skip to main | skip to sidebar
this is me

Monday, February 28, 2011

.: mari memasak- part 1 :.

aku pernah cakap yang aku gunakan memasak sebagai antara terapi ketika aku sedih. tapi jangan pulak ada yang sangka aku memasak bila aku sedih je, susah la nak hidup kalau camtu. aku masak pun, bukanlah benda yang susah-susah, yang biasa-biasa je pun dah cukup.

kalau aku masak, kadang-kadang agak menjadilah..



tapi, yang tak bestnya, memandangkan aku ni bukanlah hebat sangat di dapur, kadang-kadang (atau banyak kali jugak) bila aku nak mencuba sesuatu resepi tapi akhirnya kurang menjadi. contoh paling ringkas ialah benda yang dicuba malam tadi. pada mulanya, aku hanya nak cuba benda ni yang sangat mudah dan kanak-kanak sekolah rendah pun boleh tolong mak dia buat. dan cuba banding resepi itu dengan result aku di bawah:



agak-agak sama tak? huuu, dah la tengah sedih kan, ingatkan nak memasak kot la boleh menenangkan sikit tapi skali tak jadi pulak, lagi sedih la macam ni :(

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:23:00 AM Monday, February 28, 2011 5 orang dah komen
Labels: masak-masak, perasaan

Sunday, February 27, 2011

.: sedihnya :.

kalau sebelum ni aku buat entri pasal marah, kalau bersedih pulak macammana? apa yang aku buat ketika marah pun boleh digunapakai ketika sedih, tapi berbeza jugak kadang-kadang. ini ialah apa yang aku buat kalau aku rasa sedih:

1) menangis dan menangis dan menangis. walaupun aku sendiri melihat menangis itu sebagai tanda kelemahan, tapi nampaknya aku belum kuat untuk tidak menangis. kesimpulannya, aku ni senang tersentuhlah. emo mungkin.

2) membaca buku atau ebook la tahzan/don't be sad/jangan bersedih. dah sedih kan, mesti la baca buku jangan bersedih.. tak kira sedih kategori macammana pun; kematian, gagal dalam exam, putus asa, masalah rumah tangga atau putus cinta, buku ni memang ada cerita pasal semua jenis kesedihan. sebab pada akhirnya, kita perlu berdamping dengan Pencipta yang Agung untuk ubatkan kesedihan ni, kerana Dia yang ciptakan rasa ni. sangat sesuai untuk kamu yang sedang bersedih.

3) membasuh atau memasak. benda ni kadang-kadang je aku buat, sangat rare la, bergantung kepada kerajinan. kadang-kadang bila aku sedih, rasa malas pun ada, nak monyok je. tapi kadang-kadang, kalau aku nak lupakan kesedihan tu, aku akan cari benda yang akan buat kita happy pada akhirnya. contoh kalau melihat bilik air, bilik tidur, ruang tamu, almari baju, dan segala sudut rumah bersih, secara tak langsung kita akan rasa puas dan mengundang senyuman. lebih kurang macam terapi.

4) makan. ramai orang praktik benda ni untuk lupakan kesedihan, tapi aku.. macammana nak cakap eyh? kalau hepi ke, tak hepi ke, makan main hadap je, kalau sedih, apatah lagi kan? tapi pernah sekali dulu, aku agak sedih la (pasal apa tak ingat dah) aku tak makan lama tu, minum air je.. agak-agak boleh jadi tips untuk kurus tak? =P

ok dah dah, tak payah banyak sangat benda nak buat untuk tangani kesedihan. ada pepatah inggeris kata, time will ease the pain.. kalau kamu tengah bersedih, bagi masa dekat diri untuk reda dan move on. hidup ni mesti diteruskan kan? tak mau sedih-sedih lagi..

p/s: senyum sikit =)

tulisan hayati sekarang dah pukul 9:10:00 AM Sunday, February 27, 2011 0 orang dah komen
Labels: perasaan, tips

Saturday, February 26, 2011

.: aku marah? :.

siapalah yang tak pernah marah? tipu sangat la kalau ada yang cakap tak pernah marah kan. ini bukan la petua sangat pun, tapi ini apa yang aku amalkan. setiap individu punya benda yang berbeza kalau nak lepaskan kemarahan, ini apa yang aku buat kalau aku marah:

1) diam. sebab kalau aku cakap bila aku marah, sangat senang untuk aku cakap benda-benda yang buat aku akan menyesal dikemudian hari. jadi, dari bagi orang dan aku sakit hati, lebih baik diam kan? lagipun kalau aku marah, aku akan cakap lebih cepat dari biasa, jadi orang pun tak berapa nak paham kata-kata aku, so, baik tak payah cakap langsung.

