skip to main | skip to sidebar
this is me

Thursday, December 8, 2011

Pelangi untuk yang teristimewa



Minggu lepas, harijadi seseorang yang sangat aku sayang. Nak beli hadiah, tapi duit tak sampai 8 juta. Jadi apa yang aku boleh buat ialah dengan menunjukkan kasih sayang.

Aku tunjukkan kasih sayang dengan buat sesuatu yang aku suka, though I am not very good at it. Jadi dalam kesibukan menyiapkan thesis yang sangat hampir dengan tarikh matinya, aku cuba jugak tunjukkan kasih sayangku (muntah!)

i know that 'someone special' loves cupcakes than cakes, and vanilla compared to chocolate. there u go, lil' birthday present, with some touch of love :P

walaupun buat cupcakes vanilla, tapi kenapa nampak macam chocolate cupcake? (itu namanya technical error, i never thought that combination blue and red color will produced brown color instead of purple, salah ratio kot T-T)



inside (jangan sesekali menilai buku dari kulitnya tahu?) :D

Selamat hari jadi pelangiku, love u~






tulisan hayati sekarang dah pukul 8:30:00 AM Thursday, December 8, 2011 4 orang dah komen

Wednesday, November 16, 2011

syukur


sibuk. yelah, manusia sekarang terlampau sibuk. sampaikan suri rumah pun sibuk. mana tak sibuk, duduk di rumah tapi berbisnes. orang di pejabat, tak kurang juga sibuk. kerja 8 jam terlampau sikit sampai kadang-kadang terpaksa sambung ke malam. atau hari minggu. itu belum campur dengan pekerja yang belajar separuh masa. tapi dalam kesibukan bekerja dan urusan seharian, berapa ramai yang sempat bersyukur atas nikmat Allah?

1) bila kita letih, berapa ramai yang bersyukur bila dapat tidur dan menghilangkan penat? dapat bangun lagi pada esok harinya untuk sambung dengan kesibukan harian.

2) bila kita rasa lapar, berapa ramai yang bersyukur bila kita dapat mengisi perut, biarpun apa yang kita makan itu bukanlah dari kategori makanan kegemaran kita?

3) bila perut kita memulas dan tidak sabar-sabar untuk mengeluarkan hasil dari sistem penghadaman yang lancar, berapa ramai yang bersyukur kerana dapat mengeluarkan hasil itu dengan jayanya?

4) bila kita memandu, berapa ramai yang bersyukur bila kita sampai ke destinasi dengan selamat?

5) bila Dia luaskan rezeki kita sedikit untuk membeli belah, berapa ramai yang bersyukur dengan nikmat bershopping?

6) bila apa yang kita mahukan sangat-sangat, dan bila kita minta pada Dia, ditunaiNya pula, berapa ramai yang bersyukur dengan nikmat itu?

syukur.. syukur Tuhan. walau apapun dugaan yang datang, terima kasih dengan nikmatMu yang terlampau banyak :)


tulisan hayati sekarang dah pukul 12:22:00 AM Wednesday, November 16, 2011 0 orang dah komen
Labels: muhasabah diri

Friday, September 30, 2011

bila casing handphone pun ada kulit babi


baru-baru ni bila terbaca post ni, aku pun macam, "woo, sandal budak sekarang pun dah ada kulit babi". memandangkan aku jarang membeli kasut disebabkan oleh saiz kaki yang melampau besarnya, dan juga dompet yang hanya beli 2 tahun sekali (atau sehingga dompet bocor), jadi aku fikir ini adalah langkah yang perlu aku ambil BILA nak beli dua benda ini sahaja.

sehinggalah pada suatu hari bila encik ehem nak membeli casing untuk handphone yang menjadi kesayangan barunya. casing tu menjadi pilihan sebab dah dia memang berkenan, dah siap google dan mencari mana kedai yang jual. bila dah jumpa dan beli,dan menggunakan casing tersebut selama lebih kurang 5 hari.

dan pada hari ini, setelah tuan punya casing ada masa untuk membelek casing kesayangan sepenuh hati, ini yang dia nampak:



kulit babi itu digunakan di bahagian dalam, sama jugak macam kalau penggunaan pada kasut kulit. bila tengok di luar, memang tak sangka ia dari kulit babi.



