skip to main | skip to sidebar
this is me

Wednesday, December 16, 2009

.: kekasih baru :.

dulu, masa aku mula-mula sambung degree dulu, aku penah cerita pasal benda yang menjadi kesayangan aku. memang aku sangat sayang dengan my baby ni.. sampai sekarang, tho sekarang dah mcm agak tua + meragam + dah banyak accessories kena tampal sana sini, tp.. we had a memories together.. and i still luv 'him'.



ini rupa dia sekarang.. :D


baru-baru ni, aku ada sayang benda baru.. sangat sayang dengan dia, meet my second baby..



tapi ini beli dengan duit sendiri. bukan lagi pemberian macam baby no 1. memang rasa lain sangat bila kita beli sumthing dengan duit kite sendiri, dengan rasa bila kita dah tak ada duit lepas ni, dan sanggup nak habiskan duit untuk beli benda ni.. pergh, tapi yang pasti aku rasa puas!

mungkin lepas ni, aku akan cuba untuk lebih berusaha bila aku nakkan sumthing, instead of mintak je kat mak n abah.. AKU NAK LEBIH BERDIKARI

jadi, lepas ni, bolehlah aku mensnap gmbar2 random yang selalunya ditangkap oleh kamera digital yang tak seberapa canggih dan kamera hp yang sememangnye low quality.. nak kata aku ni ada bakat fotografi pun, xjugak, cuma maybe aku suka statikkan sesuatu keadaan yang aku suka.. heh.. whatever la kan.. janji lepas ni, memang aku tak duk diam la kot.. :P

p/s: ini ialah baby no 3 act. no 2 tu kena simpan baik-baik.. :P

tulisan hayati sekarang dah pukul 3:04:00 PM Wednesday, December 16, 2009 0 orang dah komen

Tuesday, December 15, 2009

.: atas tarikh (update) :.

*sigh*

aku sangat rindu dengan tempat ini.. *serius*
kalaulah tangan ini boleh menaip sepantas hati aku berkata-kata, aku mesti sangat bangga :D

perkara 1:
fyp report submission telah pun berlalu..

hari itu.
kepada sesiapa yang masih ingat cerita separuh gila aku, kali ini pun, masih tiada kurang.
masih ada adegan berlari-lari untuk mengejar waktu mati penerimaan laporan itu.
masih ada teman2 yang rasa mereka tidak mampu lakukan itu.
aku juga tidak berkecuali. semuanya masih ada, cuma kali ini aku lebih kuat untuk itu.. *i guess*


perkara 2:
fyp demo pun dah berlalu klimaks untuk pengajian aku sebagai seorang pelajar degree.

hari itu..
dan beberapa hari sebelum itu.
bukan.
sepanjang 4 bulan yang lepas.
masih tidak tepat.
rasanya sepanjang tahun ini.. emosi aku turun naik dan tekanan perasaan yang sangatlah mengganggu fikiran *tapi masih rasional*

hmm.. tak nak dah ingat perkara-perkara yang tak berapa stabil itu..

perkara 3:
result exam pun sudah kluar, akhirnya kini aku bukan lagi pelajar degree, tapi pelajar lepasan ijazah.. alhamdulillah~ *sangat hepi*

perkara 4 dan terakhir:
insyaAllah, lepas ni aku akan sambung pengajian (master). weee, mintak2 aku boleh handle segala benda yang akan berlaku selepas ni.. *really hope so*

tulisan hayati sekarang dah pukul 2:16:00 AM Tuesday, December 15, 2009 2 orang dah komen

Thursday, November 12, 2009

.: rendam :.

hari ini aku mahu menangis sampai puas.
biar bengkak mataku.
biar pening kepalaku.
biar basah bantalku.
biarkan aku.
tak perlu kau tanya mengapa.
tak perlu kau pujuk.
aku hanya mahu kau kata.
it’s ok to cry.

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:35:00 AM Thursday, November 12, 2009 3 orang dah komen

Tuesday, November 3, 2009

.: entri untuk kamu :.

ditujukan untuk seorang kawan… dan beberapa kawan yang lain, atau kepada sesiapa sahaja yang rasa apa yang aku katakan ini berkaitan dengan diri mereka.. tak terlepas juga, ini juga adalah untuk diri aku..

Dugaan, siapa yang tidak terlepas dari itu? Walaupun kamu di beri sejuta US dollar sekalipun, itu adalah dugaan buat kamu. sedangkan ulat di dalam batu itu pun diuji, inikan pula kita makhluk Allah yang menjadi khalifah di bumi ni..

Kamu kena kuat. Allah itu Maha Mengetahui, Dia Maha Segalanya. Mungkin dugaan ini kerana Dia ada perancangan yang lebih besar untuk kita..

Dia mahu kita lebih kuat untuk hidup..

Dia mahu kita lebih matang..

Dia mahu tunjuk, sejauh mana pun perancangan kita, hanya Dia yang akan menentukan..

Dia mahu cuci dosa kita..

Dia mahu kita berbalik kepada Dia..

Kamu boleh fikir apa sahaja, tapi kamu jangan sekali-kali putus asa dan lepas harap kepada Dia.

*diam*

Aku pun rapuh juga.. dan kadang-kadang juga ada rasa mahu putus asa, tapi aku rasa aku masih bertuah..

Kerana aku masih ada Tuhan untuk mengadu..

Masih ada mak dan abah untuk terus beri nasihat pada aku..

Masih boleh solat dan akan dapat kedamaian yang aku cari..

Mungkin kamu akan cakap, “kau tak berada di tempat aku, senanglah nak cakap, cuba kalau benda ini jadi kat kau?”

Habis kamu ingat aku tak penah diuji? Kamu ingat dugaan kamu lebih kuat dari sesiapa sahaja? Tuhan tu sentiasa memberi sesuatu dalam keupayaan kita.. Dia tahu kamu boleh hadapi benda ni, walaupun kamu sudah rasa seperti hidup kamu dah berakhir..

Aku tidak mahu apa-apa dari kamu, aku cuma mahu kamu kembali kepada Allah, Tuhan yang Satu, mintalah pada Dia, minta Dia ampunkan dosa kamu, minta Dia tunjukkan hikmah disebalik setiap kejadian.. minta pada Dia.. apa saja..

Betapa hanya Dia yang menentukan segalaNya, nafas kita, denyut nadi kita, yang selama ini dalam badan kita pun, kita tidak pernah mengawalnya.. ini kan pula benda yang di luar kita?

Betapa hanya Dia yang tahu semuaNya..

Betapa Dia itu Tuhan teragung..

Percaya cakap aku, bila mana kamu berpegang dengan Tuhan, kamu akan rasa kamu boleh hadapi semuaNya. Zikir dan solat itu ada magiknya sendiri, tahu?

How I wish I can say this to you, but I can’t, sebab aku pun masih belum kuat untuk berkata-kata.. kerana aku pun sedang dalam ujian, yang mana aku nampak Tuhan sedang uji kekuatan diri aku.. aku tidak tahu aku ini sekuat mana, tapi aku minta agar Dia permudahkan jalan aku dan turunkan ciptaanNya yang boleh bantu aku..

jadi?
be strong dan teruskan tersenyum =)

Notakaki: aku pelik bagaimana aku boleh tulis sebanyak ini dalam blog, sedangkan setiap penulisan aku dalam fyp report itu akan tergendala setiap 5 minit.. :-?

tulisan hayati sekarang dah pukul 7:41:00 AM Tuesday, November 3, 2009 1 orang dah komen

Sunday, October 25, 2009

.: tik tok tik tok :.

Beberapa hari lepas, ada kawan yang bagitau keburukan caffeine..
sape yang dengar penjelasan dia dari aspek kesihatan tu memang takut..

tapi,
sekarang ni, saye sangat perlukan benda itu.. nak siapkan report fyp yang saaangat banyaak ini.. lepas tu nak buat assignment, itu belum campur dengan fyp development itu sendiri, dengan exam week lagi.. haih~

saye ni.. banyak merungut kan?
apapun, saye terpaksa jugak minum caffeine, mintak Tuhan pelihara saya.. sangat2!
saya tak mahu extend~ :'(

p/s: mmg lumrah manusia, tak penah bersyukur dengan apa yang dia ada, sekarang ni baru nak menghargai bila dia dah takde.. Tuhan, saya sangat menyesal, ampunkan saya eyh?

tulisan hayati sekarang dah pukul 9:47:00 PM Sunday, October 25, 2009 2 orang dah komen

Monday, October 19, 2009

.: ego dan maaf :.

sebelum aku mula selesaikan keje yang menimbun-nimbun ni, baik aku neutralkan perasaan aku ni..

Aku rasa aku juga manusia yang egoistik, punya harga diri sendiri tapi setiap kali kalau aku rasa aku telah buat someone sakit hati, aku tak malu untuk mintak maaf, biarpun aku hanya bermesej @ ym. Tapi pointnya di sini, AKU TAK MALU UNTUK MINTA MAAF.

Tapi kalau ada manusia yang telah buat kesilapan dan tidak mahu mengaku itu salah dia, dan masih rasa dia yang betul walaupun sudah ramai terasa hati dengan dia, manusia jenis apa dia ni? Egokah? Yes, memang itu hal yang sangat kecik untuk buat aku terasa hati dengan kamu, tapi ini bukan yang pertama kali, jadi kamu rasa aku patut rasa apa?

Aku pun ada ego jugak, kamu mahu aku minta maaf setelah kamu tinggikan suara? Mungkin aku ni terlebih sensitif, tapi kamu sepatutnya lebih tahu aku, lebih tahu perempuan yang pernah kamu sayang dulu.

Kamu rasa aku patut minta maaf kalau aku abaikan kamu? Serius aku tidak tahu mahu layan kamu bagaimana lagi. Ini pertama kali aku rasa aku sudah tidak dapat tahan lagi, jadi biar aku luahkan apa yang aku rasa, biar kamu diam dan hanya baca ini kerana selepas ini aku tidak mahu melarutkan lagi hal ni.. mahu biar perkara ini hanyut ditelan masa. Terasa sungguh seperti aku yang terhegeh-hegeh mahukan perhatian kamu. Tapi bila aku telah neutralkan diri aku dan beri ruang antara kita, ada pula suara-suara yang kata aku bencikan kamu.. padahal aku sudah tidak mahu fikir apa-apa yang berkaitan dengan kamu, tidak mahu ambil tahu tentang kamu, tidak mahu tahu apa masalah kamu. Aku mahu kenal kamu atas dasar professional sahaja, atas nama kenalan, bukan kawan karib mahupun sahabat.. bukan.

Aku tidak mahu ada rasa aku perlu jaga perasaan kamu yang terlalu rapuh itu. Kita boleh survive ikut cara masing-masing. Kalau ikutkan hati aku yang penuh dengan emo ni, boleh je kalau aku kecualikan kamu dalam banyak hal, tapi aku tidak mahu. Aku tidak mahu larutkan benda ni.. aku malas!

