skip to main | skip to sidebar
this is me

Thursday, December 20, 2007

.:pengorbanan:.

hmm, tak boleh tido pulak malam ni.. dah la esok nak raya..

raya haji a.k.a raya korban, ramai yang kata kita bukan setakat kena korbankan binatang, tapi ia jugak perlukan pengorbanan dari jiwa kita sendiri. pengorbanan tu tak semestinya yang boleh dilihat, mungkin yang tak boleh dilihat tuh, lagik berat pengorbanannya.

harapnya tahun ni aku dapat mengorbankan sikap2 yang aku paling suka, tapi orang sekeliling aku cukup tak suka; tidur dan main game. besar tuh pengorbanan aku, tapi itulah yang sebaiknye. at least, dapat kurangkan pun dah dikira sebagai pengorbanan.

korang pulak, apa pengorbanan korang untuk tahun ni?

tulisan hayati sekarang dah pukul 3:37:00 AM Thursday, December 20, 2007 0 orang dah komen

Wednesday, December 12, 2007

.:hari-hari terakhir:.

Aku belum nak mati lagi kalau itu yang korang pikir bila tgk title post aku.. Cuma, minggu ni merupakan hari-hari terakhir aku di tempat aku bekerja. Walaupun banyak benda yang melanda aku sepanjang bekerja di sini, but it’s a life time experience. Aku berhadapan dengan pengalaman yang bukan sedikit, mencabar kesabaran aku yang tak sekuat mana dan merasai saat yang tak mungkin aku lupa.

Rasanya aku tak mungkin berpeluang untuk merasai situasi yang sama bila aku kembali bekerja. Aku meninggalkan kerja aku untuk menyambung cita-citaku yang semakin kabur, harapnya semangat itu kembali muncul. Maklumlah, dah lebih setahun tak bukak buku, dan lebih setahun aku lupa cara-cara untuk study smart. Hopefully aku boleh kembalikan saat seronok time study dulu.

Sedih sebenarnya nak tinggalkan my div. Walaupun everyday is a new day for me, tapi u guys had thought me a lot.. a looootttt!!

Kepada semua kengkawan aku, tak taulah korang baca ke tak post ni, tapi aku nak bagitau korang semua, terima kasih! Setiap satu dari korang banyak bentuk persepsi aku sekarang dan masa depan. Dan kepada kawanku yang tersayang (u know who u r), terima kasih sebab hadir dalam hidup aku dan jadi kawan yang baik. Kau tau kan cite aku takut sangat nak ada best friend? Tak tau la aku penah cite dulu ke tak, but now u know. Terima kasih sebab ajar aku bagaimana nak jadi kawan yang baik, terima aku seadanya. Aku akan rindukan saat-saat kita sama-sama belajar untuk jadik pekerja yang baik and stuff that we do together. Kalaulah aku boleh tunjuk kat kau terima kasih dan sayang aku kat kau.. i’m really gonna miss u. Harapnya, aku akan dapat kawan yang sebaik kau time study nanti..

Uh, tak habis-habis dengan jiwa sentimental! Anyway, though keje kat sini banyak tinggalkan kenangan, I’ve to admit yang aku lega sikit bila berhenti, dan sebab tu jugaklah aku ambik cuti awal 2 minggu dari tarikh tamat kontrak.. untuk cari ketenangan dan semangat belajar, huhu! See ya in another place, adios..

tulisan hayati sekarang dah pukul 5:19:00 PM Wednesday, December 12, 2007 1 orang dah komen

Wednesday, December 5, 2007

...

mm.. nak tulis apa ek? manusia ni, suka buat andaian sendiri.. dan selalunya andaian itu bersifat negatif. jarang sebenarnya kita mahu berfikiran yang baik-baik saja di dunia yang semakin zalim ini. tapi tidak semestinya manusia yang baik tidak wujud, cuma mungkin dia tidak muncul. tidak muncul untuk membawa kebaikan kepada orang sekeliling, tidak muncul untuk menunjukkan apa yang betul dan apa yang salah. kenapa? mungkin dia tidak berani untuk menegur kesalahan yang sering berlaku di depan mata, takut dipersenda, takut di pulau.. hmm.. macam tu pun ada ke?

tulisan hayati sekarang dah pukul 4:22:00 PM Wednesday, December 5, 2007 0 orang dah komen

Sunday, December 2, 2007

.:mak:.

Hari ni, genap umur mak 48 tahun, dan lebih setengah dari hidupnya itu dihabiskan untuk membesarkan dan mendidik kitorang. Apalah sangat ucapan terima kasih mahupun majlis besar-besaran jika dibandingkan dengan jasa dan kasih mak. Biarpun seumur hidup kami untuk dihabiskan berbakti dengan mak, semua itu takkan berbaloi dibandingkan dengan pengorbanan mak. Mak pernah tidak tidur malam kalau kitorg demam, risau pasal anak-anak dia, dan selalu mengalirkan air mata kerana kedegilan kitorang. itu belum campur dengan keperitan yang ditanggung semasa hendak mengandung dan bersalin. Mintak ampun mak.


Terima kasih sangat mak, sebab banyak ajar kami camne nak jadi manusia yang baik. Ampunkan semua dosa-dosa kitorang.. dan selamat hari jadi. Semoga Allah memanjangkan umur mak untuk melihat anak-anak mak yang degil ni untuk membesar. Dan semoga Allah memanjangkan umur mak untuk membenarkan kitorang balas jasa mak. Engah nak mak tau, kitorang sayang sangat dengan mak. sayang sayang sangat!