bila dah terjadi pada diri sendiri, baru tergamam. kelam kabut mencari kepastian samada perlu samak atau tak. takkan nak samak handphone baru dia pulak kan? dan jawapan yang sepakat untuk meyakinkan diri adalah perlu menyamak tangan dan bahagian muka/ telinga yang bersentuh dengan casing tersebut. dan aku sebagai pengguna kedua terbesar perlu samak tangan sahaja. lepas tu, kes mencari tanah liat pulak. mana nak cari tanah yang bersih. nasib baik HPA ada jual tanah liat yang boleh guna untuk tayammum. bila tanya pada penjual tu, memang boleh guna untuk samak. alhamdulillah, mudah kerja :)

sumber (RM8 untuk bukan ahli, RM6.50 untuk ahli seperti aku)
jadi berhati-hati pada sesiapa yang nak beli casing, sandal, dompet atau apa-apa barangan yang berkaitan dengan kulit binatang. beli mahal-mahal tapi tak boleh nak guna, memang ralat sangat.

p/s: ramai orang kata (dari hasil komen di blog noe dan hasil bacaan internet), tak perlu samak kalau diikutkan mazhab lain, tapi memandangkan kita punya aliran mazhab ialah Imam Syafie, jadi lebih baik kita ikut sebaik mungkin (tak tukar2 mazhab melainkan jika disarankan seperti melakukan tawaf) dan lebih baik kita samak. samak pada persepsi aku ialah untuk menghilangkan kotoran memegang kulit babi, termasuk keraguan dalam diri. wallahualam.

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:47:00 PM Friday, September 30, 2011 4 orang dah komen

Monday, September 12, 2011

.: hai lah hati :.

manusia mana pun tak pernah ada yang sempurna, melainkan para nabi dan rasul. sebaik mana kita pun, seredha mana pun kita dengan apa yang kita ada, tak mungkin ada yang terkecuali dari mempunyai secalit rasa iri.

aku pun sama. kadang-kadang rasa iri dengan kawan-kawan yang sudah bekerja, ada yang sudah stabil pekerjaannya. punya pendapatan yang dikongsi dengan ibu bapa. ada yang sudah
mencapai impian bila sudah bekerja. sudah berkira-kira bila mahu menaiktaraf kehidupan seperti berkahwin, membeli kereta atau membeli rumah. kagum? *sudah mesti!* cemburu? *err, ada sedikit* rendah diri? *lebih banyak dari cemburu*

aku masih belajar sepenuh masa, tanpa ditaja oleh mana-mana badan melainkan badan mak dan abah, masih belum punya pekerjaan, apatah lagi pendapatan. ohh, perjalanan aku masih jauh :(

setelah membaca beberapa artikel untuk memuhasabah diri dan juga pengaruh dari k-drama, series negara barat dan drama tv3, aku rasa perasaan cemburu di dalam dunia ini ada beberapa jenis iaitu:

1) cemburu melampau nak mamp sampai kau nak musnahkan hidup dia. jeles sebab orang tu lebih cantik @ baik dari kau. sanggup fitnah dia bukan-bukan, kucar-kacirkan hidup dia, pregnant anak luar nikah dengan boyfriend dia (k-drama: thorn birds)

2) cemburu sederhana jahat. walaupun tak sekejam cemburu kategori 1, tapi mendoakan yang hidup orang yang kita cemburu tu tak bahagia, ada masalah lain dalam hidup dia.

3) cemburu dan tidak putus asa menjadikan ia inspirasi untuk berjaya.


tapi bila aku baca sumber dari sini, walaupun kesnya berbeza dengan skop aku, tapi sekurang-kurangnya aku lega. untuk sementara ini. lega untuk terus meneruskan hidup aku sekarang dan bersyukur dengan apa adanya.

dan aku sertakan di sini perkara untuk memujuk hati sendiri (aku ini pelupa, jadi ini menjadi peringatan untuk diri aku sendiri)