Jadi selepas ini, kalau kamu rasa aku semacam elakkan kamu, bukan sebabkan aku bencikan kamu, tapi sebab aku tidak mahu fikir bukan-bukan pasal kamu, tidak mahu aku sakit hati pasal diri kamu, jadi, tolong faham ye!

tulisan hayati sekarang dah pukul 9:42:00 PM Monday, October 19, 2009 1 orang dah komen

.: dua alam :.

ini adalah perkara hari ini yang menyentuh hati aku..

Setiap ciptaan Tuhan itu ada banyak hikmahnya. Tuhan yang Maha Besar, hanya Dia yang tahu rahsia sebenar di sebalik penciptaanNya. Tapi kita sebagai makhlukNya pun telah dikurniakan akal fikiran untuk berfikir, jadi kamu pun boleh figure out sendiri..

Aku rasa aku ini suka berkawan tidak kira lelaki ataupun perempuan, dan bagi setiap jantina itu, ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Untuk si lelaki, rasanya aku tidak ada masalah untuk bergaul dengan mereka. Aku suka berkawan dengan lelaki, tapi aku lebih suka berkawan dengan lelaki yang berperasaan kewanitaan.

Aku tak nak membandingkan apa kelebihan antara kedua-dua jenis lelaki ini, biarlah aku pendam pendapat mengenai apa yang aku rasa tentang mereka. Mungkin tak semua lelaki itu sama, tapi bagi aku, rasa itu berbeza bila kita berkomunikasi dengan mereka. Jadi, bila ada manusia yang merendah-rendahkan golongan dua alam ini, aku rasa sedikit annoyed.

Mungkin ada sesetengah dari mereka yang sememangnya telah dijadikan lelaki tulen dan memilih untuk bersikap lembut, itu dosa mereka tapi kamu masih tidak ada hak untuk beri mereka layanan 2nd class, apa kamu ingat setiap tindakan kamu itu tidak ada balasan Tuhan? Apa kamu ingat kamu itu sudah cukup sempurna? Kamu gelakkan mereka, kamu tidak pernah tahu sekiranya mereka lebih baik dari kawan-kawan sealam kamu yang menikam kamu dari belakang? Please la.. I’m sick of these people, kalaupun kamu ada pendapat kamu sendiri mengenai mereka, simpan sorang-sorang boleh tak? Perlu ke kamu hebahkan @ tunjukkan rasa diskriminasi kamu itu.. haih~

Nasib baik aku masih berada dalam keadaan rasional, jika tidak, aku rasa aku boleh tinggikan suara pada kamu saat itu juga. Kalau itu salah seorang family kamu, kamu rasa bagaimana jika ada orang merendah-rendahkan dia? Entah bila pula kamu mahu jumpa dia untuk minta maaf..

tulisan hayati sekarang dah pukul 9:30:00 PM 0 orang dah komen

Tuesday, October 13, 2009

.: it's been a while :.

kepada yang faham atau kenal dengan fitrah seorang manusia yang bernama Nurhayati Bt Abdul Hamid itu memang akan tahu, aku ini seorang yang cengeng, ya amat.

bunyi seperti aku ini membuka pekung di dada. bukan. bukan itu yang aku mahu. aku bukan seperti seorang pelakon wanita yang begitu senang mengalirkan air matanya untuk tatapan umum. tangisan ini ada bersebab, tahu?

kepada kawan-kawan yang ada di saat aku rapuh itu, erm, terima kasih. kerana tidak gelakkan aku, walau air mata itu keluar atas sebab yang simple. terima kasih kerana ada untuk aku, walaupun kamu hanya diam. =)

itu dulu, tapi sejak beberapa minggu kebelakang, air mata ini degil tidak mahu keluar, melainkan kalau aku teringat mak dan abah.. and i've been thinking..

mungkin kerana kini aku telah menjadi gadis yang kuat itu..
mungkin kini aku menjadi lebih realistik..
tapi aku yakin, aku menjadi kuat kerana La Tahzan..
semuanya atas recomendation dari Dr Syed yang tak putus-putus bagi semangat pada yang lemah, untuk teruskan perjuangan yang masih belum selesai ini..

sudah berapa ratus kenalan mahu pun bloggers yang aku jumpa telah ceritakan mengenai buku ini, yang bagi aku mengajar aku tentang diri aku, Al-Quran dan Pencipta aku.

jadi kepada kamu yang masih belum beli buku Jangan Bersedih @ Don't Be Sad @ La Tahzan, baiklah kamu memberi roh kamu makan ini..
sekarang kan zaman sudah canggih, sudah ada ebook, percuma lagi.. rasa aku versi bahasa Inggeris adalah lebih baik dari Bahasa, tapi memandangkan Arab itu bukan bahasa percakapan aku, mana tahu bahasa itu lebih baik.. aku tahu dalam versi itu sememangnya yang terbaik..

terima kasih aku pada semua, pada Dr Syed, pada author, pada mak yang telah beli buku ini beberapa tahun yang lepas (aku baru tahu mak ada copy buku ini, haih), dan yang terutama, pada Tuhanku yang sangat kool, oh, aku makin cinta pada Dia!!

tulisan hayati sekarang dah pukul 4:40:00 PM Tuesday, October 13, 2009 1 orang dah komen

Thursday, October 8, 2009

.: lega :.

Hari ni, lega tu seolah-olah milik aku, sepenuhnya. Walau bukan selama mana, tapi aku dapat rasa lega yang.. sempurna.

Pernah tak kamu rasa kamu hampir dilanggar lori tapi kamu dapat mengelak?
Pernah tak kamu rasa kamu nak terjatuh dari bangunan yang tinggi tapi kamu dapat menghalang?
Pernah tak kamu rasa semacam ada batu besar mahu himpap kamu, tapi kamu dapat menepis?

Percaya atau tidak, hari ini, lega itu melebihi semua rasa di atas.
Lega kerana telah lepas mock viva (yang mana kalau digambarkan oleh senior sangatlah seram, but the fact is, kalau kamu tak start buat development lagi seram).
Lega kerana walaupun projek itu bukanlah yang terbaiknya, masih ada manusia yang menghargai itu.
Lega kerana walaupun kamu telah dimarahi, kamu tetap akan dipujuk kembali.
Lega kerana walau kamu telah dikritik, kamu tetap dipuji.
Lega kerana pada setiap kawan-kawan yang hampir mengalah, mereka bangkit kembali.

Alhamdulillah..

Tuhan, Kau yang paling hebat!

notakaki: esok, bila saat lega itu sudah hilang, aku pasti serabut semula, tapi tak mengapa, kerana aku mahukan lega itu kembali.

tulisan hayati sekarang dah pukul 9:24:00 PM Thursday, October 8, 2009 0 orang dah komen

Saturday, October 3, 2009

.: untuk cinta pertama kali :.

Sungguh, sekarang aku sememangnya neutral.

Aku kini menjadi aku. Totally.

Aku yang penuh dengan kelemahan,

sesak dengan perasaan,

lemas dengan fikiran.

Jadi ini aku, suka atau tidak, benci atau tidak, aku tidak boleh tinggalkan rasa-rasa aku. Being the total me.

Terima kasih jika kamu mahu faham aku, jika kamu mahu jadi bahu aku.. tapi tempat itu bukan mudah. Kerana ia tidak akan ada kali kedua atau ketiga. Hanya 1 tempat. Sekali dan selamanya. Aku takut jika kamu akan rasa jelak, takut jika timbul rasa muak, takut jika tambah serabut minda kamu.

Jadi, jika kamu sanggup untuk jadi penguat aku,

Sanggup mengiakan bebelan aku,

Sanggup seka tangisan aku,

Sanggup ada untuk aku, let me know ok? Sebab aku ini masih perawan yang pegang pada landasan wanita Melayu, masih bergariskan Islam...

Aku dah mula meminta pada Dia, untuk kamu dan aku.. dan sekiranya telah Dia jadikan aku dan kamu itu ada, maka akan adalah, jika tidak, aku yakin telah dijadikan lebih baik dari ini untuk aku dan kamu..

tulisan hayati sekarang dah pukul 2:50:00 AM Saturday, October 3, 2009 0 orang dah komen

Thursday, October 1, 2009

.: Aidilfitri :.

Hari ni 12 syawal, setelah 11 hari ia berlalu, rasanya hari ni baru aku nak cakap pasal 1 Syawal, tho there’s nothing much to say.

Ini semua kerana fyp.. memang salah fyp pun.. heh!

Seriusli, rasa kehilangan mood yang tebal dan tak surut-surut. For the first time masa bermaafan dengan family, aku rasa kosong sebab otak aku asyik fikirkan fyp. Gile btul..

Tapi katakanlah fyp itu bukan di minda ku, memang raya kali ini pun agak sederhana.. for everyone. Sederhana, but still.. sangat sibuk!

For the first time, I’m having this raya without my closest cousin, yang dah kawin awal tahun hari tu dan 4 months pregnant rite now. Tho she’s just living in section 7, yang mana kata orang kalau terbersin pun boleh dengar sampai uitm, tapi kami masih tak dapat jumpa.. since I’m stuck here with my fyp (masih nak salahkan fyp)

Maybe not having syikin around contributed to this very-bad-mood of me. but oklah, consider this raya I’m having new niece and nephew. So, kira-kira total untuk cicit tok ayah sekarang 6 orang(if I’m not mistaken), plus another 4 babies to come next raya. Itu belum campur dengan cousin yang sudah ada planning mau kawin.. or yang sudah kawin.

Tok ayah, alhamdulillah, tho he’s not very well, kena pakai wheelchair to move around but still can smile and make jokes. Still remember me (that’s important) and still have the appetite to eat. Tapi tok ayah dah sangat kurus.. sangat! Sedih sebenarnya bile tengok tok ayah, that’s why I chose not to be near him, afraid I might lose the tears.


tok ayah nampak sihat kan?



tokna- strong and never complain, salute!

Mak keep saying that we need to be near tok ayah (I know this specifically means her), yelah, in case of emergency. Sekarang ni pun tok ayah memang dah tak banyak gerak, mandi pun kena mandikan.. makan kena suap.. (nangis pulak).


special lady wit her dad

Hmm.. I’m so not being myself lately (or this is myself actually?) sudah 2 hari takde mood.. (kamu pegi mana hilang lama sangat?)

Kejap lagi nak pegi dengar ceramah, mintak-mintaknya jadi terapi untuk teruskan perjuangan ni.. *sigh*

tulisan hayati sekarang dah pukul 7:59:00 PM Thursday, October 1, 2009 0 orang dah komen

Tuesday, September 29, 2009

.: kenangan sampai mati :.

