skip to main | skip to sidebar
this is me

Monday, March 28, 2011

.: minta maaf :.

rasanya tak siapa pun suka sakitkan hati orang lain samada secara sengaja atau pun tak sengaja, jadi, aku nak minta maaf pada sesiapa yang pernah terluka dengan kata-kata aku dan perbuatan aku.

baik minta maaf selagi masih bernafas ni kan?
manalah tau umur kita panjang mana.

maafkan aku boleh tak?

pliiiiiiissssssss~ *merayu*


p/s: tapi masih berdoa agar umur dipanjangkan, ibadat tak cukup banyak lagi ni oii!

tulisan hayati sekarang dah pukul 9:41:00 PM Monday, March 28, 2011 0 orang dah komen

Friday, March 25, 2011

.: sahabat :.

aku baru sahaja mula nak buat report, tiba-tiba ada status fb yang panjang berjela yang menarik perhatian.

kawan tadika, sekolah menengah, dan kawan yang selalu melawat aku semasa degree, mailis, kemalangan.

main internal organ bleeding.

kereta bertembung lori.

sesiapa yang membaca entri ini harap dapat tolong mendoakan agar dia dipanjangkan umurnya dan dipulihkan kecederaannya.

ya Allah, sesungguhnya takdirMu adalah yang terbaik, maka kuatkanlah hati keluarganya, permudahkanlah segala urusannya ya Tuhan..

:'(

tulisan hayati sekarang dah pukul 2:53:00 AM Friday, March 25, 2011 0 orang dah komen

Wednesday, March 16, 2011

.: sebilik berdua :.

satu bilik, kongsi dengan dua orang, yang sebelum tidak pernah tahu keadaan apabila dua orang ini duduk di dalam bilik bersama.

seorang tu penyepah.
seorang lagi pembersih.

seorang tu banyak barang.
seorang lagi hanya barang-barang asas dalam bilik.

seorang tu suka tidur dalam gelap, kalau cerah susah nak tidur.
seorang lagi nak tidur mesti pasang lampu, kalau gelap tak boleh bangun tidur esoknya/ seram tidur dalam gelap.

seorang tu, i-hate-people-touching-my stuffs.
seorang lagi, barang-awak-barang-saya-juga.

seorang tu suka membazir (asyik lupa tutup suis).
seorang lagi jimat cermat (jadi tukang tutup suis).

seorang tu pemendam, tak puas hati pun diam je (asyik takpe takpe je)
seorang lagi outspoken, selalu ada benda tak puas hati (tolong buat ini, jangan lupa ini)

siapa kata tidur berdua tu best? ini baru dengan orang yang takkan hidup selamanya dengan kita. cuba bayangkan kalau hidup dengan roomate-sampai-mati (suami/isteri)? mungkin perkataan yang tepat adalah mencabar. dan mungkin jugak ia hanya permulaan. tapi bila dah lama-lama, mungkin dua-dua orang ni dah boleh tidur dalam gelap dan cerah, dan dah boleh faham kerenah yang seorang lagi.

tapi untuk sementara itu, apa yang kita boleh lakukan?

1) berbincang secara halus/lembut/santai. tanya roomate kalau ada benda yang kamu buat yang dia tak berapa setuju. lepas tu, boleh cakap yang kamu TAK BERAPA SETUJU dengan apa yang dia buat selama ni. kalau kamu pilih untuk tak nak cakap, pastikan kamu boleh terima akibatnya (siapa suruh diam?)

2) toleransi adalah kunci utama untuk hidup sejahtera (tip dari pakar motivasi.. kot). mungkin jika ada beberapa kali dia lupa tutup suis, kamu boleh tutupkan, dengan harapan yang dia akan SEDAR SENDIRI akan sikap membazirnya itu tanpa perlu kamu luahkan padanya (and yes, saya dah sedar!) =)

3) memahami. tak semua manusia ni ditemukan sekepala, sehati sejiwa. dugaan ada di mana-mana, walaupun dalam bilik tidur yang serba mewah *tiba-tiba* . terima pendapat roomate kamu, dan jangan cepat sedih atau naik angin. dia kan nak berbincang je.. melainkan dia cakap dengan nada yang kurang sopan dan tinggikan suara.

4) hormat menghormati. kalau kamu tak suka seseorang tu buat kat kamu macam tu, jadi jangan la buat kan? kalau dia memang pantang kamu sentuh barang dia.. cuba terima yang barang dia adalah milik dia dan bukannya milik kamu =)

semoga proses penerimaan ahli bilik baru ni berlaku senang, mudah dan pantas untuk bakal pengantin dan penyewa yang bakal berpindah ke rumah sewa yang baru.

p/s: cakap macam orang dah berpengalaman je. ok, memang tak, tapi untuk seorang yang dah bertukar roomate setiap 4 bulan selama 3 tahun, mungkin aku boleh bagi sikit tips yang berguna kan? sikit je pun..

