skip to main | skip to sidebar
this is me

Sunday, September 16, 2012

usaha

dua minggu lepas aku jumpa dengan seorang pelajar, Razlan namanya. walaupun dia bukanlah pelajar aku, tapi ada sesuatu pada Razlan yang buatkan aku tak boleh lupakan dia. masa aku jumpa dia, aku lihat dia sedang tekun menjawab test (agaknya) melalui laptop. cekap dia menekan keyboard, terutama key arrow dengan pantas. dan menurut seorang kenalan yang mengajar Razlan, performance dia sebagai seorang pelajar oklah, moderate to good.

sebelum ni aku pernah nampak dia beberapa kali berjalan dengan kawan-kawannya meredah hujan dan melintas jalan untuk ke kelas. melihat Razlan buatkan aku rasa rendah diri dan sebak. ada tak aku beritahu Razlan seorang yang tidak boleh melihat? Ya, dia buta. tapi dengan kekurangannya itu, tak menghalang pun usaha dia untuk terus belajar. setia berjalan bertemankan tongkat putih yang boleh dilipat itu.

lain pula gelagatnya dengan seorang pelajar aku, yang cukup sempurna luarannya, tapi cukup sikit usahanya. tidak boleh catch-up dengan campus life, katanya. "susahlah miss, saya tak pandai cakap bahasa Inggeris, saya orang negeri sekian" memang buat aku kecewa dengan jawapannya.

manusia ni, jarang sangat nak bersyukur, terutamanya bila kita dah ada semua benda yang kita nak. tapi bila kita susah, baru kita nak jatuh sujud pada Yang Esa. "biasalah kan, dah nama pun manusia. benda yang mudah kita dapat tu, bukan nak bersyukur, kalau boleh nak yang lagi mudah, orang bagi betis, badan kita nak (bukan peha dah)" (Nabil Fikri, 2012) *sori saya quote kata awak, dengan tambahan*

pada yang tak dapat apa yang kita nak, apa kata sekali sekala tu, bersyukur sahaja dengan apa yang kita ada? pada student itu, bersyukurlah awak diberi peluang untuk sambung belajar di sini, awak tau tak berapa ramai orang yang nak sangat sambung belajar, tapi tak diberi peluang itu? bersyukurlah, dan teruskan berdoa, tambah lagi dengan usaha. insyaAllah, yakinlah dengan Maha Penyayang, Dia kan Maha Mendengar? :)




tulisan hayati sekarang dah pukul 12:30:00 AM Sunday, September 16, 2012 2 orang dah komen

Monday, September 3, 2012

akaun simpanan

sejak dah bekerja ni, fikiran aku banyak ke arah masa depan, bukannya tak fikir masa depan sebelum ni, cuma kali ni lebih serius.

masa depan tu banyaklah kategori dia; kahwin, aset, kerjaya, anak (yang ni memang agak jauh sikit) vs dengan umur sekarang. so aku pun terpaksa akur yang aku memang kena menyimpan. menyimpan dengan kadar yang sangat banyaklah, bukan setakat rm50 sebulan dalam akaun.

dan itu membuatkan aku kerap berfikir pasal duit dan berbincang pasal duit jugaklah dengan orang yang berpengalaman sejak kebelakangan ni. kena ambik insuranslah, kena mula cari aset yang tak depreciated, kena mula ada backup plan. pergh, lagi sakit kepala dibuatnya! sampai terbawak ke mimpilah isu ni.

dan tadi terhantuk lagi. kita ni (akulah tu) sibuk sangat nak kejar dunia, sibuk nak menyimpan untuk masa depan, tapi lupa pulak untuk fikir masa yang lebih depan dan lebih utama; AKHIRAT. dalam sibuk-sibuk kita asyik kejar dunia ni, berapa ramai yang dapat balance ibadat di dunia dan akhirat? pernah tak kita tengok berapa banyak saving kita untuk akhirat (muhasabah diri), pernah tak kita kira berapa banyak hutang kita dengan Allah? kalau nak simpan untuk akhirat, senang sangat. tak payah nak tunggu hujung bulan dapat gaji baru nak menyimpan, kau boleh buat bila-bila je. dan best jugaklah, sebab dia tak boleh nak withdraw, cuma kena beringatlah dengan dosa-dosa yang kau buat tu, cukup ke nak tebus balik dengan ibadat.