(ini entri kebelakang)

*senyum*

Tak sangka aku dapat senyum lagi

Di celah kekalutan.

Di antara kekusutan.

Di dalam tekanan.


Sungguh..

Aku rasa bahagia..

Walau itu bukan selamanya

Walau itu bukan saat abadi


Cukup sudah rasa itu pernah singgah.

Cukup sudah saat itu pernah hadir untuk kita nikmati.

Untuk buat aku tersenyum hingga kini.

Aku akan kenang hari itu sampai mati.

tulisan hayati sekarang dah pukul 8:04:00 PM Tuesday, September 29, 2009 0 orang dah komen

Monday, September 28, 2009

.: iklan :.

Siapa kata iklan tak penting? Kepada sesiapa yang tak suka iklan tu, baik la korang ubah pikiran. Macam aku kecik-kecik dulu, memang cukup nyampah tengok iklan. Siap pegi jalan-jalan lagi time iklan, nak bancuh air lah, jemur baju lah, pegi tandas la.. alasan sume tu.

Tapi sekarang bila minda dah ter’matang’ sedikit, dan bila aku cuba letakkan diri aku di kalangan mereka yang kerja di bahagian advertising, ternyata kerja itu memang susah dan menuntut tahap kreativiti yang tinggi. Jadi amat sayang kalau kita tak luangkan sedikit masa untuk hargai iklan-iklan yang ada di media elektronik ataupun di surat khabar.

Tambah-tambah sedikit masa dulu, bila arwah Yasmin Ahmad ada, memang aku nantikan iklan-iklan dia. Aku selalu cuba untuk fikir, bagaimana iklan tu boleh terhasil. Contoh iklan pampers, macammana pengiklan nak menonjolkan produk mereka itu memang berkualiti dan boleh menarik minat orang yang tengok iklan tu.

Bagi aku, iklan untuk mempromosikan produk sangat susah dari membuat iklan yang ada slogan-slogan ni. Contohnya, antara iklan petronas atau iklan memperkenalkan produk baru di pasaran. Mestilah iklan produk tu lagi susah, ish, susah tu. Kadang-kadang, betapa bagus sesuatu produk pun, kalau promosinya biasa-biasa atau sederhana, confirm orang akan pandang remeh dan siap gelakkan iklan tu lagi.

Contoh lagi, ada 1 produk bumiputera ni. Yang mana kalau diikutkan pada pengguna Internet, memang produk ini sudah sangat terkenal dan laris. Siap kena book dulu kalau nak beli. Tapi bila ia cuba untuk mempromosi di kaca TV, promosi itu bagi aku sangatlah low stendetnya. Yang mana kalaulah aku ini bukan seorang yang kerap surfing over the net, memang awal-awal aku dah reject. Nasib baiklah aku dah kenal produk ini sebelum keluar di TV dan aku telah pun mencuba produk ni.

Jadi aku fikir sayang sangat kalau produk sebagus itu tidak mendapat kualiti iklan yang bagus. Yang paling tak boleh blahnya, dia punya produk siap pusing-pusing macam buat dalam power point tu. Dengan dutanya yang ada gambar bertukar-tukar. Serius aku cakap, malu sungguh tengok iklan tu. Sedangkan alep yang form 5 ini pun sudah pandai buat video yang touching, inikan pula syarikat yang sudah well-known ni negara ni.

Memandangkan aku ini bukan orang advertising or anything related with publication or stuff like that, dan aku tak tahu berapa harga untuk iklan selama 16 saat itu, there's nothing much to say but still.. do it properly, jangan seperti melepaskan batuk di tangga.. ok?

tulisan hayati sekarang dah pukul 7:41:00 AM Monday, September 28, 2009 0 orang dah komen

Friday, September 11, 2009

.: gurau :.

Dulu, masa aku mula2 tulis blog, aku ada cakap pasal betapa ada sesetengah manusia jenis yang suka bercakap tanpa pikir 2 kali.

Tanpa pikir ada pihak yang akan terluka dengan kata-kata itu. Walaupun itu hanya niat sekadar untuk bergurau.

Dulu, itu merujuk kepada aku.. dan sesetengah orang secara tak langsung.

Tak berapa lama dulu, setelah meningkat sedkit matang, aku mula diam. Dan kata-kata gurauan tajam itu hanya aku tujukan kepada yang benar-benar faham aku dan kata-kata aku. Kepada mereka ini, walaupun kadang kata-kata itu agak pedas, tapi aku nak kamu tahu yang kamu itu ada tempat dalam hari aku. dalam ingatan aku.

Aku sayang kamu.

Tak berapa jam lepas, ada kata-kata yang menusuk hati aku. Erm, ini bulan puasa dan aku tak mahu berprasangka yang bukan-bukan.

Betul.

Dari siang tadi, aku pujuk diri aku untuk lupakan benda sekecil semut itu. Dan itu buatkan aku berpikir.

Kita pernah rapat dulu. Dan kamu pernah faham aku dan aku pernah faham kamu. Tapi setelah beberapa masa dan wujud ruang antara kita, aku masih faham kamukah? Dan kamu, masih faham akukah? Kata-kata kamu itu ditujukan kerana kamu mahukan aku sedar atau kamu hanya bergurau? Kerana sebetulnya, aku tidak faham itu.

Aku fikir, ini juga mungkin balasan Tuhan. Kerana aku pernah buat begitu juga. Aku pun tidak pernah menjadi manusia sempurna. Jadi aku kira itu adil.. kan?

Jadi kepada kamu, kamu sentiasa ada tempat dalam hati aku, walaupun tempat itu semakin mengecil. Bukan kerana ada orang lain.

Bukan.

Kerana sekarang kamu dan aku ada ‘pemisah’ itu.

Sempadan.

Yang dulunya jadi penyatu kita.
Diharapnya masa depan kita akan kembali seperti dulu.

Aku

rindu...

kamu.

tulisan hayati sekarang dah pukul 1:26:00 PM Friday, September 11, 2009 0 orang dah komen

Wednesday, September 9, 2009

.: puasa :.

Petang tadi masa pegi bazaar dengan wani, aku terjumpa dengan satu situasi.

Salah seorang penjual kat sana tak puasa.. dan dia curik makan di bawah meja.. berderau darah aku tengok situasi ni. Keadaan ini berlaku pulak semasa aku nak membayar duit di gerai tersebut. Kiranya aku membeli dari seorang yang tidak berpuasalah, walaupun bukan dia yang berurus niaga dengan aku.

Ini bukan kali pertama aku melihat seorang Islam yang sihat tubuh badannya tidak puasa. Aku tidak berniat untuk ponteng puasa tanpa sebab.
Tuhan, bantulah aku untuk tidak menjadi dari sebahagian dari golongan ini.

Cara fikiran aku begini. Dia mungkin tidak dapat berpuasa kerana terlampau penat atau sibuk dengan kerja-kerja perniagaannya. Sedangkan berpuasa yang secara fizikalnya tidak membuat apa-apa (makan atau minum) pun dia tidak buat, adakah kemungkinan bersembahyang yang memerlukan pergerakan fizikal dan tenaga itu tidak dilaksanakan? Dan kita sebagai pembeli, yang mana peniaga itu berusaha untuk mendapatkan duit dari kita, dan jika difikirkan dari aspek lain merupakan penyebab peniaga tersebut meninggalkan puasa dan kemungkinan besar juga meninggalkan solat, jadi, adakah kita turut bersubahat? Hmm..

Aku bukan siapa-siapa, bukan ulama, jauh sekali untuk menjadi maksum itu, tapi setidak-tidaknya, aku tidak mahu dipersoalkan di padang mashyar dengan menjadi penyebab di atas sesuatu kesalahan yang agak besar.. besar kan itu?

betul tak cara fikiran begini? Maksud aku, ada possibility kan? Terpulang jika ada orang mahu katakan pendapat ini terlampau negative atau pelik, tapi yang pasti, aku sudah tidak akan beli kuih tepung pelita di kedai itu lagi.. ataupun otak-otaknya yang sedap itu.. EVER!

tulisan hayati sekarang dah pukul 6:13:00 AM Wednesday, September 9, 2009 0 orang dah komen

Thursday, September 3, 2009

.: terima kasih :.

Tadi aku terjeling ke kalendar. Kalau tak silap, wiken hari tu baru sepuluh ramadhan. Hari ni pulak, sudah 13?

Dalam hati, gile cepat. Betapa aku tidak sedar masa itu begitu cepat membuat pecutan meninggalkan aku ni. Hmm. Ataupun aku ni sesungguhnya manusia yang sering alpa?

Kata kawan-kawan, takpe, kita buat slow-slow. Perhatian ye, pada saat ini, lagi 32 hari sahaja untuk setiap dari kita mencapai sekurang-kurangnya 80% dari projek completion. Celah mana nak buat report lagi, analysis, testing bagai.

Memang aku sangat sedar, betapa aku kini perlu memecut. Perlu memecut walaupun aku perlu berlari ke luar landasan, asalkan aku tiba ke penamatnya pada had masa itu.

Mungkin ini bukan lagi larian untuk aku mengikut laluan yang begitu jauh dan berliku-liku. Mungkin aku patut berlari. Selaju yang mungkin, tidak peduli jalan mana yang aku ikut.. kan?

Kerana pengadilku sentiasa membenarkan itu. Dia memang faham aku.
Terima kasih.. dan Dia juga.
Kerana telah menarik mendung jauh dari aku.
Kerana telah menghantar rama-rama untuk ceriakan aku.
Kerana telah hantar orang-orang kerdil untuk permudahkan kerjaku.
Kerana telah menjadikan setiap yang sedih, liat dan busuk itu jauh dari ku.
Sungguh aku sudah sedar, tiada tempat yang perlu aku bergantung melainkan Dia..


hanya Dia.

tulisan hayati sekarang dah pukul 8:07:00 PM Thursday, September 3, 2009 0 orang dah komen

Tuesday, September 1, 2009

.: antidot :.

minggu ini aku pulang lagi..
aku perlukan antidot..
untuk semua racun di sini..
sepanjang waktu berlalu, aku bahagia, sungguh!
dada ini sudah penuh rasanya dengan segala sayang dan semangat yang aku perlukan.
di hujung detik itu..
aku masih lagi nangis.. *lately ini sungguh emo*
harapnya di detik penantian SIG dan permulaan bagi penamatan itu akan berlaku keajaiban untuk aku..
dan untuk yang lain.
aku perlu kuat..
perlu..
sangat..
kuat.

tuhan, kau Maha Mengetahui..

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:16:00 AM Tuesday, September 1, 2009 0 orang dah komen

Sunday, August 23, 2009

.: sepi :.

Hari ni, hari ke2 Ramadhan. Selamat menjalankan ibadah puasa.. aku harap tahun ni, setiap dari kita akan buat ibadah yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Semalam 1st day puasa. Aku balik rumah. Dah tiga minggu tak jumpa keluarga dan rumah walaupun mak n abah datang s.alam tiap-tiap minggu.