1) belum tentu itu yang terbaik untuk aku

jika aku bukan seorang pelajar, belum tentu aku akan mendapat pekerjaan. mungkin keadaan akan menjadi lebih teruk jika aku sudah tamat pengajian dan masih menjadi seorang bibik tetap di rumah. dan belum tentu jika aku sudah mendapat pekerjaan, nasib aku akan jadi seperti orang lain. aku ada seorang kawan sekolah rendah bernama lela. cita-citanya menjadi seorang guru. biarpun dia sudah selesai dengan diploma, tetapi dia masih rela untuk menyambung pengajian di UPSI selama hampir 5 tahun (sama tempoh dengan pengajian degree dan master aku), semata-mata kerana ingin kejar impiannya. dia rela walau berapa lama pun, asalkan dia menjadi seorang guru. aku hormat dia kerana itu. :)

2) setiap orang ada takdir dan rezeki yang berbeza

setiap orang, tidak kira betapa samanya jurusan, kelulusan, kampung, tarikh lahir, hobi atau muka kamu sekalipun, takdir tuhan ke atas setiap dari kita berbeza. tidak semestinya kawan sepengajian dari upsr hingga ke degree akan mendapat rezeki yang sama macam kita.

3) yakin dengan ketentuan Allah

setiap apa yang berlaku pada kita ialah yang terbaik dari Allah. takdirNya penuh rahsia dan kita sebagai makhlukNya kena mencari hikmah di sebalik ketentuan. mungkin rezeki aku tak seperti kawan-kawan yang awal tibanya. mungkin aku ini ujiannya lama. atau mungkin kerana kawan itu sudah lama tunggunya. atau mungkin ada lebih besar ganjarannya untuk aku. banyak sangat kemungkinan untuk aku yakin dan sabar dengan takdir ini.

dah, tu jelah kot. aku percaya rasa rendah diri itu patut wujud. supaya kita tidak menongkah ke langit. supaya kita sedar di mana diri kita berada. tapi bukan terlalu merendah diri sehingga tidak mahu berusaha untuk memberi yang terbaik dalam apa jua hal. bukan juga terlalu cemburu sehingga membusukkan hati dan membencikan sesiapa pun. jadikan apa yang kamu cemburukan itu sebagai semangat, sekurang-kurangnya jika kamu tidak boleh menjadi lebih baik dari dia, jadikan kejayaan dia sebagai gol kamu; bukan untuk dibanding-bandingkan, bukan juga untuk menjadi riak (menunjuk-nunjuk bila kita juga telah berjaya), tapi untuk membuktikan bahawa kamu juga sebaik makhluk Allah yang lain dan kamu juga boleh berjaya bila ada usaha. tapi ingat, buang rasa jauh-jauh rasa riak bila kamu rasa kamu sudah berjaya.

dan macam biasa, dari perspektif mak, cara untuk kita mengatasi rasa-rasa negatif itu ialah dengan solat untuk penyucian jiwa. sila buat solat dhuha dan tahajjud banyak-banyak ye~


tulisan hayati sekarang dah pukul 8:26:00 AM Monday, September 12, 2011 0 orang dah komen
Labels: muhasabah diri

Wednesday, September 7, 2011

bersalin

setelah beberapa lama menggunakan layout lama, akhirnya bertukar jugak layout untuk blog yang tak semenggah ni.

selamat jalan romeo~

tak payah cerita pasal betapa lamanya aku berangan-angan nak tukar layout baru, tapi apa yang lainnya pasal layout ini dari layout sebelum-sebelum ni adalah lukisan header dan footer dilukis oleh encik ehem sendiri. sebelum ni aku memang ada masalah dalam adjusting width untuk section post. kesannya akan menyebabkan gambar kita nampak kecil walaupun dah pilih size yang paling besar. tak tahulah samada aku ni memang orang zaman batu yang tak reti nak tengok kod CSS atau pun dia memang rajin nak tengok kod. apapun, masalah itu sudah diselesaikan.

(btw, dengan menggunakan interface baru blogger, saiz boleh diperbesarkan dengan berganda-ganda. hanya klik gambar setelah diupload, dan di bawah tu akan ada saiz yang kita nak, senangnyaa~)

sesiapa yang teringin nak merasa encik ehem melukis untuk anda, sila klik link di footer ye (cari dengan mata hati, bukan dengan mata kasar)

tapi walau apa pun, pengisian blog ini masih tergendala nampaknya.. haihh

tulisan hayati sekarang dah pukul 3:24:00 PM Wednesday, September 7, 2011 0 orang dah komen

Monday, August 29, 2011

.: pengaruh :.