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:46:00 AM Sunday, December 2, 2007 0 orang dah komen

Saturday, December 1, 2007

.:kahwin:.


Burp! Alhamdulillah, cuti-cuti sekolah ni, banyak pulak jemputan kahwin yang menjengah ke rumah. Blh dikatakan setiap minggu, ada je kenduri kahwin. So, mintak maaflah jika ada kenduri yang aku tak dapat nak datang. Semoga perkahwinan kamu semua diberkati olehNya dan dilimpahi zuriat yang soleh dan solehah.. amiin..


tulisan hayati sekarang dah pukul 11:21:00 PM Saturday, December 1, 2007 0 orang dah komen

Thursday, November 29, 2007

.:kata-kata:.

manusia selalu buat kesilapan. antaranya, mengeluarkan kata-kata yang kemudiannya akan membuat mereka menyesal, dan berharap mereka takkan dan tak pernah mengeluarkan kata-kata tu. tapi tu semua dah terlambat. kata-kata sudah pun dilontarkan dan orang sudah pun terasa. bila dipikirkan semula, kan lebih baik kalau kita berdiam diri dan hanya bercakap bila perlu? note to self: think before you talk..


tulisan hayati sekarang dah pukul 2:46:00 PM Thursday, November 29, 2007 2 orang dah komen

Friday, November 23, 2007

.:orang itu:.

tak perlu mencari secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman,
mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha,
tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tak sehebat Siti Hajar,
dan mengapa di dambakan teman hidup yang sesempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri,
bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu, selamanya..
hmmm siapa agaknya orang itu?

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:56:00 AM Friday, November 23, 2007 0 orang dah komen

Monday, November 19, 2007

.:berjaya:.


akhirnya, aku dah tamat diploma dan secara rasminya, aku da konvo sabtu lepas. memang perasaan yang sangat-sangat lega. segala penat dan duit yang aku curahkan untuk ambik dip ni rasa berbaloi. bergenang air mata time tgk slide show sebelum mula sidang. perjalanan itu bukan mudah, tapi pengakhirannya amat indah. bukan senang nk sarung jubah tu, walaupun hanya sehari.. tapi memerlukan 3 tahun untuk dapatkan dia, emosi n tekanan yang bermacam-macam. akhirnya, impian itu menjadi realiti. tapi, perjuangan ini masih belum selesai dan masih panjang untuk sampai ke penghujungnya. aku dah bersedia untuk memulakan perjuangan fasa kedua, hmm.. bila agaknya?

tulisan hayati sekarang dah pukul 4:57:00 PM Monday, November 19, 2007 0 orang dah komen

Monday, November 12, 2007

.: kebengangan:.

Ari ni, kesabaran aku diuji lagi. Semua staf division aku outstation, tambah sorang lagi yang tengah bercuti. So, tinggallah aku yang kena buat keje-keje kuli. Mula-mula kena sediakan bahan untuk survey, yang tu takpelah sebab aku memang nak tolong kawan. Tapi yang tak sedap ni, lepas satu, satu keje yang datang. dan yang aku bengang, aku tak dapat buat keje aku untuk satu hari ni. Ari ni akulah jadi tukang potostet, minah despatch dan semua keje-keje kuli yang lain.

Sabarnye aku! dah la kebetulan ari ni pulak, aku pakai high heel, kononnnya nak biasakan diri time konvo nanti.. tapi aku jugak yang merana, terpaksa tawaf holdings 3 kali! Abes melecet kaki aku.. and now I’m stuck in the office sebab nak kena potostet survey untuk 160 copies. Nasib baik keje aku hanya tunggu, let machine do the rest..

Itulah dia.. kisah seorang kuli. Kesimpulan yang aku dapat ari ni; boss can tell you what to do, and a ‘kuli’ has to do what they’ve been told. So, janganlah jadi kuli, blaja rerajin untuk jadi bos. Dan bile korang jadi bos nanti, jangan main order je kat pekerja bawahan tu, dan janganlah nak susahkan orang lain..

tulisan hayati sekarang dah pukul 7:08:00 PM Monday, November 12, 2007 2 orang dah komen

Wednesday, November 7, 2007

.:raya:.

bulan syawal pun da sampai ke penghujungnya, tapi raya tetap raya. ari ni dept aku buat open house. memang meriah dari segi persiapan dan makanan dia. semua staff dept memakai baju raya yang bertemakan hijau, memang best n sporting. kali ni kitorang buat sistematik skit untuk mengelak makanan xcukup dan pembaziran. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan xdengar komplen psl mknan skit @ xcukup. cuma air je yg tak cukup, tambah pula makanan pedas-pedas.

kali ni jugak, i found another interest, snap a pic.. sebelum ni memang aku minat untuk tgk gambar yang di snap dari pelbagai sudut, cuma tunggu masa je. nah, ni la hasil yang tak seberapa..

lauk-pauk di checkpoint aku

muffin yang sedap, tapi aku sempat tangkap gambar je.. tak sempat nak rasa

muffin yang pelbagai kaler dan perisa


selamat hari raya..


tulisan hayati sekarang dah pukul 5:06:00 PM Wednesday, November 7, 2007 0 orang dah komen

Tuesday, November 6, 2007

.:terluka:.

