skip to main | skip to sidebar
this is me

Thursday, February 26, 2009

.:gelagat:.

manusia itu punya hati yang sangat kompleks, tahu?

situasi 1:

sekejap ia berkata begini, seminit ia berkata lain pula.. sepantas mana keputusannya berubah, sepantas itu juga penilaian aku terhadap kamu berubah..

kenapa ia berubah sebegitu drastik? aku tidak mahu menilai keputusan itu baik atau tidak, tapi aku mahu tau apa yang menyebabkan ia perlu berubah? katakan keputusan itu tidak baik dari mulanya, tapi kenapa pilihan itu yang kamu pilih pada mulanya? kenapa tidak mahu berfikir dahulu? kenapa terburu-buru? kenapa? kamu mahu kejar apa? sepantas mana manusia boleh membuat keputusan? begitu?

hati aku sakit melihat orang mengata kamu di belakang. jangan kata aku tidak bela kamu, jangan kata aku juga turut mengata kamu. tapi bila kamu sendiri yang pilih jalan itu.. what to say?

situasi 2:

aku tahu manusia itu ciptaan Allah yang agung. sangat cantik, tapi pelik kenapa manusia perlu ada bangga itu. bukankah bangga itu sedara dengan riak? dan kamu sendiri tahu riak itu hampir kepada sombong. perlukah kamu berasa bangga?
bangga kerana kamu cantik?
bangga kerana kamu pandai?
bangga kerana kamu kaya?

kamu lupa Allah boleh tarik cantik itu, Dia boleh tarik semua itu. bukankah lebih baik kalau kamu bersyukur sebab kamu ada semua.. tapi berlagak itu tidak perlu ok?

situasi 3:

aku mahu gelakkan manusia, terutamanya student.. kamu bergaya dengan handphone mahal, dengan beg tangan mahal, dengan kasut mahal. kamu mahu tipu siapa sebenarnya ni? semua tahu duit itu bukan kamu yang punya.. aku pun tidak peduli sejentik pun apa yang kamu lakukan dengan duit pinjaman itu, tapi aku kelakar bagaimana kamu terlalu mahu tunjukkan yang kamu lebih daripada aku..

cuba bayangkan, selepas habis belajar nanti, kamu akan mulakan dunia pekerjaan kamu dengan hutang 10 ribu ke atas, dengan tiada simpanan, dan kamu ingin kahwin.. kelakar bukan?

ya, aku juga ada hutang, tapi aku sudah mula menyimpan.. oh, dan 1 lagi, hmm, tidak mengapa, aku tidak mahu bangga dan melebihi kamu.. kamu kan selalu di hadapan aku..

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:35:00 PM Thursday, February 26, 2009 0 orang dah komen

.:break:.

tadi dalam pukul 9.00 aku turun untuk ambik kupon kat pusat sukan. lalu depan dc, kebetulan macam ada pasar pulak. nak cakap activiti tak jugak sebab khemah banyak dan tak bertumpu. anyway, aku teruskan jugak perjalanan ke tempat yang nak dituju..




selesai urusan, aku singgah di dc, masih bingit seperti aku mula-mula sampai. aku pun buang masa sekejap, walaupun aku masih ada test esok dan submission literature review. dan aku jumpa ini..



satu dari pada buku ini memang dah lama sangat aku cari; a.samad ismail menulis. dan aku beli semua ini dengan harga rm6 sahaja! best2, tak sabar mau baca! cuma yang tak best, aku tak tahu bila aku akan baca buku ini, sebab aku masih tak habis membaca jurnal-jurnal untuk literature review.. ~sigh~

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:17:00 AM 0 orang dah komen

Monday, February 23, 2009

.:faham:.

aku rasakan Allah itu Maha Memahami di saat aku sangat lemah pasal fyp ni, Dia hantarkan seseorang untuk tenangkan bukan aku seorang, tapi satu klas kami (aku rasa la).. sape lagi kalau bukan coordinator kitorang.. en ahmad.

petang td, aku datang klas lambat sebab struggle siapkan assigment and template utk literature review, ramai jugak yang kecundang dan mengambil keputusan untuk tidak datang klas langsung.. tapi masih ramai yang kuat semangat untuk datang.. tak seperti klas security pagi tu yang hanya 11 orang sahaja yang datang.. anyway, aku datang lambat setengah jam tu, kalau diikutkan time exam, dah boleh kena halau dah. mula2 memang sangat kecut perut untuk masuk klas, tapi aku masuk gak, dari menyakitkan hati guru yang nak bagi ilmu tu.

