota. Harga dia pun xmahal sangat. Mak kata bawah 200 semalam untuk bilik 3 orang.







Memang sangat sekejap masa yang ada untuk tenangkan fikiran, kitorang stay kat sana ari petang sabtu sampai awal petang ahad, sekejap je kan? but it’s worth it.

Dah namanya family day, of course la ada sukaneka. Suma family member kawan mak memang sporting, tapi rasanya yang paling sporting mestila abah, boleh masuk pertandingan hula hoop.. hahaha, such a funny and cute act. It’s been a long time to see abah having such a good time, since.. ermm, dah lama jugak. susah sebenarnya nak kumpulkan all the family members and go holiday just like that. kumpul the family is a easy thing to do, but to plan the holiday, susah tu.. nak kena sync dengan school holiday la, semester break la.. tambah dengan keja abah, bila la nak pegi holiday. Dapat pegi yang 2 hari semalam ni pun dah sangat-sangat bersyukur.. I’ll be there next time, that for sure.






tulisan hayati sekarang dah pukul 5:48:00 PM Monday, April 14, 2008 0 orang dah komen
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

aku

My photo
hayati
ini tulisan hati..
View my complete profile

yg sudah lepas

  • ►  2013 (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (9)
    • ►  September (2)
    • ►  July (3)
    • ►  May (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2011 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  February (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (67)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ▼  2008 (44)
    • ▼  December (5)
      • .:raikan cinta:.
      • .:selamat tinggal:.
      • .:acm-icpc 08 @ IIUM:.
      • .:i'm in love!:.
      • .:korban:.
    • ►  November (3)
      • .:terengganu:.
      • .:hati aku:.
      • .:exam:.
    • ►  October (5)
      • .:separuh gila:.
      • .:kehilangan:.
      • .:bbq:.
      • .:raya lagi:.
      • .:raya 08:.
    • ►  September (5)
      • .:salam aidilfitri:.
      • .:monday:.
      • .:satu hari di bulan puasa:.
      • .: aku rindu...:.
      • .:hidup saya:.
    • ►  August (3)
      • .:kampung:.
      • .:kenapa saya suka rumah saya?:.
      • .:promed:.
    • ►  July (3)
      • .:my day:.
      • .:kerana 'ia':.
      • .:pilihan:.
    • ►  June (5)
      • .:masa:.
      • .:lelaki ini:.
      • .:kosong:.
      • .:macam-macam:.
      • .:adil:.
    • ►  May (2)
      • .:kelebihan:.
      • .:menumpang:.
    • ►  April (4)
      • .:final:.
      • .:eXaM:.
      • .:morib:.
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2007 (28)
    • ►  December (5)
    • ►  November (10)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

kengkawan

  • life of mine
    This journey is about ...
    7 years ago
  • Ceritera Warna Warni Kehidupan
    Saran Memasak Untuk Membantu Anda Untuk Memimpin Hidup Baik
    10 years ago
  • Angela's bloggie || http://angelalpev.blogspot.com
    13 albums of 2013.
    11 years ago
  • ^ sUaRa TaNpA bUnYi ^
    ^ sYukuR ^
    12 years ago
  • pocket full of sunshine
    151 days!
    12 years ago
  • :::.listen to my heart.:::
  • permulaan

singgahan tetap

  • Freewebcomic
    PHP Web Development Beneficial For Online Business
    2 years ago
  • Perempuan Jomblo
    Dah besar dah
    7 years ago
  • Work Hard Play Hard
    Sedia Keripik Pare Tidak Pahit
    10 years ago
  • ini fynn jamal cakap.
    kontradiksi
    11 years ago

mereka ini

 
© 2011 breakprimetime