zaman sekolah rendah aku bukanlah gemilang sepeti orang lain, begitu juga dengan sekolah menengah. aku bukanlah seorang ketua darjah, penolong ketua darjah, malah jauh sekali pengawas atau pun pengawas perpustakaan. aku pun bukanlah atlit balapan ataupun olahragawati. aku cuma pernah wakil rumah hijau dalam acara 200 meter pada darjah empat dan hanya layak dapat nombor 8 antara 12 orang. dan aku cuma pemain pertahanan bola jaring dan bola baling yang hanya main setakat peringkat zon sahaja.
aku juga bukanlah cantik dan hot untuk jadi sasaran adik angkat ataupun kakak angkat. dan aku pun tidak pernah ada cinta monyet sepanjang persekolahan aku. aku mungkin cuma ada crush bodo-bodo dengan budak-tak-baligh-yang-berlagak-macho je. (bunyi macam aku seorang loser)
situasi 2:
ada satu hari, aku menghadiri majlis pernikahan kawan lama semasa sekolah dulu. kawan lama itu namanya jamilah, tapi mesra kami bahasakan sebagai 'mek'. ibu mek merupakan guru sekolah rendah tempat aku dan beberapa kawan lain belajar. lepas si suami selesai lafaz akad semua, macam babak-babak normal kat mana-mana majlis nikah pun; pengantin salam family, semua kawan-kawan yang datang pakat nak peluk cium pengantin dan drama-drama biasa yang lain.
tapi masa tu mata aku dapat tangkap wajah seorang yang aku simpan wajahnya dalam kotak memori aku, tapi malangnya proses untuk recall nama beliau tersangkut di tengah jalan. seorang guru yang pernah mengajar aku. aku tegur dia.
A: assalamualaikum, cikgu kan? (walaupun tak sebut nama langsung)
C: ye saya.
A: cikgu, minta maaf, saya kenal muka cikgu tapi saya lupa nama cikgu. (kena jujur dengan guru)
C: kamu tak ingat nama saya? kamu yati kan, saya ingat lagi kamu. tapi kamu lupa saya. cepat ingat nama saya.. (antara nada gurau dan marah, dah lama tak kena marah dengan cikgu)
dan perbualan itu bermula dari situ.
ingat situasi 1 tadi? aku bukanlah siapa-siapa untuk layak diingati, but yet she can still remember my name. perasaan terharu yang tiada siapa pun boleh rasainya.. tapi aku. aku kenal sangat dengan cikgu tersebut, ustazah yang pernah mengajar subjek pendidikan Islam, dan mengajar aku main bola baling dan bola jaring. satu persatu memori keluar dari ingatan (alangkah indahnya kalau memori keluar laju macam ni masa nak jawab test algorithm).
ini adalah gambar aku dan cikgu tersebut yang ditangkap secara tak sengaja. walaupun hanya secara tidak sengaja, tapi bolehlah dari takde. untuk cikgu tersebut, dan semua guru-guru yang pernah mengajar aku, dari sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, diploma, degree dan master, terima kasih tak terhingga di atas ilmu dan kenangan anda. terima kasih kerana mengajar saya untuk menjadi diri saya sekarang, walaupun ada yang saya terlupa nama, tapi tempat guru sentiasa istimewa di hati saya. terima kasih!
selamat hari pendidik!
:)
0 orang dah komen:
Post a Comment