skip to main | skip to sidebar
this is me

Sunday, December 28, 2008

.:raikan cinta:.

aku dan cinta? Hmm, that’s another story.. yang aku nak ceritakan kat sini, majlis-majlis ‘cinta’ a.k.a kenduri kawin yang aku hadiri lately. Aku paling suka kenduri kawin, bukan sebab makanan.. tapi sebab aku nak melihat situasi kalau cinta itu telah diredhai dan direstui.. bagaimana orang di sekeliling kita, orang yang kita sayang meraikan cinta yang kita pupuk. Dan kali ni, yang membuatkan cinta yang diraikan lebih bermakna, I was chosen to be the bridesmaid. Aku jadi pengapit untuk sepupu aku, kali ni pny majlis 2 pasangan serentak dan kedua-duanya kakak sepupu aku (14 dec). Baru aku tau camne rasanya bila kita bersanding dan semua pandang kita, siap ada orang nyanyi2 lagi.. walaupun aku bukan orang yang diraikan, tapi cukup lah dengan berada di sisi orang yang diraikan, kita dah boleh bayangkan keadaannya. Ish, giliran aku kang camne la agaknya.. hee.. gatal lak!

anyhow, semuanya berjalan dengan lancar, dan cuaca pun Alhamdulillah, cerah di musim2 hujan ni..


the next week (21 dec), aku pegi kenduri akak best friend aku pulak. Aku kenal dengan semua akak nazi sejak dip lagi, sempat tgk akak yang no 2 kawin, kali ni yang no 3 kawin pun aku sempat tengok, mintak2 aku panjang umur untuk hadir semua majlis kakak2nya sampailah giliran dia.. aminn.
Disebabkan adik beradik nazi semuanya perempuan dan mungkin sebab tiada calon yang lebih baik, nazi jemput sorang best friend kami, daus untuk jadi pengapit belah lelaki; kebetulan yang sangat kebetulan, daus jadi pengapit abang ipar nazi, nazi plak jadi pengapit akak dia dan baju tema diorang pun sama dengan baju tema time aku jadi pengapit minggu lepas. Ni baru best friend betul, kami tiga orang (aku, nazi n daus) telah melalui pengalaman yang sama.

Tak abes dengan tu, ada lagi kenduri kawin untuk sepupu aku sebelah lelakinya. Untuk sepupu yang pertama, kat alam budiman, puncak alam (25 dec) dan yang sorang lagi kat jasin, melaka(28 dec).

Kesimpulannya, memang sepanjang cuti sekolah ni, ramai betul orang nak bina masjid, sama jugaklah dengan raja sms Malaysia; mawi n ekin. Di harapnya semua majlis ini diberkati Allah dan semoga jodoh kamu semuanya kekal hingga ke syurga, amin..

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:08:00 PM Sunday, December 28, 2008 0 orang dah komen

Monday, December 22, 2008

.:selamat tinggal:.

setiap benda kat dunia ni, akan berjumpa dan berpisah. mesti ada pertemuan dan perpisahan.. sukanya bila bertemu.. dan sedihnya bila berpisah.. apatah lagi bila berpisah buat selamanya..
kali ni, aku sangat sedih.. sebab terpaksa berpisah with my dearest one, my baby and my all; my laptop. benda yg sgt setia aku angkut ke mana sahaja, kali ni terpaksa berpisah dengan aku. aku dengan rela hatinya (terpaksa sebenarnya) berpisah dengannya, untuk memudahkan akak aku siapkan fyp dia.. xpe2, memandangkan dia kena siapkan fyp dia, dan aku br kena bt proposal sem depan. sian plak tgk k.long gn desktop je, walaupun desktop dia tu spec dia tinggi, but still, susah untuk pergerakan dia, kalau nk bt keje, kena pegi kt studio lak. kt umah @ mahallah xblh nk setelkan keje dia. kalau keje tu byk? kenalah dia tido kt studio..

bubye..

mula-mula k.long telah mengusulkan supaya dia mendapat laptop; fair la bg dia dan aku; sama2 dpt laptop. tapi dengan desktop dia tu nk bt pe? nak tambah lagi satu kt umah pun bukannya ada orang nk gn skali 2 pc (ada ke?). maka aku pun offer la laptop aku.. dengan janji aku akan dapat balik laptop tu dalam masa 6 bulan.. so, aku terpaksa la gn desktop k.long ni.. nasib baik abah dah janji untuk ganti monitor old skul k.long dengan lcd 19", muahahaha.. terubat skit kesedihan aku.. lagipun kalau nak di bandingkan, desktop mmg ada banyak kelebihan berbanding laptop; tak mudah rosak, parts dlm tu blh nk ganti @ upgrade, murah pun ye. dan kelebihan terbesar laptop ialah ia portable. kalau x? i think i prefer dekstop more.. <-- ayat nk pujuk hati =(

the new-baby-for-6-months..