Sampai rumah. Seleganya. Untuk 1 Ramadhan, buat pertama kalinya, aku rasa sangat syukur dan sujud pada Allah. Mujur jatuh pada hari sabtu. Aish balik, alep pun balik, cuma bangcik je yang takde sebab kena g outstation. But that’s fine.

Solat 5 waktu, jemaah 1 family.. terharu aku dengan adik Aish yang dah boleh menjadi imam dalam family, walaupun dia baru 15 tahun. Walaupun dia yang bongsu.

Berbuka dan bersahur.. saat yang paling manis rasanya. Mungkin aku terlebih emo sebab aku dah lama tak balik kot.. ntah.

Hari ni, lepas sahur.. saat yang paling stress bagi aku. Selalunya aku akan rasa sangat tak tenang bila aku kena pulang. Harapnya aku akan terus berada di ruang yang cozy and being pampered. Tapi, siapa kata hidup itu mudah.. erm, so, pagi tadi abah hantar aku balik.. pagi ahad, since hari ni ada klas java conducted by nabil, the smartest guy in the class.

Hari ni, aku buka puasa sorang-sorang. Lepas baca doa berbuka puasa dan doa makan, air mata kluar dulu. Bukan aku sedih sebab berpisah dengan keluarga, ntah. Mungkin sebab aku dapat rasa bagaimana kalau tiada bersama orang yang tersayang untuk bukak puasa sama-sama. Pada aku hakikatnya mungkin sementara. Tapi pada yang sudah kehilangan ibu dan bapa? it’s must be hard for them..

Semalam, aku tahu bila Dia ciptakan ruang masa untuk aku, emak dan kaklong untuk buat sesi luahan perasaan, itu maknanya Dia mahu aku hargai apa yang aku lalui itu.. mungkin akan menjadi ingatan kekal atau untuk panduan. Mungkin jugak untuk kuatkan aku.. yang.. ntah, tak nak cakap lebih-lebih, nanti jadi doa pulak..

Sudahlah, masa terus berjalan, aku tak nak bazirkan ramadhan.. sayang sangat kalau kita tak make use of it.. terutama bagi aku yang sangat-sangat terumbang-ambing menyiapkan fyp ni.. aku nak solat.. oh by the way.. selamat berpuasa dan berterawih~


notakaki: ini gambar mak yang aku tangkap waktu mak tengah solat kat pusat Islam. aku sangat suka gambar ni.. dan rindu mak juga (padahal tak sampai 24 jam kat s.alam)

tulisan hayati sekarang dah pukul 8:01:00 PM Sunday, August 23, 2009 0 orang dah komen

Sunday, August 16, 2009

.: cakap atau diam? :.

Dulu, ada sorang kawan aku penah cakap “aku benci hipokrit” kepada kawan aku yang sorang lagi. Ini time drama sekolah-sekolah dulu la..

Lepas tu, baru-baru ni jugak, ada sorang kawan aku cakap “ kenapa mesti hipokrit? Tak boleh ke nak jujur dan cakap apa yang kau rasa? Come clean and clear the air” tentang satu isu perasaan ni.

Bagi aku personally, hipokrit itu bukan satu isu yang besar. Sebab bagi aku jugak, kalau korang seorang yang jujur dan asyik nak cakap apa yang korang tak puas hati, apa kamu ingat ada orang suka? Memang itu untuk diri kamu, supaya kamu tak nak ada rasa tak puas hati. Dah tiba-tiba kamu jadi seorang selfish pulak kan? again, selfish pun kekadang ada keperluan dia jugak, bergantung kepada situasi..

Hipokrit tu bukan tak elok, kalau ia dapat pelihara hubungan korang. Tak kisah la kalau ada sesetengah dari korang yang anggap hubungan tu palsu kalau tak jujur. Sebetulnya tak ramai manusia yang boleh terima kenyataan yang jujur pasal diri mereka. Pada yang selfish itu, kamu pun ada sikap yang orang tak suka, kamu cakap je yang kamu boleh terima pandangan orang, tapi kalau kedua-dua kamu come clean, mesti 2-2 pihak sakit hati. Lepas tu ingat hubungan tu boleh macam dulu?

Jadi aku amat respek sikap kawan aku seorang ni, sebab bagi aku, dia hipokrit secara profressional, tak terbawak-bawak dalam hal yang lain..

Tak pasti aku seorang hipokrit atau tak, sebab aku jenis pemendam dalam sesetengah hal. Mungkin sebab aku dah tak pandang hal-hal yang remeh ni, dan mungkin pada sesetengah hal yang aku anggap remeh ni besar pada mereka..

Aku sayang kawan-kawan aku, dan aku rasa, there are things that sometimes we should take it easy.. ok kawan-kawan?

tulisan hayati sekarang dah pukul 7:27:00 PM Sunday, August 16, 2009 0 orang dah komen

Saturday, August 15, 2009

.: dia datang lagi :.

semalam sehari suntuk depan laptop + tidur pkul brape tak ingat + hari ni sambung aktiviti depan laptop dari pkul 8 pagi hingga sekarang == sakit belakang..

dah lama aku tak rasa sakit belakang, kalau tak silap aku, setiap sem aku akan rasa benda ni skali je --> time nak exam..

dan sekarang, baru 2 bulan lebih, exam pun tak nampak bayang-bayang lagi, my back started to ache again.

dia bukan sakit belakang macam orang-orang berumur tu, dia sakit bawah sikit dari tengkuk dan bahu.. penah time mak urut, mak kata, rasanya macam urat kat situ bengkak..

aish, aku lambat lagi mau pulang, sape nak urut belakang aku? haha..

tapi seriusli, aku tak boleh pandang bawah, dia kena pandang atas je, kalau pandang bawah tu, rasa macam ada orang kerdil tengah cucuk belakang aku guna garpu tajam (sakitlah budak!)

how am i supposed to finish my fyp? hmmm.. another constraint, just like the ordinary and dull days~

ini masa untuk fikiran positif:

ini semua dugaan je, Allah loves me.. mesti ada hikmah atas apa yang terjadi ni.
ok, aku akan pikirkan hikmahnya di atas katil sambil baring dengan tegak.. tolong doakan aku sihat boleh?

tulisan hayati sekarang dah pukul 4:37:00 PM Saturday, August 15, 2009 2 orang dah komen

Monday, August 10, 2009

.: daun pahit :.

Ada satu kisah..

Dulu, masa aku sekolah menengah dulu.. masa tu, arwah maklang ada lagi. Kami balik kampung kat seremban.

Arwah maklang aku sangat hebat dengan petua-petua orang kampung ni, time aku kecik-kecik dulu, penah jugak duduk dengan maklang.. dan rasanya memang ada petua-petua yang diturunkan pada aku, tapi malangnya, budak-budak sekarang ni dah malas nak praktik <-- ini aku, bukan korang..

Anyway, penah satu hari, maklang suruh mak n aku minum air rebusan satu daun ni.. dah tak ingat dah ape nama pokok tu.. untuk apa pun, aku dah lupa..

Mak minum.. ok lepas, mak pulak jenis yang kuat tahan ubat. Peria pun mak siap boleh blend buat jus lagi, tapi aku.. err, lain skit rasanya.

Turn aku pulak minum, mak kata, ingat tu macam air masak je, since air dia pun jernih, bau pun takde.. ok, dalam hati aku cakap, mesti aku boleh minum jugak.. time ni, maklang tuang dalam 1 cawan kecik je. Baru seteguk, rasanya memang sangat pahit.. SANGAT! Dan rasa tu time dalam mulut lagi dah rasa.. bukan lepas telan air tu..

Time tu ada alep and bancik kat tepi aku, konon nak bagi semangat. Alep siap cakap, "go engah, anggap kita dalam fear factor ni”. Mak suruh aku habiskan jugak 1 cawan tu.. lagipun tadi punya teguk pun banyak jugak.. sikit je lagi tu <--ini ayat aku dalam hati, mestilah nak kuat semangat jugakkan..

Aku try jugak minum sampai habis, sambil tutup hidung, tapi.. walau macammana kuat pun aku tutup hidung, tak guna jugak, sebab pahit dia masih terasa.. aku tak boleh lupa pahit dia tu, sampai lidah dan tekak aku rasa kebas, gigi geraham aku rasa ngilu..

Ya, aku berjaya minum, tapi bukan sampai habis sebab sampai satu masa tu, walau betapa aku paksa diri aku untuk habiskan air tu.. sampai tahap dah tak boleh control, aku tersembur air tu keluar dari mulut aku. mulut aku ternganga sebab tak boleh rasa lidah aku dah.. tak penah aku tau wujud rasa pahit macam tu seumur hidup aku.. dan akhirnya aku yang kena gelak dan tukang lap lantai, yela, sendiri buat, sendiri tanggung la.. nasib tak kena marah..

Mungkin nampak macam aku ni melebih-lebihkan rasa pahit, tapi memang itu yang aku rasa.. dan aku mengaku, sejak itu, aku sedar ada benda yang lebih pahit dari peria dan mengkudu.. Kenangan ni satu-satunya benda yang boleh aku fikirkan sekarang, yang sangat sesuai dengan situasi aku saat ni; projek aku..

Aku memang sukakan c++ dari java
.. tapi aku tak tahu apa-apa pasal windows application dan openGL. Aku kuatkan semangat, bukak buku openGL yang telah diprint dan dihardcoverkan supaya aku lebih tekun untuk stadi.. tapi sekarang, baru muka surat 45 dari 513 yang aku print tu, rasa pahit yang bertahun-tahun aku cuba lupa tu tiba-tiba macam terasa..

Gigi aku kembali ngilu, rasa nak muntah memang ada sekarang.. aku lost! Mungkin jugak nampak macam aku melebih-lebihkan perasaan tak tahu aku, tapi teringat kata-kata seorang lect multimedia aku sem 4 dulu “openGL ni memang agak tough sikit la” <-- ini ayat seorang lecturer yang berkelulusan master dan ke atas ok, bukan budak degree sains komp yang tak-berapa-terer-multimedia ni.. ugh..

Ingat lagi kan aku tersembur air itu dan tak berjaya habiskan ia walau sekuat mana pun aku paksa diri aku? Rasa macam takut je kalau benda yang sama jadik kat degree aku ni.. tak nak la macam tuuuu! Notakaki: ada sesapa tau glut and glee tu apekebendanye? Haish..