bila duduk di rumah bersama keluarga pada bulan ramadhan yang lepas, memang lain dibandingkan bila kita duduk berasingan. perbezaan yang paling ketara bagi aku:

bila kita puasa bersama keluarga di rumah, tak rasa macam raya pun. melainkan kalau kau tengok tv hari-hari yang ada lagu raya. kalau tak, memang tak terasa. rasa macam best sangat ramadhan. rasa macam nak puasa lagi lama-lama. baru-baru ni bila aku sembang dengan dia, baru perasan lagi 3 hari nak raya. la, dah nak raya dah?

bila kita puasa di luar dan berjauhan dengan keluarga, baru seminggu puasa macam dah tak sabar nak raya. sebab nak balik kampung jumpa keluarga. nak makan ramai-ramai. nak jumpa semua orang.

tapi, walau kat mana pun kita berpuasa dan bagaimana pun kita nak sambut aidilfitri, semoga ramadhan yang akan berlalu ni sedikit sebanyak telah mengubah kita menjadi orang yang lebih baik dari sebelum ni. jika tak setinggi bukit pun, cukup untuk kita tahu yang kita ada perbaiki kelemahan diri kita. dan semoga kita dipanjangkan umur untuk berjumpa dengan ramadhan yang akan datang pada tahun-tahun yang akan datang.

dan kepada yang sedang menyambut aidilfitri. selamat berhari raya. minta maaf kalau ada sesiapa yang pernah terasa dengan penulisan aku. kadang-kadang aku tulis untuk peringatan untuk diri sendiri, tapi ada pulak yang terasa hati. minta maaf sangat-sangat.

salam lebaran :)


tulisan hayati sekarang dah pukul 4:50:00 AM Monday, August 29, 2011 0 orang dah komen

Monday, August 1, 2011

.: mengejar cinta :.

seminggu sebelum ramadhan, memang aku tak tenteram. duduk, baring, tidur, berjalan, semua ada yang tak kena. masuk tidur pukul 1, sampai ke subuh baru lena. bermacam gaya tidur pun masih tak boleh lena. masak selalu takde mood. mengemas apatah lagi. mandi pun kalau rasa nak mandi. oh, terasa sebijik seperti orang tak terarah hilang haluan.

bila tak tenteram, secara tak langsung, fizikal memang terganggu. muka nampak penat, rambut macam singa, cepat marah, cepat hilang mood, alergik pun makin menjadi-jadi.

satu hari, mak tengah masak-masak di awal pagi sebab nak bawak makanan untuk potluck office, aku turun bawah (ingat nak tolong mak, tapi end up dengan aku hanya duduk memerhati). sembang punya sembang, sehingga termasuk perihal diri aku yang tak semenggah ni.

mak manalah yang akan berdiam bila tengok keadaan anak dia macam homeless and heart-broken macam aku ni. apa lagi, segala macam cerita pengajaran dan nasihat dan petua dan macam-macam lagi keluar. kami sembang dari pukul 4-6 pagi, aku mampu tergelak sampai ke telinga. tapi tentulah yang paling terkesan ialah cerita ketuhanan. kadang-kadang kita tak sedar pun prestasi ibadat diri kita. kita rasa kita dah buat sebaik mungkin, tapi sebenarnya kita kekurangan benda yang terpenting.

dan beberapa hari sebelum ramadhan, aku ambil nasihat mak. aku implement kata-kata dia, aku lebih rapat dengan Dia, lebih dari biasanya. dan bila itu terjadi, oh my.. tiada kata-kata yang kau dapat cari untuk gambarkan betapa bertuah dan tenangnya bila kita menjadi seorang muslim. yang kita ada tempat untuk berpaling bila kita rasakan seperti kita keseorangan dalam dunia ni. hati yang kosong dipenuhi semula. dengan kasih sayang, dengan ketenangan, kegembiraan, satu persatu benda yang hilang datang semula.

mungkin Dia hilangkan sesuatu dari hati aku supaya aku mencariNya semula, dan mungkin ramadhan kali ni peluang terbaik untuk aku kembali mengejar cinta Ilahi :)

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:58:00 PM Monday, August 1, 2011 2 orang dah komen
Labels: muhasabah diri

Friday, July 22, 2011

.: penat :.

pernah tak, kau rasa macam penat nak jaga perasaan manusia?
penat nak buat macam-macam tapi takde langsung apresiasi untuk kau?

