skip to main | skip to sidebar
this is me

Wednesday, December 29, 2010

.: degil :.

wah, dah pukul 5.20 pagi! pada masa sekarang ni, aku bukannya bangun awal, tapi tidur lambat. mata ni degil betul, tak nak lena. pejam dari pukul 2.43 pagi lagi.. nasib baik esok aku tak kerja atau takde kelas..

macam-macam cara dah cuba, tidur sebelah kiri, sebelah kanan, tegak, meniarap, meringkuk, alas kepala dengan satu bantal, dua bantal, takde bantal pun sudah.. oh, rasa frust sangat sebab tak dapat tidur!

agaknya orang insomnia macam nilah kot rasa dia. esok dah la nak kerja, nak menempuh hari baru, tapi kepenatan sebab tak cukup tidur. laptop ini yang sudah tidur pun kena kejut balik. iskk..

tolong! aku nak tidur.. hoho, sampai macam ni. mungkin siang kejap lagi kena buat kerja banyak-banyak sampai malam ni, untuk rasa penat dan akan tidur macam bayi~

dulu masa kat kolej, kalau aku nak tidur cukup senang, baca manual mathlab, konfem lima minit je, mata dah layu.. or maybe less. eyh, tapi time blaja takde kena paksa tidur pun, sukarela apa.. ada masa kena tahan ngantuk lagi..

alamak! orang yang kena kerja dah bangun.. tidur jom!

tulisan hayati sekarang dah pukul 5:19:00 AM Wednesday, December 29, 2010 0 orang dah komen

Sunday, December 19, 2010

.: dasar manusia :.

lepas sahaja aku publish post aku yang sebelum ni, dengan semangat berkobar, aku mahukan perubahan! sekurang-kurangnya itu yang aku terus beritahu diri aku..

tapi aku lupa, ada lagi Perancang terbesar dan paling berkuasa.. aku terus demam malam itu juga. semakin hari hingga saat ini, aku masih demam. kadang-kadang berkurang, tapi menjadi lebih teruk pada keesokan harinya. masuk hari ni, sudah lima hari aku tidak sihat kerana sakit yang Dia beri.. syukur. sekurang-kurangnya aku tau Tuhan masih sayang aku =)

memang dasar manusia, suka merancang dan berangan untuk mencapai itu ini, tapi lupa sebenarnya Dia sudah rancang segalanya untuk kita. hikmah bagi aku dalam kejadian ni, kita jangan lupa untuk bergantung pada Dia dalam segala hal.

jadi? lepas ni aku kena pulihkan diri dulu, lepas tu baru boleh pikir langkah seterusnya, sebab belum boleh pikir apa-apa lagi.

=)

tulisan hayati sekarang dah pukul 10:39:00 PM Sunday, December 19, 2010 2 orang dah komen

Tuesday, December 14, 2010

.: muhasabah diri :.

peringatan: ini adalah entri ingatan untuk diri sendiri. pada sesiapa yang rasa tak nak baca, atau rasa nak tergelak bila baca tulisan aku sebelum-sebelum ni, aku tak terasa pun kalau kamu rasa macam nak menutup browser kamu sekarang.

walaupun tahun baru islam dah pun masuk hari ke lapan, dan tak lama lagi nak masuk tahun baru masihi, tak pernah terlambat pun kalau kita nak mulakan sesuatu yang baru dengan azam yang baru. cuma mungkin pada sesetengah orang, mereka lebih bersemangat untuk mula dengan tahun baru, takpelah.

bulan ni ialah bulan penghujung aku berumur 24 tahun.. ish, dah tua tu. mak aku dulu, tengah mengandungkan kaklong pada usia aku sekarang. dan zaman sekarang pun, dah ramai dah perempuan yang bergelar ibu pada usia aku sekarang. jadi mungkin dah masanya untuk aku lebih matang dari tahap kematangan aku sekarang.

aku nak buktikan pada diri aku sendiri yang aku boleh jadi perempuan yang penuh dengan ciri kewanitaan, walaupun mungkin tak setanding dengan mak aku dan supermom kat luar sana, tapi aku nak rasa puas dengan pencapaian diri aku.

aku nak jadi seseorang yang boleh uruskan rumah tangga, walaupun aku bukan nak kahwin dalam masa setahun dua lagi, tapi bermula dengan lebih awal sangat membantu kan? takkan nanti bila dah nak kahwin lagi setahun, baru nak belajar masak nasi beriyani, laksa, mee kuah, campur dengan preparation fizikal, persiapan kahwin lagi.. mesti aku rasa macam tak boleh nak buat semua benda tu.

menganjak ke usia tua ni jugak, dah tiba masa untuk tidak lagi dimarahi oleh mak abah. dulu, kecik-kecik dah kena marah, dalam proses membesar pun kena marah, takkan bila dah besar gajah ni pun nak kena marah jugakkan? dah rasa macam tua sangat untuk kena marah, menasihati.. mungkin lain cerita. kiranya sudah sampai masa untuk aku tidak dilayan seperti seorang kanak-kanak, aku dah dewasa (pada aku, lebih kepada tua kot). jadi untuk tidak dilayan seperti seorang kanak-kanak atau remaja, stop being like one lah kan?

mungkin pada sesetengah orang, tak salah pun kalau nak biarkan sifat childish itu kekal dalam diri. tapi bagi aku, kalau kita lebih keanak-anakan dari adik kita yang jauh lebih muda 3 4 tahun dari kita, itu agak memalukanlah, tapi itu bagi aku. dan aku pun berpendapat tak perlu nak bangga kalau kita tak pandai @ tak perlu buat kerja rumah, it's not something to be proud of. kita kena belajar sebagai seorang perempuan sebab itu akan jadi tanggungjawab kita satu hari nanti kan? (suddenly felt like an old woman.. OMG!)

mungkin jugak akan ada orang cakap, "kenapa macam serius sangat? chill lah", atau mungkin macam aku dah tak sabar nak kawin, tapi aku rasa aku perlu berubah, untuk berbakti kepada parents aku dan pada masa yang sama untuk latih diri. sudahlah aku ni masih tak berpendapatan, tak dapat nak bantu mak dan abah dari segi kewangan, jadi aku nak bantu mereka dalam menyediakan keselesaan rumah yang terbaik aku boleh bagi. aku pernah cakap dengan encik ehem, aku paling nak buat parents aku rasa sangat lega bila aku di rumah, supaya mereka boleh berehat cukup-cukup untuk kerja pada hari esoknya.

antara ciri kewanitaan yang aku rasa perlu ada pada setiap wanita ialah pembersih, rajin dan pemalu. aku rasa ini dah cukup lengkap untuk bergelar wanita.. huhu, aku rasa je. sebabnya? banyak! kalau kita seorang pembersih, rumah mesti kemas dan bersih, kain suma dah basuh, jemur, lipat, simpan, lengkap! kalau kita seorang rajin, mesti akan bangun awal, mesti selalu memasak, mesti kita pandai masak dan rumah pun mesti sentiasa bersih jugak. dan pemalu, malu nak cakap kuat-kuat, malu nak buat kerja rumah kasar-kasar sampai jiran selang 2 3 buah rumah pun boleh dengar kalau kita basuh pinggan, malu nak sendawa kuat-kuat. ini bukan cakap pasal orang lain ye, ini bercakap mengenai sikap diri sendiri yang perlu berubah.

dan cara terbaik untuk mempraktikkan ciri kewanitaan itu ialah semasa cuti ni lah. tak kisahlah kalau kamu lelaki sekalipun yang mungkin akan rasa hilang ciri maskulin kalau tolong ibu kamu masak nasi, kamu boleh tolong basuh pinggan, atau kemas rumah, ibu kamu pasti sangat bangga kalau kamu buat macam tu kan?

dan untuk aku, banyak juga kerja yang telah aku kenal pasti perlu dilakukan dalam masa 3 minggu ini sahaja. aku mungkin akan jadi sangat penat, tapi itu adalah azam aku untuk tahun ini. walaupun nampak macam tak sempat, aku nak cuba jugak. tak rugi pun mencuba kan?

aku berharap yang tulisan ni kalaupun tak dapat nak mengubah diri kamu sepenuhnya, sekurang-kurangnya kamu pun dah buat bersemangat nak berubah. Jom berhijrah! :)

tulisan hayati sekarang dah pukul 7:37:00 PM Tuesday, December 14, 2010 3 orang dah komen

Friday, December 3, 2010

.: pendapat :.

pendapat ialah benda yang bagus untuk mendapat idea dan pemahaman dari sudut yang berbeza. Dan bagi aku ia adalah sangat penting. Tak semua orang ada pendapat yang serupa dan tak semua orang berfikir dengan cara yang sama dengan kita. Bagus sebenarnya kalau kita minta pendapat supaya kita boleh fikirkan sesuatu dengan lebih dalam; fikirkan pros and cons dia, have a deep thought about some opinion that might lead to a decision. In short, it is really a good thing.