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:29:00 PM Monday, August 10, 2009 0 orang dah komen

Sunday, August 9, 2009

.: tersepit :.

kalau tak silap aku, aku start duduk depan laptop dalam pkul 8.17pm, tengah berkobar nak siapkan fyp yang progressnya sangat malu untuk diperkatakan. sedar tak sedar, sekarang dah nak pukul 2am..

nak tau progress aku sepanjang tempoh beberapa jam ni? 0%!! suddenly netbeans macam ada probs pulak untuk c++, nak tengok sample pun kata ada missing compiler or what-so-ever..

sudahlah hari rabu lepas aku dan supervisor dah sepakat tukar languange dari java ke c++, bayangkan.. students lain dah start banyak dah, aku masih terkial-kial untuk cari languange yang sesuai dan ide yang convenient.. haih~

enuff bout that, dah takde masa nak pikir benda-benda remeh ni. tadi lepas bertanya soalan bertubi-tubi kepada nabil the-expert and dia pun tak boleh tolong aku setel probs ni since dia guna java and netbeans + matlab, yang mana of course lah takde masalah compiler macam aku. aku macam terlintas untuk guna visual c++ or devcpp. sekali ada 2 jalan pulak..

dah buat survey skit-skit, tanya mr google memana yang patut.. and maybe i'll choose devcpp. kenapa? aku pun tak tahu, itulah.. bila tak banyak pengetahuan ni.. susah nak buat keputusan.

----->> betul ke pilihan aku ni?



tulisan hayati sekarang dah pukul 1:51:00 AM Sunday, August 9, 2009 0 orang dah komen

Monday, July 27, 2009

.: noktah :.

...






tak tahu bagaimana harus aku mula..
noktah untuk kehidupan itu tiada siapa yang tahu bila kan?

jadi aku kira apa yang berlaku pada yasmin ahmad itu sebagai peringatan yang Tuhan bagi pada kita..

kata adik beliau: "dia memang seorang yang selalu ketawa dan ceria.."

kata emak pada aku: "hidup kita begitu singkat, takde siapa yang sangka bila masa kita tiba"

yasmin ahmad.

sudah berjuta kali aku tersentuh melihat karyanya..
dia aku kira hebat..
berupaya menyampaikan begitu banyak mesej dalam masa kurang dari 5 minit untuk iklan, sesuatu yang kadang pengarah filem selama 1 setengah jam pun tidak mampu buat..

dia ada kelebihan.. bagi aku sangat banyak..
dan pemergian dia jugak aku kira satu kelebihan untuk kita yang masih hidup, kerana mengejutkan ramai yang sedang tidur..

untuk yasmin ahmad: saya tahu ramai yang mendoakan anda, semadilah dengan aman di sana..

untuk aku: tidak tahu bila masa aku akan tiba..

tuhan,
sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui.
bantu aku. tenangkan aku.

*diam*

tiada ayat mahupun huruf.. kerana sesungguhnya Dia lebih faham aku..



tulisan hayati sekarang dah pukul 12:40:00 AM Monday, July 27, 2009 0 orang dah komen

Saturday, July 25, 2009

.: demam :.

Hari ni lebih kurang aku dapat merasakan bagaimana situasi darurat or curfew macam zaman tok kita dulu.

Tadi aku ada dengar pengumuman pasal penutupan uitm selama seminggu berikutan penularan penyakit AH1N1 <-- ayat sungguh skema.. Berkait dengan pengumuman tu jugak, saat ini, uitm ini lengang dek pelajar-pelajar yang sungguh ambil berat akan hal kuarantin ini. Tapi rasanya, tak kurang jugak kerana pelajar-pelajar yang semangat nak balik.. padahal baru 3 minggu bukak sem~

Kepada sesiapa yang baca suratkhabar atau tengok berita, mesti dah sedia maklum pasal uitm cawangan lain yang telah pun ditutup lebih awal atas sebab yang sama. Dulu err.. bukan, 2 3 hari lepas, masa aku tengok berita di restoran sambil tunggu order aku, aku ada dengar jugak pasal rungutan sesetengah pelajar “bila uitm induk nak tutup pulak?” memang tak boleh menipu, yang aku jugak salah seorang yang berharap benda yang sama.

Tapi selepas beberapa hari, semasa aku tenggelam dengan kekalutan untuk fyp development, aku tak rasa penutupan ini adalah berita yang bagus. Sebabnya.. banyak.

Kesimpulannya:
tak semestinya cuti itu bagus, jadual pun dah kena rombak balik, masih ada jugak dengar rungutan bila ada student yang tak puas hati sebab kena cut down cuti raya. Kita memang takkan dapat puaskan hati semua orang kan?

Since minggu depan ada submission detailed design untuk fyp, aku tak dapat menolak kenyataan cuti ini pun macam ada jugak kebaikan, ada masa lebih untuk siapkan benda tu. But still.. ada jugak berita yang tak baiknya; semua benda dah kena delay seminggu, tapi exam tak delay.. ada sesapa nampak tak benda yang tak best ni?

Apapun, cuti ni, pretty much the same with my usual days, since klas aku semester ni pun tak banyak, so memang rasa macam hari-hari cuti, cuma di lokasi yang berlainan je.. hurm..

Tadi jugak aku sedar satu benda yang sangat-sangat penting untuk project aku, tapi.. perlukah aku membebel benda itu di sini?

Takpelah, dalam hati saja pun cukup kan?

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:10:00 AM Saturday, July 25, 2009 0 orang dah komen

Saturday, July 18, 2009

.: mesda 09 :.

Ok, ini sebab kenapa aku lambat register kolej..
ini sebab aku ponteng klas selama 3 hari..
ini jugak sebab kulit aku terbakar, berkilat dan lebih hitam dari biasa..
dan ini jugak sebab kenapa adaptation aku kepada persekitaran semester baru ini agak lambat seminggu..

kerana mesra desa (mesda 09), tapi aku sikit pun tak rasa menyesal..

mesra desa ni secara luarannya ialah khidmat masyarakat, tapi secara tak langsung mengajar aku tentang kehidupan masyarakat yang aku tak pernah tau pun masih wujud di bumi Malaysia ni, seriusli.

Oh, lupa nak cakap, mesda ni diadakan di semporna sabah.

Untuk ke sana, mulanya kami naik flight ke tawau, then ada bas uitm yang bawa kami ke semporna.

Sampai tawau dalam pukul 9 lebih, naik bas ke semporna, sampai dalam pkul 11.. penat + lapa. Ada pkr(pegawai kemajuan rakyat) sambut kami, bagi kitorang makan then bg kami penginapan semalaman di sipadan inn.



Esoknya, pengagihan ke keluarga angkat..

Keluarga angkat, ini pertama kali aku. Bukan aku tak bahagia dengan parents aku sampai perlukan parents orang lain untuk jadi pura-pura jadi parents aku, tapi macam aku cakap tadi.. untuk mengajar aku tentang kehidupan. Lagipun it’s a lifetime experience, time dah keje nanti mesti tak ada program family angkat ni, kan?




So, ini adalah rumah sementara aku untuk 5 hari selama berada di semporna. Mula-mula memang susah nak adapt, nak kenal suma family yang ada dalam rumah tu, memang ambik masa.



Owh, lupa nak introduce, ini kakak angkat aku merangkap sahabat baru yang aku kenal; ket. Ket ni sebenarnya senior kos aku, nasib baik kami dipilih untuk dapat family yang sama, boleh adapt, dan banyak persamaan antara aku n dia

Untuk kesimpulan keluarga angkat aku:

mula-mula memang aku agak kekok, nak adapt dengan ahli keluarga, dengan bahasa, dengan rumah, dengan semua benda. Tapi bila kita dah rapat dengan keluarga tu, aku dah boleh terima semuanya pasal keluarga itu.. memang dah rasa dekat dengan hati.

Mula-mula aku sedih jugak bila pikir ada lagi masyarakat yang hidup dalam keadaan yang susah macam keluarga angkat aku, tapi yang positifnya, mereka ini bahagia dalam cara mereka sendiri. Dan bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi pada mereka.. mereka tidak merungut, tapi mereka gembira, sebab ada tambahan 2 orang lagi ahli keluarga. Allah je tahu perasaan aku berada di kalangan mereka, bagaimana layanan mereka terhadap aku dan ket.. aku sangat bersyukur.

Ini anak buah angkat dan adik angkat aku. percaya tak, aku ambik masa 2 hari nak ingat nama mereka ni? tapi bila dah hafal, kena berpisah pulak..



Ini ijan, anak buah angkat.. dia senyap, paling senyap, tapi bila dia senyum, manis betul. Aku suka rapat dengan orang pendiam. bagi aku, orang pendiam ni memang special..



Kesimpulan untuk diri aku:

Walaupun sekarang ni aku dah sibuk dengan fyp, tapi rasanya aku tetap akan luangkan masa untuk menghargai keluarga aku dan setiap rezeki yang Tuhan bagi kat kita.. pada aku dan keluarga aku.

Ada 1 kali tu, kami pegi ke rumah anak yatim, hampir menitis air mata aku.. dah lama aku tak berada sebegini dekat dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Sebak melihat kehidupan orang yang lebih susah.. dan aku? Merungut jika tak dapat kasut yang aku idamkan, membebel dengan kehidupan yang sudah duduk elok letaknya.. haih!



Ada 1 kali lagi tu, aku dan Ket pakat beli ayam dan sosej, since kat sana ayam mahal compared to seafood. Terharu aku, malam tu aku memang kenyang tengok diorang makan. ~such a nice memory there..

Selain dari ajar aku pasal kehidupan, mesda pun banyak ajar aku untuk lebih sujud kepada Allah, pencipta karya teragung. Subhanallah, takde kata-kata yang dapat menandingi betapa ciptaan Dia yang Maha Indah itu. Meremang aku tengok laut, isi laut, gunung dan langit yang ada di sabah, terutamanya semporna and mabul.. gila macam heaven la!







