skip to main | skip to sidebar
this is me

Sunday, January 20, 2013

sekadar makluman

fuhh, lamanya tak update blog! minta maaflah pada semua kalau ada yang rindukan tulisan aku (perasan sendiri) dah masuk tahun baru, nak masuk bulan baru, baru aku berpeluang nak update.

bukan menyendiri, nak cakap sibuk sangat pun, mungkin. malas pun ada jugak. nak pindah gambar masuk laptop pun satu hal, jadi baik aku buat benda lain. lagipun, aku ni kurang bijak dalam pengurusan masa sangat. masa yang ada dihabiskan dengan hobi baru (berangan), part time baru (bisnes kecik-mecik) dan cabaran baru.

masuk bulan ni hampir 6 bulan aku duduk perlis, still adapting (tak tahulah berapa lama nak ambik masa untuk proses adapting ni).

so far, i'm still struggling,
-masih tak boleh berkomunikasi dalam loghat utara, pelik betul bunyinya. Nabil kata, itu mungkin itu antara sebab kenapa aku selalu di pow bila pegi pasar.
-masih tak kenal serangga pelik-pelik yang selalu berterbangan.
-masih kaget dengan lembu @ kambing yang selalu ada dekat dengan tempat buang sampah rumah.
-masih geram dengan cicak-cicak yang banyak betul kat ruang tamu rumah ni
-masih peghak bila lalu tepi highway kalau nampak sawah padi. masih amazing seperti biasa dan sanggup bawak 50-60 kmj untuk curi-curi tengok.
-masih tak dapat cari kedai yang jual sayur-mayur pukul 2 petang

satu benda yang aku perasan, yelah, dah nama pun duduk kampung. setiap pagi akan ada pasar, pasar basah yang jual segala sayur dan barang basah, tak kisahla kat mana pun di perlis. even in the weekdays. jadi kalau korang nak pegi beli daun sup seikat pada pukul 1.30 petang ke atas, konon nak masak mihun singapore, silalah dengan segala hormatnya pergi ke C-mart (lebih kurang macam Giant). kadang aku stress, nak beli sayur seikat tu pun aku kena drive ke sana, kena cari parking, kena naik eskelator, kena masuk pasaraya, hanya semata-mata kerana seikat daun sup yang berharga RM1.13!

tapi pada masa yang sama jugak, ia juga mendidik sesiapa yang nak masak tu supaya bangun awal, bukan masih di atas katil pada pukul 8 pagi ye!

so until my next post (hopefully soon), aku nak share bisnes kecilan yang sedang aku usahakan demi memenuhkan tabung buluh untuk kahwin, sudi-sudikanlah melawat dan like Fb page aku: https://www.facebook.com/saranghealthandbeauty/

kbai!




tulisan hayati sekarang dah pukul 7:43:00 PM Sunday, January 20, 2013 0 orang dah komen
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

aku

My photo
hayati
ini tulisan hati..
View my complete profile

yg sudah lepas

  • ▼  2013 (2)
    • ►  February (1)
    • ▼  January (1)
      • sekadar makluman
  • ►  2012 (9)
    • ►  September (2)
    • ►  July (3)
    • ►  May (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2011 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  February (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (67)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2008 (44)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (5)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2007 (28)
    • ►  December (5)
    • ►  November (10)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

kengkawan

  • life of mine
    This journey is about ...
    7 years ago
  • Ceritera Warna Warni Kehidupan
    Saran Memasak Untuk Membantu Anda Untuk Memimpin Hidup Baik
    10 years ago
  • Angela's bloggie || http://angelalpev.blogspot.com
    13 albums of 2013.
    11 years ago
  • ^ sUaRa TaNpA bUnYi ^
    ^ sYukuR ^
    12 years ago
  • pocket full of sunshine
    151 days!
    12 years ago
  • :::.listen to my heart.:::
  • permulaan

singgahan tetap

  • Freewebcomic
    PHP Web Development Beneficial For Online Business
    2 years ago
  • Perempuan Jomblo
    Dah besar dah
    7 years ago
  • Work Hard Play Hard
    Sedia Keripik Pare Tidak Pahit
    10 years ago
  • ini fynn jamal cakap.
    kontradiksi
    11 years ago

mereka ini

 
© 2011 breakprimetime