skip to main | skip to sidebar
this is me

Tuesday, April 28, 2009

.: diam :.

Senyap..

Kosong..

Kata orang diam itu tanda setuju <-- bab risik, kawin segala

Tapi, diam itu bukan bermakna salah.. kan?

Aku diam ini, tidak bermakna aku setuju dengan apa yang kamu katakan, apa yang kamu laungkan dan hebahkan pada dunia

Aku diam juga tidak bermakna aku rasa bersalah atas apa yang berlaku.. tidak..


Tidak sama sekali..


Tapi diam aku jangan kamu cabar, sebab aku takut hilang rasa hormat aku pada kamu kalau aku bersuara

Diam aku juga bukan bermakna aku takut, cuma aku biarkan saja mulut ini terkunci untuk kebaikan, tapi hati ini tak pernah berhenti berkata untuk patahkan segala percakapan kamu..

Sebab aku tak pernah terpikir hal sekecil zarah ini kamu ungkitkan sehingga ia sebesar gunung..

Aku ini bukan manusia yang sabar, dan bukan juga manusia yang kuat..

Sebab itu aku mahu suruh kamu juga diam..

tulisan hayati sekarang dah pukul 10:30:00 PM Tuesday, April 28, 2009 0 orang dah komen

Monday, April 27, 2009

.: aku :.

phew! alhamdulillah, lega sangat 2 paper dah lepas. bukan dah lepas tu bermakna aku boleh jawab dengan konfidennya, tapi sebab gap di antara 2 paper tu yang buatkan aku sangat berharap semuanya berakhir.. and finally it's over!

tapi...

untuk paper yang seterusnya ni, sama jugak, still ada masalah yang sama, jaraknya memang dekat2.. alahai, 7hb, aku ada paper security, and the next day ada paper AI sebelah pagi dan paper phi sebelah petang..

doakan aku untuk lepas semua ni, eyh?

semester ni, so far yg paling mencabar la buat aku. memang every sem kite akan cakap benda yang sama- "sem ni lagi susah dari sem lepas".. dan rasanya memang sem depan definitely akan lagi bertambah-tambah susah. tak tahu dan tak nak bayangkan camne, eventho i can clearly imagine how it's gonna be, biarlah.. kita akan hadapi benda tu bile tiba masanya..

tulisan hayati sekarang dah pukul 10:39:00 PM Monday, April 27, 2009 0 orang dah komen

Monday, April 20, 2009

.: selamat :.



hari ni first day exam.. kepada semua warga uitm, good luck! aku punya paper lambat lagi.. start 26hb 4, tapi.. waa.. sudah rasa berdebar lor.. doakan yang terbaik untuk kita semua, amin!

tulisan hayati sekarang dah pukul 10:03:00 AM Monday, April 20, 2009 0 orang dah komen

Saturday, April 18, 2009

.: buku oh buku :.

aku tak tahu kenapa aku sangat suka beli buku, tapi sampai sekarang baru 1 buku sudah aku habiskan dari 3 buku yang aku dah beli.. itu belum campur dengan buku yang aku berazam mau baca.. igt lagi buku yg setebal kamus itu?

dan tadi, aku beli buku lagi! isk, asyik beli je, tapi masa yang diperlukan untuk membaca tu sangat la suntuk.. mungkin sebab harga dia murah yang membuatkan aku rambang mata. segunung buku di carrefour subang. i wish i can afford to buy them all.. sbb 1 buku hanya rm5 je! sangat murah kan?



tapi paling tak boleh blah, aku tak tahu kenapa tangan aku boleh mencapai buku ini? what da?!



hmm.. only time will tell..

tulisan hayati sekarang dah pukul 8:27:00 PM Saturday, April 18, 2009 0 orang dah komen

Thursday, April 16, 2009

.: lega :.

lepas daripada the chaotic week tu, aku da boleh menarik nafas lega. memang lega gila la.. so, semalam, aku n mailis, pegi jalan-jalan area s.alam. kebetulan dia pun tengah carik rumah sewa, pe lagi, meronda la kami ke kawasan yang berkenaan untuk carik rumah.

mula-mula pegi lepak di hakim, makan nasik kandar. lepas tu, baru pencarian bermula, cari punya cari, dalam 2 3 rumah pegi survey. da petang skit, solat kat masjid

prasan tak dia ni memang katik skit.. huhu, tapi suka merempit

lepas tu, kitorang lepak jap kt tasik sebelah masjid tu.. sambil bagi roti kt ikan-ikan yang rakus bagai pirana, tetiba nampak lak beberapa ekor kura-kura yang comel.


aku sesaje je gurau dgn mailis, "cube kau ambik kura-kura tu" skali dia g ambik betul2 lak!



ganas minah tu.. pe lagi, sesi mensnap pun bermula.. gile ah dia, brani.. aku pegang kejap je kot.. orang-orang kat tepi tu pun tengok je. kura-kura tu siap lari pastu lompat dalam tasik tu.. lepas tu mailis kutip kura-kura yang lain pulak!





tgk dia ni, igt tu beger ke..




sedar xsedar, da abes 1 buku roti kitorang bagi kat kura-kura n ikan-ikan yang ada kat situ..
lepas tu, sambung carik umah lagi..
setel carik umah..
solat maghrib, pastu makan lagi kat hakim. isk 1 hari aku mkn kat kedai mamak.. tapi serius otak aku dah ringan skit..