Bila dah sampai sabah, kami ambik peluang ni untuk lawat tempat-tempat yang juga merupakan ‘must visit’ macam ranau n kundasang (kat area2 kaki gunung kinabalu) dan kk. Dalam 2 hari jugak la berjalan kat sabah..

dan akhirnye, macam yang aku cakap awal tadi, adaptation aku kepada environment aku lambat seminggu.. dengan barang banyak tertinggal kat rumah, notes tak download lagi.. haih, macam-macam~!


tulisan hayati sekarang dah pukul 12:57:00 AM Saturday, July 18, 2009 0 orang dah komen

Thursday, July 16, 2009

.: reunion smksj class of 1999-03 :.

yg ni dah lama dah sebenarnya, tapi aku nak cerita jugak, since benda ni banyak tinggalkan kenangan untuk aku..

reunion yang aku dan kawan-kawan plan menjadi jugak akhirnya. ini semua bermula dengan idea mailis and kami kawan-kawan ni pun tolong la sikit.. sikit je, but the most part mestilah di buat oleh mailis. thanks mailis, for such a beautiful gathering.



tempat pun ok, memang sangat elok.. restoran ini terletak di jalan semarak, sila pergi ke sini ok, makanan dia sedap n pricing pun berpatutan. aku memang akan datang lagi sekali..

cuaca pun alhamdulillah..



jumpa kawan-kawan, ada yang dah lupa nama.. hihi! sori~

ada yang dah kerja..

kahwin pun ada..

planning to get married pun ada..

but most of us, masih belajar seperti aku dan kawan-kawan..



games yang ada pun fun, tapi aku tak boleh join, since aku n mah kena handle games <-- sangat frust! but that's fine, dapat gelakkan orang pun best gak!



kesimpulannya, malam itu memang sangat manis untuk diingati dan sangat sayang kalau dilupakan.. bila lagi nak jumpa lagi kan..



kredit gambar ni kepada ya, macam fish eye skit kan.. cantik.. (aku curik kt fb gambar ni :p)

tulisan hayati sekarang dah pukul 6:42:00 PM Thursday, July 16, 2009 0 orang dah komen

Thursday, July 9, 2009

.: al kisah :.

terlihat kalendar di sudut kiri, oh, sudah 9 hb julai ni..
lebih 2 minggu aku disibukkan dan menyibukkan diri dengan bermacam-macam hal. sangat banyak agenda yang lebih tinggi prioritinya dari memblogging.. life is more than this kan?

walau apa pun, tangan aku masih mahu menulis apa yang hati aku rasakan sepanjang tempoh 'bertenang' ini..

agenda 1: berjumpa dengan supervisor, tanya beliau, "apa progress kamu?" gulp!
agenda 2: reunion sejaya batch 98-03.. sangat best ok! ~will update later
agenda 3: mesra desa 09 (mesda09) super duper best! had tot me a looot.. T-T
agenda 4: 1st week for my last semester in degree, hopefully.. gagagaga!

sangat sibuk dan penat, sebab baru selesai mesda, dan terus rushing untuk pegi kelas.. tho baru 1st week and masih ramai lagi yang tuang kelas, takpelah.. aku mahu lebih skema untuk semester ini.. :p

apa pun, untuk setiap agenda di atas, hati aku ni masih kuat membebel rupanya.. masih banyak kata yang terlintas di hati ini yang tidak dapat aku tulis di sini, maybe some other time.. penat dowh sekarang, aku nak tidur.. bukan, aku perlu tidur..

tulisan hayati sekarang dah pukul 10:01:00 PM Thursday, July 9, 2009 3 orang dah komen

Saturday, June 20, 2009

.: not available :.



apalah makna menjadi seorang student tanpa exam. Walau 1 paper je pun, kena la usaha banyak jugak kan. Tak kan mau dibazirkan peluang untuk buat yang terbaik.

Jadi, tolong doakan aku ok?

Banyak benda yg berlaku, tangan ini mau menaip banyak benda yg hati katakan. Tapi, aku perlu tangguh semuanya.. Ada benda lain yang lagi penting..

tulisan hayati sekarang dah pukul 1:22:00 AM Saturday, June 20, 2009 1 orang dah komen

Sunday, June 14, 2009

.: berjaya :.

di saat aku leka menjawab soalan-soalan kuiz yang agak merepek di facebook, ada 1 soalan aku tak boleh jawab dan buat aku termenung panjang.. panjang ok, “what is your goal in life?”

Buat sementara ni, situasi aku ketika belajar ini, goal aku hanya: ingin siapkan fyp aku dan kalau boleh grad dengan 1st class upper kalau boleh laa..

tapi aku lupa nak pikir, apa gol aku setelah aku habis belajar nanti..

aku lupa nak pikir, in next the 6 months.. bukan, bukan 6 bulan itu, tapi in long term.. apa aku yang akan aku buat dengan hidup aku..

Ingin ada kerja yang aku tak suka dengan gaji yang tinggi?

Ingin kerja apa yang aku suka tanpa ada gaji yang tinggi?

Pokoknya sekarang, ada manusia telah tetapkan, gol dia ialah untuk ada gaji yang tinggi, dan ada pula yang dah rancang untuk kerja yang dia memang suka tanpa pedulikan nilai gaji, “live life the fullest” kata orang.. tapi aku?

Rasanya macam terlalu simple bila aku setkan gol seperti di atas dalam hidup aku, because life is more than cgpa.. kenapa perlu orang pandang pada cgpa untuk tetapkan sama ada dia dah berjaya atau tidak? Tak berjaya lagi kot.. atau berjaya tapi untuk jangka masa yang singkat je (usaha dalam masa lebih kurang 5 bulan itu)..

Dan bagi aku, itu hanyalah dalam kehidupan kampus je.. dan untuk show off time konvo nanti la, tapi dalam jangka masa panjang, bukan ke kebolehan diri sendiri yang jadik ukuran.. dan of course, rezeki yang Tuhan bagi, itukan yang lebih penting?

Penentu kampus itu sudah keluar, dan bagi aku.. tak seperti yang diharapkan, sebab aku ada matlamat aku sendiri.. mungkin jugak aku expect lebih dari kemampuan diri aku yang sebenar.. tapi untuk long term, ada lagi yang lebih penting kan? Oh, please say yes..

tulisan hayati sekarang dah pukul 7:57:00 PM Sunday, June 14, 2009 2 orang dah komen

Thursday, June 11, 2009

.: muntah :.

Sepanjang aku hidup, ada beberapa situasi yang membuatkan aku nak termuntah

Situasi 1:

Time kecik-kecik dulu, asal demam je, muntah tu memang jadik bestfriend aku.. dan memang selalu muntah sampai pening kepala.. tapi, itu dulu. Sekarang jarang dah nak muntah-muntah ni..

Situasi 2:

Ketika aku menumpang kenderaan awam dan melihat generasi melayu berpeluk-peluk antara bukan muhrim dengan alasan untuk menjimatkan ruang.. Jaga adab sikit boleh tak? ya, aku memang manusia kuno or whatever u kol it.

Situasi 3:

Apabila ternampak lelaki yang mungkin kurang mengambil berat kebersihan diri dan berkuku panjang mengalahkan mak lampir.. serius, aku rasa boleh termuntah on the spot ketika itu juga

Situasi 4:

Apabila ada seorang lelaki tak kisah bangsa apa, yang semacam berbangga dengan bau badannya yang ‘natural’ sehinggakan mengangkat tangan dengan rasa bangga ketika ingin menahan gravity kenderaan bergerak.. bau kamu itu sangat tidak kewl ok, aku dah loya saat ini..

Situasi 5:

Bila kamu ada perasaan perasan itu, yang kamu itu cantik dan sentiasa ada orang yang gilakan kamu. Percayalah, manusia ini memang wujud! aku masih tak percaya sehingga sekarang..

Kesimpulan: sendiri mau ingat la..

tulisan hayati sekarang dah pukul 1:33:00 PM Thursday, June 11, 2009 4 orang dah komen

Wednesday, June 10, 2009

.: azam :.

rasanya tak lambat lagi kalau aku nak berazam.. bukan azam tahun baru ke, azam hari lahir ke apa, cuma azam untuk memulakan hari-hari yang akan datang..

baru hari ni, aku nak start buat implementation n development on my fyp, doakan aku eyh?

ish, tak tahu apa yang akan datang, jadi ke tidak.. berdoa dan bertawakal je la.. sebab aku dah mula berusaha..

mintak-mintaknye, dalam masa 2 minggu ni, ada progress yang betul-betul progresslah, yang visible n tangible <-- bukan sama je ke?

ok, once again, wish me luck!

tulisan hayati sekarang dah pukul 10:16:00 AM Wednesday, June 10, 2009 7 orang dah komen

Friday, June 5, 2009

.: rindu dan sayang :.

Ugh, aku perlu tidur sekarang.. sebab esok ada bermacam agenda sudah aku rancangkan, mau mendaki menara, mau singgah ke pusat kesihatan, mau buat discussion pasal term paper ethics, mau itu, mau ini. Tapi mata ini masih degil rupanya.

Tadi tiba-tiba hati aku tersentuh, dan situasi ini terjadi ketika aku bermain game restaurant rush, arcade game level 19<-- gile susah mau lepas level ini! Aku teringatkan seseorang.. haih, lebih dari seorang sebenarnya.. mau tau siapa yang aku rindu?

Aku sangat rindu sama mereka ini..



Taufiq @ chik: adik yang paling ‘abang’. Sebabnya?
Dia adik yang aku kira sangat cepat tahap matangnya, abah had taught him well. buat sementara ni la..
Dia dah tau tanggungjawabnya yang berat sebagai wali kedua selepas abah.
Dia sangat jaga aku dan kaklong.
Dia supir setia aku.
Dia sanggup jemput aku dari klsentral, walaupun sudah pukul 10 mlm ataupun selepas dia balik keje ataupun lepas dia abes main futsal.. bukan abah datang, tapi dia..
Dia sanggup redah jem kat bulatan selayang tu semata-mata nak jemput kaklong dari uia.
Mulutnya becok mengalahkan mami jarum.
Sangat suka membebel.
Aku sangat rindu dia~ ..
Dah 2 minggu aku tak jumpa dia.
Tak dengar suara dia mengadu pasal gf dia.
Tak dengar suara dia bila aku mintak pandangan dia pasal politik dan ragam manusia.
Dah lama tak ketawa macam orang gila pasal gelagat ofismatesnya.. owh, sgt rindu..



Aliff @ al: adik aku yang paling ‘perempuan’.
Sangat understand aku sebagai perempuan.
Always be there for me, kalau chik selalu jadik supir aku, alep selalu jadik gf aku.
Teman aku ke mana aku nak pegi.
Mau ke mid?
Mau ke maju junction?
Mau ke mana?
Mau bershopping?
Mau tengok wayang?
Dia boleh teman, cuma dia paling anti dengan sogo, sebab setiap kali masuk, sensor itu akan berbunyi.
Huh, dia paling benci itu.
Tapi, aku rindukan dia..

Dialah penolong setia aku time aku nak memasak, kitorang selalu akan pretend to be chef n buat macam cooking show, cakap macam orang british ala jamie oliver <- pengaruh dari tengok channel travel n living punya hal. Kitorang selalu berdebat, sebab alep jenis yang outspoken..

Aku rindu bila dia slalu bagi aku info psl pengetahuan am,
Rindu bila dia slalu tny soklan yang buat aku berpikir,
Rindu bila dia slalu tny psl gelagat perempuan yang dia tak paham,
Rindu bila dia selalu mengadu pasal hormon yang menyebabkan jerawat dia tumbuh dengan subur..
Sangat rindu dengan dia jugak..



