skip to main | skip to sidebar
this is me

Friday, May 29, 2009

.: pergi :.

pergi itu pasti..
perpisahan itu pasti..
kematian itu pasti..

tak kira manusia itu tua atau muda..
Izrail itu tak mengenal usia kan?
dia hanya pelaksana yang Esa..

kita, si pembuat dosa..
bila mahu bertaubat?
bila mahu jelik dengan dosa?
bila mahu berhenti?

aku, tak nak pergi sebelum bertaubat..
tak nak pergi dalam ketandusan iman..
tak nak pergi sebelum dosa aku terampun..

jadi, jika aku sakiti kamu, ampunkan aku eyh?
aku tak tahu bila aku pergi..
cuma aku tahu kematian itu pasti..
aku nak pergi dengan bersih..

entri ini bukan mengenai sesiapa..
cuma mengenai makhluk Dia yang teringatkan dosanya yang menggunung..
tidak pasti bila gunung itu akan tandus..
oh tuhan..
tiba-tiba malam ini aku kembali sedar..
terima kasih kepada si asing yang ingatkan aku dengan kematian..
terima kasih kerana temukan aku dengan entrinya..
kamu juga perlu baca kalau kamu mahu taubat itu..

noktah.

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:17:00 AM Friday, May 29, 2009 2 orang dah komen

Thursday, May 28, 2009

.: rasa aku :.

Ingat tak dulu aku penah tulis pasal aku tak brape suka buat penilaian tentang manusia? Tapi, sekarang ni, kalau la korang rajin sikit mengoogle, korang akan nampak banyak sangat link pasal personaliti berdasarkan kelakuanlah, tarikh lahir, tahi lalat and banyak lagi benda-benda yang merepek. Itu semua bagi aku juga adalah satu satu dari bentuk penilaian.

Bagi aku personally, kalau korang nak cakap atau buat pape pun, itu hak korang, dosa dan pahala masing-masing kan? Korang suma dah mencapai baligh.. takkanlah tak boleh nak bezakan antara halal dan haram.. kan? Kalau kamu masih tak tahu apa dosa untuk membuka aurat atau dosa tinggal solat, rajin-rajinlah google.. dari balasan neraka sampai dalil suma ada.

Tapi yang aku nak cakap ni pasal penilaian.. again, aku memang tak suka buat penilaian. Tapikan, katakanlah korang luahkan sesuatu pada aku dan mintak pendapat aku pulak tu.. bukan ke pendapat aku tu dibuat berdasarkan penilaian aku terhadap cerita korang?

Pendapat=penilaian= pemerhatian+anggapan <-- tidak benar

Bagi aku penilaian datang dari pemerhatian. Pemerhatian datang dari sikap manusia yang selalu berfikir ataupun manusia yang cuba mentafsir niat disebalik tingkah laku seseorang, dan lantas membuat keputusan.. ‘oh, kalau seseorang manusia bersikap demikian, dia mesti begini orangnya’. Itu pula dah menjurus kepada penilaian personaliti seseorang yang aku cakap seperti mula tadi.. nampak tak?

Pendapat itu perlu, tapi ia bukan konklusi terhadap sesuatu.. ia hanyalah pendapat mengenai sesuatu situasi dan tidak semestinya betul

Kadang-kadang, pemerhatian itu pun perlu, tapi jangan mengklasifikasikan pemerhatian yang korang buat itu, sebab tak semua perbuatan manusia itu dalam pemerhatian korang. Dalam kata yang lain, jangan ingat korang tahu semua pasal seseorang manusia.. dan dalam kata yang lain lagi.. kita tak boleh nak menilai seseorang itu berdasarkan apa yang kita nampak je, sebab mungkin ada aspek lain yang dia tak tunjuk kepada kita. Hanya satu je yang tahu dan lihat semua ni.. sebab tu hanya Dia je yang boleh menilai.. kita ni siapa mahu nilai orang?

kesimpulan: kalau kamu minta aku bagi pendapat, itu hanya rasa aku.. kalau kamu rasa macam tak setuju, terpulanglah.. ada aku paksa?

nasihat pada diri dan kamu: kalau agak-agak pendapat tu macam akan menyakitkan hati orang.. perlu ke kamu beritahu perkara itu pada dia untuk pastikan dia sakit hati atau tak?

tulisan hayati sekarang dah pukul 10:25:00 PM Thursday, May 28, 2009 0 orang dah komen

Tuesday, May 26, 2009

.: tenteram :.

saat ini hati aku ni tak tenteram betul..
semua benda nampak tak kena duduknya..
hati ini masih belum mahu reda degupannya..

