skip to main | skip to sidebar
this is me

Thursday, May 26, 2011

.: facebook oh facebook :.

hari ni bila aku bukak akhbar utusan mukasurat dua (rabu-25/5), ada satu fakta yang aku rasa menarik untuk kongsi di sini.

fatwa haram dikeluarkan ulama mesir ke atas penggunaan laman sosial facebook kerana kesan negatifnya kepada pasangan suami isteri (utusan malaysia, 2011).

alasannya kerana mereka telah menemui bukti yang mengaitkan peningkatan penceraian sebanyak 66% yang berpunca daripada aktiviti facebook, myspace 15% dan twitter 5%.

jatuh haram ok, bukan makhruh dah. aku dah pernah ceritakan pendapat aku pasal rangkaian sosial ni. pada pendapat aku yang serba kurang, dan berdasarkan pemerhatian thesis encik ehem, rasanya semua pun dah tau macammana kuatnya pengaruh internet pada negara timur tengah. ada macam-macam sumber yang berunsur hasutan dan menyebar khabar angin palsu untuk gulingkan kerajaan memerintah. masih ingat lagi pada rusuhan kat mesir yang sampai kerajaan putuskan sambungan internet? mungkin antara penyebabnya, kerajaan tak nak rusuhan semakin teruk, rakyat blogging, post video kata kerajaan macam-macam, pastu ajak buat rusuhan ke.. jadi kesannya lebih kurang sama pada penggunaan facebook.

tapi kat malaysia ni, facebook memang dah menjadi semakin penting. PM pun ada facebook, VC uitm pun rasanya ada, badan-badan kerajaan, komuniti. semua dah melihat facebook ni sebagai platform yang baik untuk berkomunikasi secara terus. memang ada kesan yang baik, tapi semua benda mesti ada baik buruknya.

contoh senang, dekat album si isteri, ada gambar dia tengah bertepuk tampar dengan lelaki di tempat kerja, ditangkap candid oleh rakan sekerja. dipublish dengan niat nak komen berjela-jela dengan kawan-kawan lain, sekali si suami nampak pulak gambar tu. tak pun, ada perempuan bergetah dengan pakaian ketat komen dekat status si suami, mau tak makan hati si isteri bila si suami galak berbalas komen. bila dah gaduh-gaduh manja tu mulalah nak tulis status macam-macam.

suami : "malam ni kena tido dekat sofa"

isteri: "harini mogok tak nak masak"

dah masuk campur tangan orang awam yang tak tahu apa-apa, komen macam-macam. mungkin ada yang baik bagi nasihat ke, tapi mungkin jugak ada yang menghasut ke, benda tu semua possible. hmm, mungkin juga aku patut sekat penggunaan facebook bila aku berkahwin nanti (kalaulah aku tahu macammana)

penggunaan facebook pada diri aku pun tidaklah utama sangat, walaupun setiap hari aku akan login facebook. bagi aku, selain menjadi stalker kawan-kawan, sebabnya adalah:



aku main cafe world ni je haa..

pasal itulah aku sangat malas nak mengupdate status ke, mengupdate relationship ke (yang aku rasa tak penting), mahupun mengupload gambar (minta maaf pada yang minta aku upload gambar).

di rumah aku, penggunaan facebook pun dipantau oleh presiden (abah). kami adik beradik dah banyak kali kena sound dengan abah, sebab luangkan masa depan laptop 24-7. abah cukup tak suka tengok kami online, lebih-lebih lagi kalau facebook. walaupun abah agak buta it (diperakui oleh abah sendiri), tapi bila nampak header biru kat atas, dengan gambar-gambar berderet-deret, tau dah.. tak lain berfacebook la tu.

abah kata kalau kita berfacebook ni, kerja rumah terbengkalai, bil elektrik melambung, demand untuk capaian jalur lebar yang lebih tinggi meningkat, masa tidur kucar-kacir, sikap pemalas yang berleluasa, membuang masa yang sepatutnya dihabiskan dengan aktiviti yang berkualiti. nampak tak betapa tingginya kesan buruk facebook kepada hubungan kekeluargaan? huhu.

jadi? aku rasa, benda ni boleh dikawal, kalau semua orang ada pengetahuan pasal internet crime dan privasi. simpan sikit untuk diri, jangan cerita semua pada awam (peringatan dia pada aku jugak ni)

=)

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:00:00 AM Thursday, May 26, 2011 0 orang dah komen

Friday, May 20, 2011

.: sayangnya Dia :.