But it is so not cool when someone is disagree with your opinion and yet kinda force you to agree with theirs. Aku sebenarnya sangat tak kisah bila ada orang yang disagree dengan aku. Itu antara intipati yang aku belajar masa buat fyp dulu. Setiap orang ada skop yang berbeza, jadi bila diterangkan kepada laymen; kita mungkin ada persepsi berbeza yang mungkin orang terlepas pandang. Dan benda yang terlepas dipandang itu mungkin adalah antara kunci yang membawa kejayaan atau benda yang mungkin elemen penting dalam projek itu. Semua itu kemungkinan yang ada. Dan perbincangan ialah benda yang disaran oleh coordinator kami dulu. daripada merungut pasal kerja yang tak siap, lebih baik kalau kita tukarkan ia kepada momentum yang membuatkan kerja kita berjalan, no matter how hard it is.

Tapi aku sangat kisah bila ada orang yang cuba pengaruh kita untuk ada pendapat yang sama. Contoh: mee kari adalah lebih sedap dari bihun tomyam (contoh yang sangat mudah dan tidak ada kaitan). Terpulang sebenarnya kepada kecenderungan manusia yang dijadikan fizikal dan dalaman yang berbeza (obviously). Jadi kalau seseorang itu pilih untuk lebih suka mee kari daripada bihun tomyam, so what? Erm, mungkin contoh itu tak berapa sesuai.. memandangkan aku malas nak padam, mari kita cari contoh lain yang lebih sesuai dan tepat. Ok, simple enough; iphone 4 dan sony ericsson w910i. handphone sekarang bukan lagi kemahuan, tapi keperluan. Tapi apa yang membuatkan iphone 4 itu satu keperluan menandingi w910i? kedua-duanya digunakan untuk buat panggilan dan kelebihan pada ciri-ciri iphone 4 buatkan ramai orang lagi suka ia (of course).

Yang aku nak tekankan, perlu ke kamu cakap, “w910i itu tak bagus, buang duit beli,baik tak payah beli langsung”. Eyh hello, it’s fine kalau kamu nak pakai iphone paling terkini sekalipun, tapi tolonglah jangan rendahkan benda lain. Jadi kamu nak nilai orang berdasarkan preference dia? Tak mungkin Allah nak jadikan kita semua sama dan setuju mengenai satu benda sahaja. Takkanlah steve job cipta iphone tanpa ada sejarah mengenai handphone yang terdahulu. Dan tak mustahil satu masa nanti iphone pun ada capai tahap depresiasi dia jugakkan. Yang penting kita kena ingat, setiap benda, walau manusia sekalipun, akan degraded, jadi bila kamu merendah-rendahkan sesuatu, kamu tak langsung dapat penghormatan atau penerimaan dari aku. Malah, itu buatkan aku tak endahkan langsung pendapat kamu. Dah banyak sebenarnya entri aku pasal pendapat orang; pendapat mengenai orang, pendapat orang yang-tak-berapa-nak-kenal aku, penilaian pendapat, terlalu banyak yang aku dah katakan.

Kesimpulannya pada aku: inilah masanya kita boleh nilai betapa berbezanya setiap manusia. Dan kita tak boleh nak teka orang akan bertindak macam apa yang kita jangkakan, walaupun manusia itu kembar kita sekali pun (melainkan kamu sangat yakin yang kamu sangat kenal dia luar dan dalam). Jadi mungkin kita boleh hargai perbezaan antara manusia. Dan sekiranya kamu tak setuju dengan pendapat seseorang, mungkin ada jalan alternatif yang perlu kamu ambil untuk menyatakan mengapa pendapat dia salah daripada kamu kutuk pendapat dia itu.. sooooooo not cool ok.

tulisan hayati sekarang dah pukul 8:29:00 PM Friday, December 3, 2010 4 orang dah komen

Wednesday, December 1, 2010

.: current :.

kadang-kadang, bila apa yang jadi terlalu pantas untuk kita simpan dan menceritakan apa yang berlaku, mungkin jalan yang paling baik ialah untuk senyum dan menikmati kejadian yang ada.. dan mungkin, sekarang aku menikmati apa yang telah diberi dan dianugerahkan kepada aku. ini apa yang aku mahukan.

:)

tulisan hayati sekarang dah pukul 7:49:00 PM Wednesday, December 1, 2010 0 orang dah komen

Wednesday, November 17, 2010

.: korban :.

susahnye nak tidur awal! hmm, mungkin mengambil masa sikit dalam 2 3 hari ni untuk menstabilkan waktu tidur aku, memandangkan agak kerap jugak tidur lambat sebelum ni.

tambah pulak, baru selesai tolong mak buat preparation esok. manalah tau kot-kot ada segazillion sedara-mara yang datang melawat.. ini pun ada lagi bahan mentah yang belum bertukar menjadi hidangan yang lazat lagi menggemukkan (=.=')

jadi, mari kita menulis tentang korban. ini bukan lagi zaman kanak-kanak di mana korban itu ditafsirkan secara terus (direct translation). bila kita dah besar panjang dan meghampiri saat ketuaan, korban itu definisinya lebih mendalam.. bukan lagi seperti ini ataupun ini.

untuk kali ni, mungkin definisinya berbeza pulak. korban tu pada aku, kalau nak ditafsirkan dari kisah nabi ibrahim dan nabi ismail, ialah melakukan sesuatu atas arahan Tuhan Yang Esa. sesuatu yang berat, tapi baginda melakukannya kerana itu adalah kehendak Dia, arahanNya, dan tanpa banyak soal, nabi ibrahim sanggup korbankan nabi ismail. pada pihak nabi ismail pulak, baginda setuju dan anggap ini sebagai dugaan orang yang sabar.

jadi untuk diadaptasi dalam kes manusia akhir zaman dimana Allah tidak turunkan perintah untuk si bapa mengorbankan anaknya, tapi Dia suruh kita lihat dari aspek yang lain. dan pada aku, definisinya lebih kurang serupa.

kadang-kadang pengorbanan itu menuntut kita untuk meninggalkan SESUATU. sesuatu yang boleh jadi atau pernah jadi kesayangan kita sebelum ni. macam mana kita nak tau kalau kita perlu tinggalkan SESUATU itu? jika keadaan akan lebih memudaratkan kalau kita tidak meninggalkan ia. jadi keadaan mungkin akan jadi lebih mudah kalau kita tinggalkan ia.. kan? tapi itulah, macam mana untuk pastikan apa yang kita korban itu adalah jalan yang betul? itu, kamu terpaksa cari jalan penyelesaian sendiri, tapi.. ada je Maha Agung yang dah tahu mana jalan yang betul. malah, Dia yang gerakkan hati kita untuk merasa benda tu sebab tak ada satu benda pun yang terlepas dari perhatianNya.

jadi? tanyalah Dia..

mungkin kali ni aku patut menjadi orang yang sabar itu; yang patut mengorbankan sesuatu kesayangan aku?

atau patut aku jadi orang yang diduga itu, yang meneruskan dugaan dengan harapan ada ketentuan yang lebih besar dari dugaan itu?

tapi.. sama je kot, orang yang sabar tu mestilah orang yang diduga.. adoi, ni mesti kes merepek tengah malam ni.. jom tdo~

tulisan hayati sekarang dah pukul 1:09:00 AM Wednesday, November 17, 2010 0 orang dah komen

Tuesday, November 16, 2010

.: mukadimah :.

