skip to main | skip to sidebar
this is me

Wednesday, March 25, 2009

.: cerita seorang kawan :.

Aku ada seorang kawan. Dia ini aku rasakan seorang manusia yang baik dan pandai.. dan cukuplah setakat itu..

Tapi mungkin ada sesuatu yang dicarinya sehinggakan membuatkan dia mencari sesuatu atau membuat sesuatu yang pelik. Mungkin juga benda yang dicarinya itu tiada di antara kami kawan-kawannya, aku pun tak pasti.

Dia ini juga aku kira sebagai manusia pelik…

Dulu, aku pernah cuba untuk memahami dia, untuk jadi kawanlah konon. Tapi dia ini.. entahlah, seperti yang aku cakap sebelum ni.. pelik!

Aku fikir, jika dia ini seorang manusia yang baik, kenapa tiada seorang manusia pun yang aku jumpa senang dengan kehadiran dia?

Jika dia ini kawan yang baik, kenapa semua kawan-kawannya mengata dia di belakang? Kata-katanya juga pelik.. aku memang tidak boleh kenal dia..

Ada kawan aku menggelarkan dia ini ‘drama queen’, sebab dia ini suka sangat create scene di sesuatu tempat atau situasi.. come on gurl, grow up la skit..

Ada juga blog kawan-kawan aku yang menceritakan perihal dia..

Sekarang baru aku paham, kamu ini sukakan perhatian rupanya.. kesian, kamu tidak berani untuk mengatakan benda itu sejujur-jujurnya..

Dia ini ada dalam dalam gambar ini.. senyumannya nampak macam dia bahagia, tapi siapa tahu hatinya?



tulisan hayati sekarang dah pukul 6:02:00 PM Wednesday, March 25, 2009 0 orang dah komen

Tuesday, March 24, 2009

.: apakah ini? :.

sabtu lepas, aku sempat balik sekejap. walaupun berlambak-lambak assignment yang menghantar aku pulang dan balik, aku nak jugak balik. yelah, rindu aku di rumah sahaja ubatnya.

malam tu, aku tengah lepak-lepak kat bilik, aku ternampak sesuatu di celah-celah magazine dan katalog..

mau teka apa yang aku jumpa?




buku apa ni?




ia adalah sebuah novel!

dan aku rasa ia sangat giler, sebab ia lebih tebal dari kamus classic aku!




sebanyak mana pun minat aku pada membaca, aku belum tentu akan habis membaca buku ini, sebab sedangkan kamus itu pun aku masih belum habis baca..

tapi walau macammana pun, aku sangat berkobar untuk mula membaca buku ini, kerana aku mau tahu apa yang penulis ini sampaikan sehinggakan bukunya melebihi ketebalan kamus, ataupun ia hanyalah longgokan kata-kata yang ditulis semata-mata ingin menyumbang kepada ketebalan novel itu, wallahualam.. aku tidak mahu menilai, kerana itu bukan kerja aku, itu hak Dia..

tulisan hayati sekarang dah pukul 6:09:00 PM Tuesday, March 24, 2009 0 orang dah komen

Wednesday, March 18, 2009

.:kesedaran sivik:.

Isnin lepas abes klas proposal fyp, aku sorang-sorang pegi beli barang di pkns. Naik bas pada pukul 6, di uitm, keadaannya ialah lebih teruk sedikit dari setin sardin yang penuh dengan ikan sardin, dan ada ikan lagi yang ingat dia muat untuk masuk dalam tin tersebut. Walau bagaimana pun, ikan tu bukan aku, sebab aku naik kat fac aku, time tu sudah semestinya tak ramai orang sangat.

Sampai kat bus stop mawar, orang berduyun-duyun naik dan turun. Aku pun cariklah tempat duduk, ha, dapat! Kat tempat untuk warga emas dan orang kurang upaya tu. Aku fikir semua pengguna RapidKL di uitm sudah semestinya muda dan so far, dalam bas yang aku naik ketika itu tiada kelihatan orang kurang upaya.

