aku pun sama. kadang-kadang rasa iri dengan kawan-kawan yang sudah bekerja, ada yang sudah stabil pekerjaannya. punya pendapatan yang dikongsi dengan ibu bapa. ada yang sudah
mencapai impian bila sudah bekerja. sudah berkira-kira bila mahu menaiktaraf kehidupan seperti berkahwin, membeli kereta atau membeli rumah. kagum? *sudah mesti!* cemburu? *err, ada sedikit* rendah diri? *lebih banyak dari cemburu*
aku masih belajar sepenuh masa, tanpa ditaja oleh mana-mana badan melainkan badan mak dan abah, masih belum punya pekerjaan, apatah lagi pendapatan. ohh, perjalanan aku masih jauh :(
setelah membaca beberapa artikel untuk memuhasabah diri dan juga pengaruh dari k-drama, series negara barat dan drama tv3, aku rasa perasaan cemburu di dalam dunia ini ada beberapa jenis iaitu:
1) cemburu melampau nak mamp sampai kau nak musnahkan hidup dia. jeles sebab orang tu lebih cantik @ baik dari kau. sanggup fitnah dia bukan-bukan, kucar-kacirkan hidup dia, pregnant anak luar nikah dengan boyfriend dia (k-drama: thorn birds)
2) cemburu sederhana jahat. walaupun tak sekejam cemburu kategori 1, tapi mendoakan yang hidup orang yang kita cemburu tu tak bahagia, ada masalah lain dalam hidup dia.
3) cemburu dan tidak putus asa menjadikan ia inspirasi untuk berjaya.
tapi bila aku baca sumber dari sini, walaupun kesnya berbeza dengan skop aku, tapi sekurang-kurangnya aku lega. untuk sementara ini. lega untuk terus meneruskan hidup aku sekarang dan bersyukur dengan apa adanya.
dan aku sertakan di sini perkara untuk memujuk hati sendiri (aku ini pelupa, jadi ini menjadi peringatan untuk diri aku sendiri)
1) belum tentu itu yang terbaik untuk aku
jika aku bukan seorang pelajar, belum tentu aku akan mendapat pekerjaan. mungkin keadaan akan menjadi lebih teruk jika aku sudah tamat pengajian dan masih menjadi seorang bibik tetap di rumah. dan belum tentu jika aku sudah mendapat pekerjaan, nasib aku akan jadi seperti orang lain. aku ada seorang kawan sekolah rendah bernama lela. cita-citanya menjadi seorang guru. biarpun dia sudah selesai dengan diploma, tetapi dia masih rela untuk menyambung pengajian di UPSI selama hampir 5 tahun (sama tempoh dengan pengajian degree dan master aku), semata-mata kerana ingin kejar impiannya. dia rela walau berapa lama pun, asalkan dia menjadi seorang guru. aku hormat dia kerana itu. :)
2) setiap orang ada takdir dan rezeki yang berbeza
setiap orang, tidak kira betapa samanya jurusan, kelulusan, kampung, tarikh lahir, hobi atau muka kamu sekalipun, takdir tuhan ke atas setiap dari kita berbeza. tidak semestinya kawan sepengajian dari upsr hingga ke degree akan mendapat rezeki yang sama macam kita.
3) yakin dengan ketentuan Allah
setiap apa yang berlaku pada kita ialah yang terbaik dari Allah. takdirNya penuh rahsia dan kita sebagai makhlukNya kena mencari hikmah di sebalik ketentuan. mungkin rezeki aku tak seperti kawan-kawan yang awal tibanya. mungkin aku ini ujiannya lama. atau mungkin kerana kawan itu sudah lama tunggunya. atau mungkin ada lebih besar ganjarannya untuk aku. banyak sangat kemungkinan untuk aku yakin dan sabar dengan takdir ini.
dah, tu jelah kot. aku percaya rasa rendah diri itu patut wujud. supaya kita tidak menongkah ke langit. supaya kita sedar di mana diri kita berada. tapi bukan terlalu merendah diri sehingga tidak mahu berusaha untuk memberi yang terbaik dalam apa jua hal. bukan juga terlalu cemburu sehingga membusukkan hati dan membencikan sesiapa pun. jadikan apa yang kamu cemburukan itu sebagai semangat, sekurang-kurangnya jika kamu tidak boleh menjadi lebih baik dari dia, jadikan kejayaan dia sebagai gol kamu; bukan untuk dibanding-bandingkan, bukan juga untuk menjadi riak (menunjuk-nunjuk bila kita juga telah berjaya), tapi untuk membuktikan bahawa kamu juga sebaik makhluk Allah yang lain dan kamu juga boleh berjaya bila ada usaha. tapi ingat, buang rasa jauh-jauh rasa riak bila kamu rasa kamu sudah berjaya.
dan macam biasa, dari perspektif mak, cara untuk kita mengatasi rasa-rasa negatif itu ialah dengan solat untuk penyucian jiwa. sila buat solat dhuha dan tahajjud banyak-banyak ye~
0 orang dah komen:
Post a Comment