hari ini sepatutnya first day intersesi, tapi disebabkan kelalaian manusia, dan mungkin salah aku jugak, aku tidak dapat datang untuk first klas, memang sangat sengal bila dipikirkan semula. oleh itu, marilah kita melupakan perkara sengal tersebut..
apapun, aku nak tunjukkan hasil kad jemputan aku yang tak seberapa. kad ini dibuat untuk cekgu-cekgu sekolah menengah aku, untuk jemputan reunion pada 27 jun kang. aku buat sendiri okeh, dan ini adalah kali pertama, memang sangat tak puas hati sebab ada yang tersalah potong, layout lari segala, tapi aku terima segala yang berlaku, memang kelemahan aku pun, lagi pun masih tak pro bab-bab printing layout ni..
aku guna paper gold, lepas print 1 page tu, nampak macam gold ticket dalam movie charlie and the chocolate factory tu.. hehe, agak cun gak la.. tapi rasanya sebab paper tu kot. aku buat simple je, sebab nanti takut nampak macam sarat. lagi 1 takut ada cekgu yang salah paham, ingat tu kad kenduri kawin lak, sebab paper dia macam gold kilat-kilat. kalau aku buat saiz besar skit dari yang aku guna sekarang ni, konfem orang ingat kad jemputan kawin.
saiz kad dan pemilihan jenis paper, font n segala tu main redah je, ikut sesuka ati aku.. hoho! saiz kad tu agak kecik la.. buat besar-besar kang orang ingat buat majlis besar-besaran lak. padahal plannning je biasa-biasa je.. maksud aku, sederhana la.. harap-harap pengurus projek a.k.a tukang buat keje paling banyak iaitu mailis tak cakap banyak la pasal kad ni. dia hanya tau content je, petang ni baru nak tunjuk kat dia, nerves pulak! ye la, kekadang ada orang jenis yang tak kisah, ada pulak jenis cerewet mak nenek macam aku ni, so aku lebih suka buat keje sendiri daripada mintak orang tolong <-- keje yang melibatkan kekreatifan manusia je, aku dah try untuk buat yang terbaik, tapi constraint yang paling besar tu ialah masa.. tak cukup masa beb!
so, inilah yang agak kurang terbaik dari aku, mana yang tersempat aku buat dalam masa kurang 24 jam dari waktu mailis bagitau nak kad tu printed and distributed.. erm, pepaham jelah eyh!
kepada student yang tengok kad ini semacam buruk, jangan risau, kad ini bukan untuk kamu.. tetapi untuk cikgu-cikgu kita, ok?
notakaki: sekiranya kamu tergolong dalam batch SMKSJ 1999-2003 yang membaca entri ini dan mau join reunion ini, diminta menghubungi mailis, untuk reservation n maklumat lanjut.
4 orang dah komen:
nk joinnnn leh?hihi..
syg.. kamu ni ex-sejaya ke? nak ikut? be my partner nk? huhu
yat..card utk student terhormat cam aku nieh takde erk?? =D hihi..ala..bwat la jugak..naaaaaak..plissss!
erm, nak ke? buruks giler la aku bt! nanti bile2 aku free kang aku bt la utk kite2 ni.. huhu!
Post a Comment