dan yang terpaling best sekali *perosak bahasa* kalaulah kita fokus untuk simpanan kita kat akhirat, rezeki dunia pun akan join sekali. ala, lebih kurang macam dividen. kau simpan banyak, dapat dividen banyak kan? so, apa kata sekali sekala tu, lupa kejap pasal kira-kira dunia ni, lepas tu fokus kejap kat akhirat. kejap je, dalam sejam sehari pun oraitlah kan?


tulisan hayati sekarang dah pukul 12:23:00 AM Monday, September 3, 2012 0 orang dah komen

Sunday, July 29, 2012

tunggu sekejap ramadhan


cepatnya masa berlalu. dah lebih seminggu kita berpuasa. jika masa boleh dihentikan, hentikanlah pada bulan ini. ramadhan, tolong jangan pergi sebelum aku sempat tunaikan azamku.

tak tahulah kenapa rasanya ramadhan kali ini sangat-sangat berharga. mungkin sebelum ini suasana dan tempatnya berbeza. kali ini, bila menyambutnya sebagai seorang dewasa yang sudah bekerja, aku rasa macam terlalu luas skop hidup ni. dulu, masa belajar, aku hanya fokus untuk dapatkan keputusan yang cemerlang dan tamatkan pengajian, that's it.

tapi bila sudah kerja, rupanya lagi banyak yang aku mahukan. terlalu banyak yang mahu dikejarkan, tak kira untuk dunia atau akhirat.

dan bulan ramadhan nilah, bulan paling optimum untuk aku manfaatkan, untuk aku fully utilize-kan. setiap detik untuk lipat gandakan ibadat dan doa. rugi oo siapa yang sia-siakan bulan ni.

ok lah, aku nak kejar ramadhan ni, nanti habis macam tu je padan muka kat diri sendiri. jom jom!

p/s: aku dah ada to-do list in ramadhan, kau ada?


tulisan hayati sekarang dah pukul 1:18:00 AM Sunday, July 29, 2012 2 orang dah komen

Saturday, July 7, 2012

kembali


Hari ni aku telah kembali memulakan sesuatu yang aku tamatkan tak lama dulu. Harapnya kali ni berbeza untuk aku. Dan harapnya Allah bantu perjalanan aku kali ni.

Berbezanya kali ini, aku buat ini kerana mahu menjaga apa yang Tuhan bagi percuma ini; tubuh badan yang semakin dimamah usia, walaupun tidaklah setua yang digambarkan. Niat lillahitaala. Dia yang menggerakkan hati aku, Dia yang membuka pintu hati aku untuk sambung apa yang telah aku lepaskan dulu, Dia yang temukan dengan orang sekeliling dan permudahkan jalan untuk aku, dan Dialah yang menggerakkan hati yang kusayang untuk support aku. Macam aku cakap berkali-kali pada diri sendiri, setiap apa yang berlaku ini adalah yang terbaik, dan semestinya punya hikmah yang tersendiri. Perpindahan aku ke perlis, pertemuan aku dengan rakan serumah dan rakan sekerja, syukur syukur ya Allah.

Hanya Allah tempat aku berharap. Moga-moga kali ini bawa perubahan. Amin..



tulisan hayati sekarang dah pukul 10:35:00 PM Saturday, July 7, 2012 2 orang dah komen

Tuesday, July 3, 2012

bumi asing

masuk hari ni dah lebih 2 minggu aku berada di bumi yang tak pernah aku jejaki sebelum ni (melainkan untuk pergi interview); perlis. memang la to some people, " ala, perlis pun nak kecoh" tapi bukan pada aku. sejak kecik, memang aku tak pernah berjauhan dengan keluarga aku. aku tak pernah masuk asrama, diploma-degree-master aku pun semuanya di lembah klang, pendek kata kalau mak aku kata nak masak laksa johor pun aku boleh usaha balik rumah tolong masak. jadi ini adalah pertama kali aku.