Berhenti lagi dekat perindu, yang mana rasanya memang 2/5 consumer tetap adalah mereka yang belajar kat fac dekat2 sinilah. Ok, time ini, naik seorang pakcik yang tua. Apa pakcik itu buat kt uitm? Aku tak tau. Camne aku tau dia ini seorang pakcik? Sebab rambut dia pulau dan beruban, jadik aku pikir, dia ini kira kategori warga emas, yang mana kalau naik bas itu kenalah di utamakan tempat yang aku sedang duduk itu.

Tapi malangnya, pakcik tu berada lebih 1 meter setengah dari aku, ingat situasi ikan sardin tadi? Camne aku nak bergerak di celah-celah manusia yang padat itu. Kebetulan di tempat pakcik itu berdiri, ada 2 lagi tempat untuk warga emas dan kurang upaya ini diduduki oleh 2 orang student lelaki. Sebelah aku pulak makcik cleaner. Aku pikir makcik cleaner itu mesti kurang civic minded, sebab dia lebih rapat dengan pakcik daripada aku, kenapa dia tak bagi pakcik itu duduk. But on the second thought, mungkin makcik cleaner itu pun consider diri dia warga emas gak, hmm, boleh jadi.. aku tak taulah, sebab aku tak sempat tengok muka dia, aku hanya tau dia itu makcik cleaner, macam mana aku tau? Ntah, naluri kot!

Tapi paling aku kecewa, 2 student lelaki itu yang terang-terangan boleh berdiri dan memberi tempat duduk kepada pakcik itu, jarak mereka hanya setengah depa sahaja! Sungguh tak gentlemen, low civic minded dan biadap! Geramnya aku. Lepas tu boleh pulak buat-buat tengok jalan kat depan.. sabar yati, sabar. sampai kat seroja, aku tengok aliran manusia, kalau ramai yang turun dan kosong skit, memang aku bangun. Tapi again, kurang dari 10 orang yg turun dan xberubah pun kepadatan dia.

Berhenti lagi dekat baiduri, nampak je orang turun, terus aku berdiri dan buat2 nak turun. Aku cuit pakcik tu, ‘ pakcik, duduklah’, kalau ikutkan hati, nak je aku menjeling kat budak lelaki yang selamba kat depan tu, nasib baik muka korang tak hensem.. (xde kaitan). Lepas tu pakcik tu cuit aku balik, ‘terima kasih ye’. Senyum. Aku fikir, pakcik ni memang tunggu orang bagi dia tempat duduk rupanya.

Situasi ni bukan kali pertama yang aku nampak, dah banyak kali dah. aku ingatkan, bila di insitusi pengajian tinggi macam ni, takdelah situasi di atas terjadi. Malangnya, terjadi juga, bilalah agaknya generasi muda ni nak sedar (aku tau aku pun dalam golongan tu juga). Diorang ni tak pernah tengok ke iklan yang selalu tayang dalam bas tu, pasal ajaran Islam Hadhari, pembelaan terhadap kaum wanita dan kaum minoriti? Ke korang semua hanya tengok kartun plastisin bodo dan beruang kutub dungu itu sahaja?

tulisan hayati sekarang dah pukul 3:44:00 AM Wednesday, March 18, 2009 0 orang dah komen

Friday, March 13, 2009

.: ada apa dengan keturunan? :.

siapa kata keturunan tak penting? dalam mencari pasangan, keturunan adalah elemen yang perlu diambil berat. Yelah, mana tau kot-kot ada yang terkahwin dengan keluarga sendiri ke, dan ia juga salah satu untuk pastikan pasangan kita tu dari keturunan yang baik-baik. Takdelah jadik pembunuh ke, pengkhianat negara ke, whatsoever.. tapi rasanya dalam mencari jodoh, aspek keturunan campuran @ dari luar negara tak perlu diberi perhatian sangat..