Hari ni adalah hari yang sangat berperasaan.. perasaan yang bermacam-macam, jadi secara keseluruhannya ialah hari yang berperasaan.

Sebelum itu, hari ni merupakan hari kedua aku bercuti.. woohoo! Boleh layan perasaan puas-puas, boleh rasa agak lega selepas berbulan-bulan, berminggu-minggu dan berhari-hari memerah tenaga menyiapkan assignment.. sangat legaaaaaaaa~~~

Ok, kembali ke realiti. Hari ni, hari pertama aku menikmati cuti, since semalam baru sampai rumah so macam tak berapa nak rasa cuti lagi. jadi ini adalah entri mukadimah kepada cuti aku. Apa yang aku sangat suka pasal cuti? Setiap orang mesti ada sebab dia masing-masing. Tapi pada aku, selain boleh menenangkan minda, tido, buang masa, sibukkan diri, cuti juga adalah satu keadaan di mana aku free-pressure dan berkemungkinan boleh berfikir dengan rasional dan jelas.

Jadi keadaan ni membuatkan aku berfikir macam-macam (walaupun baru dua hari bercuti); masa depan, pelajaran, kewangan, kawan-kawan, keluarga, dan ehem.. teman hidup. Tapi, bila aku kata berfikir, tak bermaksud aku merancang dengan spesifik. Cuma dalam sesetengah kes di mana memerlukan langkah-langkah dari pihak aku, bercuti adalah masa untuk kita buat keputusan yang most likely betul. Di masa ni jugaklah kita boleh fikir akibat dari setiap perbuatan kita. Time belajar mestilah tak boleh kan, dengan pressure blaja lagi. Mungkin jugak kita tak dapat nak berfikir secara long term.(mungkin ini aku je kot)

Kesimpulan dari pelbagai rasa hari ni:

dalam apa jua keadaan sekali pun, jangan biarkan prinsip kamu dikhianati. (made that once, not gonna make it twice)

kadang-kadang, kita memang perlu untuk jadi orang yang kuat, tak kira betapa lemahnya kamu rasa diri kamu, tak kira betapa lembutnya hati kamu untuk menangis (ini saya =.=”)

dan mungkin juga kadang-kadang kita tak perlu tunjukkan segala kelemahan kamu, dalam kata lain, be a strong person.

Dan kalaulah ditentukan kamu akan kehilangan segalanya; kawan-kawan, duit, walaupun orang tersayang sekalipun, selalu ingat yang kita masih ada benda yang kekal; Tuhan dan agama. Jangan sesekali tinggalkan agama kita, dan mintalah ketenangan pada Dia. Ketentuan semua datang dari Dia kan? Selagi kita percaya qada dan qadar, selagi itulah kita rasa kita akan dipelihara. (tazkirah awal sehari khas untuk diri sendiri)

anyway, esok ialah hari yang penting. Semoga apa yang berlaku ini ada hikmahnya.. jadi? Jangan lupa tolong emak di dapur dan tidur awal malam ini, esok kita serbu masjid ramai-ramai =)

salam aidiladha semua!

tulisan hayati sekarang dah pukul 9:16:00 PM Tuesday, November 16, 2010 2 orang dah komen

Friday, November 12, 2010

.: tak larat :.

aku diam lagi. jadi aku kira semua faham kot betapa kesibukan yang melanda aku. ye, aku tau, semua pun sibukkan, tapi baguslah untuk kamu yang pandai curi-curi masa untuk tulis blog. aku ni tak berapa pandai dalam mengurus masa (still trying).
ok, sebenarnya sekarang, aku banyak keje lagi ni. lagi 4 jam ada test. dan hari ini sepatutnya submission untuk assignment 7 + projek 2, which is supposed to be the last submission untuk SEM ni. semalam, kitorang all out (kot) nak siapkan projek, tapi malangnya, by 5 am this morning, still tak dapat siapkan projek itu.. T-T
plan B ialah untuk hantar sahaja mana yang ada, tapi baru dapat dateline baru untuk submit projek 2. jadi kiranya tak habis lagi lah sem ni kan?
oh.. sangat penat sem ni~
(dan apa yang aku cuba buktikan dengan berblogging di saat ini?) TT-TT

tulisan hayati sekarang dah pukul 1:50:00 PM Friday, November 12, 2010 5 orang dah komen

Saturday, September 18, 2010

.: kemenangan :.





umumnya memang semua pun dah tau sambutan aidilfitri untuk meraikan umat Islam yang dah berjaya menyempurnakan puasa.. walaupun tak cukup sempurna bagi wanita, tapi rasanya kita dah melaksanakan sebaik yang mungkin.

tahun ni, bagi aku, kemenangan yang tak memuaskan. jadi aku berharap sangat akan ada tahun-tahun di masa hadapan untuk aku tebus balik kesilapan aku pada tahun ni. aku nak sangat jumpa Ramadhan pada tahun akan datang (amin!)

dari kemenangan ni, barulah signifikasinya pakaian atau perabot atau segala macam sambutan yang baru.. untuk merai kemenangan sebenarnya. tapi yang paling bagus mestilah secara sederhana, itukan prinsip dalam Islam. sederhana itu bukan bermakna kita tak perlu tunjuk sambutan aidilfitri, tapi cuma jangan berlebihan je. lebih itu kan luas skop dia; pandai-pandailah kamu nilai diri sendiri.

bagi aku, kalau sambutan raya tahun lepas memang tak terasa dek fyp, tahun ni suasananya memang seperti sudah dijangkakan. dengan ketiadaan tok ayah, takkan nak cakap tahun ni suasana meriah sangat kot kan? tapi itulah, kadang bila kita biasa-biasa saja, benda akan jadi lebih dari apa yang kita nak.

alhamdulillah,
untuk tahun ni, tokna masih mampu tersenyum walaupun masa sesi bermaafaan, di kerusi lebar itu, dia duduk seorang. tanpa ada teman hayat yang setia menemaninya sepanjang separuh abad yang lepas. tanpa lelaki kesayangan yang selalunya meriuhkan suasana pagi raya. tanpa senyuman suami yang menceriakan hatinya. tiada lagi tangan untuk dipaut minta maaf atas kesilapan yang dilakukan. tiada. tokna sememangnya wanita yang tabah. tapi siapa tahu hatinya.. :'(



dan alhamdulillah sangat, suasana raya cukup (bagi aku). dengan kehadiran anak-anak comel dan ahli-ahli baru. cukuplah sambutan aidilfitri kali ni.. tidaklah terlampau meriah but yet everybody seems happy.



waris haji ahmad bin osman



jantung sebelah kiri dan kanan aku

alhamdulillah jugak, makanan pun habis. jarang sebenarnya makanan tak laku di rumah tokna, tak kira berapa banyak pun. mana tidaknya, ahli dalam rumah itu pun sudah cukup korum kalau buat kenduri doa selamat. bila ramai2, makanan tak sedap pun jadi sedap, kan?



nasi lemak custom (nasi lemak kosong, lauk sukehati)


cucur udang versi paklang


ketupat palas buatan semua


rendang daging in the making

tapi yang tak seronoknya bagi aku (ada jugak), alahan aku terhadap beberapa jenis makanan yang menyerang time-time raya ni.

haihh~

merana jugak tak dapat nak join rumah terbuka kawan-kawan yang menjemput, plus dengan project submission on monday ni pulak, sori! :(