hatiku terluka lagi. pedihnya tak siapa pun yang tahu, cuma aku dan Yang Esa saja yang tahu dalam hati ini. kata-katanya setajam pedang yang menembusi hati.. perbuatannya jelas menunjukkan anggapannya tentang diriku. hati ini tidak mampu lagi menahan segala dugaan yang Maha Hebat ini. sampai bila aku harus bertahan? perlukah aku menjauhkan diri darinya? dia antara orang yang paling aku sayang dan dia sangat mengambil berat tentang diriku. aku sayang dia! tapi kenapa kami masih saling melukai hati masing-masing?

tulisan hayati sekarang dah pukul 8:28:00 AM Tuesday, November 6, 2007 2 orang dah komen

Monday, November 5, 2007

.:cantik:.

apa erti cantik bagi anda? statement iklan dove tu buat aku terpikir. bagi aku, cantik itu adalah keyakinan. kalau seseorang tu berasa yakin dengan diri dia, dia tak kisah apa yang orang cakap pasal diri dia sebab dia yakin pada diri sendiri dan terima diri seadanya. tapi, kalau terlampau yakin sangat pun susah jugak! dah jadi lain pulak tu..

tambah pulak, tadi aku sempat tengok rancangan 3R. memang buat aku terpikir tentang banyak perkara. dalam 3R, dia ada kupas topik tentang cantik. cantik sangat subjektif, terpulang kepada individu nak takrifkan cantik itu camne. cantik tu tak semestinya sempurna, tapi cukuplah dengan bersyukur dengan apa yang kita ada. kalau kita ada kekurangan, terimalah ia dengan baik sebab kekurangan tu mungkin jadi kelebihan pada orang lain. tapi yang paling penting, kita kenalah rasa selesa dengan diri kita sendiri, apa yang kita pakai, percakapan kita, jadi diri sendiri.. tapi yang lebih baik, bukan cuba untuk jadi someone that we're not.. hmm..

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:08:00 AM Monday, November 5, 2007 0 orang dah komen

Sunday, November 4, 2007

.:annual dinner:.

seperti yang aku tulis sebelum ni, ada annual dinner pada mlm sabtu lepas. aku beruntung berpeluang untuk berada dalam majlis company mlm tu sebab dengar khabarnya yang dinner tahun ni adalah yang terakhir. maybe there will be other dinner but after 2 or 3 years later, who knows.




back to retro

anyway, kebetulan pulak, tahun ni ada pulak theme, 'back to retro'. apa lagi, kalau dah namanya retro, mestilah trend pakaian dari tahun 50an-80an. bila dah sampai di picc, putrajaya (tempat diadakan annual dinner), mula-mula aku memang amazed dengan design di picc itu sendiri dan keduanya, gaya pakaian yang digayakan oleh semua pekerja company. pada sesiapa yang melaram sakan, memang akan rasa sangat tercabar kerana hampir kesemua orang memang sangat sporting and supportive menggayakan pakaian retro. aku tidaklah terlampau melaram, cukuplah dengan pakaian biasa yang retro skit. terhibur sebenarnya bila kita melihat semua orang cuba untuk mendapatkan perhatian yang lain. aku tak tahulah nilai sebenar berapa manusia yang boleh dimuatkan dalam hall picc tu, tapi malam itu, dalam anggaran seribu orang, kita mesti dah dapat bayangkan ragam manusia yang memenuhi dewan picc tu. pelbagai ragam dan cara pakaian, manusia yang pelbagai umur, memang seronok melihat semua itu sehinggakan aku tak teruja sangat untuk melihat artis2 yang datang buat persembahan. after all, this is my first time hadir dalam majlis-majlis macam ni.



anak dara HR

makanan yang dihidangkan, chinese food. biasa saja, kena pula dengan orang melayu macam aku, tapi dah tu rezeki, makan jugakla. kenyang tak kenyang, tu semua belakang kira. tapi yang paling puas ati, kitorang dapat lepas gian tangkap gmbr puas-puas. paling tak tahan, posing amal yang memang daring + sporting. lps tu ada lucky draw lagi, malangnya, meja aku semuanya xde rezeki nk dpt hadiah, kesian..

tulisan hayati sekarang dah pukul 1:19:00 AM Sunday, November 4, 2007 2 orang dah komen

Friday, November 2, 2007

.:bingit:.

tiba-tiba opis hari ini jadi sangat bising dan kelam-kabut. orang berkumpul di sana sini dan mengguna suara yang kuat dan nyaring. ahh!! bisingnye.. aku nk buat keje ni, mentang-mentang malam ni annual dinner and everybody exciting bout that, but please, respect others!

uh, i need sum space..

tulisan hayati sekarang dah pukul 4:26:00 PM Friday, November 2, 2007 0 orang dah komen

.:open dept:.

sempena dengan bulan raya ni, every week ada je dept yg buat jamuan makan hari raya. selasa lepas, ada satu dept yang buat jamuan besar-besaran dan dah jemput satu holding utk datang memeriahkan majlis. malangnya on that day, aku tak sihat dan tak dapat nak datang opis. so, rasa frust tu mmg adalah skit. diorg dah hantar email jemputan dari minggu sebelumnya lagi dan persiapan yang grand memang dah siap beberapa hari sebelum majlis. xpelah, mungkin bukan rezeki aku, apa nk buat..

esoknya semua yang pegi ke majlis tu terkena food poisoning. cirit birit dari tengah malam sampai ke ofis. lucky me..