sepatutnya aku sedang bergembira sekarang kerana cuti yang dinanti-nanti dah datang. nak bersenang lenang menikmati cuti di rumah, nak mengasah skil memasak, nak merajinkan tulang mengemas rumah, pendek kata nak memanfaatkan segala waktu terluang untuk buat benda yang aku tunggu-tunggu.

tapi bila saat itu tiba, aku tak berapa sihat pulak. batuk kuat, hidung tersumbat, rasa susah nak bernafas dan allergik pun dah menunjukkan diri, macam tau-tau je aku dah balik rumah.

aku ini seorang yang mudah sakit, walaupun badan sebenarnya nampak macam mempunyai imun yang kuat. jangan mudah terpedaya. dulu masa aku diploma, seingat aku, hampir setiap sem mesti aku ada demam, tak kisah demam kura-kura atau demam teruk. masuk degree, pun lebih kurang sama. sampai sekarang.

siapa yang suka sakit? sebulan dua sebelum aku tak sihat, aku meminta bukan-bukan dari Allah. bukan-bukan itu bukanlah merepek sangat, cuma mungkin apa yang telah Dia susun aturkan itu tidak rela aku terima. dan bila dia turunkan sakit ini pada aku, aku sedar sepatutnya benda yang lebih penting aku lakukan ialah bersyukur. jika aku berdoa supaya apa yang aku hajatkan itu dimakbulkan (yang mana aku tidak tahu pun baik atau tidak untuk aku), tapi sebagai akibatnya tubuh ini tidak sihat seperti sebelumnya, maka aku redha dengan ketentuanMu Tuhan.

aku ni tiada apa pun. langsung. tapi aku tahu, jika kita bergantung kepada Dia, walaupun semasa kita berada di tangga serendahnya, tiada satu apa pun yang akan buat kita rasa tak tenang.. kan? terima kasih Tuhan, kerana datangkan sakit ini. kerana telah sedarkan aku apa yang lebih penting sebenarnya. terima kasih kerana masih sayangkan aku :')



tulisan hayati sekarang dah pukul 10:39:00 PM Friday, May 20, 2011 0 orang dah komen

Monday, May 16, 2011

.: untuk yang teristimewa :.

situasi 1:
zaman sekolah rendah aku bukanlah gemilang sepeti orang lain, begitu juga dengan sekolah menengah. aku bukanlah seorang ketua darjah, penolong ketua darjah, malah jauh sekali pengawas atau pun pengawas perpustakaan. aku pun bukanlah atlit balapan ataupun olahragawati. aku cuma pernah wakil rumah hijau dalam acara 200 meter pada darjah empat dan hanya layak dapat nombor 8 antara 12 orang. dan aku cuma pemain pertahanan bola jaring dan bola baling yang hanya main setakat peringkat zon sahaja.

aku juga bukanlah cantik dan hot untuk jadi sasaran adik angkat ataupun kakak angkat. dan aku pun tidak pernah ada cinta monyet sepanjang persekolahan aku. aku mungkin cuma ada crush bodo-bodo dengan budak-tak-baligh-yang-berlagak-macho je. (bunyi macam aku seorang loser)

situasi 2:
ada satu hari, aku menghadiri majlis pernikahan kawan lama semasa sekolah dulu. kawan lama itu namanya jamilah, tapi mesra kami bahasakan sebagai 'mek'. ibu mek merupakan guru sekolah rendah tempat aku dan beberapa kawan lain belajar. lepas si suami selesai lafaz akad semua, macam babak-babak normal kat mana-mana majlis nikah pun; pengantin salam family, semua kawan-kawan yang datang pakat nak peluk cium pengantin dan drama-drama biasa yang lain.

tapi masa tu mata aku dapat tangkap wajah seorang yang aku simpan wajahnya dalam kotak memori aku, tapi malangnya proses untuk recall nama beliau tersangkut di tengah jalan. seorang guru yang pernah mengajar aku. aku tegur dia.