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:10:00 PM Saturday, September 18, 2010 0 orang dah komen

Tuesday, August 31, 2010

.: malam 22 :.

mula-mula sekali, terima kasih untuk responden bagi entri ketidaktahuan aku, terutama amal yang tersayang.. heh!

ini kali kedua aku balik berbuka puasa kat rumah sepanjang 21 ramadhan yang lepas, yang kali pertama itu dalam minggu pertama (tapi bukan 1 ramadhan). percayalah cakap aku, kepada sesiapa yang menyambut ramadhan dengan keluarga, kamu insan bertuah! kamu ada di sekeliling manusia-manusia yang melengkapkan keperluan kamu (walaupun ada yang tidak semewah sesetengah orang).

tapi, walau apapun, aku tetap bersyukur, kerana sekurang-kurangnya keluarga aku masih ada di sini bila mana aku perlukan mereka (insyaAllah). dan terima kasih juga untuk 31 ogos, kerana hari ni, membolehkan aku pulang =)

aku tak mahu bercakap mengenai 31 ogos, sebab aku rasa aku terlalu muda (dari aspek pengalaman dan pengetahuan) mengenai 31 ogos. aku belum lahir di saat negara kita mencapai saat yang diidamkan itu.. banyak yang aku kurang tahunya.

tapi satu yang pasti,
dulu,
penghayatan yang lebih berbeza, lebih kepada kesedaran dan kesyukuran tentang penjajahan negara,
definitely bukan seperti penghayatan setengah dekad seperti sekarang, yang mana ramai memilih jalan hiburan untuk meraikan dari kesedaran dan kesyukuran.. dari aku yang kerdil ni, aku cuma dapat rasakan hiburan dan laungan yang berlebihan. mungkin kerana itu aku tidak menyambut 31 ogos. cukup sekadar melihat jauh dari fakulti aku perayaan bunga api dari stadium dan i-city.
dalam hati kecil aku, cuma ada kesyukuran kerana dinding rumah aku masih rata dan tidak berlubang seperti di Palestin, tak perlu takut untuk keluar berjalan.. aku cuma mahukan negara kita bersatu.. dan damai =)

ok, sampai situ sahaja, bukan aku cakap aku tak nak cakap pasal 31 ogos ke? aku nak cakap pasal malam 22 ramadhan, tinggal 8 hari je... sahaja!

betapa ramai dari kita yang betul-betul menggunakan peluang yang datang setahun sekali ini, yang belum tentu pun akan datang pada tahun depan, dan yang belum tentu pun umur kita cukup panjang untuk kembali merebut ia? (ish.. seriously feeling like talking to the mirror!)

sebenarnya aku tulis ini adalah khas untuk diri sendiri (dan kepada sesiapa yang ingin membaca), semoga kita boleh memaksimakan ibadat kita, sebab time nilah ada malam yang sejuta kali best dari malam-malam biasa (sejuta ni bagi aku je). ingat sejuta kali best boleh datang banyak-banyak kali ke? sebab apa best? of kos la semua dah tau kan.. tapi tak sure kamu dah tau ke belum, di mana kalau seseorang itu mendapat kebaikan malam lailatul qadar, antara pakej lumayan yang dapat ialah ampunan segala dosa dari ramadhan tahun sebelumnya hingga kali ni.. hmm.. buat dosa hari-hari, apalah salahnya kalau sekali-sekala kita pulun buat ibadat pulak?

ok dah, tak nak cakap lebih-lebih (sebab aku rasa macam melaser diri sendiri pun ada), yang penting, action people! cakap sape pun boleh cakap kan (quoting someone)

doakan aku eyh!

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:55:00 PM Tuesday, August 31, 2010 1 orang dah komen

Friday, August 13, 2010

.: kemusykilan ramadhan :.

benda ni jadi kat aku pagi tadi. since aku ni tak berapa nak pandai bercerita sangat, aku akan cuba pastikan cerita aku ni jelas dan mudah difahami..

pagi tadi, bila nak bangun sahur, aku dah set alarm pkul 4am, tapi sedar-sedar, dah pkul 5.26am. lepas tu, baru je aku nak bangun untuk bersahur, aku dengar suara azan dari surau yang sangat dekat dengan rumah sewa aku; memang jelas azan dan bukannya suara mengaji. aku tengok balik jam, 5.29am.

dalam hati aku, takkan awal sangat masuk subuh kot? padahal aku setiap hari check waktu imsak n subuh dan aku sangat yakin, imsak masuk dalam pkul 5.43 dan subuh lebih kurang 5.50am macam tu. jadi disebabkan dah dengar suara azan, walaupun baru pkul 5.30am, aku tak minum atau makan apa-apa melainkan telan air liur je.. (dah la malam tadi tak minum air dengan banyak T-T)

yang aku konfius, walaupun aku dah sahih dan konfem subuh masuk 5.53am, tapi azan subuh kat tempat aku tu berkumandang awal dalam 20 minit, so kalau aku bersahur gak pagi tadi tu.. boleh ke aku puasa lagi? bagi aku 10 minit tu bawak banyak beza.. tadi gugel2, ada web tu tulis, antara imsak n azan subuh, rasulullah SAW sempat baca 50 ayat al-quran lagi.. see? banyak tau beza dia.. pastukan sunat melambat-lambatkan sahur dan mempercepatkan berbuka..

memang dalam Islam, pentingnya keyakinan kita dengan sesuatu.. tapi, sebagai manusia biasa yang tak banyak ilmu, aku pun cepat jugak was-was bila dah dengan suara azan tapi pada hakikatnya belum masuk subuh lagi.. tolong saye~

aku kesal gak la dengan komuniti kat surau tempat aku tinggal ni.. kenapa nampak benda ni macam takde orang nak ambik berat. padahal surau ni memang bagus la time solat dia.. buat terawih sampai 21 rakaat. mungkin aku patut ambik tindakan kot, g tulis surat cadangan, pastu letak kat tampat bilal azan.. hmm.. benda ni bukan main-main, esok kalau aku dapat bangun awal memang aku nak survey la benda ni..

sedih sedih :(

tulisan hayati sekarang dah pukul 2:05:00 PM Friday, August 13, 2010 5 orang dah komen

Thursday, August 12, 2010

.: there's something about ramadhan :.

hurm..
sebagai seorang umat Islam, rasanya takde seorang pun yang tak sabar tunggu bulan yang satu ni.. the bestlah!

tak taulah bagi yang lain, tapi aku rasa.. bulan ramadhan kali ni memang tak sama dari yang sebelumnya..

kali ni aku macam terdorong untuk menjadi seorang manusia yang lebih bertanggungjawab.. not that before this i'm a irresponsible person, tapi ramadhan kali ni memberi lebihan tanggungjawab untuk aku handle.. insyaAllah, Dia dan dia ada untuk bantu aku jadi manusia itu, kan?

walaupun baru dua hari, aku dah tak berbuka sorang-sorang =D ingat cerita ni lagi? dan harapnya, aku tak perlu sorang-sorang lagi..

dan, kali ni rasanya ketibaan ramdhan dalam jiwa aku lebih mendalam, meresap ke dalam jiwa dan.. tenang.. kesederhanaan yang cukup untuk buatkan aku bahagia

:)

tapi, tak kira walau bagaimana lainnya bulan ramadhan ni bagi setiap dari kita..

hopefully kita semua penuhkan ramadhan ni dengan buat benda yang serupa; double and triplekan ibadat kita (bukan roti naan je yang ada double and triple cheese, buat ibadat pun lagi best apa)

macam yang kawan aku yang terer bagi nasihat ni kata.. semoga ramadhan kali ni, kita akan menjadi insan yang lebih baik, untuk diri, keluarga dan semestinya agama..

amin~

tulisan hayati sekarang dah pukul 5:06:00 PM Thursday, August 12, 2010 2 orang dah komen

Wednesday, August 11, 2010

.: dah mula :.