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:00:00 PM Thursday, April 16, 2009 2 orang dah komen

Saturday, April 11, 2009

.: separuh gila part 2 :.

ada sesapa suda baca separuh gila part 1?

kali ni, bukan sahaja hampir separuh gila, tapi sudah buat beberapa orang putus harap pada diri sendiri.

aku sendiri pun sangat rapuh di saat-saat itu. tapi mujur ada Dia, mak, abah dan kawan-kawan. masih ramai yang slalu tahan aku dari jatuh dan mengundur ke belakang. terima kasih.

tak tahu apa yang tak kena atau salah siapa.. sehinggakan hidup bukan aku sorang, tapi rasanya semua hidup kitorang macam out of tune.. tak betul istilah tu.. sebab takde istilah lain lagi yang boleh menceritakan apa yang kitorang rasa minggu ni..

senang cerita, aku cerita dari mula:

ahad: shoot utk sketsa mandarin, sgt seronok, tp penat gile.. lepas tu balik, tak sempat nak convert n edit, trus zzzz..

isnin:
pagi: siapkan projek aes.

petang: klas proposal fyp, en ahmad ckp kena antar full report on dat thursday, complete with supervisor signature, 3 copy and anyone who couldnt submit the report on the thurs, 10 am, will not be able to present on the next monday, dah kalau tak bt presentation yang membawa markah 70 percent of the asessment, sendiri paham la.. time tu kitorang suma mcm "what da...?" sbb time tu pun research method pun xlepas lagi.. --> aku? literature review pun xsiap lagi!

malam: siapkan shooting sketsa mandarin yang ada lagi tak siap.. mengedit dengan anis kt library smpai pkul 11 mlm.

tengah malam: semua berusaha la menyiapkan research method yg pada masa yg sama kena submit on dat wed, pada rasanya time ni semua masih tersekat dekat methodology, aku memang tersekat banyak dah..

selasa:
pagi: berdating dengan Dr zaleha, tunjuk methodology, ada kena repair skit2.. janji dengan Dr nk tunjukkan full report esok (rabu), sbb nak suh dia sign.

tengahari: test 3 ai. aku siap tertidur lagi time test. lepas bagi paper kat puan, puan siap pesan lagi dekat aku PERSONALLY, "nnt kamu time final tidur cukup tau". baik puan.. aku tak boleh nak cakap ape dah, bile ingat2 balik, lupa lak malam tu aku hanya sempat tidur 1 jam je.

petang skit: ponteng klas philosophy sbb nk edit sketsa mandarin yg kena submit aritu gak.. lepas tu lari2 pegi klas mandarin, sbb ada listening test, and we miss it! laoshi tak tunggu kitorang, isk, geram gak dengan laoshi kecik yang comel itu, lambat 5 minit je.. sabar tu kan separuh dari iman, isk, lupa dia bukan Islam.. dia kata, kalau still nk ambik listening test tu kena g kat fac engineering on thurs, 8.30 am. aku lagi skali dlm hati, "what daa..? aku kena submit full report lak time tu!" tapi ikut rasional anis, ambik je lah listening khamis ni, sbb xtau lagi dia nak buat bile lagi.. hmm, ok, follow jela..

malam: repair methodology, kawan2 yang duk dekat dah bertanya itu ini pasal methodoly as if i'm so clever, giler femes rasanya.. tolong je memana yg patut.. walaupun aku sendiri masih ke'blur'an. mungkin sbb diorang tak sempat lagi nak tunjuk kat supervisor..

tengah malam: baru nak start bt full report, fyi, nk buat report ni memang sangat mencabar buat aku, sebab kena buat karangan yang berjela, detail and find the suitable word to describe thing (so boring, dah la tengah malam, tambah2 sekarang ni selalu hujan di tengah malam, best kalau dpt lena).. programming best lagi rasanya, walaupun aku ni tak brape terer programming, tdo kejap je time ni.