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:05:00 AM 0 orang dah komen

Monday, October 29, 2007

.:the other side of me:.

aku percaya kita semua ada satu sifat yang kita tak suka dan cuba untuk mengubahnya, tapi sifat tu susah sgt nk hilang. macam aku, i'm the clumsiest person on earth! aku tak tau lah benda ni disengajakan atau tidak, but it happens over and over and over. kadang-kadang aku pun tertanya2, nape lah aku ni tak blh nak ubah sikap menjadi seorang yang lebih tenang n teratur. bukan orang je yang marah dengan sikap aku ni, tapi diri aku sendiri pun kekadang mcm bengang sendiri, pinggan yang tengah aku pegang pun blh terjatuh.

ada orang cakap, sikap tu mencerminkan personaliti kita. aku tak taulah aku ni tergolong dalam golongan yang macam mana. sekarang ni memang aku tengah berusaha sangat keras untuk mengurangkan ke'gelabah'an aku ni, cuma dalam sesetengah situasi je aku masih tak dapat improve.. hopefully aku blh menjadi seorang manusia yang dapat mengawal sikap aku yang tak sempurna ni.

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:15:00 PM Monday, October 29, 2007 0 orang dah komen

Tuesday, October 23, 2007

.:1 syawal:.

akhirnya.. dpt jugak aku menjejakkan kaki di kampung halaman mak yang tersayang; penang. jem on d way balik toksah cakap, unpredictable! (serik nak balik kampung malam2!!) nasib baik semua family members dapat balik dengan selamat.

macam tahun2 yang sebelum ni, raya.. suasananya masih sama. jumpa tok ayah dan tok na yang masih sihat walaupun dah bercicit, adik2 sepupu yang makin membesar, sepupu2 yang bakal berkahwin dan beranak (aku?)

on d way pegi semayang raya di masjid padang lalang, kitorg terjumpa sekor kerbau mati di tepi jalan dengan darah yang berlumuran. kesian kerbau tu, tak dapat beraya..

lepas balik dari semayang raya, seperti biasa, bermaaf-maafan perkara tradisi yang tak boleh ditinggalkan. tahun ni agak sayu bila aku tengok adik bongsu aku, fariz menangis saat bersalaman dengan mak n abah.. sudah dewasa rupanya adik aku yg seorang ini. sebelum ni, dia hanya bersalaman sambil tersenyum lebar.

lps beraya n tangkap gambar, aktiviti yang paling best; mkn! thn ni tokna masak laksa n mee kuah di samping makanan yg utama; kuah kacang, nasi impit n rendang. thn ni seperti biasa, kami beraya kt rumah je sebab melayan keluarga yang tak henti-henti datang..

tulisan hayati sekarang dah pukul 4:08:00 PM Tuesday, October 23, 2007 0 orang dah komen

Friday, October 5, 2007

.:syawal + work:.

genap seminggu je lagi semua umat Islam akan menyambut Syawal. sekarang ni, kt ofis pun da mula dgr lagu2 raya.. dalam byk2 lagu raya, aku paling suka lagu dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee; suara takbir. mmg syahdu + meaningful. Bukan tu je, tambah pulak sekarang ni, corp comm ada buat pertandingan deko raya, lagi bertmbh2 suasana raya kt ofis ni. dgn lampu lip-lap, ketupat, kad2 raya yang berlambak.. suasana yg mmg bagus utk buat kita lebih semangat nk keje..

tapi, malangnya bebanan keje masih menggunung. arghh, bile la projek ni nak launching, aku xthn lagi nk menatap SAP!



my messy desk..


Syawal kali ni, mmg berbeza dari yg tahun2 sebelum ni. maklumlah, pertama kali aku menyambut ramadhan sebagai orang yg dah bekerja dan bukan lagi sebagai seorang pelajar. mmg perasaan 2 lain skit.. kite dah blh merasai beban mcam yg parents kite rasa.

anyway, it's still a gud feeling. aku dah blh kurangkan beban belanje seorang anak mak abah.. huhu.. =D

kali ni jugak aku ambik cuti lama skit, nak sangat pegi beraya rumah kengkawan sekolah yg lama sangat2 xjumpa tu..

tulisan hayati sekarang dah pukul 3:32:00 PM Friday, October 5, 2007 0 orang dah komen

Monday, September 24, 2007

.:ramadhan datang lagi:.

walaupun hari ni dah masuk hari ke-12 kite berpose, rasanya still xterlmbt kalau aku nk ucapkan selamat berpuasa kpd semua umat islam. alhamdulillah, Allah panjangkan lagi umur kita utk sambut ramadhan kali ini, semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat semua dan semoga ramadhan tahun ini, kite lebih memanfaatkannya dari tahun2 yg sebelumnya. igtlah pada yg tiada, diorang dah xdpt nk sambut ramadhan dan ambik keberkatan bulan mulia ni, semoga kite lebih bermuhasabah dan menjadi hambaNya yang lebih beriman.. amin

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:56:00 PM Monday, September 24, 2007 0 orang dah komen

Tuesday, September 11, 2007

.:balik kampung:.

