sibuk. yelah, manusia sekarang terlampau sibuk. sampaikan suri rumah pun sibuk. mana tak sibuk, duduk di rumah tapi berbisnes. orang di pejabat, tak kurang juga sibuk. kerja 8 jam terlampau sikit sampai kadang-kadang terpaksa sambung ke malam. atau hari minggu. itu belum campur dengan pekerja yang belajar separuh masa. tapi dalam kesibukan bekerja dan urusan seharian, berapa ramai yang sempat bersyukur atas nikmat Allah?
1) bila kita letih, berapa ramai yang bersyukur bila dapat tidur dan menghilangkan penat? dapat bangun lagi pada esok harinya untuk sambung dengan kesibukan harian.
2) bila kita rasa lapar, berapa ramai yang bersyukur bila kita dapat mengisi perut, biarpun apa yang kita makan itu bukanlah dari kategori makanan kegemaran kita?
3) bila perut kita memulas dan tidak sabar-sabar untuk mengeluarkan hasil dari sistem penghadaman yang lancar, berapa ramai yang bersyukur kerana dapat mengeluarkan hasil itu dengan jayanya?
4) bila kita memandu, berapa ramai yang bersyukur bila kita sampai ke destinasi dengan selamat?
5) bila Dia luaskan rezeki kita sedikit untuk membeli belah, berapa ramai yang bersyukur dengan nikmat bershopping?
6) bila apa yang kita mahukan sangat-sangat, dan bila kita minta pada Dia, ditunaiNya pula, berapa ramai yang bersyukur dengan nikmat itu?
syukur.. syukur Tuhan. walau apapun dugaan yang datang, terima kasih dengan nikmatMu yang terlampau banyak :)
0 orang dah komen:
Post a Comment