A: assalamualaikum, cikgu kan? (walaupun tak sebut nama langsung)
C: ye saya.
A: cikgu, minta maaf, saya kenal muka cikgu tapi saya lupa nama cikgu. (kena jujur dengan guru)
C: kamu tak ingat nama saya? kamu yati kan, saya ingat lagi kamu. tapi kamu lupa saya. cepat ingat nama saya.. (antara nada gurau dan marah, dah lama tak kena marah dengan cikgu)

dan perbualan itu bermula dari situ.

ingat situasi 1 tadi? aku bukanlah siapa-siapa untuk layak diingati, but yet she can still remember my name. perasaan terharu yang tiada siapa pun boleh rasainya.. tapi aku. aku kenal sangat dengan cikgu tersebut, ustazah yang pernah mengajar subjek pendidikan Islam, dan mengajar aku main bola baling dan bola jaring. satu persatu memori keluar dari ingatan (alangkah indahnya kalau memori keluar laju macam ni masa nak jawab test algorithm).




ini adalah gambar aku dan cikgu tersebut yang ditangkap secara tak sengaja. walaupun hanya secara tidak sengaja, tapi bolehlah dari takde. untuk cikgu tersebut, dan semua guru-guru yang pernah mengajar aku, dari sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, diploma, degree dan master, terima kasih tak terhingga di atas ilmu dan kenangan anda. terima kasih kerana mengajar saya untuk menjadi diri saya sekarang, walaupun ada yang saya terlupa nama, tapi tempat guru sentiasa istimewa di hati saya. terima kasih!

selamat hari pendidik!

:)

tulisan hayati sekarang dah pukul 1:25:00 AM Monday, May 16, 2011 0 orang dah komen

Thursday, May 12, 2011

.: tumpang sekaki :.

bila dah menginjak umur suku abad ni, memang normal sangatlah bagi seorang manusia, lebih-lebih lagi bagi wanita untuk bertukar dari status tunggal ke sudah bertunang atau sudah berkahwin. ada sesetengah orang berpendapat masa inilah wanita sesuai disunting untuk menjadi isteri. tidak terlalu muda dan pula tidak terlalu tua. sudah dewasa, matang dan boleh pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seterusnya ibu. tapi jangan tersinggung pula isteri dan ibu yang muda. korang pun tak kurang istimewanya, berpeluang untuk memikul tanggungjawab di usia muda bukan tugas yang mudah (macam mak aku). pada yang sudah melepasi had umur pun harap jangan tersinggung, kita sekapal! :)

agak menjadi kejutan budaya jugaklah untuk aku, tiba-tiba dari bulan februari berduyun-duyun jemputan majlis kahwin yang aku terima. rasa macam best sangat sebab selalu dapat jemputan kahwin tulis macam ni:


Dengan segala hormatnya kami menjemput dan mempersilakan
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
Abd Hamid & keluarga
ke majlis perkahwinan bla bla

tapi sekarang macam ni pulak:

Dengan segala hormatnya kami menjemput dan mempersilakan
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
hayati & ??
ke majlis perkahwinan bla bla

rasa teruja pulak bila nama sendiri tertulis pada kad kahwin, walaupun bukan empunya diri yang kahwin.

aku memang suka sangat pergi majlis kahwin. tapi malangnya banyak yang bertindih. contohnya, pada tarikh keramat 28hb mei, 5 undangan perkahwinan dah diterima, tapi malangnya hanya satu je yang aku boleh datang, sebab jarak lokasi antara kenduri teramatlah jauh melangkaui sempadan selangor =P. tambah lagi, dengan prioriti yang aku perlu berikan kepada sepupu yang tercinta =) amatlah frust bila tak dapat berada kat sana untuk raikan hari-besar kawan-kawan *sampai sekarang frust wehhh *

dan untuk tahun ini saja, dah beberapa kenduri kawan-kawan yang aku sempat terjah. rasa macam nak buat organizer untuk perkahwinan pulak, nak tengok mana wedding yang dah attend, kenduri mana nak pergi untuk bulan depan, nak beli hadiah apa. nanti kang ada yang tertinggal pulak =P

walaupun aku sendiri tak pasti bila giliran aku akan tiba, tapi sejujurnya, aku tumpang gembira bila tengok kawan-kawan yang telah pun berkahwin ni bahagia dengan pasangan masing-masing. pegi honeymoon, birthday celebration with their spouse, ada yang suami masak untuk buat surprise lagi.. awww, suwitnyee! :')

p/s: yati, sila bersabar ok, jangan potong Q!

tulisan hayati sekarang dah pukul 1:51:00 AM Thursday, May 12, 2011 2 orang dah komen

Saturday, May 7, 2011

.: multithreading :.

multithreading atau multitasking atau dalam bahasa pasarnya, membuat beberapa kerja dalam satu-satu masa. berapa ramai orang yang diberi keistimewaan ni?

dari dulu sampai sekarang, aku selalu rasa aku boleh multitasking. antara tugas-tugas yang berjaya aku lakukan serentak:

1) aku boleh memasak sambil main fb application,
2) boleh berbual sambil berbalas hp mesej,
3) boleh berbual dengan adik aku sambil update blog,
4) boleh memandu sambil berangan (sangat bahaya),
5) boleh memandu kereta manual di uitm yang permukaan mukabuminya berlekuk-lekuk sambil bersembang (multitasking ke?)
6) boleh makan sambil berbual dan menonton televisyen
7) boleh mendengar dan menyalin nota
8) boleh belajar sambil berdating

tapi senarai di atas tidaklah sehebat mana pun. apa yang aku mahu katakan di sini ialah tugas-tugas yang lebih besar. contohnya;

1) bekerja sambil belajar
2) buat kerja part time malam hari, siang hari pun bekerja
3) bekerja sambil belajar untuk golongan yang dah berkahwin dan mempunyai anak

aku sebenarnya sedang melihat peluang yang ada untuk mengasah minat dan skill aku. tapi dengan tugas aku sebagai seorang pelajar yang masih belum selesai, aku ragu-ragu. dapatkah aku membahagi tugas itu dengan adil?

katakanlah, jika diberi satu kerja dan usaha 100% diberikan. tapi jika ada dua atau lebih pekerjaan, usaha 100% terpaksa dibahagikan sama rata untuk setiap tugas. jadi adakah setiap kerja itu, usahanya halai balai (term encik ehem) sahaja? macammana pulak dengan hasil tugasan?

ada pepatah melayu kata, "jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". sangat tepat dengan apa yang aku rasa. walaupun aku nak mencuba potensi diri, tapi memandangkan risikonya tinggi jadi lebih baik aku playsafe.

ada satu hari, aku dan dia berbincang ilmiah *yelah sangat* mengenai tugas seorang isteri yang bekerja dan belajar pada masa yang sama. diberi situasi:

sepasang suami isteri yang baru berkahwin, jadi mood masih dalam honeymoon. si isteri dan suami pula kerjanya lain-lain syif, kadang-kadang si isteri kerja malam, si suami pulak kerja siang dan sebaliknya. si isteri pula masa minggunya terpaksa fokus belajar pula. jadi nak dijadikan cerita, si isteri ni ada exam pada esok harinya. tengah-tengah belajar, si suami pun ajaklah masuk tidur *double meaning* jadi antara tugas seorang isteri dan pelajar, sudah tentulah prioritinya kepada suami. jadi adakah dengan membuat multitasking, si isteri tidak memberi usaha penuh dalam memberi layanan kepada suami dan tugas sebagai seorang pelajar?

yes, multitasking memang berat. sebab itulah, ramai pensyarah dan ibu bapa yang baik hati selalu bagi nasihat pada pelajar-pelajar dan anak-anak yang disayangi,; habiskan belajar dahulu sebelum kahwin. ataupun, kalau nak bekerja, better buat dengan pihak universiti, jadi mereka tahu kita masih belajar dan mungkin beban kerja dapat dikurangkan bergantung kepada keperluan belajar. tapi ini hanya pendapat mereka, berdasarkan pengalaman mereka.

aku dulu pernah tengok abah belajar tengah-tengah malam, mungkin untuk ujian di tempat kerja. masa tu memang rasa kesian. abah kena tunggu semua orang tidur, untuk dapatkan suasana senyap, untuk fokus belajar.

mungkin dengan memilih multitasking, seseorang itu perlu bersedia dengan melakukan pengorbanan. mungkin kalau dah bekerja sambil belajar, dia perlu berkorban dengan tempoh masa yang lama untuk habis belajar. mungkin jugak pengorbanan dalam rumah tangga tu perlu untuk kebahagiaan bersama, kan? *ape hal aku masuk pasal rumah tangga pulak?*

jadi kesimpulannya, segalanya mungkin! tapi mungkin aku lebih selesa untuk patuh pada cadangan ibu bapa dan pensyarah.

tapi pelik jugak, kenapa bila berkahwin dan bekerja itu multitasking yang semua orang boleh buat? =P

tulisan hayati sekarang dah pukul 1:07:00 AM Saturday, May 7, 2011 0 orang dah komen
Labels: pendapat

Friday, May 6, 2011

.: makan makan-popeye's lousiana kitchen :.

dah lama tak buat entri bergambar, bosan jugak kalau hanya ada tulisan je.

tujuan utama lawatan kami ke popeye's ni sebab nak membuktikan kata-kata sesetengah orang yang mengatakan popeye's lebih sedap dari KFC. ayam lebih besar dan macam berbaloi. jadi kami pun pergilah popeye's kat sunway.