Bila aku sudah lama menghilang dari sini, maksudnya sem dah start, aku dah kembali sibuk, assignment sudah kembali beraksi, jurnal sudah melambai-lambai, waktu tidur yang tersusun sudah hilang lenyap entah ke mana..

Sigh~

Aku nak sangat jadi seorang yang konsisten, di mana aku tidak perlu kelam kabut kejar dateline, tak perlu tidur lambat dan bangun lambat, tak perlu ada jadual tidur yang tidak teratur, tak perlu buat kerja last minit (percayalah, aku bukan sengaja buat last minit) AKU NAK JADI TERSUSUN!

Tapi?

Aku hanya manusia biasa je..

Bukan pelajar cerdik pintar, jauh lagi genius..

Bukan manusia kental, yang suka dengan cabaran yang extravaganza..

Bukan jugak pelajar yang rajin..

Jadi?

time management ppl! ni belum jadi pm lagi.. surirumah pun belum.. cemana nk urus banyak benda kalau benda kecik pun tak boleh nak handle?

aiyooo~

tulisan hayati sekarang dah pukul 1:33:00 PM Wednesday, August 11, 2010 2 orang dah komen

Saturday, June 26, 2010

.: kembali serabut :.

sampai saat ni, aku ada tak lebih seminggu untuk buat persediaan untuk kembali berjuang.. semester pun dah nak bukak ni..

kenapa aku rasa macam aku tak cukup cuti? =.="

and..

i am soon to be homeless.. HELP! T-T

tulisan hayati sekarang dah pukul 4:25:00 PM Saturday, June 26, 2010 3 orang dah komen

Wednesday, June 16, 2010

.: janji aku :.

hari ni hari rabu, lebih kurang macam hari rabu yang lain, atau bagi aku, sama macam hari-hari cuti yang lain, kemas rumah kalau aku ada mood, relaks, tengok tv, relaks lagi, masak dan relaks.. heh, aku nak buat apa lagi? bagi aku, cuti adalah saat untuk aku rasa relaks tanpa ada tekanan. memang tak sama macam bila bukak semester, kena kejar dateline, carik jurnal, buat literature reviews.. ohh, pikirkan benda tu je dah buatkan aku agak nervous (lagi~)

tapi hari ni, erm.. semalam, malam semalam, aku teringatkan sesuatu yang perlu aku buat. sebenarnya, aku dah janji dengan mak untuk pastikan rumah aku kemas.. sangat kemas to be precise since renovation di rumah aku dah pun mencapai final stage, cuma tinggal benda-benda kecik yang masih belum selesai. supposedly, rumah aku sekarang perlu teratur dan bersih, dan mak.. yang hanya kurang dari seminggu akan pulang ke rumah dari umrah. OMG!

mengemas rumah, bagi aku ialah sesuatu seni.. dan memerlukan kebijaksanaan yang sangat tinggi. aku cakap macam ni sebab:

1) untuk memastikan suatu ruang itu kemas dan bersih, kita perlu susun barang-barang yang ada untuk nampak tersusun, yang mana barang-barang itu bukanlah datang dalam saiz yang sama, lebih kurang macam problem knapsack yang aku belajar dulu, macammana nak memaksimakan sesuatu ruang..

2) untuk pastikan ruang itu bersih dan kemas jugak, kamu perlu kenal pasti mana barang yang perlu dan tidak perlu dibuang. tapi.. barang yang kita tidak perlu, tak bermaksud kita tak akan gunakan barang tersebut pada masa hadapan.. kan?

3) lepas tu, kamu pun perlu ada ingatan yang kuat untuk tau posisi dan logistik barang-barang yang kamu kemas tu, supaya nanti bila ada orang tanya: "barang tu kat mana?" kamu boleh jawab dengan cemerlang tanpa berfikir, seperti tindakan refleks.

4) dan yang terakhir, kamu perlukan konsistensi dan kesabaran yang tinggi untuk pastikan ketetapan tahap kekemasan dan kesabaran apabila tengok ada bahagian lain lagi di rumah kamu yang masih belum kemas..

tengok? macam susah kan? dan mungkin aku boleh usulkan sebab-sebab di atas kenapa aku makan masa sikit nak kemas rumah (kan lagi senang cakap MALAS!) =.="

tulisan hayati sekarang dah pukul 10:31:00 PM Wednesday, June 16, 2010 0 orang dah komen

Thursday, June 10, 2010

.: gara- gara :.

aku memang cepat nervous, walau apa pun kondisinya.

ada presentation, nervous.
lecturer panggil nama aku untuk bagi komen, nervous.
nak masuk kelas kalau lambat, nervous.
lecturer kata nak bagi assignment, nervous.. kalau quizzes and tests apatah lagi.
bila ada orang call kata result dah keluar, nervous.
sementara loading page untuk cek result, nervous..

jadi, aku putuskan, untuk reda segala resah, baru aku bersedia untuk lihat yang paling nervous itu, walau sebenarnya penantian sesaat itu terasa lama ya amat.

tulisan hayati sekarang dah pukul 4:11:00 PM Thursday, June 10, 2010 4 orang dah komen

.: pandangan orang :.

sejauh mana sebenarnya manusia pentingkan pandangan orang? hari tu time aku tengok The Secret Life of the American Teenager, bukan The Secret Life of a Self-Hater Extraordinaire :P ada 1 skrip watak amy setelah diterjemahkan,

"Siapa yang tak pedulikan apa yang orang kata?" didefinisikan dalam konteks dia, kiranya dia sangat ambil berat apa yang orang kata. so.. is it that important?

tapi macam someone yang aku kenal ni pulak, yang memang ignored apa yang orang nak kata, bagi dia, apa yang betul ialah apa yang dia fikir. kiranya dia ingat dia sentiasa betul. dia tak peduli langsung pasal apa yang orang kata, the way he dress, the way he lived his life. dan itu memang sometimes menyebabkan sesetengah orang tak selesa sebab tak boleh nak ubah pendirian dia terhadap sesuatu atau bagi nasihat.. hanya orang-orang yang sabar je akan betul-betul tolerate dengan dia, atau orang yang betul-betul hardcore untuk tortured dia..

dulu, aku agak pentingkan pandangan orang, sebab bagi aku.. kalau seseorang itu ada pendapat lain, and it could be others that can also agreed with the same opinion.

contoh: kalau kau buat sesuatu yang kau rasakan betul, dan ada 10 orang lain yang rasa benda itu salah, jadi kau rasa, secara logiknya, benda itu betul atau salah?

yes, dulu aku memang hidup atas nasihat orang lain, mana yang betul, mana yang salah, sebab aku rasa.. kita pun kadang-kadang tak dapat menilai benda tu dengan betul, mungkin kita dipengaruhi dengan sesetengah benda.. dan pada masa yang sama, kita perlukan pandangan dari prospek yang lain..

atau dalam kata lain yang lebih kasar, sebenarnya keyakinan diri aku agak rendah.. hmm, mungkin bukan agak.. sangat rendah lebih sesuai. dan aku tak percaya aku boleh buat sesuatu tanpa ada sokongan sesiapa..

tapi, itu dulu, bagi aku sekarang, aku masih pentingkan pendapat orang, but not just all or random people, but certain people. maksud aku, orang yang penting dalam hidup aku macam parents aku, family aku, kawan yang aku rasa memang beri pendapat untuk kebahagiaan aku.. mmm, atau ini mungkin prioriti yang boleh dipertimbangkan.

dan kalaulah kita kenal orang tu secara general dan mereka pun bukan serba tahu mengenai diri kita, or anonymous, perlu ke kita ambik berat tentang apa yang dia cakap? kita mungkin tak akan jumpa dia selepas ni, or our life still going on pretty much as usual if we ignored these people, so why should we bother? (itu yang aku cuba cakapkan pada diri aku)

jadi, plis yati, ignored those people~

bukan seperti parents aku, yang mana aku tau sangat prioriti mereka yang datang selepas Allah. dan aku percaya sangat-sangat, something bad will happen kalau aku abaikan nasihat atau pandangan parents aku, bukti kukuhnya terlalu banyak untuk ditulis.