2) tidur. ini bahagian yang paling aku suka. tidur mungkin tak dapat nak selesaikan masalah tu, tapi definitely dapat bagi aku lebih tenang. kadang-kadang, bila lepas bangun, aku rasa macam aku boleh hadap masalah tu atau bawak berbincang. tapi kalau lepas bangun pun tak dapat settle down jugak.. itu memang serius isulah!

3) berkurung. aku ingat lagi dulu masa zaman remaja yang penuh emosi dulu, asal marah je aku berkurung, tu jelah keje aku. dulu, aku share bilik dengan kaklong kot (tak ingat sangat sebab dah banyak kali tukar bilik), tapi nasib baik kaklong duduk asrama dari tingkatan satu sampai lima, jadi bilik aku punya dan boleh berkurung tanpa ada orang ketuk bilik nak masuk.

4) menangis. ini pun aku suka (walaupun keluar secara tak rela). rasa macam dah bertong-tong jugak la air garam yang keluar dari mata aku ni. nasib baik tak ada raja yang nak pinang puteri gunung ledang zaman ni, kalau ada, mungkin aku boleh ambil bahagian dengan menyumbang air mata..

5) last but not least, blogging of course. aku tengah blogging sekarang, jadi aku tengah marahlah ni? hoho! masa zaman-zaman degree aku, banyak jugak entri-entri yang berunsur melepaskan geram. aku rasa menulis mungkin satu cara yang berkesan untuk aku lepaskan geram. kamu rasa benda yang sama tak?

mungkin lepas ni aku patut tukar cara untuk lepaskan kegeraman melalui cara-cara di atas. tadi terbaca satu artikel.. ohh, aku mahu jadi macam ni!

eyh eyh, tapi adalah tips aku kat no. 3 dan 8, suke suke!

p/s: kepada sesiapa yang suka marah dan panas baran seperti aku, mungkin kamu mahu pertimbangkan idea kecil seperti ini dan praktikkan dalam hidup kamu okeh?


gud luck! =)

tulisan hayati sekarang dah pukul 7:52:00 PM Saturday, February 26, 2011 0 orang dah komen
Labels: perasaan

Wednesday, February 23, 2011

.: rindu :.



oohhh, aku rindu update blog!

tp aku banyak keje ni, update esok boleh tak? atau lusa? atau tulat? atau hari minggu? atau cuti sem?

tak mau dah buat entri terpanjang part 2 ='(

tulisan hayati sekarang dah pukul 1:20:00 AM Wednesday, February 23, 2011 1 orang dah komen

Sunday, February 6, 2011

.: idea :.

Seorang manusia mungkin takkan terlepas dari merasa bosan bila menghadapi benda yang sama berulang-ulang kali. Pesan/makan menu yang sama setiap kali keluar makan. Makan di kedai yang sama untuk sebulan. Atau lebih. Memakai warna baju yang sama untuk seminggu. Masak benda yang sama untuk tiga hari. Menghadap beban kerja yang sama untuk tiga tahun. Atau lebih.

Tapi kan, kita tak pernah bosan pulak mempunyai keluarga yang sama sepanjang hidup. Tak pernah bosan pulak tidur dengan suami/isteri hari-hari sampai kita mati (insyaAllah). Tak pernah bosan pulak melayan kerenah anak-anak dari kecik sampai tua bangka. Itulah antara kebijaksanaan Allah. Aku mungkin tak tahu lagi bagaimana rasanya bila bersuami atau mempunyai anak, tapi aku pasti, Allah takkan datangkan rasa kebosanan itu bila kita deal dengan dinamik. Pasal tu hidup kena ada perubahan dan dugaan yang akan buatkan kita kadang-kadang terjatuh sebelum ada keberanian yang lebih dari sebelumnya untuk bangun.