pernah tak kau rasa macam halimunan?
yang mana kalau kau takde pun semua orang boleh hidup bahagia macam biasa.

pernah tak kau rasa macam nak lari dari semua yang kau ada sekarang?
supaya nanti bila takde apa-apa, baru kau boleh hargai apa yang kau hilang tu. atau supaya ada orang terasa kehilangan kau.

pernah tak kau rasa macam nak mulakan hidup dari satu titik kosong. zero. tanpa ada apa-apa dan mula mendaki semula?

pernah tak?

aku pernah rasa.































sekarang.

tulisan hayati sekarang dah pukul 3:39:00 AM Friday, July 22, 2011 2 orang dah komen
Labels: perasaan

Sunday, June 26, 2011

.: research menarik :.

adik aku (bancik) boleh dikatakan suka makan italian food, kami yang lain-lain (termasuk aku) main bedal je, dan suka makan apa-apa pun, lagipun lebih fleksibel macam tu. tapi salah satu makanan kegemaran aku adalah laksa johor, adakah kerana ia menggunakan spagetti maka jadi lebih sedap? (dan adakah kerana aku gemarkan italian food jadi aku suka makan laksa johor?) macam boleh buat propositional logic di sini.

jadi hampir setiap kali aku balik cuti weekend, tambah pulak kalau bancik tengah kaya, mulalah nak suruh aku masak macam-macam. spageti bolognaise (agak boring), pizza (tengok kalau rajin menguli tepung), pasta bermacam perasa mahupun gaya dan lasagna. ini sahaja yang aku tau buat untuk italian food T-T

dulu-dulu masa nak belajar masak lasagna untuk pertama kali, hasilnya sangat tak jadi. sebabnya mungkin:
1) aku terus guna yang lasagna segera jenama san remo (tak perlu rebus) tanpa cuba lasagna yang perlu rebus dulu
2) sos agak pekat (kurang air)
3) aku buat banyak lapis (dalam 5 lapis kot, tapi banyak la lasagna tu)
4) mula layering dengan lasagna, yang mana aku jumpa semua tutorial dalam youtube mula layering dengan sos merah, to prevent the lasagna sheet from burning.
5) mangkuk casserole yang aku guna tu tak dalam sangat (dalam 1 inci-1 inci setengah )
6) letak kepingan lasagna rapat sangat, smpai bertindih sikit. tak sangka lasagna tu akan berbuih dan mengembang dengan drastik sampai melimpah mangkuk T-T
7) ini agak sengal. aku masukkan fillet ikan, kononnya mahu buat seafood lasagna, tapi ikan tu aku potong agak besar, jadi tambah melimpahlah lasagna itu :(

jadi untuk first time tu memang agak kecewa hasilnya. lapisan atas agak keras (meleding), lapisan bawah pun agak keras (tak kembang), buang lapisan atas bawah, isi tengah dia tetap dimakan dan habis :')

cubaan kali kedua pulak, kali ni aku kurangkan kepingan lasagna (masih guna lasagna segera), lebihkan air untuk sos.

hasil: cair pulak! sebab kegagalan kali kedua:

1) lasagna sheet tu guna sikit je
2) sos tak reti nak agak cair mana

oklahkan, sebab kegagalan berjaya dikurangkan :P

kali tu aku buat 2 bekas; satu bawak datang shah alam dan satu untuk kat rumah. tak tau komen kat rumah macam mana, nasib baik masa aku masak tu bancik takde kat rumah, kalau tak, ayat dia mesti lebih kurang macam ni, "haih, tak payah masak dah la engah, asyik tak jadi je" :P tapi bekas yang bawak datang shah alam tu habis dengan sekali makan je, terharu aku walaupun lasagna tu cair dan rupa dia agak buruk :')

jadi untuk kali ketiga, aku buat banyak research, tengok macam-macam sumber untuk perbaiki mutu masakan yang tak berapa bermutu ni (tersedak dr muthu).

untuk masak lasagna, semua orang tau, selain kepingan lasagna tu, kita perlukan 2 sos; sos putih dan sos merah. sos merah banyak yang common dan boleh customize. dalam video masakan dari luar negara, untuk sos putih, hampir semua guna bancuhan telur, ricotta atau cottage cheese, mozarella cheese, parmesan cheese dan bahan perasa. tapi dalam negara kita pulak, sos putih guna campuran susu segar, cheese (mostly cheddar), tepung gandum dan perasa, atau pun sup cendawan.