rabu: (nasib baik kelas suma kensel pada ari ni)
pagi: kena submit RM kt puan marina yang baik ati lagi sporting. komen skit2 pasal rm, kena repair lagi.. (takpe2, sabar2)

tengahari: siapkan LR yang tertangguh dari ari tu, en ahmad kata at least kena ada 25 journal, aku baru cari 13, mana nk cari lagi 12? buat je mana yang ada, tambah sana sini, buat ikut format yang telah ditetapkan.

petang: dr zaleha kol "kamu kata kamu nak datang jumpa saya?" owh tidak! aku xsiap full lagi.. "oke Dr, bagi saya 15 minit" aku print je mana yang ada, lari-lari pegi fac, teringat pesan nabil yang pun nak jumpa Dr gak. Kol punya kol, dia ni dah tidur mati ni, kalau orang menjerit direct kt telinga dia pun sure xdengar punya.. adeh, abaikan. tunjuk report cincai kat Dr, "ni banyak lagi nk kena repair ni, malam ni kena tak tidur lagi la ni", aku dengan selamba tapi dengan berat hati berkata "tak pe Dr, insyaAllah saya boleh buat"

malam: time ni saat yang paling genting dalam hidup aku, dari malam, sampai pagi, pulun siapkan report, masa tu terlalu cepat bagi aku, tapi perjalanan report tu pulak sangat lembab, lambat dan merangkak. memang tak sempat nak tidur, prepare mandi siap2 pkul 3 pagi, esok kena terus speed ke fac engineering pkul 8 utk listening test. pkul 6 pagi, baru nak print all 3 copies, dengan format ada yang salah2.

khamis: jugak saat yang genting, kalau la ada perkataan yang lebih skit dari klimaks, itu lah perkataan yang aku cari. terasa listening test itu sgt lembab, aku sempat terlena barang seminit dua.. jawapan pun main tanda mana yang dengar je, yang lain, tawakal sudah. lepas habis listening test, aku berlari ke fac, memang sangat kagum dengan adrenalin aku, sebab slalu jalan kaki pun penat. aku tak nak cerita apa yang berlaku sebab, teringatkan peristiwa ini sahaja sudah buat aku sesak nafas. kesimpulannya, aku kena pegi berulang dari fac dan melati sebanyak 2 kali. banyak kali terserempak dengan klasmate yg juga ada masalah yang sama. aku hantar report dalam 10.30 lebih kurang.. masuk dalam kotak puan marina bertajuk "late submission", xpe, aku redha.. sbb ada student under en ahmad yg masih xtau status diterima ke tak..

lepas tu, balik, aku tidur smpai pkul 1 petang..
lupa, petang tu kitorang ada test dna, aku dengan buku xde, terpaksa berbincang dengan mmber time test, nasib puan hilang <-- macam bagi chance utk kitorang bincang je. mlm: tidur di fac, untuk grup ent aku, sbb ada sorang laki;lokman. terpaksa stay up untuk siapkan blueprint tu.


ini bos kami, time ni baru nk start, 9pm


ini kawan2ku yang kepenatan pd pkul 4 am, kesian mereka..


ini pulak aku dan lokman, berusaha meneruskan perjuangan..
lokman suda kepenatan + mengantuk smpai tidak mampu tersenyum

jumaat:

pagi dan petang: blueprint masih x siap. cuba jugak untuk siapkan sebab presentationnye malam tu

malam: kami grup terakhir yang present, abes pkul 11 malam. walaupun ada financial error, belasah je, nasib Dr Azizan sangat baik dan sporting.






senyuman lega sbb da habes penyeksaan untuk semester ini..


kesimpulan untuk semua cerita di atas, kepenatan yang infiniti..

aku xpayah cerita brape jam aku tdo, brape ramai mmbr aku yang smpai demam2, sakit, blood pressure jatuh segala.. aku xnak citer panjang. alhamdulillah, suma dpt present. cerita siapa dihentam pada ari presentation, itu cerita lain pulak...

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:22:00 PM Saturday, April 11, 2009 2 orang dah komen

Saturday, April 4, 2009

.: hari yang.. adil? :.

sepatutnya hari ni menjadi hari dalam sejarah dan kenangan yang manis dalam hidup aku.. sepatutnya..

sebab, aku rasa sangat puas hati sebab aku boleh siapkan assignment programming on genetic algorithm on time. maybe not good as nabil n haisyam yang sememangnya sangat bagus dalam programming and report, but considered that niza and me are the only partners that manage to finish the report and the programming beside the hero-hero di atas.

sepatutnya aku gembira hari ni, sepatutnya..

tapi, hari ni ada berita kurang baik untuk aku.. i try to think on the bright side, mungkin ini satu petanda @ amaran untuk aku.. specifically to me, untuk tidak terlalu gembira bila dah mencapai sesuatu. ini bukan kali pertama aku mendapat berita yang baik dan tidak berapa baik serentak.. more than few time i think.. dah kerap sangat dah..