bila masuk je, time tu en ahmad tengah cerita pasal apa pun aku xtau, dah kata pun masuk lmbt. tak lama lepas tu, dia start cite pasal study life dia. ayat yang paling aku ingat dan telah menenangkan aku, " saya tahu kamu rasa susah, tapi kamu kena ingat, benda ni, senior kamu semua melalui benda yang sama dan mereka berjaya.. kamu pun boleh buat." dan ada beberapa lagi ayat2 yang banyak pulihkan semangat aku. rasa macam tercas semula..

terima kasih tuhan..

pastu lagi, en ahmad cita lagi pasal hidup dia kat US. aku dulu memang bercita-cita nak sambung master, kalau ada rezeki.. tapi bila dah menghadapi dugaan yang macam ni untuk degree, aku tak dapat bayangkan dugaan time master kang.. tapi Dia lebih tahu semuanya, hanya kepada Dia je aku mintak..

dan alhamdulillah, sejak kebelakangan ni, ramai pulak manusia yang wujud datang berikan aku nasihat.. bagi aku, nasihat tu macam kayu api untuk bakar semangat aku.. bila kayu api tu dah jadik abu, mesti la kita nak topup kayu tu kan, hopefully akan sentiasa wujud orang yang sudi supply 'kayu api' untuk aku..

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:03:00 PM Monday, February 23, 2009 1 orang dah komen

Friday, February 20, 2009

.:kuasa:.

dulu, aku percaya yang bila kita sangat mahukan sesuatu itu, kita akan sangat berusaha ke arah itu untuk mencapai benda tu.. memang sepatutnya macam tu pun.

tapi, aku tak tahu lah, pengaruh fyp dan proposalnya sangat pelik. lagi kita mahukan ia bergerak lancar dan selesai, lagi ia pergi jauh dan sukar untuk di capai.

dulu, aku pikir.. kalau orang lain blh buat, aku pun mesti boleh. itu pun memang betul..

tapi berdepan dengan fyp dan proposalnya, aku tak penah lagi jumpa orang @ senior yg datang dan cakap, "fyp ni senang je.."

dulu, aku pikir semua benda ni aku blh handle..

tapi, bila dengan fyp dan proposalnya, aku rasa, semua benda is out of control..

dulu, aku pikir, tak pe.. kita boleh mintak tolong dengan supervisor..

tapi, bila dengan fyp dan proposalnya, aku rasa aku hanya seorang diri.. sbb supervisor itu, walaupun sebanyak mana pun dia tolong, semuanya mesti bermula dengan kita sendiri.. tapi untuk mula dengan diri sendiri, kita perlulah ilmu yang teguh, kalau ilmu itu tidak cukup?

dulu, aku sangat bersemangat untuk membuat proposal ni sejelas yang mampu..

tapi sekarang, ia semakin menyedut semangat aku hari demi hari.. dan menggelapkan visi aku sehingga aku terpaksa merangkak dan meraba dalam gelap untuk teruskan perjuangan..

oh tuhan, bantulah aku..

tulisan hayati sekarang dah pukul 1:36:00 PM Friday, February 20, 2009 0 orang dah komen

Sunday, February 15, 2009

.:pendengar:.

aku tak ingat aku ada baca kt mana ntah, ada 1 artikel.. dah lama da benda ni, saje je aku nak cerita balik, kt situ dia tulis bagaimana untuk orang sukakan kita. bukan suka yang bercinta tu, tapi suka berkawan, macam bersosial la..

so, kepada yg anti-sosial tu, ada beberapa cara bagaimana untuk anda memulakan berkawan dan membuat orang di keliling anda sukakan kehadiran anda. yang pertama: tak de satu orang manusia pun yang tak suka bercakap pasal diri mereka sendiri. so, utk korang cari benda yang paling best utk start a conversation is to talk bout them, not you.. try la utk pay attention, walaupun mcm diorang ni asyik la cerita psl diri diorang, tapi make sure xlama sgt, sbb sesapa pun akan bosan dengar 1 orang yg berckp. pastu baru pelan2 masukkan isu2 yg lain. yg keduanya: rajin kan @ ringankan mulut korang utk puji orang2 yg demikian, sbb mereka takkan lupakan kita yg senang memuji ni, silap2 haribulan, diorang nak dgn kite je, almaklumlah, suka kena puji.. hmm.. yang ketiga dan seterusnya aku da tak ingat, sbb rasanya aku bc 2 ni je pun..