rasanya? macam budak masuk asrama first time. seminggu sebelum datang sini, hampir hari-hari aku menangis sebelum tidur. rasa macam jauhnya nak balik rumah nanti, ruginya tak dapat masak hari-hari untuk family, rindunya tak dapat tengok muka mak dan abah hari-hari. emo ok.. gua memang emo. ini bukan macam budak asrama yang masih boleh balik rumah bila cuti sekolah, atau macam student ipta yang boleh enjoy cuti di rumah. tapi ini tentang kemungkinan untuk menjadi tua di sini. pendek kata, aku memang sedih gilalah sebelum datang sini. memang dah banyak kali terfikir untuk balik ke tempat asal aku semula. aku bukan orang bandar sangat pun sampai tak boleh nak adapt dengan suasana kampung, tapi ini tentang berjauhan dengan family, kesayangan terbesar aku.

over kau, siap ambik gambar landmark 'kampung' aku lagi

tapi mesti ada orang kata, "tulah kau, siapa suruh mintak keje jauh-jauh?" macamlah kita sebagai manusia ada kuasa untuk tentukan di mana ada rezeki kita dan masa depan macammana yang kita nak. pernah beberapa kali jugak aku nekad, kalaulah rezeki itu bukan untuk aku, aku akan balik kl. tapi aku yakin, apa yang Tuhan bagi ni, punya hikmah yang perlu aku cari, dan paling terbaik untuk aku pada saat ni.

mula-mula aku datang sini, agak kejutan budaya jugaklah. selalu homesick, kerap sangat habiskan kredit cerita macam-macam kat mak. sini mana ada McD. sebut je burger king, carl's junior, tgi fridays, kenny rogers, nando's, big apple, jco, semuanya nan ado. sedangkan takoyaki pun masih ada yang tak tahu. perlis ni negerinya sangat reserved. jalannya tidaklah sebesar kl. mall yang paling besar di perlis pun kalau tak silap aku hanyalah di the store kangar dan di c-mart arau. kamdar dengan nagoya pun takde der, kena menziarah negeri sebelah (canelah gua nak beli kain tempah baju ni). dan memandangkan perlis juga merupakan negeri terpanas, memang kerjanya berpeluh sepanjang siang.


jalan shortcut ke rumah aku dari pauh, one car at a time please!

sekarang, setelah lebih 2 minggu, aku masih homesick, tapi alhamdulillah, beban kerja buat aku tak sempat nak syahdu-syahdu teringat family (tapi masih rindu!) dan ternyata bumi perlis tidaklah seperti yang aku bayangkan. bukan nak defensive ke apa, tapi walaupun tiada segala macam fast food tu, aku bersyukur jugak, maybe it's another way for me to lose weight la kan (walaupun makanan dia dah la sedap, murah pulak tu! mana nak dapat lunch RM3.50 kt kl?) walaupun jalannya tidak sebesar jalan di kl, tapi tidak pulak jem seperti di kl (full tank minyak kereta aku boleh tahan 2 minggu tu, best gile!) pergi kerja pagi-pagi boleh rileks keluar pkul 7.30, siap sampai sebelum pukul 7.40. tempah baju pulak cuma rm25 sahaja! *ternganga* asal dapat murah, kain baju aku sanggup beli masa balik kl. dan walaupun tiada mall yang gah dan berderet-deret macam di mutiara damansara, tapi itu tandanya aku boleh jimat duduk di sini. selamat berjimat cermatlah pada yang selalu terdedah pada godaan membeli belah di kl tu ye?

ada pasar tani dalam ladang getah ni pun dah buat aku cukup bahagia :)
alarm semulajadi bersama 3 isterinya yang selalu kejut aku bangun subuh dan teman aku jemur baju. (besar pahala kau ayam)
walaupun pembangunan di perlis bukanlah macam pembangunan di kl, tapi alhamdulillah so far, keperluan aku cukup.
 
pemandangan sawah yang takkan pernah buat aku bosan

untuk mak dan abah, engah ok kat sini, tapi tolonglah datang tinggal kat sini lepas pencen nanti, seriusli best sangat!

tulisan hayati sekarang dah pukul 10:25:00 PM Tuesday, July 3, 2012 2 orang dah komen

Tuesday, May 8, 2012

meludah ke langit


manusia. kadang-kadang tak lepas dari menilai orang lain. dulu, aku selalu berazam untuk tak nak menilai orang lain. tapi sejauh mana kita mengelak untuk menjadi seseorang itu, kita takkan terlepas dari ujian Tuhan untuk menjadi orang itu.