tulisan hayati sekarang dah pukul 10:45:00 PM Monday, December 22, 2008 2 orang dah komen

Friday, December 19, 2008

.:acm-icpc 08 @ IIUM:.

sebenarnya post ni berkaitan dengan post di bawah. aku penah cakap yg PA trained student utk participate dalam programming contest. so, kami pun telah men'joined' pertandingan regional contest; acm-icpc (acm tu xtau la maksd dia pe.. tp icpc- international collegiate programming contest). mula-mula kami yang baru joined PA ni igt, layak ke kitorang ni nak joined contest ni? peringkat regional lak tu.. tapi all the trainers said it's a good exposure kpd kami, so that we know what is the programming level in malaysia. memang ramai dah tahu sebenarnya, kalau nak dibandingkan skill programming di malaysia agak jauh di belakang berbanding dengan negara jiran kita; singapore n indonesia. mungkin kita akan lebih sedar dan berusaha untuk tingkatkan kualiti programming di negara kita.

anyway, aku dapat tau time registration tu, mmg ramai contestant dari uni all over asia, ada yg dtg dari china, taiwan, phillipines, sri lanka n byk lagi la.. tapi yg pasti mmg ramai dari asia timur. the 1st day tu ada bt briefing dan mocking competition, and the 2nd day tu baru pertandingan yang sebenar. since i'm only the attendee, so tugas aku hanyalah untuk menunggu dan melihat diorang habes menjawab soklan. 11 problems to be solved in 5 hours. tgk soklan tu mmg susah sbb area yg kitorg target banyak yang tak keluar.. ada psl dynamic programming and graphs, bernanah gak la kepala otak nak pikir solution and algorithm yang diguna.


ini grup aku: intelli7

ini plak grup niza n lokman: nulogic

and the winner goes to university from china, lupa dah apa full name uni tu. satu perkara yang blh dibanggakan ialah semua ahli dalam group tu ialah perempuan; membuktikan bukan semua programmer yang bagus hanya lelaki. women can also be a gud programmer what..

as you can see, there are many ballons.. and one ballon indicate 1 solved and correct problem.

dan satu perkara yang agak pelik, kt sana aku blh lihat cara student dari uni dari china n taiwan dan semua yang hebat2 belaka ni, bahasa english mereka agak lemah. blh dilihat dari segi percakapan dan communication mereka dengan volunteer uia, but still, they can manage to understand the problem and answer it correctly.. pelik tapi benar?


tulisan hayati sekarang dah pukul 1:14:00 AM Friday, December 19, 2008 0 orang dah komen

Wednesday, December 17, 2008

.:i'm in love!:.

i never thought i'm gonna say this, but finally i'm in love! i used to hate it so much. but now i wanna see it.. it is programming. i never realize programming is so fun and interesting..

it's all started 2 weeks ago, wit rujia liu statement, "programming is fun!" time tu aku pikir, giler ah mamat ni (dia ni no4 in world ranking programmer and he's just 25!) tapi bile da lama-lama exposed pada programming, solving different problem every day (tho there r many question that u can't answer, trust me), aku tak pikir susahnya programming, but how interesting a problem can be solved by programming..

semuanya sebab programming academy(PA), some sort of class (ye ke?) yang trained student utk participate in contest programming. at first, aku memang tak nak join, tapi atas galakan my beloved KP, plus utk fyp preparation. aku pun join dengan tidak relanya.. tapi tulah, bila kita study, dgn tunjuk ajar dari senior2 yg sememangnye expert2 belaka.. tmbah dengan pengakuan dari tn ahmad n dr.muthu, semangat untuk explore programming tu bertambah. aku pun bukannya pandai, but, as tn ahmad said, "for me, programming is all about passion. if u want to be a good programmer, it all bout your initiative and passion". kata-kata itulah yang membuatkan aku sangat ingin belajar programming.. pada sesiapa yang nak tengok contoh soklan yang aku slalu praktis, u can klik to this link; http://icpcres.ecs.baylor.edu/onlinejudge/ (using mozilla), kalau nk try solve pun lg bagus, so.. ada sesiapa yang sudi ajar aku?

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:59:00 PM Wednesday, December 17, 2008 2 orang dah komen

Monday, December 8, 2008

.:korban:.

aku memang selalu lebih sukakan raya haji dari raya puasa.. most of the religious ppl says that it's suppose to be that way<-- aku bukan orang alim, tapi aku ada alasan aku sendiri: rasanya tak perlulah di beritahu di sini..