Fariz @ aish: adik aku yang paling ‘lurus’.
Sebab dia aku minat mr.bean, dia memang agak naif.
Aku rindukan mukanya yang blur.
Dia sangat senyap, sebab kitorang selalu usik cara percakapan dia.. kekadang tersekat-sekat a.k.a gagap dan kekadang terlebih laju..
Tapi dia pandai mengaji, pandai tajwid dan selalu bagi nasihat kat aku.
Cite2 nabi suma tu.
Sangat patuh, tapi tak pandai buat kerja rumah <- mungkin sebab mak selalu manjakan dia. Tapi aku suka buli dia..
Suruh dia masak nasi.
Suruh dia basuh pinggan.
Suruh dia buat itu, buat ini.
Bila abah kata, “jangan cakap kasar dengan dia”, aku balas pulak “tak pe, biar dia biasa dengan suara kasar, sampai bila nak berlembut dengan dia” aku memang kasar dengan dia, sebab aku nak dia jadi kebal.
Tapi aku tetap sayang dia.
Tetap suka cium pipi dia..
Dia pun aku sangat rindu..



Kaklong: bukan aku tak rindu, tapi bila balik minggu lepas dah spent semalaman sembang dengan dia.. ngadu n sharing stuff psl dia dan aku..

aku rindukan mereka. Dan bila balik ni, aku nak bersembang dengan mereka sampai puas. Nak makan late nite dengan chik, nak online dengan alep sampai pagi, nak tengok aish buat homework sampai siap.

Owh, rindu ini tak berkurang jugak. aku terpikir, kenapa ada sesetengah orang yang sangat susah untuk luahkan rasa sayang mereka kepada orang yang penting dalam hidup mereka ataupun orang yang hadir dalam hidup mereka.

Malu untuk tunjukkan yang orang itu penting, malu untuk cakap ‘sayang’ dan ‘rindu’ itu.

Kenapa?

Rasa hati kamu itu sangat beratkah mau diluahkan semua itu?

Mungkin aku dah terbiasa dengan sikap abah yang selalu luah kata-kata sayang pada kami, tapi aku still tak paham kalau ada antara kamu yang tak biasa untuk cakap kamu sayang dan rindu.. itu keluarga kamu kan?

Ada kamu hilang apa-apa kalau mereka tahu yang kamu rindu dan sayangkan mereka?

Kenapa hati kamu itu sangat berahsia?

Sangat pemendam
?

Aku tak paham.. dan aku tak boleh paham, kalau kamu lambat luahkan apa yang kamu rasa itu, jangan kamu kesalkan ia jika da terlambat ataupun ketika itu orang yang kamu sayang itu terlepas ke tangan orang lain.. masa tu, jangan marah jika aku cakap ‘I told u’.. sekarang ni masih belum terlambat.. kan?

tulisan hayati sekarang dah pukul 2:27:00 AM Friday, June 5, 2009 4 orang dah komen

Thursday, June 4, 2009

.: kawan dan makan :.

keduanya sama penting dalam hidup aku, kawan pengisi hidup, makan pengisi perut.. betul kan? hehe..

last week aku banyak lepak bersama kawan, bukan membuang masa, tetapi mengupdate kehidupan masing-masing.. kepada sesiapa kawan lama yang masih belum berkesempatan jumpa dengan aku, kalau ada masa kita jumpa.. ok?

btw, sesi pertama berjumpa ialah dengan kawan-kawan berjoli semasa di kolej dulu. mereka inilah antara teman segosip yang rapat. sekarang ni aku berazam utk kurangkan aktiviti menggosip itu.. <-- mungkinkah hanya hangat-hangat ta** ayam? wallahualam..



tak sempat tangkap gmbr, hanya sempat ambik gmbr makanan itu sahaja..
p/s: bilangan gelas tidak melambangkan jumlah manusia yang berada di tempat kejadian



ini gmbr beberapa tahun yang lepas, kami pergi berjoli lepas abes exam kot.. tak ingat dah..

dan ini pulak gambar last weekend, pegi kenduri former schoolmates yg telah melangsungkan perkahwinan beliau. majlis itu memang sangat bermakna bukan buat pengantin sahaja, tapi jugak buat aku. aku ni memang dikenali dengan ke'anti-sosial'an bila masuk bab-bab kawan skolah menengah. tapi alhamdulillah, dapat jugak aku jumpa mereka ni.. yang memang sangat lama xjumpa. ada yang bila jumpa macam kekok2 pulak.. lawak!


ini adalah 1/3 dari jumlah kawan-kawan yang hadir ke majlis itu..




makanan kenduri itu sgt sedap tau, serius..

ini pulak vids mailis tengah bagi speech utk pengantin, memang betul masin mulut aku, mah n kerol untuk suruh mailis bg ucapan.. haha! dia da prepare text agaknya.. itu yang sangat lancar tuh! =p




tapi, papehal pun, i'm looking forward to see all of my schoolmates batch 1999-2003 kat restoran d anjung felda pada 27 jun ni okeh, hope to see the complete puzzle, without missing any piece of it, tapi kenyataan 'kita hanya merancang' tu tetap aku pegang.. hopefully majlis tu berjaya le.. haih, risaunye~

owh, lupa, selamat pengantin baru untuk nadiah bt mat rasit dan suami, semoga jodoh anda berkekalan hingga ke syurga..



tulisan hayati sekarang dah pukul 9:00:00 PM Thursday, June 4, 2009 0 orang dah komen

Friday, May 29, 2009

.: pergi :.

pergi itu pasti..
perpisahan itu pasti..
kematian itu pasti..

tak kira manusia itu tua atau muda..
Izrail itu tak mengenal usia kan?
dia hanya pelaksana yang Esa..

kita, si pembuat dosa..
bila mahu bertaubat?
bila mahu jelik dengan dosa?
bila mahu berhenti?

aku, tak nak pergi sebelum bertaubat..
tak nak pergi dalam ketandusan iman..
tak nak pergi sebelum dosa aku terampun..

jadi, jika aku sakiti kamu, ampunkan aku eyh?
aku tak tahu bila aku pergi..
cuma aku tahu kematian itu pasti..
aku nak pergi dengan bersih..

entri ini bukan mengenai sesiapa..
cuma mengenai makhluk Dia yang teringatkan dosanya yang menggunung..
tidak pasti bila gunung itu akan tandus..
oh tuhan..
tiba-tiba malam ini aku kembali sedar..
terima kasih kepada si asing yang ingatkan aku dengan kematian..
terima kasih kerana temukan aku dengan entrinya..
kamu juga perlu baca kalau kamu mahu taubat itu..

noktah.

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:17:00 AM Friday, May 29, 2009 2 orang dah komen

Thursday, May 28, 2009

.: rasa aku :.

Ingat tak dulu aku penah tulis pasal aku tak brape suka buat penilaian tentang manusia? Tapi, sekarang ni, kalau la korang rajin sikit mengoogle, korang akan nampak banyak sangat link pasal personaliti berdasarkan kelakuanlah, tarikh lahir, tahi lalat and banyak lagi benda-benda yang merepek. Itu semua bagi aku juga adalah satu satu dari bentuk penilaian.

Bagi aku personally, kalau korang nak cakap atau buat pape pun, itu hak korang, dosa dan pahala masing-masing kan? Korang suma dah mencapai baligh.. takkanlah tak boleh nak bezakan antara halal dan haram.. kan? Kalau kamu masih tak tahu apa dosa untuk membuka aurat atau dosa tinggal solat, rajin-rajinlah google.. dari balasan neraka sampai dalil suma ada.

Tapi yang aku nak cakap ni pasal penilaian.. again, aku memang tak suka buat penilaian. Tapikan, katakanlah korang luahkan sesuatu pada aku dan mintak pendapat aku pulak tu.. bukan ke pendapat aku tu dibuat berdasarkan penilaian aku terhadap cerita korang?

Pendapat=penilaian= pemerhatian+anggapan <-- tidak benar

Bagi aku penilaian datang dari pemerhatian. Pemerhatian datang dari sikap manusia yang selalu berfikir ataupun manusia yang cuba mentafsir niat disebalik tingkah laku seseorang, dan lantas membuat keputusan.. ‘oh, kalau seseorang manusia bersikap demikian, dia mesti begini orangnya’. Itu pula dah menjurus kepada penilaian personaliti seseorang yang aku cakap seperti mula tadi.. nampak tak?

Pendapat itu perlu, tapi ia bukan konklusi terhadap sesuatu.. ia hanyalah pendapat mengenai sesuatu situasi dan tidak semestinya betul

Kadang-kadang, pemerhatian itu pun perlu, tapi jangan mengklasifikasikan pemerhatian yang korang buat itu, sebab tak semua perbuatan manusia itu dalam pemerhatian korang. Dalam kata yang lain, jangan ingat korang tahu semua pasal seseorang manusia.. dan dalam kata yang lain lagi.. kita tak boleh nak menilai seseorang itu berdasarkan apa yang kita nampak je, sebab mungkin ada aspek lain yang dia tak tunjuk kepada kita. Hanya satu je yang tahu dan lihat semua ni.. sebab tu hanya Dia je yang boleh menilai.. kita ni siapa mahu nilai orang?

kesimpulan: kalau kamu minta aku bagi pendapat, itu hanya rasa aku.. kalau kamu rasa macam tak setuju, terpulanglah.. ada aku paksa?

nasihat pada diri dan kamu: kalau agak-agak pendapat tu macam akan menyakitkan hati orang.. perlu ke kamu beritahu perkara itu pada dia untuk pastikan dia sakit hati atau tak?

tulisan hayati sekarang dah pukul 10:25:00 PM Thursday, May 28, 2009 0 orang dah komen

Tuesday, May 26, 2009

.: tenteram :.

saat ini hati aku ni tak tenteram betul..
semua benda nampak tak kena duduknya..
hati ini masih belum mahu reda degupannya..

*bingung*

mungkin hari ni aku banyak buat benda lagha kot..
ke sebab aku tak start lagi fyp development.. haih! ni lagi dasat..
ke sebab hari ni aku mimpi result dah keluar.. mimpi ni boleh percaya ke?
ke sebab hari ni aku dapat tahu ada orang suka tiru aku serba serbi? konpius dengan identiti sendiri ke ataupun xde identiti?
ke sebab hari ni aku tak cukup tidur?
ke sebab hari ni aku rasa tak puas hati hantar assignment ethics carca-marba?
ke sebab hari ni aku macam.. macam.. macam.. macam2?

~sigh~

tolong aku boleh?