*bingung*

mungkin hari ni aku banyak buat benda lagha kot..
ke sebab aku tak start lagi fyp development.. haih! ni lagi dasat..
ke sebab hari ni aku mimpi result dah keluar.. mimpi ni boleh percaya ke?
ke sebab hari ni aku dapat tahu ada orang suka tiru aku serba serbi? konpius dengan identiti sendiri ke ataupun xde identiti?
ke sebab hari ni aku tak cukup tidur?
ke sebab hari ni aku rasa tak puas hati hantar assignment ethics carca-marba?
ke sebab hari ni aku macam.. macam.. macam.. macam2?

~sigh~

tolong aku boleh?

**tetiba aku sangat teringin nak makan nasik beriyani.. ape kaitan?! T-T

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:17:00 PM Tuesday, May 26, 2009 1 orang dah komen

Saturday, May 23, 2009

.: kenduri lagi :.

lupa nak update pasal seorang lagi sepupuku telah selamat menamatkan zaman bujangnya.. kenduri ni dah lama, time aku tengah exam hari tu. hmm, dah ramai dah cucu tok ayah yang dah kawen, ramai jugak yang dah habis belajar dan bekerja. kali ni yang kawin ialah kakak sepupu aku atau lebih mesra dengan panggilan kakyong.




for me personally, saat yang paling menyentuh hati mestilah time akad nikah tu dan ada lafaz yang di baca oleh ibu dan bapa kepada anak perempuan.. sedey gile time tu. kakyong anak yang sulung pulak, mesti la macam rasa sedih nak lepaskan. mungkin jugak tu air mata kegembiraan, sape tahu hati pak lang n maklang kan..

ini pulak time persandingan..




time ni, tak kurang jugak ada pak-pak sedara yang menyakat aku bile pulak giliran aku untuk buat kenduri? aih, kaklong pun tak lepas lagik, aku jugak yang kena.. huhu, aku tau diorang ni suka sakat anak-anak buah depa ni, pastu bila kami tersengih malu, dok bantai gelak kuat-kuat.. and this is my big family that i loved!

paling tak disangka-sangka, terjumpa dengan my long lost friend, najlaa. lupa pulak maklang n mak najlaa ialah kenalan rapat. rumah aku n najlaa tersangatlah dekat, kalau jalan kaki pun xsampai 10 minit, tapi sebab dia study kat uia, aku plak kat shah alam, bila balik rumah, tersangatlah 'rajin' nak berjalan, maka kami ini memang sangat jarang berjumpa. but seriously girl, i'm missing u!



kamu masih ingat tak kenapa aku cakap aku sangat sukakan majlis perkahwinan? sebab inilah, dapat peluang jumpa dengan family yang kebanyakannya selalu hanya jumpa setahun sekali je.. time raya, itupun kalau suma baliklah. even tho rumah kami pun dekat-dekat je, tapi semua pun paham dengan kesibukan masing-masing kan?




tulisan hayati sekarang dah pukul 12:02:00 AM Saturday, May 23, 2009 5 orang dah komen

Tuesday, May 19, 2009

.: 1st impression :.

ingat tak semalam aku ada tulis pasal ketidakhadiran aku ke 1st klas ethics? turned to be more than 10 ppl yang tak datang.. ish ish, tengok, kan aku dah cakap, memang sebab kelalaian manusia tersebut. takpe, abaikan dia..

yang jadi lecturer untuk subject ni ialah PM H******* (dalam blog boleh ke publish nama orang sesuka hati?). before masuk klas aku dah survey kat fizah pasal lecturer sorang ni, dan adalah jugak dengar cakap-cakap skit pasal dia. lama tu tunggu kehadiran yg lect ni, tapi xpe, since i can enjoying finishing the novel by niall williams. sampai mengantuk la aku baca dek menunggu kehadiran my lect ni.. hmm

sampai je, beliau introduce diri, tanya pasal apa ramai yang tak datang, how he cannot tolerate late comers, ppl who are not attending the 1st class and other stuff.. ok, this is my 1st impression--> betul la kata fizah!

lepas tu, klas time intersesi ni kan 3 jam, suppose 9-12, tapi beliau datang lambat, dalam 10.30 camtu la, dan sepanjang masa tu, beliau asyik bercakap dan bercakap. orang kata memang takde break, tak de nak berenti minum air suma tu, cuma berenti kejap time ada orang kol dia kot.. dan tajuk yang menjadi bualan dia ialah current issue, termasuk jugak pasal technology and humanity <-- i totally loved it! bayangkan, aku langsung tak prasan masa cepat sangat berlalu, sedar2 je da 12.30 lebeh2.