tp mmg seumur hidup aku, aku paling pantang kalau ada kwn baik yg xblh jd pendengar yg baik.. bila kite tak cerita, dia ckp kita ni main selindung2 pulak, tapi kalau kita ckp pun, mcm buang air liur je.. dia bukan dgr pun.. siap boleh tny, "ha? apa kau ckp td? aku xdgr.." mmg bengang kan? dari riak muka dia pun aku blh tau dia berangan, aku berenti tgh jalan pun dia diam je. hish, tp dia mmg kwn yg baik, cuma mayB bukan pendengar yg baik.. kot? mungkin jugak sbb tu hati aku tak boleh nk terima dia sbg my best friend, cuma sebagai kawan je.. tapi, dari dulu smpai saat ni, best friend aku yg paling best dan tiada tandingannya ialah..



mak aku.. sayang mak!
*rindunye nk blk umah..

(apa kaitan artikel 2 dgn pendengar? ntah le, dah lari tajuk..)

tulisan hayati sekarang dah pukul 8:07:00 PM Sunday, February 15, 2009 0 orang dah komen

Saturday, February 7, 2009

.:tidur:.

Masuk pkul 4 tadi, rasanya da lebih 33 jam aku tak tido, ini semua gara-gara lambat menghantar assignment AI.

tapi sekarang dah lebih pkul 4..


walaupun belakang tengkuk aku sudah berdenyut, tapi mata masih tak mau lelap.. lagipun da petang, x feel tido petang2 ni, nikmat tidur itu tidak sama dengan tidur malam. So,sementara tunggu malam atau lewat mlm skit, aku nak mengomel pasal peristiwa dan benda jadik kt aku sepanjang mata ini masih berkelip dan tidak mahu berehat..

rasanya sepanjang 33 jam tu, 30 jam dari padanya aku habeskan depan komputer.. memang sangat tidak sihat dan melesukan.. sampai satu tahap di mana tangan ini tidak mampu untuk menekan papan keyboard lagi.. ugh! Memang duduk di depan computer untuk jangka masa yang lama itu sangat tidak elok ok.. blh menyebabkan otot kita keras dan kaku. Tak tipu ni, sehingga boleh menyebabkan kemungkinan risiko darah beku.

Tapi.. apa nk buat, dah tuntutan pelajaran. Aku ni bukan manusia yang cerdik, bila di terang sesuatu konsep da blh terus generate coding dalam kepala otak, kena banyak pikir dan ketenangan, try and error lagi..

Dan.. terima kasih aku nak cakap kat kengkawan klasmate n senior yg mmg banyak sangat tolong aku, kalau korang xbgtau salah fahamnya, x taula bile benda tu blh betul. Ni jugak buktinya kalau sesuatu team itu memfully utilize kebolehan yang ada, mmg boleh buat dengan berjaya, tapi bukan mudah..

Dan aku jugak gembira kali ni, sbb dapat setelkan assignment programming tu, walapun lambat skit dari yang lain.. xpe la, tapi aku buat jugak kan.. tapi aku tak kisah kalau ada orang lain ambik kredit, kata teamwork, sbb report lak aku tak sentuh langsung.. kira fair and square la kan?

Lama aku taip post ni.. sambil layan movie “Horton Hears a Who”. Smpai boleh termenangis lak bila mayor tu terkejut dgn kebolehan anak lelaki dia yang sentiasa senyap and be proud of him. Tula, dalam hidup ni, kite tak perlulah sentiasa menonjol, cume menonjol bile perlu je.. itu apa yang aku rasa la.. sama lah jugak mcm bercakap bila perlu je, bila da banyak sangat benda yang tak perlu tu di cakap, abes kluar segala benda2 yang merepek.. perlu ke tu? Kalau aku cakap aku ni pendiam, mesti orang kata aku puji diri lak. Consider aku ni pun banyak cakap jugak, so nasihat ni memang untuk diri aku jugak.. harapnya lepas ni nurhayati itu dapat menjadi orang yang lebih baik dan hanya bercakap bila perlu..

tulisan hayati sekarang dah pukul 7:39:00 PM Saturday, February 7, 2009 0 orang dah komen

Sunday, February 1, 2009

.:ganti:.

Aku rasa setiap benda itu Allah jadikan ada penggantinya. Ada sesetengah pengganti itu lebih baik dari yang sebelumnya, dan ada jugak sebaliknya. Tapi memang pengganti itu takkan sama dengan yang asal..