banyak kali jadi dekat aku. bila aku tak suka akan sesuatu perbuatan atau perlakuan orang, mesti akan ada satu masa yang aku akan terbuat benda yang aku sendiri tak suka; samada secara sedar atau tak. tak tahu sama ada pernah jadi dekat orang lain atau tak, tapi banyak kali jadi dekat aku. kenapa ye?

jadi aku pun selak semula memori aku, di mana satu ketika dulu, aku dan kawan-kawan selalu sangat cakap ungkapan ni, "dia (rafeah, bukan nama sebenar) selalu tegur orang lain, jangan buat itu ini, tapi tak lama lagi mesti dia pulak buat" pap! terkena kat batang hidung sendiri. tapi mungkin dalam situasi aku, orang yang perasan bukan orang lain, tapi diri sendiri. paling terasa, bila terjumpa terjemahan kat bawah, berpeluh-peluh teringat dosa sendiri.


Firman Allah S.W.T: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani," (Al Hujurat:12)
 
baru-baru ni, dalam satu sesi musyawarah, aku macam terhantuk dek realiti. aku mahukan segala-galanya di sekeliling menjadi seperti apa yang aku mahu, tapi lupa untuk lihat balik pada diri sendiri. kenapa perlu menilai orang lain sedangkan penilaian yang sepatutnya adalah kepada diri sendiri?

sejauh mana kita kenal dengan diri sendiri? sejauh mana kamu tidak akan lakukan benda yang kamu sendiri tak suka? satu kelemahan aku, aku kerap lupa. mungkin sebab aku melayu. dan selagi aku adalah seorang melayu dan beragama Islam, selagi itulah aku kena muhasabah diri, untuk ingatkan di mana aku berpijak, dari mana asal usul aku, untuk tidak meludah ke langit, mengkritik orang lain dan lupa untuk lihat kelemahan diri sendiri.
 
janga lupa untuk berpijak di bumi yang nyata (sumber)

dan yang paling penting, untuk menjadi manusia lebih baik dari semalam; yang sentiasa memperbaiki diri sendiri ke arah kebaikan.

untuk kamu (yang tersayang), tolong ingatkan aku boleh?

:)

tulisan hayati sekarang dah pukul 2:46:00 AM Tuesday, May 8, 2012 0 orang dah komen

Tuesday, May 1, 2012

antara kebetulan, hikmah dan bahagia


1) bila assignment masih tidak siap, dan kebetulan lecturer ada hal, kelas batal dan assignment boleh hantar lewat.

2) bila dapat kenaikan gaji bulan ni, tiba-tiba kereta rosak.. atau tiba-tiba kena cukai pendapatan tinggi pulak tahun ni.

3) bila tengah bulan takde duit, tiba-tiba ada orang nak belanja makan.

4) bila kau tak suka dengan seorang kenalan, kebetulan orang itulah yang tolong kita saat kita perlukan bantuan.

5) bila  kau nak sangat dengan suatu benda, tapi benda lain pulak yang dapat.
 
bagi aku kebetulan tak wujud. yang wujud hanya hikmah dan keajaiban Allah. dan aku percaya sangat-sangat dengan setiap yang berlaku sememangnya ada hikmah. Allah itu Maha Bijaksana dimana kita sebagai manusia yang tidaklah sempurna mana pun tak dapat nak interpretasi apa yang sedang berlaku. tapi aku percaya, selagi kita sematkan ada hikmah di sebalik kejadian, dan pada masa yang sama menjadi orang yg positif, insyaAllah.. setiap dugaan itu kita akan terima dengan redha.

haritu aku terdengar beberapa minit kuliah dari penceramah arab di tv alhijrah. katanya, kita selalu mencari kebahagiaan di luar kita, contohnya:

1) aku akan bahagia kalau ada duit yang banyak.
2) aku akan bahagia kalau dapat lelaki/perempuan idaman.
3) aku akan bahagia kalau dapat rumah @ kereta yang besar.

tapi kebahagiaan yang sebenar ialah dari dalam diri. ya, memang tak salah pun kalau nak berimpian besar, nak jadi kaya-raya, nak ada kereta import yang mahal lagi besar. tapi adakah semua itu menjanjikan kebahagiaan? (dalam hati aku jawab YA!)