smlm aku br je balik dari seberang perai, penang; kampung belah mak. mak nak balik jumpa tok na & tok ayah b4 sambut ramadhan ni. on the way nk sampai ke kampung, abah ajak kitorg singgah kt satu tmpt mkn ni; kafe kayu manis. mula2 aku sampai, aku n bancik igt kedai 2 kedai runcit. almaklumlah, kedai kampung. tmpat mkn dia pun biasa je, mcm kedai2 mamak yg blum upgrade lagi. pada yg xsuke mkn tmpt2 yg sederhana ni, xpayahla korg g. bile nk order mkn je, abah cpt2 cakap, "mee rebus ketam spesel 4". bunyi mcm sedap!! tp mmg sedap giler, sekali mkn, mmg teringin nk makan berkali2. servis dia pun ok, xpyh tunggu lama. abah ckp, mee rebus kt cni mmg yg plg hot in town lah.. dia pny mee rebus cukup dgn bhn2 yg ada kalau kite masak sendiri. dan yg paling penting, mee dia 2 xde rasa kapur. pendek kata, mmg puas hatilah dgn harga RM3.30, mana korg nk dpt kalau kt KL ni.. ish, aku mmg recommend la tmpt ni pada sesape yang mmg gila mee rebus.. mmg super duper sedap!!! kitorg siap beli bungkus untuk tok ayah & tok na lagi.



yummy!


neway, duk 3 ari kt kampung mmg best. slalu aku jarang ikut bile mak n abah balik kampung kalau ari2 biasa ni, slalu blk time raya je. time 2 mmg riuh rendah toksah ckp la, tp bile aku blk last week, aku rasa damai je, xde pun dgr bunyi2 yg bingit mcm kt kl ni, bunyi motor mat2 rempit 2 mmg xkedengaran la kt kampung.. mmg relax gle.. aku pun da dpt ketenangan untuk mulakan ramadhan tahun ni dgn penuh semangat.. hopefully ramadhan kali ni dpt aku manfaatkan sepenuhnya dan jadi insan yg lebih baik..


tulisan hayati sekarang dah pukul 2:33:00 PM Tuesday, September 11, 2007 0 orang dah komen

Monday, September 3, 2007

.:lost2:.

br lps aku publish blog yg latest, ada lagi kehilangan dalam family member sebelah abah. kali ni pulak yg 'pergi' kakak sedara abah, maklong. though hubungan kitorg nmpak jauh, tapi maklong slalu datang kenduri arwah kt kampung, so.. aku kenal jugak lah n agak rapat dgn maklong.

da lm rasanya aku xdgr bacaan talkin, tersedar kejap dari khayalan dunia. bila bacaan dibaca dlm versi bahasa, lagi tersentuh.. tambah-tambah bila imam kata, 'tinggallah kamu di sini sehingga hari khiamat'.. huh, sayu hati aku..

tambah sayu, bila hari 2 jugaklah berlaku sesuatu yg aku xmungkin lupakan; aku merasa pelempang yg pertama sepanjang aku mendapat kunci kebebasan ni. ish, walaupun lempangan 2 xsakit sgt, tapi impak kt hati ni yg terasa sakit sangat..

nilah rasanya tindakan yg paling sesuai utk sedarkan aku ni, kata org xberadab.. kesian mak n abah kalau diorg dgr org kata psl anak diorg, mcm xpandai jaga anak pulak. padahal, dah cukup ajaran mak n abah bagi kt aku, dunia n akhirat.. xkurang sikit pun..

mungkin tindakan dilempang ni jugaklah yg buat aku sedar tentang segala perlakuan dan percakapan yang aku buat selama ni. sekurang-kurangnya, lps ni aku jaga skit apa yg aku nk buat.. xdelah lepas je sesuka hati..

terima kasih Allah, kerana masih sayangkan hambaMu ini dan menyedarkannya dari terus dibuai duniawi.. terima kasih...

tulisan hayati sekarang dah pukul 3:58:00 PM Monday, September 3, 2007 0 orang dah komen

Saturday, September 1, 2007

.:lost:.

skali lagi aku dpt lihat camne rasanya kalau kite kehilangan org yg kite take care sgt kt dia, betapa pedihnya kite nk lepaskan dia. apatah lagi kalau kehilangan tu, kehilangan yg abadi; maut. aku penah rasa kehilangan dulu, bila aku kehilangan atuk yang tersayang. walaupun aku masih ada sorg lagi atuk, tapi perasaan 2 tak sama..

aku igt lagi saat tu, dan sampai skrg kalau aku teringat kt atuk, air mata ni tetap tak boleh berhenti mengalir. walaupun dan lebih 7 tahun atuk pergi, kasih dan kenangan dgn atuk tetap segar dlm ingatan aku. abah xpernah berhenti cite pasal atuk, betapa tegasnya atuk didik anak-anak dia dulu. tapi atuk xpernah garang dgn cucu2 dia.. rindunye aku dgn atuk..

perasaan tu datang balik bile kawan baik aku, amal kehilangan mak tok dia. aku dapat rasa betapa amal sayang dengan mak tok dia, perasaan yg sama aku dapat rasa bila aku hilang atuk. tapi, walau macammana sayang kite dengan org tu pun, kite kene lepaskan dia.. sama ada kita nak ataupun xnk, bersedia ataupun x, sbb tu semua dah tersurat dalam takdirNya. and we have to accept d reality yang xde ape yg kekal, move on wit our life and try to apprreciate org2 sekeliling kite yang masih lagi hidup, yang masih lagi bernafas.. dan buat sesuatu yang bermakna utk mereka..

tulisan hayati sekarang dah pukul 3:00:00 PM Saturday, September 1, 2007 2 orang dah komen

Friday, August 3, 2007

.:kawan:.

hmm.. kawan, sape yg xde kwn dlm dunia ni? even though ada sesape yg kata dia xde kwn, tp secara sedar ataupun x, kite sebenarnya amat memerlukan kawan, sama mcm kite perlukan keluarga.