2nd impression: i like him! best sangat dengar dia cakap, macam orang yang sangat banyak ilmunya.. waa.. giler best!

itula, kata orang, jangan menilai seseorang tu sebelum kita kenal dia, lagipun kita ni sapa nak menilai orang kan? tinggi sangat ke kedudukan kita sampai bagi kita hak untuk membuat penilaian tu? (adoih, banyak gak terkena kat diri sendiri ni) --> mintak ampun encik!

kesimpulan aku sekarang: aku dah tak nak dengar pendapat orang pasal orang, boleh? aku nak kenal sendiri orang tu dan penilaian.. aku tak nak buat, tapi kalau kite cite pasal dia.. sama ke dengan penilaian? <-- entah, tak tahu!

mungkin jugak ni balasan Allah pada aku sebab pikir yang bukan-bukan pada lect kot, ada sesuatu telah berlaku.. sekarang ini saye sangat marah dengan sendiri sambil menjerit dan merepek yang bukan-bukan, nasib baik saya seorang diri di dalam bilik. botol air yang mengandungi air sebanyak 500 ml telah tertumpah di dalam beg dan aku tidak perasan langsung, sehinggalah beberapa minit yang lepas.. haihh! dan beg itu pulak aku letak atas katil.. dan ye, katil saya jugak basah!




prasan tak cadar itu basah? ia bukan basah sahaja, ia lencun!


yang bengangnye, di dalam beg itu ada buku ethics yang aku baru beli tapi belum bayar pun lagi.. aku baru je beli pembalut buku, konon mau protect buku yang baru itu daripada anasir-anasir kotoran, tapi ia basah pula.. sedeynyee!



kebengangan tahap dua: novel aku pun basah skali.. geram tahap gaban!



ayat pujuk diri--> nasib baik air itu hanya air masak.. kalau air ribena?

tulisan hayati sekarang dah pukul 5:27:00 PM Tuesday, May 19, 2009 2 orang dah komen

Monday, May 18, 2009

.: perkara hari ni :.

hari ini sepatutnya first day intersesi, tapi disebabkan kelalaian manusia, dan mungkin salah aku jugak, aku tidak dapat datang untuk first klas, memang sangat sengal bila dipikirkan semula. oleh itu, marilah kita melupakan perkara sengal tersebut..

apapun, aku nak tunjukkan hasil kad jemputan aku yang tak seberapa. kad ini dibuat untuk cekgu-cekgu sekolah menengah aku, untuk jemputan reunion pada 27 jun kang. aku buat sendiri okeh, dan ini adalah kali pertama, memang sangat tak puas hati sebab ada yang tersalah potong, layout lari segala, tapi aku terima segala yang berlaku, memang kelemahan aku pun, lagi pun masih tak pro bab-bab printing layout ni..



aku guna paper gold, lepas print 1 page tu, nampak macam gold ticket dalam movie charlie and the chocolate factory tu.. hehe, agak cun gak la.. tapi rasanya sebab paper tu kot. aku buat simple je, sebab nanti takut nampak macam sarat. lagi 1 takut ada cekgu yang salah paham, ingat tu kad kenduri kawin lak, sebab paper dia macam gold kilat-kilat. kalau aku buat saiz besar skit dari yang aku guna sekarang ni, konfem orang ingat kad jemputan kawin.




saiz kad dan pemilihan jenis paper, font n segala tu main redah je, ikut sesuka ati aku.. hoho! saiz kad tu agak kecik la.. buat besar-besar kang orang ingat buat majlis besar-besaran lak. padahal plannning je biasa-biasa je.. maksud aku, sederhana la.. harap-harap pengurus projek a.k.a tukang buat keje paling banyak iaitu mailis tak cakap banyak la pasal kad ni. dia hanya tau content je, petang ni baru nak tunjuk kat dia, nerves pulak! ye la, kekadang ada orang jenis yang tak kisah, ada pulak jenis cerewet mak nenek macam aku ni, so aku lebih suka buat keje sendiri daripada mintak orang tolong <-- keje yang melibatkan kekreatifan manusia je, aku dah try untuk buat yang terbaik, tapi constraint yang paling besar tu ialah masa.. tak cukup masa beb!



so, inilah yang agak kurang terbaik dari aku, mana yang tersempat aku buat dalam masa kurang 24 jam dari waktu mailis bagitau nak kad tu printed and distributed.. erm, pepaham jelah eyh!

kepada student yang tengok kad ini semacam buruk, jangan risau, kad ini bukan untuk kamu.. tetapi untuk cikgu-cikgu kita, ok?

notakaki: sekiranya kamu tergolong dalam batch SMKSJ 1999-2003 yang membaca entri ini dan mau join reunion ini, diminta menghubungi mailis, untuk reservation n maklumat lanjut.