penceramah arab tu bagi contoh, kalau kita tengok, elvis presley, dia ada segalanya; duit yang banyak, rumah yang besar, peminat perempuan yang tergila-gila dengan dia. pendek kata, dia ada semua yang orang lelaki impikan. tapi hidup dia berakhir dengan kematian dalam bilik air, dengan alkohol dan dadah. jadi itu adalah bukti, kebahagiaan tak semestinya datang dari harta benda.

rumah elvis presley (sumber)

kalaulah kita sedar, mungkin Allah tak nak bagi kita sesuatu tu untuk elak kita jadi riak, atau untuk mengajar kita untuk bersyukur dan bersederhana.. dan kalaulah kita sedar, kebahagiaan itu datang bila kita mengingati Dia.. mudahnya untuk jadi manusia yang bahagia.. kan?

aku selalu percaya, yang rezeki Tuhan ada di mana-mana, jadi bila aku melepaskan sesuatu yang orang kata terlalu rugi untuk dilepaskan, aku percaya dengan gerak hati yang Tuhan beri ini, dan semoga apa yang aku lepaskan pada masa ini, ada sesuatu yang lebih besar untuk aku pada masa akan datang :)


tulisan hayati sekarang dah pukul 3:24:00 AM Tuesday, May 1, 2012 0 orang dah komen

Thursday, February 16, 2012

makan makan: seafood jeram kuala selangor

dulu, aku ingat aku bukanlah penggemar seafood. kalau makan pun, satu jenis lauk tu dah cukup. dan aku tak berapa suka makan seafood sebab nanti aku akan konfem gatal, bahagian muka terutamanya. sehinggalah aku didedahkan pasal gejala makan seafood ni masa degree dulu. time tu pergi ramai-ramai, satu kelas, nak berbuka puasa. dan sejak dari hari tu, maka bermulalah episod aku sebagai penggemar seafood (atau boleh juga panggil penggemar makanan). alhamdulillah, alergik pada makanan laut ni tidaklah seteruk dulu.

dan tidak mudah nak cari makanan laut yang best (bagi aku yang murah, sedap dan besar), sebab kita bukannya tinggal tepi laut kan. lainlah kalau duduk kat semporna macam trip anak angkat aku dulu, macam-macam jenis ikan kau boleh jumpa, kulit warna warni, bentuk macam-macam segi, nama kau tak pernah dengar, lobster bawah RM100 pun boleh dapat, semua ada.

jadi pilihan terbaik dan terdekat yang ada, tak lain di kuala selangor. memang sangat berbaloi untuk penggemar makanan laut kat sini. di sinilah korang boleh jumpa sotong sepanjang pergelangan tangan hingga siku, udang sebesar tapak tangan, ikan yang besar gedabak, di sinilah tempatnya!

dan ia pun macam dah menjadi satu tradisi untuk aku dan si dia, datang makan kat sini setiap kali habis exam atau presentation, lebih kurang macam melepas geram. setiap kali datang, kitorang akan order menu yang sama dan binatang yang sama. cukup.

pembuka selera: kerang bakar.

hidangan utama: ketam masak cili, udang goreng butter, sotong goreng tepung, kepah masak cili.

dan ikan gerut bakar.
memang kenyang terbungkang sampai tengahari esoknya.

tempat ni ada dua restoran yang besar, satu aroma dan satu lagi muara ikan bakar jeram. bagi aku, dua-dua menepati citarasa aku; ada yang murah sikit dan rasa pun kurang sikit. satu lagi sedap sikit dan mahal sikit. terpulang, duit atau rasa? ada satu kali, aku terpandang bil satu pasangan yang bawak family makan (agaknya), bilnya sampai RM500+ ! pengsan kalau aku yang kena bayar @.@. tapi memang berbaloilah setiap sen.

persekitaran kedua-dua restoran ini pun amatlah selesa. sesuai untuk makan ramai-ramai. kalau datang dua orang pun duduk meja besar jugak. kalau di aroma, ada beberapa gazebo kalau korang nak makan bersila dan dekat dengan laut.

ini masa makan dengan classmate master, di muara ikan bakar jeram. tempat memang luas.