kebetulan tak ramai pelanggan kat sana, jadi bolehlah menangkap gambar sesuka hati.



rupa susun atur dan hiasan francais tersebut



untuk memesan makanan, sama macam kedai fastfood lain yang hanya ada goverment tax dan tiada service charge, sila beratur di kaunter.


aku ambik set 3pcs chicken dan dia ambik fish and shrimp set. setiap set dia akan bagi coleslaw, mash potato dan biskut; lebih kurang macam siew pau kat ikea tapi takde isi.

ni set aku dan dia


close up dia punya set, adalah dalam 3 ekor ke 5 ekor udang. tak pasti.

mash potato dan coleslaw ni agak lain dari kedai fastfood yang lain, dari segi rupa dan rasa. but still, rasa dia biasa-biasa je

tak tahulah macammana orang makan biskut ni, tapi ni cara aku dan dia makan. oleh sebab rasa biskut tu plain, jadi jem strawberry tu ada jugaklah memberi rasa sedap. tak terlampau manis bagi aku.




jumlah

secara keseluruhannya, rasa dia sama macam fastfood yang lain. agak frust sebab ayam dia takde spicy. kan dah tak habis..

niat untuk pergi lagi lain kali mungkin sudah tiada. tapi tak pelah, sekurang-kurangnya dah pernah merasa.

p/s: banyak jugak gambar makanan dalam koleksi aku. insyaAllah akan diupdate jika ada kelapangan. walaupun gambar itu dah lapuk.

tulisan hayati sekarang dah pukul 6:16:00 PM Friday, May 6, 2011 0 orang dah komen
Labels: makan-makan

Thursday, May 5, 2011

.: pengakhiran :.

lega sudah, tugas satu semester sudah selesai..
alhamdulillah sangat-sangat, walaupun banyak kekurangan dalam presentation, tapi Allah dah mudahkan segalanya =)

sebelum presentation, perasaan yang semua orang akan rasa: sangat gemuruh dan tak keruan. ada sesetengah pendapat kata, perasaan ni hanya ada kalau kita tak cukup persediaan dan tak dapat lihat kekuatan research kita. mungkin betul jugak dalam kes aku.

dari malam aku tak boleh nak lena sebab terlampau gemuruh, sebelum mandi dah termuntah seround (mungkin akibat tak cukup tidur atau gemuruh), dalam kereta pulak rasa macam nak termuntah lagi sekali, sebelum masuk bilik presentation dah melawat tandas dulu, dan sebelum pergi ke depan untuk present pun rasa nak pergi tandas lagi. tambah lagi, takde mood nak makan sebelum present.

tak tahu adakah rasa ini normal untuk orang lain atau tak, tapi bagi aku kali ni rasa gemuruhnya memang melampau. lebih sikit dari dulu-dulu. dan semestinya lebih gemuruh dari fyp. kesimpulannya, rasa macam nak meletup dada wa cakap lu!

mungkin aku dah membesar-besarkan perasaan aku, padahal sebenarnya biasa-biasa aje. tapi ini aku saja, seorang manusia yang memang sangat cepat gemuruh. sebelum present tu, ada dalam 5 minit, sempat lagi aku berangan, kalau penentuan gred untuk projek cadangan je dah gelabah macam ni, macam mana nak hadapi benda yang lebih besar? dissertation misalnya, mau menangis aku masa present. ataupun benda yang lebih dan paling besar; penilaian ibadat kita di akhirat.

memang betullah apa yang dikata dalam hadith dan al-quran, bila tiba kebangkitan manusia selepas mati nanti, ibu pun lupakan anak, kita hanya akan pentingkan diri kita sendiri sahaja. tak ada apa yang lebih penting dari fikirkan tentang ibadat kita, cukup ke untuk layakkan kita masuk ke syurga?

beberapa hari sebelum, untuk menenangkan rasa gelodak dan gundah gulana dalam dada ni, macam biasa, aku akan telefon pemberi nasihat yang terulung merangkap kawan baik sehidup semati aku; mak.

walaupun kami ni bukanlah orang yang mewah sangat *tiba-tiba* tapi mak kaya dengan tips. lebih kurang macam kamus segera yang efficient, insyaAllah tips mak berkesan. at least for me.

tips mak ni sebenarnya takdelah spesifik untuk diamalkan sebelum presentation je tapi boleh diamalkan bila hati kita tak tenang.