sumber luar negara:
1) sumber 1 (main reference)
2) sumber 2
3) sumber 3

sumber dalam negara:
1) sumber 1
2) sumber 2
3) sumber 3

adakah aku patut buat benchmark untuk kedua-dua resepi di atas? hoho, kalau buat research menarik macam ni kan best.

demi untuk menjawab persoalan yang mana lebih sedap, aku pun buatlah guna 2 percubaan, satu menggunakan resepi omputih dan satu menggunakan resepi dalam negara.

hipotesis 1: mungkin cheese kat luar negara murah dan mudah didapati, jadi diorang letak banyak cheese pun ape ade hal. kalau kat sini, kat kedai runcit takde jual, kena cari kat kedai bakery atau dekat hypermarket, supermarket pun silap-silap takde stok. jadi orang dalam negara improvise ikut kemampuan poket dan availability bahan. bijak!

hipotesis 2: orang dalam negara khasnya orang melayu mungkin tak suka dengan lambakan keju. cepat muak seperti aku. macam mac and cheese, aku tak boleh nak makan banyak sangat. same goes with carbonara spagetti. atau pun roti dragon kat murni.

nak tau apa hasil dan perjalanan research menarik aku? sila tunggu entri akan datang =)

tulisan hayati sekarang dah pukul 7:55:00 AM Sunday, June 26, 2011 4 orang dah komen
Labels: hobi, makan-makan, masak-masak

Tuesday, June 7, 2011

.: risiko :.


hidup memang berisiko. terlalu. dari dalam kelambu, bilik air, memandu kereta, melintas jalan dan segala benda ada risiko. walaupun bershopping.

contoh situasi: bila satu hari aku menghabiskan duit untuk membeli benda yang aku paling nak. pada masa yang sama, aku memberi risiko kepada diri sendiri pada masa depan yang mungkin tidak cukup duit.

walaupun aku seorang yang pengecut dalam mengambil risiko, tapi secara tidak sedar, aku telah pun mengambil risiko, mungkin dalam darjah yang sedikit.

dan kali ini, mungkin aku patut ambil risiko untuk benda yang lebih besar, dan darjah yang lebih tinggi.

contoh: mungkin aku patut menimbang secara serius untuk menjadi tutor bila bukak semester nanti. mungkin aku patut mengorbankan masa tv dan cafe world tersayang untuk menjadi pelajar yang cemerlang. mungkin aku patut dengar kata-kata parents aku dari ikut rasa hati atau orang lain. mungkin aku patut punya pendirian aku yang sendiri yang lebih kukuh, dan penilaian diri yang rasional.

mungkin.

mungkin aku patut berubah untuk aku dan bukan orang lain. umur pun dah lanjut. mungkin dah tiba masa untuk aku ambik risiko.

benda utama yang perlu aku lakukan sebelum mengambil risiko ialah:
1) doa
2) minta restu parents
3) determination

adalah sangat penting untuk kita buat benda-benda ni untuk rasa yakin dengan tindakan yang bakal kita ambil.

step 1 to go, semoga ditunjukkan apa yang terbaik :)


tulisan hayati sekarang dah pukul 11:58:00 PM Tuesday, June 7, 2011 0 orang dah komen

Thursday, May 26, 2011

.: facebook oh facebook :.

hari ni bila aku bukak akhbar utusan mukasurat dua (rabu-25/5), ada satu fakta yang aku rasa menarik untuk kongsi di sini.

fatwa haram dikeluarkan ulama mesir ke atas penggunaan laman sosial facebook kerana kesan negatifnya kepada pasangan suami isteri (utusan malaysia, 2011).

alasannya kerana mereka telah menemui bukti yang mengaitkan peningkatan penceraian sebanyak 66% yang berpunca daripada aktiviti facebook, myspace 15% dan twitter 5%.