Sebenarnya nak cakap aku dah bosan dan mahukan perubahan. Itu je pun. Aku memerlukan anjakan paradigma barangkali? Atau perspektif baru? Ok, masa untuk berubah semua. bukan kamu, tapi aku.

tulisan hayati sekarang dah pukul 2:35:00 AM Sunday, February 6, 2011 0 orang dah komen

Thursday, February 3, 2011

.: rangkaian sosial :.





siapa dah tengok "The Social Network"? macam yang aku dah cakap hari tu, kan aku tengok filem delay memang lambat dalam 2 ke 3 bulan. aku tau cerita ni dah basi berkulat. tapi apapun, aku masih nak cerita pasal filem ni.

ringkasnya, cerita pasal macammana Facebook dicipta. sangat best tengok cerita kronologi + sejarah + biografi + fakta ni. mungkin ramai ingat Mark Zuckerberg tu genius sangat sampai boleh cipta sesuatu yang sangat best era ni. dia memang sangat pandai, sampai ada yang gelarkan dia programming prodigy. pergh! tapi rupanya banyak benda yang kita tak tahu pasal macammana Facebook disebarkan dan macammana idea itu tercetus.

lepas tengok cerita tu, aku pun buat googling sikit pasal nama-nama yang hebat dalam filem ni. antara fakta yang best: Mark Zuckerberg (facebook founder) ialah seorang yahudi, baru 27 tahun (sebaya kaklong) dan telah pun menjadi billionaire termuda di dunia. gila kot. dulu masa belajar computer organization, bila lecturer sebut nama dia je, aku pikir, sah orang tua ni. tak tau pulak dia ni sangat muda! banyak yang aku perasan zaman sekarang ni, seorang computer nerd mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk menjadi billionaire. muda-muda pulak tu. hmmm.. macam ciri-ciri aku je tu (ok, sangat perasan!)

ok, cukup pasal cerita filem. apa yang aku nak kongsikan di sini adalah moralnya. mungkin tak terjadi pada orang melayu sahaja. bila seseorang tu dah berjaya, duit bersepah sampai dah tak lalu nak tengok, mesti ada perselisihan dengan orang yang rapat dengan kita. (kita? eyh, bila aku kaya ntah). dan sentiasa ingat, orang penipu ni memang wujud. dulu masa takde apa-apa, sikit pun tak pandang. tapi bila nampak peluang, asyik nak berkepit 24/7, tak lain nak ambik kesempatanlah tu.

kesimpulannya, jangan lupa untuk hargai orang sekeliling yang terima kita masa kita takde apa-apa, bukan yang mencari kita masa kita ada apa yang dia nak. terima kasih untuk semua yang pernah kenal aku, yang pernah ada untuk aku, semoga kamu dapat yang terbaik yang kamu impikan.

terima kasih Tuhan sebab temukan aku dengan mereka.

=)

tulisan hayati sekarang dah pukul 1:16:00 AM Thursday, February 3, 2011 0 orang dah komen

Wednesday, February 2, 2011

.: filem :.

aku tak selalu tengok wayang. jika ada pun mungkin filem melayu. dan beberapa je. jadi, bila aku tengok movie? selalunya, aku akan tengok dua atau 3 bulan selepas movie tu ditayangkan. itu pun selepas encik ehem men-download movie high definition 720-p punya kualiti. jadi memang agak lambatlah kalau nak tengok movie-movie yang tengah hot di pawagam.

kenapa aku suka tengok movie lambat atau yang di-download?

1) sebab aku rasa rm20 itu banyak untuk dibelanja tengok wayang. itu kalau tengok berdua, kalau tengok dengan kaklong + alep + fariz? mahu rm40. aku lebih suka belanja duit itu untuk buat kek tiramisu yang sedap. ataupun spagetti bolognaise. atau pun kuih talam yang boleh buat makan seminggu. atau membeli baju atau kasut.

2) kalau tengok kat pawagam, audiens sangat mempengaruhi. contoh: hari tu, bila aku dan encik ehem tengok wayang filem melayu horror-komedi, ada orang yang dah gelak dulu sebelum saat yang patut gelak. mungkin orang tu dah tengok filem itu untuk kali yang ke-4 sebab dia boleh gelak terbahak-bahak beberapa saat sebelum scene yang lawak tu. seperi yang dah dijangka, lepas tu semua pun gelak. tapi scene itu takdelah lawak sangat pun. dan pada saat tu, aku dan encik ehem pandang sesama sendiri, antara keliru dengan tak lawak, lebih kepada ntahpapentah, bukan kepada filem tu, tapi kepada reaksi yang dah tak excited nak gelak.

