Sampai kat bus stop mawar, orang berduyun-duyun naik dan turun. Aku pun cariklah tempat duduk, ha, dapat! Kat tempat untuk warga emas dan orang kurang upaya tu. Aku fikir semua pengguna RapidKL di uitm sudah semestinya muda dan so far, dalam bas yang aku naik ketika itu tiada kelihatan orang kurang upaya.
Berhenti lagi dekat perindu, yang mana rasanya memang 2/5 consumer tetap adalah mereka yang belajar kat fac dekat2 sinilah. Ok, time ini, naik seorang pakcik yang tua. Apa pakcik itu buat kt uitm? Aku tak tau. Camne aku tau dia ini seorang pakcik? Sebab rambut dia pulau dan beruban, jadik aku pikir, dia ini kira kategori warga emas, yang mana kalau naik bas itu kenalah di utamakan tempat yang aku sedang duduk itu.
Tapi malangnya, pakcik tu berada lebih 1 meter setengah dari aku, ingat situasi ikan sardin tadi? Camne aku nak bergerak di celah-celah manusia yang padat itu. Kebetulan di tempat pakcik itu berdiri, ada 2 lagi tempat untuk warga emas dan kurang upaya ini diduduki oleh 2 orang student lelaki. Sebelah aku pulak makcik cleaner. Aku pikir makcik cleaner itu mesti kurang civic minded, sebab dia lebih rapat dengan pakcik daripada aku, kenapa dia tak bagi pakcik itu duduk. But on the second thought, mungkin makcik cleaner itu pun consider diri dia warga emas gak, hmm, boleh jadi.. aku tak taulah, sebab aku tak sempat tengok muka dia, aku hanya tau dia itu makcik cleaner, macam mana aku tau? Ntah, naluri kot!
Tapi paling aku kecewa, 2 student lelaki itu yang terang-terangan boleh berdiri dan memberi tempat duduk kepada pakcik itu, jarak mereka hanya setengah depa sahaja! Sungguh tak gentlemen, low civic minded dan biadap! Geramnya aku. Lepas tu boleh pulak buat-buat tengok jalan kat depan.. sabar yati, sabar. sampai kat seroja, aku tengok aliran manusia, kalau ramai yang turun dan kosong skit, memang aku bangun. Tapi again, kurang dari 10 orang yg turun dan xberubah pun kepadatan dia.
Berhenti lagi dekat baiduri, nampak je orang turun, terus aku berdiri dan buat2 nak turun. Aku cuit pakcik tu, ‘ pakcik, duduklah’, kalau ikutkan hati, nak je aku menjeling kat budak lelaki yang selamba kat depan tu, nasib baik muka korang tak hensem.. (xde kaitan). Lepas tu pakcik tu cuit aku balik, ‘terima kasih ye’. Senyum. Aku fikir, pakcik ni memang tunggu orang bagi dia tempat duduk rupanya.
Situasi ni bukan kali pertama yang aku nampak, dah banyak kali dah. aku ingatkan, bila di insitusi pengajian tinggi macam ni, takdelah situasi di atas terjadi. Malangnya, terjadi juga, bilalah agaknya generasi muda ni nak sedar (aku tau aku pun dalam golongan tu juga). Diorang ni tak pernah tengok ke iklan yang selalu tayang dalam bas tu, pasal ajaran Islam Hadhari, pembelaan terhadap kaum wanita dan kaum minoriti? Ke korang semua hanya tengok kartun plastisin bodo dan beruang kutub dungu itu sahaja?
0 orang dah komen:
Post a Comment