jadi mungkin selepas ni aku sepatutnya menjadi lebih konfiden untuk membuat sesuatu keputusan (tapi masih atas persetujuan parents aku) dan lebih percaya kepada diri aku sendiri daripada bergantung kepada pendapat orang lain.. kan?

pasal kata-kata yang pedih tu.. nahhh, i'll get over it :D

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:13:00 AM 0 orang dah komen

Wednesday, June 2, 2010

.: tak faham :.

sebagai seorang manusia, atau lebih tepatnya, orang dewasa.. kita kena la seek knowledge, sekurang-kurangnya pun pengetahuan am..

tapi, kadang-kadang, banyak benda yang aku tak berapa nak faham, antaranya:

aku tak faham kenapa zaman sekarang ni, terlampau ramai manusia yang sangat pentingkan diri sendiri. aku percaya, walau kat mana ceruk dunia sekarang pun, setiap manusia inginkan keamanan.. dan itulah sekurang-kurangnya yang kita mesti perjuangkan, tapi kenapa masih ada manusia, kaum atau kelompok manusia atau negara yang pentingkan diri sendiri?

aku tak faham, kenapa ada pihak yang menyokong keganasan? atau paling busuk pun, kalau tidak menyokong, pejam mata kalau ada penindasan yang berlaku.. eyh, diorang ni dah terlampau banyak ilmu sangat ke sampaikan lupa tentang perkara asas, tentang balasan Tuhan kat akhirat nanti? diorang ingat yang diorang tu hidup lama sangat eyh?

aku pun tak faham, kenapa perlu ada diskriminasi.. aku mengaku, kadang-kadang, aku pun ada diskriminasi terhadap beberapa aspek. tapi aku cepat-cepat tukar mind setting aku, perlu ke diskriminasi ni? kalau pun orang diskriminasi kat kita, dan kalau kita pun turut sama diskriminasi, kita pun sama je macam dia.. eyh, sori la.. aku tak macam kau kot :P

dan aku tak faham, kenapa perlu ada bias (ini sama je kan macam diskriminasi? ah, pedulik la..). memang, memang manusia ni sentiasa bias. kita ni pun bukan sesempurna mana, tapi sekurang-kurangnya kalau dah sedar diri tu bias, carilah jalan yang adil.. ini.. isk.. tindakan macam orang tak berilmu, padahal orang dalam organisasi korang tu, dah ada pengalaman banyak, ilmu pun tak kurang banyak, jadi tolonglah act semacam manusia yang waras sikit.

inilah kot aku rasa kalau kita buat suatu keputusan, tanpa rujuk kepada yang empunya alam, Allah yang Maha Adil. ingat Dia turunkan al- Quran tu buat apa?

agaknya manusia zaman sekarang lebih pentingkan balasan dendam kat dunia tanpa fikirkan pengadilan akhirat kot.. ke sebab nak sangat tambahkan dosa tu?

benci betul dengan manusia-manusia ni!

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:07:00 PM Wednesday, June 2, 2010 2 orang dah komen

Tuesday, June 1, 2010

.: arkib :.

aku tipu. ok, aku tipu bila aku kata aku nak update blog sekerap mungkin since sekarang ni tengah cuti..

sebenarnya, aku sibuk kemas rumah... aku dah bgtau kan in previous entry, rumah aku ni macam.. erm.. sila rujuk sini

so, di kala mood aku rajin, aku kemas rumahlah, kira itu macam pekerjaan tetap yang ikut mood :P
ada 1 ari tu, kemas punya kemas, aku jumpa something.. bukti rumah aku ni dah semacam arkib dah, cuma tanpa penjagaan yang rapi je

benda pertama yang aku jumpa:


buku ni.. mak yang punya.

sape nak teka ini buku ape? jom kite tengok..


sekali buku resepi daaaa..

boleh nampak tak betapa lamanya buku ni, sampai dah terkoyak dan dimakan usia.. sekarang baru aku tau kenapa aku suka kumpul resepi tapi.. jarang-jarang aku masak. ini dari gen mak aku okeh.

lepas tu, aku pun nak cari something belong to abah, baru fair. bagi aku, abah memang sangat sentimental, banyak barang yang bawak kenangan yang abah nak ingat, which means barang yang abah simpan of course lebih banyak dari mak.. lebih ok. contohnya, abah still simpan kad-kad besday yang aku buat untuk abah. paling awal, aku jumpa kad besday yang aku bagi kad abah time aku darjah 4, kira-kira 14 tahun lepas. pastu dengan kad-kad yang aku buat karangan untuk mak kalau aku merajuk dengan mak, ini abah yang simpan, bukan mak. bila baca balik.. gile boleh nangis T-T (malu nak cite lebih-lebih)

tapi aku bukan nak tunjuk kad-kad tu, since aku malas nak selongkar almari. so, benda ni pulak, barang yang aku jumpa tak jauh dari buku resepi mak ni.. mata aku mencari-cari barang yang sesuai, dan akhirnya aku pilih ni:


briefcase abah (yang berada di tengah gambar itu ye~)
*note that bilik itu sangat besepah ye.. sila jangan komen!


aku tak ingat bila abah guna beg ni, sebab sejak aku pandai main ofis-ofis (tak tau korang main ke tak game ni) dengan bancik, dia dah guna briefcase abah ni as his briefcase lah konon!

huhu~

aku pulak.. tak sempat nak kemas barang-barang aku lagi, since aku pun tak tahu ia berada di mana.. heh, mb kalau dah jumpa aku bagitau (kot!)

tulisan hayati sekarang dah pukul 9:22:00 PM Tuesday, June 1, 2010 1 orang dah komen

Wednesday, May 26, 2010

.: mak kata :.

since sekarang ni aku sedang menikmati cuti, aku akan cuba untuk update sekerap mungkin, bukan bila aku free, since sekarang memang aku free. maksud aku, bila aku nak membebel.

ok, aku dah lama tak cuti.. lama ok..
sejak dari degree, yang aku ingat, paling lama yang penah aku cuti, dalam seminggu camtu je..
2 kali cuti panjang, aku buat intersesi, cuti yang pendek-pendek, ada yang aku pegi semporna n dungun.. erm, pastu ada join programming academy.. dah, cuti banyak-banyak aku abes camtu je..

cuti, bagi aku personally, itulah keistimewaan student.. yang paling best! boleh duduk rumah lama-lama, n parents kita pun tak risau kalau kita takde keje, sebab diorang memang nak kita duduk kat rumah (atleast itu parents aku lah)

so, kali ni, aku... no more intersesi, no more program @ aktiviti ke tempat-tempat lain..
rasa aku? gilaa best! dah lama aku tak rasa cani.. pergh!

lepas tu, benda yang agak aku suka buat: plan. aku suka untuk plan apa yang aku nak buat, at least aku tak nampak macam boring sangat.. atau macam takde benda nak buat, tapi sebenarnya banyak.

antaranya:

1) cuti ni, aku nak sangat habiskan kemas rumah aku yang seperti.. hmmm.. gudang barang yang tak teratur. fyi, rumah aku sedang direnovate, tak habis lagi pun. memang sakit kepala sebab pagi-pagi lagi orang dah datang nak sepahkan rumah kau, sakit tangan sebab kena pakai glove sepanjang hari kalau nak kemas rumah, sakit hati sebab kena sapu dan mop rumah kau setiap kali diorang balik.. aku memang tak suka betul kalau ada renovation ni.. haih~

2) cuti ni jugak, aku nak explore habis-habisan pasal tajuk untuk thesis aku yang akan datang, dah dapat tajuk n supervisor dah pun, cuma tinggal baca dan gather information je.. aku ada cakap dulu kan, keje aku sekarang ni membaca je -_-"

3) lagi untuk cuti ni, aku nak kemas bilik kat rumah sewa aku, kena carik bilik baru sebelum exam start, nak tukar environment skit (konon!)