bagi aku kwn tu mmg penting sgt. dl pernah satu ketika, mak n abah penah ckp aku ni pentingkan sangat kwn sampai lupa family, yelah, time zaman awal remaja yang penuh dgn pemberontakan dl, tp.. tu dulu. walaupun skrg ni family always comes first, aku xdpt nk nafikan yg kite mmg perlukan kwn-kwn..

so far, aku sgt bersyukur dengan kurniaan Allah dan suratanNya yang telah bg aku kwn yg berbagai ragam. dulu, time aku sekolah, aku penah rasa mcm2 dgn kwn. kitorg gaduh, gelak n nangis sama2. dulu kwn mmg sgt mencabar semangat aku. aku penah rasa dikhianati dan dilukakan oleh org yg kite take care kt dia. aku xtau camne nk tafsirkan kwn, walaupun dl kitorg penah gaduh n salah faham, tp skrg kitorg masih contact each other.. walaupun xmesra mcm dl.

naik kolej, aku berazam.. aku xnk ada best friend!! what are friend for kalau kite asyik nk gaduh je? i try 2 live on by own, pegi n blk klas sendiri, duk dgn budak yg bkn coursemate aku.. everything on my own.. tp Allah 2 mmg Maha Adil. kalau la time skool dl aku asyik ada krisis dgn kwn, tp time klj aku dipenuhi dgn org2 yg baik hati n nak jd kwn aku.. n accept me for who i am.. though ada yg x rapat, tp kitorg still baik n x sakitkan hati yg sorg lagi. aku sgt2 bersyukur n bahagia dgn kengkwn yg aku ada skrg..

Allah dah makin sayang dgn aku n kenalkan kt aku kwn2 yg aku blh percaya. aku xtau la ini satu kurniaan @ dugaan, tp yg pasti.. aku berharap pengalaman time skool dl xberulang lagi..
pada sesiapa yg baca ni, mesti korg igt aku slalu gaduh time skola dl.. korg da salah faham ni. maksud aku, rs syg aku pada kwn slalu sgt dicabar time skool dl. but still, aku sgt appreciate apa yg penah jd kt aku.. ia buat aku bertmbh matang n lbh berhati-hati dlm berkwn. cuma skrg, aku lebih bahagia..

plus, now i'm working. definitely the environment is different, tapi, aku masih dpt kwn yg blh terima aku n syg aku seadanya..kepada semua kengkwn aku, terima kasih sbb penah hadir dlm hidup aku dan berikan sumthing dat i won't forget. tak kisah la samada pengalaman yg kite penah ada dulu atau skrg, pahit atau manis korg tetap bermakna dlm hidup aku.. each n everyone of u.. in some way.. hopefully ape yg kite penah alami dl byk mengajar kite utk hidup pada hari ni..


tulisan hayati sekarang dah pukul 5:20:00 PM Friday, August 3, 2007 0 orang dah komen

Saturday, June 16, 2007

.:new phase of life:.

rite now, aku dah pun fully finished my diploma.. skrg hanya tunggu nk konvo je. but while waiting for the convo, aku dah pun memulakan satu fasa baru dalam hidup aku; bekerja. as i said in previous blog, aku xpernah bekerja. though the practical had thaught me a lot bout working environment, but still, it's a very different.

now, dah lbh sebulan aku start kerja pertama aku. aku kerja dgn company yg sama time aku prak dl tp dept lain. i work in HR. kalau dah namanya HR.. of course it's about human. aku mmg janggal at first sbb time prak dl aku byk interact dgn machine and tools. walaupun aku br start keje, tp aku dah exposed a lot tentang orang, ragam manusia and many more. when i said more.. believe me, it's moooooreee!! aku tgk mcm mana org yg berbeza umurnya dpt bekerjasama dgn cara yg berbeza. mmg betullah org kata, bekerja ni dpt ajar kite byk benda yg kita xdpt time kite belajar dl. skrg aku dlm proses untuk memahami sikap manusia berada di sekeliling aku. i become an observer. but, human are complex creature, so no matter how we struggle to understand them, they still can be unpredictable.. hopefully i can fit in here..

tulisan hayati sekarang dah pukul 4:09:00 PM Saturday, June 16, 2007 0 orang dah komen

Friday, May 25, 2007

.:sumthing to remember:.

fuh!! lega aku bile da abes present praktikl report aku kt uitm. memula mmg nervous gle! time 2 aku rs dunia ni mcm nk kiamat je.. nervous dari mlm 2 sampai xblh tido langsung sampai ke pagi, dengan sistem yg byk error, slide show x buat langsung.. mmg aku ni sengaja cari nahas!! sampai pagi aku try tk selesaikan sistem aku, atleast kalau dpt tunjuk flow dia pun jadilah.. pagi 2, nasib baik aku sempat siapkan sistem aku n repair memana yg patut..

pagi 2, on d way g uitm ngan nazi n her parents, blh plak aku tido ngan lenanya.. ye la, mlm 2 xdpt tido. sampai2 uitm, dlm pkul 7.45. nazi ngan mak n ayahnye yg baik 2 pun blanje la kitorg breakfast. aku dgn tido xcukup ni pun xlalu langsung nk mkn.. sampaikan mak nazi sendiri kena suap aku! 2 pun lps sedaya upaya aku mengunyah roti canai yg sedap 2, kalau la aku xde presentation pg 2, mmg da lm aku mintak roti canai xtra. nervous pny psl, suma rs mcm pasir je, there's butterfly in my stomach, betul la kot ckp org putih 2, aku rs butterfly dlm perut aku 2 besar gile n xsabar2 nk kuar dari perut.

