sebelum ke batu maung, kami kena ke komtar dulu, untuk ambik plan land used n ntah hape-hape jenis plan yg aku pun xtau. kejap naik tingkat 39, pastu naik lagi, pastu turun plak! paling tinggi, kitorg naik smpai tingkat 57, gayat sekejap bile abah suruh aku tengok view dari atas, time tu pulak hujan, ada kabus skit, memang nampak seperti di awangan la..
lepas tu, kami pegi pulak ke batu maung, ke pelabuhan perikanan. turun je kereta, bau hanyir ikan terus menusuk ke hidung. memang aku respek dengan nelayan dan orang-orang yang dah biasakan diri dengan bauan ikan. tp kejap je, lepas tu aku pun dah biasa dengan bau ikan, mungkin sebab tu bukan time untuk memunggah ikan ke pelabuhan.. satu perbezaan pelabuhan di batu maung dengan pelabuhan yang lain. aku perasan, nelayan-nelayan kat sana kebanyakannya berkaum cina. something new for me. maknanya, nelayan itu bukanlah sinonim hanya kepada kaum melayu sahaja. mungkin lepas ni aku berpeluang untuk melihat nelayan berbangsa india pula..
setel di batu maung, kami pi pekena nasi kandaq pulak. roomate aku ada bagi satu gelaran pada nasi kandar, dia panggil 'nasi ganja'. mungkin ada betulnya juga sebab aku pun rasanya sudah ketagih dengan nasi kandar ni.. rasa sekali, nak rasa berkali-kali pulak! =p
lepas makan nasi kandar, petang tu, kami makan lagi. kali ni makan mee ketam pulak kat alma. aku memang penah post pasal all-time-fav mee family kami ni. memang sepanjang kat penang, aktiviti kami selain berjalan ialah makan dan makan..
keesokannya, b4 balik kl, kami buat aktiviti baru yg paling aku suka; kait buah. kat depan rumah tokna ada pokok manggis dan rambutan, tapi pokok manggis tu dah lama tak berbuah, so kami kait buah rambutan je la.. abah bukan main excited sampai sanggup panjat lagi pokok rambutan tu. aku yg tengok pulak gerun, dah tua-tua pun ada kudrat lagi nak panjat. bagi aku pulak, 1st time belajar camne nk kait buah rambutan. abah kata, kalau nak duk kampung, kenalah belajar jadi orang kampung.. kebetulan pulak, buah2 yang ranum semuanya kat belah2 atas, so memang ketinggian aku tidak sia-sia la. kalau nak suruh tokna n kaklong kait pun sure xsampai, hehe!
aku panggil buah rambutan dengan nama baru; epal malaysia, sebab dia gugur mcm buah epal time abah potong dahan dia, walaupun aku xpenah tengok camne buah epal gugur.. =(
memang licin la pokok rambutan tu abah kerjakan, habis dahan2 dia.. aku pulak, tukang kait buah2 yang xbanyak kat pucuk pokok. aku jugak kutip buah-buah rambutan yg kononnya gugur macam buah epal tu. tokna pun ada tolong kutip jugak, gagah jugak nenek aku ni, walaupun usianya dah 72 tahun. tok ayah, tukang tengok jelah, sebab aku dah rembat slipar tok ayah awal2, aku balik kampung lupa bawak slipar pulak!
1 orang dah komen:
Wow..look at those juicy rambutans! Yummmyyyy...
Ah,just letting you know,you've won an award from me :) the info is in the second latest entry in my blog ;)
Post a Comment