yang bestnya makan di sini, selain dari makanan laut yang sedap, surau dan tandas ada, pemandangan pun cantik. sebab dekat dengan laut, dengan angin laut yang menghembus lembut, best! ada satu kali di aroma, kitorang dapat duduk dekat anjung, dekat dengan pantai. tengoklah betapa dekatnya pantai dengan tempat makan kitorang, sampai aku pulak yang takut kalau air naik lagi, sebab masa tu air pasang.



dah rasa macam makan dekat restoran terapung.

lebih-lebih lagi kalau nak terbenam matahari tu. boleh la layan perasaan romantik sikit, walaupun agak susah bila tangan dan mulut penuh dengan makanan. 



kali terakhir kami pergi, dapat duduk bawah khemah ni je. masa tu pulak hujung minggu, memang ramailah orang datang bawak keluarga. aku sarankan sesiapa yang nak bawak family tu, sila buat tempahan dulu, nanti putih mata kalau takde tempat duduk, melainkan kamu sanggup tunggu.

dapat duduk hujung restoran je

jalan nak ke tempat ni pun senang sahaja. taipkan jeram kuala selangor samada di garmin atau di locations untuk pengguna android, dan ia akan tunjukkan jalan yang betul, senang kan? tol dari shah alam hanya RM0.60 sahaja (kalau tak silap).

haiiiih~ bila nak datang sini lagi?

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:06:00 PM Thursday, February 16, 2012 4 orang dah komen
Labels: dia, makan-makan

Wednesday, February 15, 2012

masa-masa yang sempit


terima kasih Tuhan, atas masa yang Kau berikan. sungguh, aku memang manusia yang terlalu banyak kelemahan, terutamanya dalam pengurusan masa. jadi komplikasinya, banyak benda yang aku terpaksa abaikan dan salah satunya, ialah dengan meninggalkan blog. jadi bila nak mula menulis kembali, mungkin agak kekok sikitlah.

sepanjang tempoh blog-hibernasi aku, sebenarnya aku sibuk sangat nak habiskan pelajaran aku. bab itu, nanti aku ceritakan kemudian. tunggu keputusan rasmi yang keluar sikit masa lagi. ini belum bekerja, berkahwin atau ada anak lagi. tak taulah betapa sibuknya aku nanti.

insyaAllah, hari-hari yang akan datang akan menjadi lebih baik, dan akan lebih banyak cerita di sini.. dan semoga blog ini akan terus hidup untuk mengukir kenangan dan hidup aku. :)

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:24:00 PM Wednesday, February 15, 2012 0 orang dah komen
Labels: muhasabah diri
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

aku

My photo
hayati
ini tulisan hati..
View my complete profile

yg sudah lepas

  • ►  2013 (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2012 (9)
    • ▼  September (2)
      • usaha
      • akaun simpanan
    • ►  July (3)
      • tunggu sekejap ramadhan
      • kembali
      • bumi asing
    • ►  May (2)
      • meludah ke langit
      • antara kebetulan, hikmah dan bahagia
    • ►  February (2)
      • makan makan: seafood jeram kuala selangor
      • masa-masa yang sempit
  • ►  2011 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  February (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (67)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2008 (44)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (5)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2007 (28)
    • ►  December (5)
    • ►  November (10)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

kengkawan

  • life of mine
    This journey is about ...
    7 years ago
  • Ceritera Warna Warni Kehidupan
    Saran Memasak Untuk Membantu Anda Untuk Memimpin Hidup Baik
    10 years ago
  • Angela's bloggie || http://angelalpev.blogspot.com
    13 albums of 2013.
    11 years ago
  • ^ sUaRa TaNpA bUnYi ^
    ^ sYukuR ^
    12 years ago
  • pocket full of sunshine
    151 days!
    12 years ago
  • :::.listen to my heart.:::
  • permulaan

singgahan tetap

  • Freewebcomic
    PHP Web Development Beneficial For Online Business
    2 years ago
  • Perempuan Jomblo
    Dah besar dah
    7 years ago
  • Work Hard Play Hard
    Sedia Keripik Pare Tidak Pahit
    10 years ago
  • ini fynn jamal cakap.
    kontradiksi
    11 years ago

mereka ini

 
© 2011 breakprimetime