skip to main | skip to sidebar
this is me

Saturday, January 31, 2009

.:baru:.

sejak dari mula semester hari tu aku mmg sangat tidak bersemangat, sangat kosong.. tak tahu kenapa. mungkin sbb aku dah semakin jauh dengan 'mereka', mungkin juga sbb fyp.. mungkin..

jumaat lepas, kali pertama rasanya aku rasa boleh bernafas sepuasnya.. menyedut udara untuk memenuhi paru-paru semaksimanya. lega. walaupun untuk seketika. tambah dengan aku demam lagi..

selasa, hati aku mula tidak tenteram, rasa serba salah kerana terlalu leka dan lupa kepada assignment dan buku yang hanya memerhati aku bergembira..

hari ni, aku sengaja pulang awal skit dari bercuti panjang di rumah, bukan sebab aku tak suka, bukan juga sebab aku sengaja. tapi sebab aku terlampau suka di rumahlah, buat aku rasa tak sedap hati. padahal banyak lagi assignment.. yang sah2 perlukan lebih dari 3 hari untuk siapkan bagi setiap subjek.. aku ni memang cari nahas! *geleng kepala*

esok, aku tau memang tak akan sempat untuk siapkan suma assignment, tapi nak atau tak, kena try jugaklah.. tulun saye! *padan muka aku*

tapi kali ni aku datang dengan nafas dan semangat baru.. insyaAllah, walau perit mana pun dugaan yang datang ni, aku akan redah gak, walaupun aku tau aku ni mmg rapuh. kata-kata mak akan aku pegang selama mana aku boleh bertahan.. o yeh! [^o^]v


tulisan hayati sekarang dah pukul 8:35:00 PM Saturday, January 31, 2009 0 orang dah komen

Saturday, January 24, 2009

.:adoi:.

dalam dunia ni sape la yg xde masalah? alangkah bahagianya orang tu.. tapi kalau bahagia sgt pun kinda boring, is it? huhuhu, bukan la masalah tu sesuatu yang bagus, tapi kalau nak dilihat dari perspektif yang positif, masalah ni akan bt kita lebih dekat dengan Tuhan, sbb mostly dari kita hanya ingat Dia dengan lebih kerap kalau kita ada masalah je.. mostly la..

masalah.. hmmm, aku pun tgh ada masalah sekarang. kalau nak diukur masalah aku tu, dalam rate 1-5, aku bagi 6, boleh bayangkan tak camne? maybe sbb masalah tu more than one. mula-mula yang aku agak bengang sbb coverage di bilik aku yang 'sangat2 memuaskan'. dengan line maxis selalu xde, kawan aku bg message pukul 8 mlm, pkul 9 pagi baru deliver.. sangat dasyat dan menguji kesabaran aku yang sangat sikit ni.. membuatkan aku nak tukar kepada celcom..

keduanya, sangat2 aku tertekan ni sbb fyp.. adoi! membuat sesuatu yang aku rasa sangat-sangat di luar logik kepala otak aku, yang aku sendiri tak boleh nk imagine bagaimana nak implement kan proposal tu.. mula2 bile dapat tajuk tu, selepas ditukar dengan tajuk lm, mmg sangat2 blur.. mcm ada tekanan perasaan. aku byk termenung, pegi klas sorang2, tak bt assignment utk subjek lain, dah xde nafsu nak berjoli, g kumpul kupon pun sorang2.. macam aku nk isolate myself from the world. nak ngadu kt somebody pun rasa macam not worth it sbb diorang mesti tak paham.. so, kat cni aku nmpak sebenarnya takde tempat yang lebih sesuai untuk mengadu selain dari Allah. Dia je yang paling tahu apa yang kita rasa dan hanya Dia je yang boleh hilangkan kerisauan tu, dan Dia jugak yang boleh bagi ilham camne nk setelkan hal tu..

lepas aku da cool down skit psl proposal fyp, aku pun duk sembang dengan coursemate, macam sesi meminta pendapat dan mintak tolong memana yang patut.. turn out to find out that i'm not the only one yang rasa mcm tu. lepas tu bila dengar kata-kata apis, "kau hadap je benda tu" rasa ke'blur'an tu kurang lagi (thanks apis!). i know that's its gonna be a long, very long year for me, tapi bak kata en. suffian, "bila kamu da keje karang, kamu akan rasa apa yang kamu dah lalui masa zaman blaja ni kenangan yang manis", though i must guarantee yang semua ni macam kenangan ngeri je.. huhuhu..

itu satu hal, lepas tu ada satu lagi masalah yang tak kurang beratnya. aku terpaksa berdepan dengan manusia yang aku rasa paling degil di dunia ni, mungkin sbb aku tak brape degil kot? (betul, saye mmg baik, thehehe!) nak ubah pendapat dia pasal sesuatu hal tu, eii, susah kemain! lepas tu asyik nk ikut telunjuk dia je, smpaikan orang sekeliling dah tak boleh buat apa untuk ubah perangai dia tu.. dan benda yang paling dia suka? tutup handphone dan hilangkan diri. mmg aku rasa macam nak ikat je budak ni sebab suka buat orang marah dan suka buat orang risau.. kamu ni mmg degil!