jatuh haram ok, bukan makhruh dah. aku dah pernah ceritakan pendapat aku pasal rangkaian sosial ni. pada pendapat aku yang serba kurang, dan berdasarkan pemerhatian thesis encik ehem, rasanya semua pun dah tau macammana kuatnya pengaruh internet pada negara timur tengah. ada macam-macam sumber yang berunsur hasutan dan menyebar khabar angin palsu untuk gulingkan kerajaan memerintah. masih ingat lagi pada rusuhan kat mesir yang sampai kerajaan putuskan sambungan internet? mungkin antara penyebabnya, kerajaan tak nak rusuhan semakin teruk, rakyat blogging, post video kata kerajaan macam-macam, pastu ajak buat rusuhan ke.. jadi kesannya lebih kurang sama pada penggunaan facebook.

tapi kat malaysia ni, facebook memang dah menjadi semakin penting. PM pun ada facebook, VC uitm pun rasanya ada, badan-badan kerajaan, komuniti. semua dah melihat facebook ni sebagai platform yang baik untuk berkomunikasi secara terus. memang ada kesan yang baik, tapi semua benda mesti ada baik buruknya.

contoh senang, dekat album si isteri, ada gambar dia tengah bertepuk tampar dengan lelaki di tempat kerja, ditangkap candid oleh rakan sekerja. dipublish dengan niat nak komen berjela-jela dengan kawan-kawan lain, sekali si suami nampak pulak gambar tu. tak pun, ada perempuan bergetah dengan pakaian ketat komen dekat status si suami, mau tak makan hati si isteri bila si suami galak berbalas komen. bila dah gaduh-gaduh manja tu mulalah nak tulis status macam-macam.

suami : "malam ni kena tido dekat sofa"

isteri: "harini mogok tak nak masak"

dah masuk campur tangan orang awam yang tak tahu apa-apa, komen macam-macam. mungkin ada yang baik bagi nasihat ke, tapi mungkin jugak ada yang menghasut ke, benda tu semua possible. hmm, mungkin juga aku patut sekat penggunaan facebook bila aku berkahwin nanti (kalaulah aku tahu macammana)

penggunaan facebook pada diri aku pun tidaklah utama sangat, walaupun setiap hari aku akan login facebook. bagi aku, selain menjadi stalker kawan-kawan, sebabnya adalah:



aku main cafe world ni je haa..

pasal itulah aku sangat malas nak mengupdate status ke, mengupdate relationship ke (yang aku rasa tak penting), mahupun mengupload gambar (minta maaf pada yang minta aku upload gambar).

di rumah aku, penggunaan facebook pun dipantau oleh presiden (abah). kami adik beradik dah banyak kali kena sound dengan abah, sebab luangkan masa depan laptop 24-7. abah cukup tak suka tengok kami online, lebih-lebih lagi kalau facebook. walaupun abah agak buta it (diperakui oleh abah sendiri), tapi bila nampak header biru kat atas, dengan gambar-gambar berderet-deret, tau dah.. tak lain berfacebook la tu.

abah kata kalau kita berfacebook ni, kerja rumah terbengkalai, bil elektrik melambung, demand untuk capaian jalur lebar yang lebih tinggi meningkat, masa tidur kucar-kacir, sikap pemalas yang berleluasa, membuang masa yang sepatutnya dihabiskan dengan aktiviti yang berkualiti. nampak tak betapa tingginya kesan buruk facebook kepada hubungan kekeluargaan? huhu.

jadi? aku rasa, benda ni boleh dikawal, kalau semua orang ada pengetahuan pasal internet crime dan privasi. simpan sikit untuk diri, jangan cerita semua pada awam (peringatan dia pada aku jugak ni)

=)

tulisan hayati sekarang dah pukul 12:00:00 AM Thursday, May 26, 2011 0 orang dah komen

Friday, May 20, 2011

.: sayangnya Dia :.

sepatutnya aku sedang bergembira sekarang kerana cuti yang dinanti-nanti dah datang. nak bersenang lenang menikmati cuti di rumah, nak mengasah skil memasak, nak merajinkan tulang mengemas rumah, pendek kata nak memanfaatkan segala waktu terluang untuk buat benda yang aku tunggu-tunggu.

tapi bila saat itu tiba, aku tak berapa sihat pulak. batuk kuat, hidung tersumbat, rasa susah nak bernafas dan allergik pun dah menunjukkan diri, macam tau-tau je aku dah balik rumah.

aku ini seorang yang mudah sakit, walaupun badan sebenarnya nampak macam mempunyai imun yang kuat. jangan mudah terpedaya. dulu masa aku diploma, seingat aku, hampir setiap sem mesti aku ada demam, tak kisah demam kura-kura atau demam teruk. masuk degree, pun lebih kurang sama. sampai sekarang.