tapi, aku tak paham kenapa sesetengah pihak sangat mementingkan keturunan untuk menentukan kedudukan. Maksud aku, tak kisahla datuk atau nenek aku berasal dari mana, campuran mana, tapi kita semua still orang Islam kan? Walaupun keturunan korang tu kot-kot ada dari keturunan saudagar arab la kononnya, tapi, ibadat kita semua still dikira dari segi kualiti kan? Tak de pun kata kalau dari keturunan cina, camni penilaian ibadat dia, orang kulit hitam lak camni.. serius tak paham dengan pemikiran sesetengah pihak ni.. Allah jadikan kulit manusia itu berbeza-beza bukan untuk dibezakan kedudukannya, tapi untuk menunjukkan kekuasaanNya dan supaya kita saling mengenali.. kan?

Dari segi rupa, of course it does matter. Memang la orang yang berketurunan campuran ni lebih cantik, tapi rasanya kalau orang Melayu sendiri tak kurang cantiknya. Kenapa perlu dibanggakan sangat dengan keturunan? Lainlah kalau keturunan korang di antara pihak yang berjuang untuk negara ke, mati di medan perang ke, keturunan raja ke, ha.. aku rasa kalau yang macam tu, perlu la untuk diperkatakan, tapi ini.. ‘moyang aku orang arab’, ‘ atuk aku dulu dia orang cina datang berdagang dekat sini’, ‘nenek moyang aku dulu orang putih’,’dulu moyang aku kawin dengan orang jepun’.. aku rasa tak perlu lah nak diungkitkan hal-hal tu suma..

aku bukan berniat nak merendahkan keturunan korang ataupun merendahkan nilai sesuatu keturunan, tapi rasanya benda itu tak perlu dibanggakan, cukuplah kalau korang simpan cerita tu untuk anak cicit korang kang. Perlu ke aku cakap yang keturunan aku dulu datang dari mana untuk jelaskan kedudukan aku? Tak perlu ok? Dan lagi satu, rasanya kalau yang betul-betul berasal dari tanah melayu, semuanya orang asli kot.. kita semua ni memang datang dari keturunan yang campuran, so, what's the big deal? Yang penting kita semua orang melayu dan hidup di negara Malaysia. Buang semua perasaan penilaian keturunan dan layan semua orang equally..

ini apa yang aku lihat dan rasa je, tak mintak korang setuju pun..

tulisan hayati sekarang dah pukul 7:58:00 AM Friday, March 13, 2009 0 orang dah komen

Tuesday, March 3, 2009

.: fesmel :.

salah satu sebab kenapa duduk di hostel itu sesuatu yang best, bagi aku.. sebab ia penuh dengan pengisian. memang la kita semua sibuk, tapi sesibuk mana pun, kita mesti akan spend time untuk bersosial kan.. unless wujud manusia yang totally 100% focus on study and say no to other not-study-related stuff, kalau ada, anda memang dapat penghormatan dari aku..

anyway, berbalik kepada hostel, salah satu pengisian dia: festival melati @ fesmel. macam biasa, kepada semua, aktiviti ni semua mestilah untuk mendapatkan kupon, which is very important. tapi pada masa yg sama, aku turut have fun and at the same time, dapat kumpul kupon, best kan?

tak nak cakap banyak, korang layan je gambar ni..







korang dapat tak bayangkan situasi semasa mengambil kupon? speechless!

tulisan hayati sekarang dah pukul 9:25:00 PM Tuesday, March 3, 2009 2 orang dah komen

Sunday, March 1, 2009

.:fyp dan...:.

Kebetulan aku masih di dalam proses melayan prison break di waktu senggang aku yang sempit ni.. dulu aku sangat berkobar untuk menghabiskan cerita ni, tapi bila dah nak abes, rasa macam sayang pulak nak tengok yang selebihnya..