tulisan hayati sekarang dah pukul 3:48:00 PM Saturday, January 24, 2009 0 orang dah komen

Wednesday, January 14, 2009

.:keluargaku, saudaraku:.

rasanya semua dah pun tau apa yang sedang berlaku di dunia. bukan juara lagu, bukan juga tentang pilihanraya di kuala terangganu, tapi tentang saudara Islam kita yang sedang ditindas. tak sanggup rasanya aku tengok video klip berulang kali pasal penganiayaan Zionis terhadap orang Islam kat Palestin..

orang sekarang asyik tayangkan video klip pasal penindasan yang berlaku, tapi bagi aku, apa yang paling penting kita buat ialah memberi kesedaran tentang penggunaan barangan yang akan menyumbang kepada belian senjata dan bekalan ubatan dan makanan untuk Israel. tak tahu lah ramai yang sedar ataupun tak, starbucks dan mcD adalah penyumbang utama kepada israel, dan banyak lagi, sehinggakan pemimpin tertinggi iran pun mengeluarkan fatwa membeli barangan keluaran israel adalah haram. memang kalau nak diikutkan secara logik, kita di malaysia takkan mampu untuk memboikot semua barangan ni, tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mencari substituition daripada barang Israel kpd barangan lain.
tapi aku tengok tak nmpak effort dari umat islam untuk memboikot barangan ni.. ada lagi yang makan mcd, macam korang bg duit kt mcd untuk teruskan pengeboman orang islam kt israel.. rasa mcm kejam kn? baru-baru ni kaklong sangat teringin untuk makan prosperity set, aku pun da lama gian nk mcflurry n strawberry shake, but i consider it as a sacrifice. tak pela, korban skit, orang-orang di palestin tu siap ada makan biskut pasir lagi. kita ni hidup dalam kemewahan yang langsung tak boleh tahan dengan kesusahan..

semua hal tu buat aku sangat insaf, aku kat sini dok risau pasal pointer, assignment, fyp, nak pakai baju apa, kasut lagi.. but compared to what they've been through, rasanya kesusahan aku ni tak sampai pun 1% apa yang diorang rasa.. untuk hidup dan terus dapat menghirup suasana yang segar pun dah besar rahmat bagi mereka.. tapi kita tak pernah sedar tentang kesenangan yang kita ada ni, malah ada yang lupa untuk bersyukur lagi.. bila kita nak sedar ni?

tolong jangan beli barangan ini..


tulisan hayati sekarang dah pukul 9:10:00 PM Wednesday, January 14, 2009 0 orang dah komen

Thursday, January 1, 2009

.:maal hijrah + tahun baru:.

salam maal hijrah 1430 dan tahun baru 2009!

speaking of new year.. mmg xlepas kalau orang ckap pasal azam baru.. aku pun nak ada azam baru jugak, sbb rasanya rahun lepas aku tak sempat berazam.. sedar-sedar dah nak akhir tahun, hehehe, cepat betul masa berlalu!

tahun ni, azam aku senang je, aku nak jadi manusia yang tinggi.. that's all. that's all? meh aku explain lagi:

- tinggi akhlak
- tinggi ilmu
- tinggi ibadat

dan tambahan satu lagi, tinggi dari segi fizikal. sebab minggu lepas ada orang cakap aku semakin pendek.. hehe, bertambah gemuk la tu maksudnya.. adoi..

tulisan hayati sekarang dah pukul 1:51:00 AM Thursday, January 1, 2009 0 orang dah komen
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

aku

My photo
hayati
ini tulisan hati..
View my complete profile

yg sudah lepas

  • ►  2013 (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (9)
    • ►  September (2)
    • ►  July (3)
    • ►  May (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2011 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  February (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2009 (67)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ►  February (7)
    • ▼  January (4)
      • .:baru:.
      • .:adoi:.
      • .:keluargaku, saudaraku:.
      • .:maal hijrah + tahun baru:.
  • ►  2008 (44)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (5)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2007 (28)
    • ►  December (5)
    • ►  November (10)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

kengkawan

  • life of mine
    This journey is about ...
    7 years ago
  • Ceritera Warna Warni Kehidupan
    Saran Memasak Untuk Membantu Anda Untuk Memimpin Hidup Baik
    10 years ago
  • Angela's bloggie || http://angelalpev.blogspot.com
    13 albums of 2013.
    11 years ago
  • ^ sUaRa TaNpA bUnYi ^
    ^ sYukuR ^
    12 years ago
  • pocket full of sunshine
    151 days!
    12 years ago
  • :::.listen to my heart.:::
  • permulaan

singgahan tetap

  • Freewebcomic
    PHP Web Development Beneficial For Online Business
    2 years ago
  • Perempuan Jomblo
    Dah besar dah
    7 years ago
  • Work Hard Play Hard
    Sedia Keripik Pare Tidak Pahit
    10 years ago
  • ini fynn jamal cakap.
    kontradiksi
    11 years ago

mereka ini

 
© 2011 breakprimetime