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:57:00 AM Wednesday, March 16, 2011 3 orang dah komen
Labels: perasaan

Wednesday, March 9, 2011

.: busuk hati :.

kenapa perlu ada manusia yang busuk hati? kenapa ada yang sakit hati bila melihat kebahagiaan orang lain? kenapa ada yang selalu nak lebih dari orang?

eleh, dia bawak suzuki swift je, tengok la nanti aku nak beli BMW X5..


ala, dia diploma je, aku ada degree..


ahh, peduli apa, gaji aku lebih tinggi dari dia..

hmm, suami dia boleh tahan, nanti aku nak cari lebih kacak dari suami dia..

wth?? kita lupa ke setiap individu tu ada takdir yang sendiri. kenapa kamu nak lebih dari orang lain? macam mana kalau kamu lebih semua, tapi bila tengok orang lain bahagia dengan kesederhanaan yang dia ada, kamu masih rasa tak puas hati? kenapa kamu tak boleh sedar yang realiti kehidupan bukan takdirnya dalam genggaman kita? kamu nak menilai semua manusia yang ada sekeliling kamu dengan cara ukur kamu sendiri, tapi hakikatnya, kebendaan dan fizikal itu bukannya apa-apa berbanding dengan ketenangan dan kebahagiaan yang Tuhan beri.

kamu sebenarnya kena doa supaya Allah cukupkan keperluan kamu, bukannya cukupkan keperluan kamu yang mahu sentiasa lebih dari orang lain tu.

terimalah kenyataan yang kita ni bukannya berduit sangat pun..
bukannya cantik sangat pun..
bukanlah sesempurna mana pun..

dan bila kita dapat terima kelemahan diri sendiri, masa itu kamu sedar;
selagi ciptaan itu namanya makhluk Tuhan,
hamba yang fungsi dirinya untuk beribadat kepada Tuhan,
kamu tak kan rasa sesiapa pun yang lebih sebenarnya..

jadi tak payah la nak lebih dari orang lain. nanti kamu juga yang sakit hati kalau melihat ada yang lebih dari kamu. kan?

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:04:00 AM Wednesday, March 9, 2011 4 orang dah komen

Tuesday, March 1, 2011

.: aku yang gelabah :.

aku ni memang terkenal dengan perangai aku yang agak menggelabah @ kalut. ini aku memang tak bangga.. pelik jugak tau, sebab aku tak nak jadi pun macam ni, aku dah cuba kawal sebaik yang mungkin, tapi masih jadi jugak. banyak peristiwa yang aku pilih untuk lupa, tapi bila dah jadi dengan kadar kekerapan yang tinggi, susah aku nak lupa.

situasi 1: aku terlanggar patung kat Times Square, patung tu terjatuh n break into pieces. (sila gelak sape yang nak) kawan-kawan aku pun dah penat gelakkan aku. nasib baik boleh cantum balik bahagian patung tu. kalau rosak kena ganti camne?

situasi 2: aku dan encik ehem pergi ke satu pameran dan tak jauh dari tempat aku berdiri, ada pameran gamelan dan muzik tradisional. kaki aku tersadung pemegang not muzik tu.. apa ke nama dia, gambar macam kat bawah ni, cuma dia pendek (sebab muzik tradisional kebanyakannya dimainkan sambil duduk).


(sumber google)

bertabur semua not-not muzik tu. encik ehem yang baik hati jugak yang tolong kutip kertas-kertas itu dan letak balik.

situasi 3: hari tu aku dan dia pegi makan kat satu kedai. aku membawa dulang berisi makanan. ada 1 keadaan di mana aku nak mengelak dari melanggar adik cleaner itu dan end up makanan di dulang itu terjatuh. sangat memalukan ok! air dan makanan bersatu menjadi satu. nasib baik adik cleaner itu boleh ganti balik makanan tu.

sedih bila jadi keadaan di mana kita tak boleh nak kawal pergerakan diri sendiri. keje asyik nak menjatuhkan barang je. aku cuba bertenang, sebab rasanya aku ni bukanlah gelojoh mana pun. mungkin ni dugaan untuk diri aku. dugaan yang besar. Tuhan, Kau tahu yang terbaik kan?

SABAR YATI!

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:55:00 PM Tuesday, March 1, 2011 2 orang dah komen
Labels: diri, perasaan
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

aku

My photo
hayati
ini tulisan hati..
View my complete profile

yg sudah lepas

  • ►  2013 (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (9)
    • ►  September (2)
    • ►  July (3)
    • ►  May (2)
    • ►  February (2)
  • ▼  2011 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ▼  March (5)
      • .: minta maaf :.
      • .: sahabat :.
      • .: sebilik berdua :.
      • .: busuk hati :.
      • .: aku yang gelabah :.
    • ►  February (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (67)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2008 (44)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (5)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2007 (28)
    • ►  December (5)
    • ►  November (10)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

kengkawan

  • life of mine
    This journey is about ...
    7 years ago
  • Ceritera Warna Warni Kehidupan
    Saran Memasak Untuk Membantu Anda Untuk Memimpin Hidup Baik
    10 years ago
  • Angela's bloggie || http://angelalpev.blogspot.com
    13 albums of 2013.
    11 years ago
  • ^ sUaRa TaNpA bUnYi ^
    ^ sYukuR ^
    12 years ago
  • pocket full of sunshine
    151 days!
    12 years ago
  • :::.listen to my heart.:::
  • permulaan

singgahan tetap

  • Freewebcomic
    PHP Web Development Beneficial For Online Business
    2 years ago
  • Perempuan Jomblo
    Dah besar dah
    7 years ago
  • Work Hard Play Hard
    Sedia Keripik Pare Tidak Pahit
    10 years ago
  • ini fynn jamal cakap.
    kontradiksi
    11 years ago

mereka ini

 
© 2011 breakprimetime