lps breakfast, aku pun call koordinator yg setelkn hal2 kitorg ni. tetiba je, blh plak dia kata, "Eh, awak kena cepat ni, u're the 1st 2 present", blh plak jadi mcm 2 kan? dgn nervous x reda2 ni, aku pun pegi la tergopoh gapah cari blik presentation dgn high heel, beg laptop yg penuh dgn lptp n dokumen2 aku time prak 2. sampai2 je, nasib baik suma org x sampai lagi, aku pun try nk calm myself down. aku bukak la lptp , kebetulan building tmpt aku nk present 2 still in renovation process, kalau nk duk situ mmg kurang siuman lah jadinye, aku pun cari tempt nk tampung lptp aku ni.. tau x aku ltk atas pe? atas tong sampah!! what a great idea (not!) buat malu je! tp nasib baik tong sampah dia pun br, so xdelah rasa terhina sgt..

aku pun try la run sistem yg aku amat yakin blh run sbb mlm td mmg aku dah repair n dah brape kali try run n mmg blh run, tetiba je, nightmare happen; sistem aku xblh bkk langsung!! starting from the first interface, langsung x blh nk run, yg blkg2 2 lg toksah ckp lah.. nervous aku dtg blk, aku xblh bt pe melainkan selawat n tawakal je. nk ngadu kt mmbr lain suma dah masuk kt bilik presentation yg lain2. tersandar aku tepi dinding, sempat ke aku nk buat blk sistem dlm beberapa minit je lg ni. aku pun buat lah memana yg mampu.

pas2 lect sampai.. cpt plak nk suruh aku present. allah mmg nk tlg aku sbb kebetulan time 2 ada budak ni nk present awal, time dia tgh present, aku pun try repair sistem n tmbh skit2 slide show. budak yg present 1st 2 truk dia kena marah, dgn english dia berterabur, report byk error.. aku plak camne? dah la sistem xsiap..

sampai turn aku, aku pun present la dgn muka senyum. aku try ckp psl benda lain yg aku buat time prak selain dari sistem, bygkn, budak 1st td present dlam 30 minit, tp aku present dlm 10 minit je.. huhuhu, nasib baik panel lect xckp pape. lps present 2, aku rs mcm aku ni dah msuk syurga tanpa perlu ke neraka! hahahaha.. betul, 2 la yg aku rs.

perumpamaannya, kalau kite ni xprepare utk ke akhirat (dlm kes aku, presentation), kite akan rasa nervous gile sbb time 2 lah kite akan dinilai semua kerja kite(pahala n dosa). cube bygkn kalau kite byk buat dosa.. lagi takut! ntah2 sampai terkencing pun xsedar.. tp kalau kite ikut semua suruhannya, rasa lega je.. selesa n tenang. tp, kite suma manusia mestilah penah buat dosa, so terpulanglah kepada kite nk bertaubat ke x..

tulisan hayati sekarang dah pukul 6:49:00 PM Friday, May 25, 2007 0 orang dah komen

Monday, April 30, 2007

.:the end of one gud memories:.

finally, my practical period officially over. yay!! on my last day, kitorg bt mkn2 skit.. then i realized dat all dis while, though there are things dat i dun wnt to remmbr, but there are so many sweet things comes from it. the staff became much closer with me n we understanding each other in short period of time; more than i ever imagine. especially to both my friends, at first i just want a friend who can accept me d way i am and i got friend who really luv and care about me, thank god i met them!! mungkin itulah hikmahnya when we dun expect too much..


i've to admit, pengalaman keje kt sini mmg best gile!! though staff xramai, tp 2 lh yg merapatkan kite kan? to my supervisor, mr.aizam.. u r d best!! i dunno know when i'll meet the nice and sporting boss like u again. mr. samsul, u and ur jokes always makes my day!! i'm sure will be missing ur jokes. (korg ni I.T @I.T.I.K?) n my sweet kak zura, who always smiling n laughing no matter wht situation.. the office must be quiet without u.

n to all my rakan seperjuangn(tini, yani n gopi), walaupun kite br je kenal, but i hope dat u'll never forget dis 'instant' frenship.. MA Tech rocks!!



tulisan hayati sekarang dah pukul 12:28:00 PM Monday, April 30, 2007 0 orang dah komen

Saturday, February 17, 2007

.:experience dat i'll never forget:.

ni lah rasanye pengalaman yg plg mencabar kesabaran aku time praktkl ni.. in less than a week aku kena mrh ngan user yg pangkatnye bkn calang2.. senior manager beb!! tkt aku.. 1st time g jmpe.. aku bt mcm biasa, bile dah kenal.. dia request aku lg, n this time urgent!! siap tengking aku dlm telefon lg.. time aku g jmpe dia, muka toksah nk ckp la.. msm je muka dia.. aku berzikir je dlm ati, smpaikan kwn aku yg ikt time 2 pun terdgr aku zikir, menggelabah gle aku time 2.. tmbh2 plak ble dgr SM 2 mmg ada angin skit. tak reda ati aku ngan peristiwa ari 2, kena panggil lg sbb nk setup local printer.. tp kali ni ngan senior exec plak. tp ble setting yg dia nk 2 xde, trus tengking aku dpn2.. sabarnye aku.. time dia ckp nk setting 2 ngan org lain, tp org 2 plak xbgtau aku, camne 2? aku bt blk, bergenang airmata aku time duk dpn pc dia, nasib baik dia xde kt c2.. aku kuatkan ati aku. time 2 aku rs Allah je yg tau prasaan aku.. aku try sabar byk2. ble blk ofis n citekan benda 2 kt kengkwn, suma bengang.. tp aku diam je. bila dipikirkan blk.. mmg byk kebaikan peristiwa 2 jd kt aku. aku jd sgt2 penyabar, sifat yg jrg aku praktikkan. pas2.. once ble kite dah kena mrh, kta akan alert dgn benda 2 n jadikan diri kite ni lbh berpengetahuan, plus kte akan byk bertny sbb xnk dat things happen again. i'm not saying dat it is gud kena mrh, tp kalau kte fikir the positive side of it.. we'll know..