ia membuatkan aku semakin fobia untuk mendapat @ achieve sumthing, sebab aku takut untuk dapat berita yang tidak baik.. adakah aku perlu mendapat berita yang sedih dulu sebelum aku boleh tersenyum?

dan bukan kali pertama jugak, setiap kali aku ditimpa sesuatu and something good come from it.. ~sigh~ sangat keliru dan celaru..

pasal berita yang tak baik tu.. cukuplah aku cakap yang berita itu telah menghilangkan mood aku untuk sepanjang hari ni, sangat sedih n down.. aisey.. mengadu kat Dia sudahlah, Dia lebih tahu..

tulisan hayati sekarang dah pukul 10:52:00 PM Saturday, April 4, 2009 0 orang dah komen

Wednesday, April 1, 2009

.:plagiat, meniru dan peluang:.

hmm, kalau dilihat pada tajuk saja, mesti semua dah sedia maklum ape yang aku nak tulis ni..

dalam buat proposal untuk fyp, benda yang berulang-ulang kali koordinator aku ulang ialah, plagiat, atau dlm bahasa pasarnya cetak rompak adalah sangat tidak beretika, tidak profesional dan tidak.. betul!

tapi, frankly, kalau dilihat dalam skop assignment, plagiatlah benda yang paling kerap sangat dibuat oleh student, bukannya aku tak pernah buat pun, tapi kesedaran diri tu menjelma awal, dibandingkan dengan mereka yang masih tidak sedar.. aku tak kisah kalau orang kata aku bodoh, asalkan aku buat keje aku sendiri, from my own effort dari kamu di luar tu yang hantar on time tapi meniru..

ini bukannnya ditujukan kepada sesiapa pun, tapi kalau ada sesiapa yang terasa, aku nak kamu sedar ok? penting sangat ke markah sampai kamu sanggup ambik kerja orang lain dan mengaku itu kerja kamu.. hmm..

ini jugak bukan post untuk lepaskan geram pada sesiapa, aku hanya mendengar dan memerhati, dan berdoa supaya kamu sedar..

dalam exam, ada jugak orang berkata kalau dah ada peluang, kenapa tidak meniru? itu peluangkah? peluang untuk menjadi manusia yang tidak jujur kepada diri sendiri atau peluang untuk menambah dosa kamu? aku pelik dengan cara pemikiran orang yang menyokong peniruan ini, siap kata lagi "la, nape kau tak tanya tadi?" once again, aku juga pernah meniru, tapi aku semakin menjauhi tabiat yang teramat rendah nilai moralnya itu..

kadang-kadang aku respek pada manusia yang bangga dengan keputusan ujiannya yang tinggi hasil daripada meniru itu, bukan sahaja kamu tak rasa bersalah, tapi kamu claim yang kamu itu pandai.. ataupun perasaan ikhlas dan jujur itu tidak pernah wujud dalam diri kamu?

tulisan hayati sekarang dah pukul 2:56:00 AM Wednesday, April 1, 2009 0 orang dah komen
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

aku

My photo
hayati
ini tulisan hati..
View my complete profile

yg sudah lepas

  • ►  2013 (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (9)
    • ►  September (2)
    • ►  July (3)
    • ►  May (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2011 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  February (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2009 (67)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ▼  April (8)
      • .: diam :.
      • .: aku :.
      • .: selamat :.
      • .: buku oh buku :.
      • .: lega :.
      • .: separuh gila part 2 :.
      • .: hari yang.. adil? :.
      • .:plagiat, meniru dan peluang:.
    • ►  March (6)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2008 (44)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (5)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2007 (28)
    • ►  December (5)
    • ►  November (10)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

kengkawan

  • life of mine
    This journey is about ...
    7 years ago
  • Ceritera Warna Warni Kehidupan
    Saran Memasak Untuk Membantu Anda Untuk Memimpin Hidup Baik
    10 years ago
  • Angela's bloggie || http://angelalpev.blogspot.com
    13 albums of 2013.
    11 years ago
  • ^ sUaRa TaNpA bUnYi ^
    ^ sYukuR ^
    12 years ago
  • pocket full of sunshine
    151 days!
    12 years ago
  • :::.listen to my heart.:::
  • permulaan

singgahan tetap

  • Freewebcomic
    PHP Web Development Beneficial For Online Business
    2 years ago
  • Perempuan Jomblo
    Dah besar dah
    7 years ago
  • Work Hard Play Hard
    Sedia Keripik Pare Tidak Pahit
    10 years ago
  • ini fynn jamal cakap.
    kontradiksi
    11 years ago

mereka ini

 
© 2011 breakprimetime