Dalam situasi aku, lecturer aku telah diganti dengan lecturer yang baru. Bukan sorang tapi dua. Sorang ialah lecturer design and analysis of algorithm(dna). First lecturer dia memang agak best, sbb dia phm classmate aku semuanya mempunyai skill programming yang sangat ‘power’, so semuanya dia ajar dengan detail dan sebijik2. Di tukar pulak dengan lecturer yang baru.. mungkin best tapi still tak blh menandingi lecturer yang sebelumnya. Beliau ni dah lama tak mengajar, mungkin sebelum ni belajar, aku pun tak tahu. Approach dia utk ajar kitorg supaya lebih phm, senang je, kitorang la jadik cikgunya- kite yang kena terang balik kat dia lepas dia ajar..kira macam output learning la.

Lecturer yang kedua pun sama (security), di tukar dari seorang lecturer yang garang tapi sporting abes, suka cerita lak tu, cuma nada dia cerita tu yang garang.. tapi bagi aku beliau tetap best la sbb dalam garang2 dia pun, pandai gak buat lawak. Dan satu-satunya klas yang aku tak pernah lagik berangan..utk sem ni. Ditukar pulak dengan lecturer baru abes pantang, suaranya memang lembut tapi.. mak aih.. ayat pedas tu! Memang totally different degan yang sebelumnya. Ajar pun ekspress je.. mungkin jugak sbb klas kitorang dengan dia tak banyak..

Tapi, walau camne lain pun 2 orang lecturer baru ni dari yang sebelumnya, aku harap aku dapat la nak adapt dengan cara pengajaran diorang.. bila dah tukar orang ni, kita pun kena la tukar cara pembelajaran kite.. ye dak?

Alang-alang dah cite pasal lecturer ni, aku nak cite pulak pasal seorang lecturer aku yang mmg super duper best. Beliau ni ngajar history and philosophy of science, nape kitorang blaja benda ni aku pun tak tau.. mungkin sbb nk student lebih menghargai dan mengenali science kot? Anyhow, lect ni slalu sangat ajak kitorang muhasabah diri.. aku memang suka bab-bab muhasabah diri ni. since kitorang pun blajar falsafah, memang relate dengan Allah sebagai pencipta sains.. kebetulan suara dia macam ala-ala dr fadzilah kamsah. Best tau bila dpt dgr kata-kata ustaz ni yang selalu bg motivasi. Dia pun slalu ajak kitorang untuk lihat sesuatu kejadian itu dari perspektif yang lain. Dan yang paling penting, dia slalu kata, “ilmu itu untuk di amalkan supaya menjadi manfaat, bukan untuk dihafal.. “ sebab tu dia jarang bg assignment, dia lebih banyak bercerita untuk pahamkan kitorang.. best kan?

tulisan hayati sekarang dah pukul 9:38:00 PM Sunday, February 1, 2009 0 orang dah komen
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

aku

My photo
hayati
ini tulisan hati..
View my complete profile

yg sudah lepas

  • ►  2013 (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (9)
    • ►  September (2)
    • ►  July (3)
    • ►  May (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2011 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  February (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2009 (67)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ▼  February (7)
      • .:gelagat:.
      • .:break:.
      • .:faham:.
      • .:kuasa:.
      • .:pendengar:.
      • .:tidur:.
      • .:ganti:.
    • ►  January (4)
  • ►  2008 (44)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (5)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2007 (28)
    • ►  December (5)
    • ►  November (10)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

kengkawan

  • life of mine
    This journey is about ...
    8 years ago
  • Ceritera Warna Warni Kehidupan
    Saran Memasak Untuk Membantu Anda Untuk Memimpin Hidup Baik
    10 years ago
  • Angela's bloggie || http://angelalpev.blogspot.com
    13 albums of 2013.
    11 years ago
  • ^ sUaRa TaNpA bUnYi ^
    ^ sYukuR ^
    12 years ago
  • pocket full of sunshine
    151 days!
    13 years ago
  • :::.listen to my heart.:::
  • permulaan

singgahan tetap

  • Freewebcomic
    PHP Web Development Beneficial For Online Business
    2 years ago
  • Perempuan Jomblo
    Dah besar dah
    7 years ago
  • Work Hard Play Hard
    Sedia Keripik Pare Tidak Pahit
    10 years ago
  • ini fynn jamal cakap.
    kontradiksi
    11 years ago

mereka ini

 
© 2011 breakprimetime