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:54:00 PM Saturday, February 17, 2007 0 orang dah komen

Sunday, January 21, 2007

intro

hari ni my first day tulis blog kt cni.. aku rs blog adalah satu medium yang paling baik utk luahan perasaan

forget bout that, pe yg aku nk cite kali ni, adalah my first time keje. maklumlah, selama ni, abah xpenah bg anak2 dia keje.. katanya selagi abah mampu sara anak2 abah, jgn sorg pun keje lagi. blaja dl, sbb ble sorg 2 da keje, ble dia da seronok pegang duit, dia xnk blaja dah.. byk maksud tersirat di sebalik kata-kata abah tu.

keje aku ni pun bknnye keje betul2, it's just a practical. but at least aku dpt gak rs suasana dia b4 really starting keje.. ala2 pra-keje la..

but, honestly, even dah almost 3 weeks praktkl kt cni.. aku still xdpt nk biasakan diri. my first day, ya Allah, penat glerrr!!!! sampaikan, ble aku balik petang 2, xlalu nk mkn, lps solat isyak, trus masuk tido. b4 this aku mana penah tdo awl, kt klj pun plg awl pkul 12 la.. tapi kali ni, dah le tido awal, pastu bngn pagi 2 still rs penat lg.. mmg dalam 2-3 minggu buat aku rasa sedar camne penatnya mak n abah keje selama lebih 20 tahun utk sara anak2 dia(kitorg le 2). bila aku ngadu kt mak, mak pun bkk cite, rupa-rupanya selama ni mak pun xsuke keje dia, tp suma ni adalah profession n bukannya minat, dan yg lebih penting, suma ni hanyalah utk besarkn kitorg adik-beradik. terharunye aku dgr cite mak 2. betapa penatnye dan sabarnya diorg selama ni..

praktikal ni pun dah buat aku sedar, yang keje di office mmg bukan untuk aku. even though best, duk dlm air-cond, tp.. ntahla.. aku rs jiwa aku ni kosong gler. aku start berazam nk jd cikgu plak.. aku nk didik anak melayu kite, blh dpt pahala gak. ble aku ckp ngan mak, mak ok je.. tp.. adakah jln yg aku pilih ni yg terbaik utk aku?

tulisan hayati sekarang dah pukul 8:56:00 PM Sunday, January 21, 2007 0 orang dah komen
Labels: intro
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

aku

My photo
hayati
ini tulisan hati..
View my complete profile

yg sudah lepas

  • ►  2013 (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (9)
    • ►  September (2)
    • ►  July (3)
    • ►  May (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2011 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  February (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (67)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2008 (44)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (5)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ▼  2007 (28)
    • ▼  December (5)
      • .:pengorbanan:.
      • .:hari-hari terakhir:.
      • ...
      • .:mak:.
      • .:kahwin:.
    • ►  November (10)
      • .:kata-kata:.
      • .:orang itu:.
      • .:berjaya:.
      • .: kebengangan:.
      • .:raya:.
      • .:terluka:.
      • .:cantik:.
      • .:annual dinner:.
      • .:bingit:.
      • .:open dept:.
    • ►  October (3)
      • .:the other side of me:.
      • .:1 syawal:.
      • .:syawal + work:.
    • ►  September (4)
      • .:ramadhan datang lagi:.
      • .:balik kampung:.
      • .:lost2:.
      • .:lost:.
    • ►  August (1)
      • .:kawan:.
    • ►  June (1)
      • .:new phase of life:.
    • ►  May (1)
      • .:sumthing to remember:.
    • ►  April (1)
      • .:the end of one gud memories:.
    • ►  February (1)
      • .:experience dat i'll never forget:.
    • ►  January (1)
      • intro

kengkawan

  • life of mine
    This journey is about ...
    7 years ago
  • Ceritera Warna Warni Kehidupan
    Saran Memasak Untuk Membantu Anda Untuk Memimpin Hidup Baik
    10 years ago
  • Angela's bloggie || http://angelalpev.blogspot.com
    13 albums of 2013.
    11 years ago
  • ^ sUaRa TaNpA bUnYi ^
    ^ sYukuR ^
    12 years ago
  • pocket full of sunshine
    151 days!
    12 years ago
  • :::.listen to my heart.:::
  • permulaan

singgahan tetap

  • Freewebcomic
    PHP Web Development Beneficial For Online Business
    2 years ago
  • Perempuan Jomblo
    Dah besar dah
    7 years ago
  • Work Hard Play Hard
    Sedia Keripik Pare Tidak Pahit
    10 years ago
  • ini fynn jamal cakap.
    kontradiksi
    11 years ago

mereka ini

 
© 2011 breakprimetime