4) last n the most important, aku kalau boleh.. nak sangat guna barang-barang sukan yang aku beli dulu, hopefully not gaining any weight sepanjang cuti ni.. hopefully lah kan~

tapi... kelemahan aku pulak, banyak benda yang aku plan, selalunya tak menjadi.. selalu. contoh: hari ni, aku plan nak pegi shah alam, nak ambik barang-barang aku skit, ambik gambar konvo, jumpa a few lect....

end up.. aku teman mak pegi checkup. bukannya aku tak tau mak nak pegi checkup, mak dah bagitau dah. n aku pun bukannya teman mak pun, aku just tunggu mak kat tepi lif UH je~

dan aku tak pegi shah alam pun.. see? kena postpone satu hari untuk plan aku.

the thing is: aku memang suka plan something, n kadang-kadang, banyak jugak yang tak jadi.. aku ni, lebih suka cakap dari buat ke?

lepas tu, time dalam kete tadi, sembang-sembang dengan mak.. since mak aku pun penuh dengan kata-kata hikmah, antara kata mak untuk hari ni:

"kita ni jangan sentiasa mendahului Allah dalam apa jua keadaan pun"

definisinya:

kita ni jangan plan banyak sangat, hmm.. aku macam dah cakap pasal benda ni je dulu.. ntah.. tak ingat dah~

kadang-kadang kita ingat kita boleh plan untuk sesuatu tu, tapi kita tak tau pun, kita ni.. sempat ada untuk esok ke? atau pun, esok tu ada ke?

ini bukan cerita novel yang macam "Esok Pasti Ada" ke, "Tiada Lagi Esok" ke, (bukan memerli mana-mana pihak)

teringat balik dekat buku La Tahzan yang aku baca skit masa dulu, antara tajuk yang aku ingat, kita hanya ada hari ni dan jangan paksa hari esok untuk datang.. lebih kurang camtulah kot..

hmm.. all i have is tonight untuk memikirkan tentang kesilapan aku, dan cuba untuk mulakan hidup baru, dan pandangan baru..

rasanya apa yang kita boleh mintak kat Allah, untuk panjangkan umur kita, dan buat yang terbaik setiap hari.. memang itu yang sepatutnya kan?

tulisan hayati sekarang dah pukul 9:13:00 PM Wednesday, May 26, 2010 0 orang dah komen

Sunday, May 23, 2010

.: entri terpanjang :.

akhirnya..
1) ye.. terima kasih kepada kawan2 yang peka dengan kesenyapan aku.. n yes, i'm back in business!!

2) aku berjaya mencatat rekod untuk menahan nafsu kebebelan aku kt blog.. almost 3 months, unbelieveable (for me laa ) :P

3) dalam kata lainnya.. aku sangat sibuk.. gilaaaa.. mmm, mb aku exaggerate skit.. but the truth is.. memang aku sangat bz gila!! T-T

ini kemungkinan bukan entri terpanjang pada pandangan kamu, tapi ini adalah yang pertamanya rasanya terpanjang untuk aku mengcover kembali kesenyapan aku..

okeh!

*tarik nafas panjang dan dalam*

di mana harus aku mula?

perkara 1:

as i said in previous entry, aku kini dah selamat pun menjadi pelajar sarjana, masih dalam bidang asal yang aku ceburi.. dah selesai pun semester permulaan yang aku harapkan menjadi titik permulaan yang cemerlang buat aku..

hingga saat ni, aku masih berharap, aku dapat menjadi penuntut ilmu yang baik, seorang penyumbang yang baik dalam bidang aku.. i want to do my best! *semua pun harapkan yang terbaikkan?*

so far, aku masih tak tau samada aku dah berjaya untuk adapt dengan suasana baru aku ni atau tak, mungkin bila kita dah ada expectation kepada sesuatu, dan ia bukanlah seperti apa yang kita jangkakan, terngangalah aku dengan realitinya..

moral untuk aku: jangan suka buat prediction!!

perkara 2:

berita yang paling sedih buat aku untuk semester ni selain kehilangan tok ayah.. aku dah kehilangan my 1st baby.. ini gambar di saat-saat terakhir aku dan dia..


time tengah buat assignment... walaupun aku tiada dalam gambar


masih ketika buat assignment..

dia bukan rosak, tapi.. hilang di curi manusia yang bertuankan jenayah.. nak cakap sedih? rasanya pada sesetengah orang, kalau hilang duit rm5 pun boleh buat kau hilang mood untuk sehari, inikan benda beriban yang memang aku sayang gilos, gile apa tak sedih? cuma sedih aku takdelah sampai orang menangis macam hilang laki.. tapi kehilangan dia memang ambik masa yang lama untuk aku heal.. dia pergi dari aku pada 29 april 2010, tak sampai sebulan pun lagi. kadang-kadang, aku ada terfikir jugak.. kat mana dia sekarang?

tapi yang paling buat aku geram bila teringatkan peristiwa tu ialah data-data yang ada dalam laptop tu yang aku tak sempat nak buat backup pun, gambar-gambar raya, gambar tok ayah, momen-momen yang hanya aku sebagai sumber asalnya, fyp aku, abes lesap tanpa ada salinan.. sekali dengan external hardisk aku orang tu sapu.. 2 external hardisk yg totalnya lebih kurang 800gb.. haihhhh~ *sangat harap manusia tu trus format laptop aku dari menggatal tangan mengexplore data-data dalam tu*

tapi lagi.. aku percaya sangat-sangat, apa yang jadi ni ada hikmahnya. ada baik buruknya.. mungkin aku ada buat dosa dan Tuhan nak ingatkan aku, dosa aku.. memang sangat infiniti.. tambahan lagi.. dari insiden ni, aku dah nampak terang-terangan topeng-topeng manusia yang ada sekeliling aku.. dari yang agak rapat dari aku sampai yang paling jauh dengan aku, dari kenalan rapat aku sehingga manusia yang dah lama hilang dari aku..

buat kamu semua, terima kasih! tak kira yang mengata di belakang aku, tak kira yang tunjuk simpati depan-depan aku, tak kira kamu di kategori mana pun, terima kasih! aku tahu sangat Tuhan sayangkan aku, Dia tunjuk rupa sebenar orang-orang yang patut aku hormat dan yang patut aku lupakan terus wajahnya dari memori aku.. terima kasih Tuhan! *pelikkan rasa macammana kita boleh selesa dengan sesetengah orang, but end up, orang tu yang spread bad news pasal kita?*

*geleng kepala*

dah, lupakan pasal tu. kehilangan dia pun buat aku banyak berfikir. sedangkan laptop ni; benda yang menjadi kesayangan aku selama tiga tahun hilang pun buat aku sangat sedih, inikan pula hidupan or more precisely keluarga yang dah bertahun-tahun bersama kita dan kita sayang sangat-sangat, mestilah kita akan jadi lebih sedih kan? memang kehilangan dia buat aku lebih appreciate family aku.. lebih dari sebelum ni..

moral bagi aku untuk perkara ni memang banyak, antaranya:

1) be extra careful wherever i am *manusia baik dan jujur memang dah pupus dari muka bumi sekarang*

2) kadang-kadang, kehilangan sesuatu yang kita sayang tu akan bawak kebaikan.. walaupun kebaikan tu kita rasa kecik je *ini psikologi untuk aku*

dan aku harap ini juga pengajaran buat kamu. jangan ingat takde orang yang perhatikan gelagat kamu, nak-nak kalau kamu berada di tempat awam, hopefully benda ni tak berlaku pada kamu, hati-hati!

perkara 3:

akhirnya.. aku dah selamat konvo! macam orang lain jugak, of kos la aku antara orang yang so dem hepi.. sape yang tak gembira, sekarang ni, in case kalau aku tak dapat habiskan master aku, atleast aku dah ada degree.. *in case je*



thanks untuk my two bffs yang sanggup datang untuk konvo aku, frankly, aku tak harapkan ada orang bersusah datang ke konvo aku melainkan family aku, tapi dengan kehadiran korang, buat aku rasa appreciated sangat, thanks una n mailis :)



walaupun aku dah ada degree, tapi, untuk mendapat peluang pekerjaan pun bukan mudah, kalau kita ni seorang yang pemilih bab-bab kerja ni.. ada sesetengah orang nak yang dekat dengan rumah lah, income lebih 2k lar (walaupun fresh grad).. apa-apa pun, terpulang pada kamulah, kalau korang rasa nak gaji tinggi, jangan nak merungut pulak kalau kamu takde social life, melainkan kompeni tu abah korang yang punya..

perkara terakhir:

ini mungkin antara sebab utama kenapa aku sangat teramat jarang untuk update cerita-cerita aku di sini.. kerana sekarang aku sudah ada tempat cerita baru :)

bukan di mana, bukan apa.. tapi siapa..



ini tempat cerita aku.. for now.. and hopefully forever..

and ever..

and ever..

