macam tahun2 yang sebelum ni, raya.. suasananya masih sama. jumpa tok ayah dan tok na yang masih sihat walaupun dah bercicit, adik2 sepupu yang makin membesar, sepupu2 yang bakal berkahwin dan beranak (aku?)
on d way pegi semayang raya di masjid padang lalang, kitorg terjumpa sekor kerbau mati di tepi jalan dengan darah yang berlumuran. kesian kerbau tu, tak dapat beraya..
lepas balik dari semayang raya, seperti biasa, bermaaf-maafan perkara tradisi yang tak boleh ditinggalkan. tahun ni agak sayu bila aku tengok adik bongsu aku, fariz menangis saat bersalaman dengan mak n abah.. sudah dewasa rupanya adik aku yg seorang ini. sebelum ni, dia hanya bersalaman sambil tersenyum lebar.
lps beraya n tangkap gambar, aktiviti yang paling best; mkn! thn ni tokna masak laksa n mee kuah di samping makanan yg utama; kuah kacang, nasi impit n rendang. thn ni seperti biasa, kami beraya kt rumah je sebab melayan keluarga yang tak henti-henti datang..
0 orang dah komen:
Post a Comment