petang td, aku datang klas lambat sebab struggle siapkan assigment and template utk literature review, ramai jugak yang kecundang dan mengambil keputusan untuk tidak datang klas langsung.. tapi masih ramai yang kuat semangat untuk datang.. tak seperti klas security pagi tu yang hanya 11 orang sahaja yang datang.. anyway, aku datang lambat setengah jam tu, kalau diikutkan time exam, dah boleh kena halau dah. mula2 memang sangat kecut perut untuk masuk klas, tapi aku masuk gak, dari menyakitkan hati guru yang nak bagi ilmu tu.
bila masuk je, time tu en ahmad tengah cerita pasal apa pun aku xtau, dah kata pun masuk lmbt. tak lama lepas tu, dia start cite pasal study life dia. ayat yang paling aku ingat dan telah menenangkan aku, " saya tahu kamu rasa susah, tapi kamu kena ingat, benda ni, senior kamu semua melalui benda yang sama dan mereka berjaya.. kamu pun boleh buat." dan ada beberapa lagi ayat2 yang banyak pulihkan semangat aku. rasa macam tercas semula..
terima kasih tuhan..
pastu lagi, en ahmad cita lagi pasal hidup dia kat US. aku dulu memang bercita-cita nak sambung master, kalau ada rezeki.. tapi bila dah menghadapi dugaan yang macam ni untuk degree, aku tak dapat bayangkan dugaan time master kang.. tapi Dia lebih tahu semuanya, hanya kepada Dia je aku mintak..
dan alhamdulillah, sejak kebelakangan ni, ramai pulak manusia yang wujud datang berikan aku nasihat.. bagi aku, nasihat tu macam kayu api untuk bakar semangat aku.. bila kayu api tu dah jadik abu, mesti la kita nak topup kayu tu kan, hopefully akan sentiasa wujud orang yang sudi supply 'kayu api' untuk aku..
1 orang dah komen:
berikanlah peringatan, sesungguhnya peringatan itu ada manfaatnya bagi org2 yang beriman.
Post a Comment