:)

tulisan hayati sekarang dah pukul 10:09:00 PM Sunday, May 23, 2010 3 orang dah komen

Wednesday, February 17, 2010

.: hidup aku sekarang :.

aku ada cakap aritu yang sekarang ni aku telah pun menjadi student master full time..
mula-mula skali, hidup aku dah sememangnya agak lain dari dulu..
perubahan hidup ke fasa yang lebih berat..
sekarang ni, baru aku sedar.. yang aku hidup untuk belajar, memang itu yang sepatutnya bagi kita semua pun..
tapi tambahan skit bagi aku, skop dia sangat luas, dari aspek komputer, kehidupan, pergaulan, komunikasi, pemahaman tentang Tuhan.. tiba-tiba rasa ilmu itu sangat banyak untuk dipelajari dalam masa yang agak lama jugak..

menjadi student master ni, yang paling bezanya, kau kena la rajin gila membaca. aku memang suka membaca pun, tapi.. not involving any article n journal from hundred page books, dengan berjuta terms yang buatkan kamus virtual jadi application tetap kau kena bukak tiap kali membaca..
*sigh*
agak menjadi kegilaan jugaklah bile keje kau fulltime sekarang is reading.. and reading..
and reading.. and reading~

cukup-cukuplah merungut yati.. dah aku sendiri pilih jalan ni kan, hadapi apa je yang datang ni dengan kuat. untung sikit buat aku n a few friends since kitorang dah familiar skit dengan lecturers yang mengajar kitorang, n a few subjects yang dah pun blaja time degree dulu. rasanya cam repeat paper.. cuma kali ni kenalah tekun sikit..
*tekun banyak lar yati!*

teringat kata-kata Dr syed time fyp dulu, dia kata "nanti for those yang sambung master tu, kamu akan rasa, degree ni takdelah susah mana pun.." bila teringat balik statement tu, nak je aku menangis.. BETUL TU!! T-T

go go me!



tulisan hayati sekarang dah pukul 12:32:00 AM Wednesday, February 17, 2010 1 orang dah komen

Friday, January 29, 2010

.: pergi :.

tahun baru dah pun sebulan menjengah (ye, memang aku lambat update)
dah nak masuk bulan baru dah pun..

sebulan menyepi, terlalu banyak benda yang terjadi.. banyak!!
ada yang aku boleh aku ceritakan, ada benda yang aku pilih untuk simpan..

perkara 1: aku dah jadi student master sekarang.. full time mode, dan masih setia menjadi pelajar uitm, but i must say.. the environment dia sgt lain..

itu, nanti-nanti aku cerita panjang~

perkara utama:

tok ayah dah takde.. aku ulang, tok ayah dah pergi.
dulu, aku penah cite pasal tok ayah.. dan dah lama aku rasa tok ayah tanggung sakit.. akhirnya, Tuhan ambil dia pergi. aku rasa, semua pun redha dan boleh terima pemergian tok ayah, including tokna. tokna pun dah tua, kesian tengok tokna sorang-sorang kena jaga tok ayah.. yelah, kami semua jauh..

right this moment, aku masih kat kampung setelah hampir seminggu tok ayah meninggal.
aku ponteng klas, aku nak teman mak. mak nak teman tokna.
sekarang tokna sorang-sorang.. tak perlu jaga sape-sape melainkan diri dia.
tokna dah takde geng nak sembang.
tokna dah takde teman nak gaduh. dulu, mak cerita, mak suka dengar tok ayah n tokna cakap gaduh-gaduh, gaduh manja.. sweet je

rasa aku?
aku agak sedih sebab aku tak dapat tengok tok ayah for the last time since raya hari tu..
aku agak terkilan sebab hati aku rasa nak sangat balik kampung couple days before tok ayah pergi, tapi aku tepikan gerak hati aku,
aku agak menyesal jugak sebab tak dapat nak tolong mak bersihkan tok ayah sepanjang hayat dia
but i'm glad,
aku takes time yang lama bila aku cium dahi tok ayah,
aku tau kat mana kubur tok ayah,
aku tau penderitaan dia dah berakhir..

bila aku dapat duduk seminggu kat kampung,
jauh dari benda yang aku cuba untuk lari,
jauh dari perasaan bukan-bukan yang cuba aku lupakan,
jauh dari segala anasir yang akan efek pembelajaran aku.
dan aku rasa lega..
sangat lega..
sangat~

:)

tulisan hayati sekarang dah pukul 8:37:00 PM Friday, January 29, 2010 1 orang dah komen
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

aku

My photo
hayati
ini tulisan hati..
View my complete profile

yg sudah lepas

  • ►  2013 (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (9)
    • ►  September (2)
    • ►  July (3)
    • ►  May (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2011 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  February (7)
    • ►  January (1)
  • ▼  2010 (23)
    • ▼  December (5)
      • .: degil :.
      • .: dasar manusia :.
      • .: muhasabah diri :.
      • .: pendapat :.
      • .: current :.
    • ►  November (3)
      • .: korban :.
      • .: mukadimah :.
      • .: tak larat :.
    • ►  September (1)
      • .: kemenangan :.
    • ►  August (4)
      • .: malam 22 :.
      • .: kemusykilan ramadhan :.
      • .: there's something about ramadhan :.
      • .: dah mula :.
    • ►  June (6)
      • .: kembali serabut :.
      • .: janji aku :.
      • .: gara- gara :.
      • .: pandangan orang :.
      • .: tak faham :.
      • .: arkib :.
    • ►  May (2)
      • .: mak kata :.
      • .: entri terpanjang :.
    • ►  February (1)
      • .: hidup aku sekarang :.
    • ►  January (1)
      • .: pergi :.
  • ►  2009 (67)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2008 (44)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (5)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2007 (28)
    • ►  December (5)
    • ►  November (10)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

kengkawan

  • life of mine
    This journey is about ...
    7 years ago
  • Ceritera Warna Warni Kehidupan
    Saran Memasak Untuk Membantu Anda Untuk Memimpin Hidup Baik
    10 years ago
  • Angela's bloggie || http://angelalpev.blogspot.com
    13 albums of 2013.
    11 years ago
  • ^ sUaRa TaNpA bUnYi ^
    ^ sYukuR ^
    12 years ago
  • pocket full of sunshine
    151 days!
    12 years ago
  • :::.listen to my heart.:::
  • permulaan

singgahan tetap

  • Freewebcomic
    PHP Web Development Beneficial For Online Business
    2 years ago
  • Perempuan Jomblo
    Dah besar dah
    7 years ago
  • Work Hard Play Hard
    Sedia Keripik Pare Tidak Pahit
    10 years ago
  • ini fynn jamal cakap.
    kontradiksi
    11 years ago

mereka ini

 
© 2011 breakprimetime