>pagi, mendung dan sejuk (lepas ujan lebat malam td)
lepas solat raya td, dan dengar khutbah; aku bukanlah seperti orang lelaki yang mendengar khutbah setiap minggu (ini tak termasuk golongan lelaki yang tak g solat jumaat). isi kandungan khutbah membuatkan aku berfikir panjang. antara isinya; sejauh mana pengorbanan kita di zaman sekarang ni untuk agama kita.. untuk buktikan yang Allah sentiasa berada di prioriti no1? adakah pengorbanan yang kita lakukan itu ikhlas untuk Dia atau semata-mata kerana inginkan balasan?
dan yang penting, kata-katanya:"melihat rancangan yang menunjukkan wanita yang membuka aurat seolah-olah tidak mengapa, bersentuhan antara bukan muhrim seolah perkara biasa, tidakkah kita sedar bahawa apabila di akhirat kelak, kita akan disoal tentang perbuatan dan perkara yang kita lakukan dengan tubuh kita yang menjadi amanat Allah".. i'm speechless (mmg time dengar khutbah tak blh bercakap pun, literally).
rupanya mmg aku sangat banyak melakukan dosa, dan yang paling penting, sempat ke aku bertaubat sebelum aku 'pergi'? adik aku(alep) penah cite, konon macam bagi tazkirah la, since dia ex-budak skolah agama. "mmg sekarang da akhir zaman, tapi kita kena lebih risaukan maut sebab maut tu lebih dekat dengan kita dari kiamat" <-- totally agree wit this statement. tambah dengan ujian sejentik yang Allah turunkan kepada rakyat Malaysia; banjir, tanah runtuh, eksiden.. apa lagi yang kita nak untuk terbitkan rasa taubat dan takut dari melakukan dosa ni? (aku sendiri meremang bc ayat yang aku sendiri tulis?) rasanya kita semua dah cukup besar, matang dan cukup umur untuk tau mana satu dosa, pahala. mana satu elok dan tak. kalau ada yang masih samar tu.. dah sah-sah ponteng skolah agama time kecik2 dulu.. (aku pun sama je) tapi, rasanya kalau kita nak berkorban pun, inilah masa yang paling sesuai.. lagipun muharram pun dah dekat.. mmg elok sangat untuk kita berkorban dan berjihad (aku tujukan nasihat ni untuk diri aku jugak), ada orang kata, menahan nafsu itu pun tergolong dalam korban dan jihad..
>sepanjang hari: hujan renyai dan lebat bertukar ganti, tapi berhenti sekejap cuma..
aktiviti aku hampir sepanjang hari: tido berselubungkan my new-fav blanket.. hmm, teringat raya puasa beberapa bulan lepas, hujan jugak.. asal raya je ujan, ujan je raya.. ada hikmah ujan ni.. Dia lebih tahu..
> maghrib (masih ujan)
kami duduk makan malam sambil bercerita peristiwa korban siang tadi: tentang gelagat seorang lelaki sindrom down yang sgt rapat abah; budak tu anak kawan abah, but don't know why he is calling abah 'atuk', maybe because abah looks older than his father? and suddenly abah calling himself 'atuk'.. abah ni dah teringin nak jadi atuk ke? (aku: tersenyum)
and lastly, our menu for this night.. and i think for the next 2 days..
burpp.. ah.. almost forget- SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA-
2 orang dah komen:
emmm... bestnyer sup gear box tu...
ari2 x buat lak...
ni yg tetibe mngidam nih...
adios....
sup itu mmg sgt sedap.. slurpp!
Post a Comment