>pagi, mendung dan sejuk (lepas ujan lebat malam td)

lepas solat raya td, dan dengar khutbah; aku bukanlah seperti orang lelaki yang mendengar khutbah setiap minggu (ini tak termasuk golongan lelaki yang tak g solat jumaat). isi kandungan khutbah membuatkan aku berfikir panjang. antara isinya; sejauh mana pengorbanan kita di zaman sekarang ni untuk agama kita.. untuk buktikan yang Allah sentiasa berada di prioriti no1? adakah pengorbanan yang kita lakukan itu ikhlas untuk Dia atau semata-mata kerana inginkan balasan?

dan yang penting, kata-katanya:"melihat rancangan yang menunjukkan wanita yang membuka aurat seolah-olah tidak mengapa, bersentuhan antara bukan muhrim seolah perkara biasa, tidakkah kita sedar bahawa apabila di akhirat kelak, kita akan disoal tentang perbuatan dan perkara yang kita lakukan dengan tubuh kita yang menjadi amanat Allah".. i'm speechless (mmg time dengar khutbah tak blh bercakap pun, literally).

rupanya mmg aku sangat banyak melakukan dosa, dan yang paling penting, sempat ke aku bertaubat sebelum aku 'pergi'? adik aku(alep) penah cite, konon macam bagi tazkirah la, since dia ex-budak skolah agama. "mmg sekarang da akhir zaman, tapi kita kena lebih risaukan maut sebab maut tu lebih dekat dengan kita dari kiamat" <-- totally agree wit this statement. tambah dengan ujian sejentik yang Allah turunkan kepada rakyat Malaysia; banjir, tanah runtuh, eksiden.. apa lagi yang kita nak untuk terbitkan rasa taubat dan takut dari melakukan dosa ni? (aku sendiri meremang bc ayat yang aku sendiri tulis?) rasanya kita semua dah cukup besar, matang dan cukup umur untuk tau mana satu dosa, pahala. mana satu elok dan tak. kalau ada yang masih samar tu.. dah sah-sah ponteng skolah agama time kecik2 dulu.. (aku pun sama je) tapi, rasanya kalau kita nak berkorban pun, inilah masa yang paling sesuai.. lagipun muharram pun dah dekat.. mmg elok sangat untuk kita berkorban dan berjihad (aku tujukan nasihat ni untuk diri aku jugak), ada orang kata, menahan nafsu itu pun tergolong dalam korban dan jihad..

>sepanjang hari: hujan renyai dan lebat bertukar ganti, tapi berhenti sekejap cuma..

aktiviti aku hampir sepanjang hari: tido berselubungkan my new-fav blanket.. hmm, teringat raya puasa beberapa bulan lepas, hujan jugak.. asal raya je ujan, ujan je raya.. ada hikmah ujan ni.. Dia lebih tahu..

> maghrib (masih ujan)

kami duduk makan malam sambil bercerita peristiwa korban siang tadi: tentang gelagat seorang lelaki sindrom down yang sgt rapat abah; budak tu anak kawan abah, but don't know why he is calling abah 'atuk', maybe because abah looks older than his father? and suddenly abah calling himself 'atuk'.. abah ni dah teringin nak jadi atuk ke? (aku: tersenyum)

and lastly, our menu for this night.. and i think for the next 2 days..


burpp.. ah.. almost forget- SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA-


tulisan hayati sekarang dah pukul 9:06:00 PM Monday, December 8, 2008 2 orang dah komen
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

aku

My photo
hayati
ini tulisan hati..
View my complete profile

yg sudah lepas

  • ►  2013 (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (9)
    • ►  September (2)
    • ►  July (3)
    • ►  May (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2011 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  February (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (67)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ▼  2008 (44)
    • ▼  December (5)
      • .:raikan cinta:.
      • .:selamat tinggal:.
      • .:acm-icpc 08 @ IIUM:.
      • .:i'm in love!:.
      • .:korban:.
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (5)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2007 (28)
    • ►  December (5)
    • ►  November (10)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

kengkawan

  • life of mine
    This journey is about ...
    7 years ago
  • Ceritera Warna Warni Kehidupan
    Saran Memasak Untuk Membantu Anda Untuk Memimpin Hidup Baik
    10 years ago
  • Angela's bloggie || http://angelalpev.blogspot.com
    13 albums of 2013.
    11 years ago
  • ^ sUaRa TaNpA bUnYi ^
    ^ sYukuR ^
    12 years ago
  • pocket full of sunshine
    151 days!
    12 years ago
  • :::.listen to my heart.:::
  • permulaan

singgahan tetap

  • Freewebcomic
    PHP Web Development Beneficial For Online Business
    2 years ago
  • Perempuan Jomblo
    Dah besar dah
    7 years ago
  • Work Hard Play Hard
    Sedia Keripik Pare Tidak Pahit
    10 years ago
  • ini fynn jamal cakap.
    kontradiksi
    11 years ago

mereka ini

 
© 2011 breakprimetime