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:08:00 PM Monday, May 18, 2009 4 orang dah komen

Sunday, May 17, 2009

.: baru :.

haihh.. sekarang ni dah pukul brape? kenapa la mata ini masih segar seperti siang, sedangkan selalunya time macam ni aku tengah study, cepat betul dia nak lelap..

hmm.. since aku pun dah agak jeles melihat blog orang lain yang sangat cun, aku yang tiada kerja ini dah pun tukar blog ni punya layout, tak susah pun, ambik template je, paste coding. aku ini manusia yang sangat 'rajin' bab-bab ni..

okeyh, so no more old layout! ( yang also dipaste jugak)



okeh dah! hmm, mau ubah apa lagi eyh? saya mahu tidur. waa.. lelaplah wahai mata!

tulisan hayati sekarang dah pukul 3:58:00 AM Sunday, May 17, 2009 2 orang dah komen

Saturday, May 16, 2009

tiada tajuk

there's so many thing happen to me for the past 1 week.. tapi rasanya tak perlulah aku ceritakan semuanya di sini kan? kekadang perlu juga ada benda yang kita simpan untuk diri kita sendiri, instead of telling others. aku tak mahu jadikan blog ini tempat luahan segalanya, di mana manusia boleh dengan bebasnya mengetahui isi hati aku. mungkin ini hanya tempat untuk aku tulis apa yang aku rasa dan lihat, tetapi untuk menceritakan segala yang aku rasa dan lihat.. hmm.. mungkin tidak.

ada orang kata, aku ini semacam 2 manusia yang berbeza; apabila berbicara lain pertuturannya, dan lain pula bila menulis..

*terdiam*

aku cuba untuk menjadi diri aku, bukan aku mempunyai split personaliti atau apa-apa yang kamu boleh fikirkan, cuma kadang aku mempunyai aspek dan perasaan yang berbeza..

benda yang berlaku baru-baru ini cukup untuk sedarkan aku, janganlah kamu manusia di luar sana come clean with your feeling. (ini bukan hasutan, cuma apa yang aku rasa)

kadang manusia itu cepat berubah.. kan?
atau dia tak pernah berubah, cuma anggapan kita yang sememangnya salah selama ini?

*bingung*

aku dah mula nekad untuk bina 1 tembok, kalaupun bukan sebesar tembok cina, tapi cukuplah tembok untuk satu orang manusia itu menghadapi kesukaran untuk baca hati aku..

kalau kamu ada masa dan pikirkan apa yang aku tuliskan ini, kamu mesti akan percaya.. again, ini bukan luahan aku secara telus, cuma mahu buat perumpamaan, kamu pahamkan maksud aku?

tulisan hayati sekarang dah pukul 9:28:00 PM Saturday, May 16, 2009 0 orang dah komen

Tuesday, May 12, 2009

.: aku dan tempat itu :.



walaupun sekejap..
walaupun tak seperti yang aku impikan..
tapi aku puas..

=)

tulisan hayati sekarang dah pukul 8:50:00 AM Tuesday, May 12, 2009 3 orang dah komen
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

aku

My photo
hayati
ini tulisan hati..
View my complete profile

yg sudah lepas

  • ►  2013 (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (9)
    • ►  September (2)
    • ►  July (3)
    • ►  May (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2011 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  February (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2009 (67)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ▼  May (9)
      • .: pergi :.
      • .: rasa aku :.
      • .: tenteram :.
      • .: kenduri lagi :.
      • .: 1st impression :.
      • .: perkara hari ni :.
      • .: baru :.
      • tiada tajuk
      • .: aku dan tempat itu :.
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2008 (44)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (5)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2007 (28)
    • ►  December (5)
    • ►  November (10)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

kengkawan

  • life of mine
    This journey is about ...
    7 years ago
  • Ceritera Warna Warni Kehidupan
    Saran Memasak Untuk Membantu Anda Untuk Memimpin Hidup Baik
    10 years ago
  • Angela's bloggie || http://angelalpev.blogspot.com
    13 albums of 2013.
    11 years ago
  • ^ sUaRa TaNpA bUnYi ^
    ^ sYukuR ^
    12 years ago
  • pocket full of sunshine
    151 days!
    12 years ago
  • :::.listen to my heart.:::
  • permulaan

singgahan tetap

  • Freewebcomic
    PHP Web Development Beneficial For Online Business
    2 years ago
  • Perempuan Jomblo
    Dah besar dah
    7 years ago
  • Work Hard Play Hard
    Sedia Keripik Pare Tidak Pahit
    10 years ago
  • ini fynn jamal cakap.
    kontradiksi
    11 years ago

mereka ini

 
© 2011 breakprimetime