Apapun, aku rasakan kesan prison break ni ada penambahbaikan kepada diri aku (thanks to apis yang supply series ni).. bila kita dah membenarkan mata kita untuk melihat benda2 yang jarang orang terpikir nak buat, of course la minda pun ligat imagine.. dah kata pun imaginasi. Memang aku mengakui kadang-kala minda aku ni berpikir secara tidak logic, sebab dah tengok pun benda yang agak kurang logiknya.. benda2 yang simple pun kite akan lihat susah. Dulu, time sem 4, anis penah ckp aku ni suka sangat pikir benda yang kompleks.. Tak tahu lah interpretation dia terhadap benda yang aku lihat ada kreatif dan berpotensi itu kompleks. Ataupun cara penerangan aku yang mengkomplekskan keadaan? Tak tahu lah mana satu. Tapi satu nikmat yang Allah bagi sama rata pada semua, nikmat untuk berimaginasi. Manusia bebas berfikir semustahil mana pun, tapi kalau dengan tekad dan usaha untuk melaksanakan imaginasi korang tu.. memang sangat tak mustahil.

Rupa Michael scofield yg sangat menawan hati tu dah jatuh tangga yang jauh dari tujuan aku tgk prison break ni.. walaupun suatu ketika dulu, wajah dialah yang membuatkan aku tak jemu-jemu melihat series yang dikatakan semakin merepek ini. Macam mana dia boleh come out with the solution tu yang sangat menarik. Rasanya itulah tarikan utama, walau secara terang-terangan ada benda yang sangat tidak logic. Tapi, tak salah untuk kita fikir yang mustahil kan?

dia ini mmg sangat hensem kan?

Since post aku lately pun pasal fyp yang aku dah semakin boring untuk ungkitkan, memang boleh nampak sangat kaitan antara fyp dan prison break.. kedua-duanya memerlukan imaginasi yang tidak melepasi garisan mustahil, dan ketekunan untuk expect the unexpected. tapi tulah.. sehingga saat ni, aku tengok selalunya scofield akan berjaya pikirkan sesuatu ketika dia sangat stress.. something that I am not! Tapi, tak mustahil aku akan menjadi berbelit seperti dia.. ngeh3x! Cuma di harapnya aku tidaklah menghadapi penyakit haratoma (bedal je) or whatever they call it...

tulisan hayati sekarang dah pukul 9:08:00 PM Sunday, March 1, 2009 0 orang dah komen
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

aku

My photo
hayati
ini tulisan hati..
View my complete profile

yg sudah lepas

  • ►  2013 (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (9)
    • ►  September (2)
    • ►  July (3)
    • ►  May (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2011 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  February (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2009 (67)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ▼  March (6)
      • .: cerita seorang kawan :.
      • .: apakah ini? :.
      • .:kesedaran sivik:.
      • .: ada apa dengan keturunan? :.
      • .: fesmel :.
      • .:fyp dan...:.
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2008 (44)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (5)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2007 (28)
    • ►  December (5)
    • ►  November (10)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

kengkawan

  • life of mine
    This journey is about ...
    8 years ago
  • Ceritera Warna Warni Kehidupan
    Saran Memasak Untuk Membantu Anda Untuk Memimpin Hidup Baik
    10 years ago
  • Angela's bloggie || http://angelalpev.blogspot.com
    13 albums of 2013.
    11 years ago
  • ^ sUaRa TaNpA bUnYi ^
    ^ sYukuR ^
    12 years ago
  • pocket full of sunshine
    151 days!
    13 years ago
  • :::.listen to my heart.:::
  • permulaan

singgahan tetap

  • Freewebcomic
    PHP Web Development Beneficial For Online Business
    2 years ago
  • Perempuan Jomblo
    Dah besar dah
    7 years ago
  • Work Hard Play Hard
    Sedia Keripik Pare Tidak Pahit
    10 years ago
  • ini fynn jamal cakap.
    kontradiksi
    11 years ago

mereka ini

 
© 2011 breakprimetime