3) lagi satu, walaupun hanya tengok dalam skrin kecik 14 inci punya lcd, tapi kita mengawal movie tu. maksudnya: kalau termiss satu scene, boleh rewind banyak-banyak kali, atau pause bila kita rasa nak ke toilet. berbeza kalau tengok kat pawagam, yang mana kalau tak faham scene itu, kita akan blur sekejap dan ni bagi aku mungkin akan ganggu perasaan aku sampai habis movie.

4) ini kelebihan terbesar bagi aku. tengok movie sendiri ni kita boleh pilih masa dia. jadi takdelah terpaksa kelam kabut solat untuk kejar waktu. cuma mungkin kena cari masa yang sesuai untuk tengok la kan. lepas habis kerja ke, weekend ke..

minta maaf pada kaki wayang kalau ada yang tak setuju dengan sebab di atas. ini pendapat aku je. aku tak kisah pun pada sesiapa yang suka tengok movie. ada orang suka jadikan wayang sebagai aktiviti tetap hujung minggu atau aktiviti untuk bawak family jalan-jalan ke. everybody has their own way.

tapi tapi, mesti ada orang terfikir, tengok movie kat luar tak best sebab skrin kecik. lagipun tak boleh pasang sound kuat-kuat dan takde tempat sesuai. skrin kecik bagi aku tak menjadi masalah asalkan kualiti jelas, pixel tak pecah, takde orang melintas ke. mengenai lokasi, aku rasa tempat yang paling best ialah di rumahlah of kos, tapi itu kalau nak tengok dengan family. cuma masalahnya bagi aku, takkan aku nak ajak dia masuk rumah aku kan? atau aku tengok kat rumah dia? itu sah-sah la cari pelempang berbekas kiri dan kanan. nak pilih tempat tu kena guna kebolehan berfikir sendiri. cuma jangan pilih tempat berbahaya sudah. korang cuma perlu ada ini:

1) sudah tentu, laptop. (sumber: google image)



2) ycable (sumber: google image)



ycable paling penting. selalunya, setiap laptop hanya ada satu sahaja headphone jack. ini untuk sound maksima dan tidak ganggu orang sekeliling, walaupun dalam library. plug sebelah hujung tu kat headphone jack, dan dua hujung itu untuk masing-masing punya headphones. (khas untuk dua orang sahaja. tak tahulah kalau ycable ini boleh sambung-sambung untuk beberapa headphones lagi. tapi kalau dah ramai-ramai nak tengok, what's the point pakai ycable? haih!)

3) last, headphones, atau earphone masing-masing (sumber: google image)

 
dia punya.         aku punya.

itu sahaja yang diperlukan bagi sesiapa sahaja yang ingin tengok movie dengan laptop anda dan tidak ganggu orang sekeliling. agak-agak ada orang ke nak tengok movie macam ni? takde kot~

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:26:00 AM Wednesday, February 2, 2011 2 orang dah komen
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

aku

My photo
hayati
ini tulisan hati..
View my complete profile

yg sudah lepas

  • ►  2013 (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (9)
    • ►  September (2)
    • ►  July (3)
    • ►  May (2)
    • ►  February (2)
  • ▼  2011 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (8)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ▼  February (7)
      • .: mari memasak- part 1 :.
      • .: sedihnya :.
      • .: aku marah? :.
      • .: rindu :.
      • .: idea :.
      • .: rangkaian sosial :.
      • .: filem :.
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (67)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2008 (44)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (5)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2007 (28)
    • ►  December (5)
    • ►  November (10)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

kengkawan

  • life of mine
    This journey is about ...
    7 years ago
  • Ceritera Warna Warni Kehidupan
    Saran Memasak Untuk Membantu Anda Untuk Memimpin Hidup Baik
    10 years ago
  • Angela's bloggie || http://angelalpev.blogspot.com
    13 albums of 2013.
    11 years ago
  • ^ sUaRa TaNpA bUnYi ^
    ^ sYukuR ^
    12 years ago
  • pocket full of sunshine
    151 days!
    12 years ago
  • :::.listen to my heart.:::
  • permulaan

singgahan tetap

  • Freewebcomic
    PHP Web Development Beneficial For Online Business
    2 years ago
  • Perempuan Jomblo
    Dah besar dah
    7 years ago
  • Work Hard Play Hard
    Sedia Keripik Pare Tidak Pahit
    10 years ago
  • ini fynn jamal cakap.
    kontradiksi
    11 years ago

mereka ini

 
© 2011 breakprimetime