1) asmaul husna: zikir ya Rahman, ya Rahim, ya Razzaq dengan ya Rauf banyak-banyak kali. macam aku tak payah kira pun takpe, lebih banyak lebih bagus kan? ya Rauf ni maksudnya Yang Maha Mengasihani. insyaAllah, Dia datangkan perasaan kesian dan lembut hati pada orang dekat kita. dan ya Rahman, ya Rahim, ya Razzaq untuk rezeki. Allah tu kan sangat-sangat pemurah? berjuta-juta lemon rezeki Allah boleh bagi, asal kau mintak. jangan ego sangat tak mintak sudah.

2) jangan lupa baca "Hasbunallah hu Wani’mal Wakil, Wa Ni’mal Mawla Wani’man Nashir" atau terjemahannya " Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong”. kalau kepala otak dah blank sangat dan tak boleh nak hafal, lintas maksud ni dalam hati dan zikir nama Allah banyak-banyak.

3) Allahumma yassir wala tu'assir ya karim ( ya Allah, permudahkanlah dan janganlah Engkau menyukarkan, wahai Tuhan Yang Maha Mulia). aku selalu baca ni sebelum masuk exam dan present. mintak dimudahkanlah semua-semuanya

4) ada satu doa tu untuk lancarkan percakapan dan sebutan, tapi malangnya ia tak dapat diserap oleh otak aku :(

alhamdulillah, semua dah selesai. walaupun dapat panel yang detail orangnya, tapi juga lembut percakapannya dan mungkin lembut hatinya. dan tak lupa kepada supervisor yang sporting and supportive :')

perasaan yang sangat-sangat lega! lepas ni mulalah aku plan nak buat macam-macam, antaranya ialah memenuhkan blog ni dengan entri banyak-banyak dan berjela. *konon nak lepas gian*

tapi realitinya, aku kena segera mulakan fasa untuk dissertation. tak nak dah rasa gelabah macam ni lagi untuk semester depan. tak tahan!

waahh, rasa macam tak sabar pulak nak all out untuk dissertation. ada siapa-siapa ada tips macammana nak buat kita rasa enjoy buat research? *amal, kamu kan dah selamat, kongsi sikit*

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:13:00 PM Thursday, May 5, 2011 1 orang dah komen

Wednesday, May 4, 2011

.: halangan :.

bila tinggal sehari lagi untuk special topics presentation..

mood: takut + gelabah + tak boleh tido

kepala otak dah fikir macam-macam benda nak buat, tapi yang dekat tu (presentation) tak boleh nak ingat, sebab bila ingat je nervous. haih.

jadi, tak boleh tulis panjang-panjang kat sini, nanti termasuk cerita research pulak..

kepada yang membaca, minta tolong doakan aku boleh? *doakan dapat A pun boleh jugak*

:)

tulisan hayati sekarang dah pukul 2:26:00 AM Wednesday, May 4, 2011 4 orang dah komen
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

aku

My photo
hayati
ini tulisan hati..
View my complete profile

yg sudah lepas

  • ►  2013 (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (9)
    • ►  September (2)
    • ►  July (3)
    • ►  May (2)
    • ►  February (2)
  • ▼  2011 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ▼  May (8)
      • .: facebook oh facebook :.
      • .: sayangnya Dia :.
      • .: untuk yang teristimewa :.
      • .: tumpang sekaki :.
      • .: multithreading :.
      • .: makan makan-popeye's lousiana kitchen :.
      • .: pengakhiran :.
      • .: halangan :.
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  February (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (67)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2008 (44)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (5)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2007 (28)
    • ►  December (5)
    • ►  November (10)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

kengkawan

  • life of mine
    This journey is about ...
    7 years ago
  • Ceritera Warna Warni Kehidupan
    Saran Memasak Untuk Membantu Anda Untuk Memimpin Hidup Baik
    10 years ago
  • Angela's bloggie || http://angelalpev.blogspot.com
    13 albums of 2013.
    11 years ago
  • ^ sUaRa TaNpA bUnYi ^
    ^ sYukuR ^
    12 years ago
  • pocket full of sunshine
    151 days!
    12 years ago
  • :::.listen to my heart.:::
  • permulaan

singgahan tetap

  • Freewebcomic
    PHP Web Development Beneficial For Online Business
    2 years ago
  • Perempuan Jomblo
    Dah besar dah
    7 years ago
  • Work Hard Play Hard
    Sedia Keripik Pare Tidak Pahit
    10 years ago
  • ini fynn jamal cakap.
    kontradiksi
    11 years ago

mereka ini

 
© 2011 breakprimetime