**tetiba aku sangat teringin nak makan nasik beriyani.. ape kaitan?! T-T

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:17:00 PM Tuesday, May 26, 2009 1 orang dah komen

Saturday, May 23, 2009

.: kenduri lagi :.

lupa nak update pasal seorang lagi sepupuku telah selamat menamatkan zaman bujangnya.. kenduri ni dah lama, time aku tengah exam hari tu. hmm, dah ramai dah cucu tok ayah yang dah kawen, ramai jugak yang dah habis belajar dan bekerja. kali ni yang kawin ialah kakak sepupu aku atau lebih mesra dengan panggilan kakyong.




for me personally, saat yang paling menyentuh hati mestilah time akad nikah tu dan ada lafaz yang di baca oleh ibu dan bapa kepada anak perempuan.. sedey gile time tu. kakyong anak yang sulung pulak, mesti la macam rasa sedih nak lepaskan. mungkin jugak tu air mata kegembiraan, sape tahu hati pak lang n maklang kan..

ini pulak time persandingan..




time ni, tak kurang jugak ada pak-pak sedara yang menyakat aku bile pulak giliran aku untuk buat kenduri? aih, kaklong pun tak lepas lagik, aku jugak yang kena.. huhu, aku tau diorang ni suka sakat anak-anak buah depa ni, pastu bila kami tersengih malu, dok bantai gelak kuat-kuat.. and this is my big family that i loved!

paling tak disangka-sangka, terjumpa dengan my long lost friend, najlaa. lupa pulak maklang n mak najlaa ialah kenalan rapat. rumah aku n najlaa tersangatlah dekat, kalau jalan kaki pun xsampai 10 minit, tapi sebab dia study kat uia, aku plak kat shah alam, bila balik rumah, tersangatlah 'rajin' nak berjalan, maka kami ini memang sangat jarang berjumpa. but seriously girl, i'm missing u!



kamu masih ingat tak kenapa aku cakap aku sangat sukakan majlis perkahwinan? sebab inilah, dapat peluang jumpa dengan family yang kebanyakannya selalu hanya jumpa setahun sekali je.. time raya, itupun kalau suma baliklah. even tho rumah kami pun dekat-dekat je, tapi semua pun paham dengan kesibukan masing-masing kan?




tulisan hayati sekarang dah pukul 12:02:00 AM Saturday, May 23, 2009 5 orang dah komen

Tuesday, May 19, 2009

.: 1st impression :.

ingat tak semalam aku ada tulis pasal ketidakhadiran aku ke 1st klas ethics? turned to be more than 10 ppl yang tak datang.. ish ish, tengok, kan aku dah cakap, memang sebab kelalaian manusia tersebut. takpe, abaikan dia..

yang jadi lecturer untuk subject ni ialah PM H******* (dalam blog boleh ke publish nama orang sesuka hati?). before masuk klas aku dah survey kat fizah pasal lecturer sorang ni, dan adalah jugak dengar cakap-cakap skit pasal dia. lama tu tunggu kehadiran yg lect ni, tapi xpe, since i can enjoying finishing the novel by niall williams. sampai mengantuk la aku baca dek menunggu kehadiran my lect ni.. hmm

sampai je, beliau introduce diri, tanya pasal apa ramai yang tak datang, how he cannot tolerate late comers, ppl who are not attending the 1st class and other stuff.. ok, this is my 1st impression--> betul la kata fizah!

lepas tu, klas time intersesi ni kan 3 jam, suppose 9-12, tapi beliau datang lambat, dalam 10.30 camtu la, dan sepanjang masa tu, beliau asyik bercakap dan bercakap. orang kata memang takde break, tak de nak berenti minum air suma tu, cuma berenti kejap time ada orang kol dia kot.. dan tajuk yang menjadi bualan dia ialah current issue, termasuk jugak pasal technology and humanity <-- i totally loved it! bayangkan, aku langsung tak prasan masa cepat sangat berlalu, sedar2 je da 12.30 lebeh2.

2nd impression: i like him! best sangat dengar dia cakap, macam orang yang sangat banyak ilmunya.. waa.. giler best!

itula, kata orang, jangan menilai seseorang tu sebelum kita kenal dia, lagipun kita ni sapa nak menilai orang kan? tinggi sangat ke kedudukan kita sampai bagi kita hak untuk membuat penilaian tu? (adoih, banyak gak terkena kat diri sendiri ni) --> mintak ampun encik!

kesimpulan aku sekarang: aku dah tak nak dengar pendapat orang pasal orang, boleh? aku nak kenal sendiri orang tu dan penilaian.. aku tak nak buat, tapi kalau kite cite pasal dia.. sama ke dengan penilaian? <-- entah, tak tahu!

mungkin jugak ni balasan Allah pada aku sebab pikir yang bukan-bukan pada lect kot, ada sesuatu telah berlaku.. sekarang ini saye sangat marah dengan sendiri sambil menjerit dan merepek yang bukan-bukan, nasib baik saya seorang diri di dalam bilik. botol air yang mengandungi air sebanyak 500 ml telah tertumpah di dalam beg dan aku tidak perasan langsung, sehinggalah beberapa minit yang lepas.. haihh! dan beg itu pulak aku letak atas katil.. dan ye, katil saya jugak basah!




prasan tak cadar itu basah? ia bukan basah sahaja, ia lencun!


yang bengangnye, di dalam beg itu ada buku ethics yang aku baru beli tapi belum bayar pun lagi.. aku baru je beli pembalut buku, konon mau protect buku yang baru itu daripada anasir-anasir kotoran, tapi ia basah pula.. sedeynyee!



kebengangan tahap dua: novel aku pun basah skali.. geram tahap gaban!



ayat pujuk diri--> nasib baik air itu hanya air masak.. kalau air ribena?

tulisan hayati sekarang dah pukul 5:27:00 PM Tuesday, May 19, 2009 2 orang dah komen

Monday, May 18, 2009

.: perkara hari ni :.

hari ini sepatutnya first day intersesi, tapi disebabkan kelalaian manusia, dan mungkin salah aku jugak, aku tidak dapat datang untuk first klas, memang sangat sengal bila dipikirkan semula. oleh itu, marilah kita melupakan perkara sengal tersebut..

apapun, aku nak tunjukkan hasil kad jemputan aku yang tak seberapa. kad ini dibuat untuk cekgu-cekgu sekolah menengah aku, untuk jemputan reunion pada 27 jun kang. aku buat sendiri okeh, dan ini adalah kali pertama, memang sangat tak puas hati sebab ada yang tersalah potong, layout lari segala, tapi aku terima segala yang berlaku, memang kelemahan aku pun, lagi pun masih tak pro bab-bab printing layout ni..



aku guna paper gold, lepas print 1 page tu, nampak macam gold ticket dalam movie charlie and the chocolate factory tu.. hehe, agak cun gak la.. tapi rasanya sebab paper tu kot. aku buat simple je, sebab nanti takut nampak macam sarat. lagi 1 takut ada cekgu yang salah paham, ingat tu kad kenduri kawin lak, sebab paper dia macam gold kilat-kilat. kalau aku buat saiz besar skit dari yang aku guna sekarang ni, konfem orang ingat kad jemputan kawin.




saiz kad dan pemilihan jenis paper, font n segala tu main redah je, ikut sesuka ati aku.. hoho! saiz kad tu agak kecik la.. buat besar-besar kang orang ingat buat majlis besar-besaran lak. padahal plannning je biasa-biasa je.. maksud aku, sederhana la.. harap-harap pengurus projek a.k.a tukang buat keje paling banyak iaitu mailis tak cakap banyak la pasal kad ni. dia hanya tau content je, petang ni baru nak tunjuk kat dia, nerves pulak! ye la, kekadang ada orang jenis yang tak kisah, ada pulak jenis cerewet mak nenek macam aku ni, so aku lebih suka buat keje sendiri daripada mintak orang tolong <-- keje yang melibatkan kekreatifan manusia je, aku dah try untuk buat yang terbaik, tapi constraint yang paling besar tu ialah masa.. tak cukup masa beb!



so, inilah yang agak kurang terbaik dari aku, mana yang tersempat aku buat dalam masa kurang 24 jam dari waktu mailis bagitau nak kad tu printed and distributed.. erm, pepaham jelah eyh!

kepada student yang tengok kad ini semacam buruk, jangan risau, kad ini bukan untuk kamu.. tetapi untuk cikgu-cikgu kita, ok?

notakaki: sekiranya kamu tergolong dalam batch SMKSJ 1999-2003 yang membaca entri ini dan mau join reunion ini, diminta menghubungi mailis, untuk reservation n maklumat lanjut.

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:08:00 PM Monday, May 18, 2009 4 orang dah komen
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

aku

My photo
hayati
ini tulisan hati..
View my complete profile

yg sudah lepas

  • ►  2013 (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (9)
    • ►  September (2)
    • ►  July (3)
    • ►  May (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2011 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  February (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2009 (67)
    • ▼  December (2)
      • .: kekasih baru :.
      • .: atas tarikh (update) :.
    • ►  November (2)
      • .: rendam :.
      • .: entri untuk kamu :.
    • ►  October (7)
      • .: tik tok tik tok :.
      • .: ego dan maaf :.
      • .: dua alam :.
      • .: it's been a while :.
      • .: lega :.
      • .: untuk cinta pertama kali :.
      • .: Aidilfitri :.
    • ►  September (6)
      • .: kenangan sampai mati :.
      • .: iklan :.
      • .: gurau :.
      • .: puasa :.
      • .: terima kasih :.
      • .: antidot :.
    • ►  August (5)
      • .: sepi :.
      • .: cakap atau diam? :.
      • .: dia datang lagi :.
      • .: daun pahit :.
      • .: tersepit :.
    • ►  July (5)
      • .: noktah :.
      • .: demam :.
      • .: mesda 09 :.
      • .: reunion smksj class of 1999-03 :.
      • .: al kisah :.
    • ►  June (6)
      • .: not available :.
      • .: berjaya :.
      • .: muntah :.
      • .: azam :.
      • .: rindu dan sayang :.
      • .: kawan dan makan :.
    • ►  May (9)
      • .: pergi :.
      • .: rasa aku :.
      • .: tenteram :.
      • .: kenduri lagi :.
      • .: 1st impression :.
      • .: perkara hari ni :.
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2008 (44)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (5)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2007 (28)
    • ►  December (5)
    • ►  November (10)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

kengkawan

  • life of mine
    This journey is about ...
    7 years ago
  • Ceritera Warna Warni Kehidupan
    Saran Memasak Untuk Membantu Anda Untuk Memimpin Hidup Baik
    10 years ago
  • Angela's bloggie || http://angelalpev.blogspot.com
    13 albums of 2013.
    11 years ago
  • ^ sUaRa TaNpA bUnYi ^
    ^ sYukuR ^
    12 years ago
  • pocket full of sunshine
    151 days!
    12 years ago
  • :::.listen to my heart.:::
  • permulaan

singgahan tetap

  • Freewebcomic
    PHP Web Development Beneficial For Online Business
    2 years ago
  • Perempuan Jomblo
    Dah besar dah
    7 years ago
  • Work Hard Play Hard
    Sedia Keripik Pare Tidak Pahit
    10 years ago
  • ini fynn jamal cakap.
    kontradiksi
    11 years ago

mereka ini

 
© 2011 breakprimetime