siapa yang suka sakit? sebulan dua sebelum aku tak sihat, aku meminta bukan-bukan dari Allah. bukan-bukan itu bukanlah merepek sangat, cuma mungkin apa yang telah Dia susun aturkan itu tidak rela aku terima. dan bila dia turunkan sakit ini pada aku, aku sedar sepatutnya benda yang lebih penting aku lakukan ialah bersyukur. jika aku berdoa supaya apa yang aku hajatkan itu dimakbulkan (yang mana aku tidak tahu pun baik atau tidak untuk aku), tapi sebagai akibatnya tubuh ini tidak sihat seperti sebelumnya, maka aku redha dengan ketentuanMu Tuhan.

aku ni tiada apa pun. langsung. tapi aku tahu, jika kita bergantung kepada Dia, walaupun semasa kita berada di tangga serendahnya, tiada satu apa pun yang akan buat kita rasa tak tenang.. kan? terima kasih Tuhan, kerana datangkan sakit ini. kerana telah sedarkan aku apa yang lebih penting sebenarnya. terima kasih kerana masih sayangkan aku :')



tulisan hayati sekarang dah pukul 10:39:00 PM Friday, May 20, 2011 0 orang dah komen

Monday, May 16, 2011

.: untuk yang teristimewa :.

situasi 1:
zaman sekolah rendah aku bukanlah gemilang sepeti orang lain, begitu juga dengan sekolah menengah. aku bukanlah seorang ketua darjah, penolong ketua darjah, malah jauh sekali pengawas atau pun pengawas perpustakaan. aku pun bukanlah atlit balapan ataupun olahragawati. aku cuma pernah wakil rumah hijau dalam acara 200 meter pada darjah empat dan hanya layak dapat nombor 8 antara 12 orang. dan aku cuma pemain pertahanan bola jaring dan bola baling yang hanya main setakat peringkat zon sahaja.

aku juga bukanlah cantik dan hot untuk jadi sasaran adik angkat ataupun kakak angkat. dan aku pun tidak pernah ada cinta monyet sepanjang persekolahan aku. aku mungkin cuma ada crush bodo-bodo dengan budak-tak-baligh-yang-berlagak-macho je. (bunyi macam aku seorang loser)

situasi 2:
ada satu hari, aku menghadiri majlis pernikahan kawan lama semasa sekolah dulu. kawan lama itu namanya jamilah, tapi mesra kami bahasakan sebagai 'mek'. ibu mek merupakan guru sekolah rendah tempat aku dan beberapa kawan lain belajar. lepas si suami selesai lafaz akad semua, macam babak-babak normal kat mana-mana majlis nikah pun; pengantin salam family, semua kawan-kawan yang datang pakat nak peluk cium pengantin dan drama-drama biasa yang lain.

tapi masa tu mata aku dapat tangkap wajah seorang yang aku simpan wajahnya dalam kotak memori aku, tapi malangnya proses untuk recall nama beliau tersangkut di tengah jalan. seorang guru yang pernah mengajar aku. aku tegur dia.

A: assalamualaikum, cikgu kan? (walaupun tak sebut nama langsung)
C: ye saya.
A: cikgu, minta maaf, saya kenal muka cikgu tapi saya lupa nama cikgu. (kena jujur dengan guru)
C: kamu tak ingat nama saya? kamu yati kan, saya ingat lagi kamu. tapi kamu lupa saya. cepat ingat nama saya.. (antara nada gurau dan marah, dah lama tak kena marah dengan cikgu)

dan perbualan itu bermula dari situ.

ingat situasi 1 tadi? aku bukanlah siapa-siapa untuk layak diingati, but yet she can still remember my name. perasaan terharu yang tiada siapa pun boleh rasainya.. tapi aku. aku kenal sangat dengan cikgu tersebut, ustazah yang pernah mengajar subjek pendidikan Islam, dan mengajar aku main bola baling dan bola jaring. satu persatu memori keluar dari ingatan (alangkah indahnya kalau memori keluar laju macam ni masa nak jawab test algorithm).




ini adalah gambar aku dan cikgu tersebut yang ditangkap secara tak sengaja. walaupun hanya secara tidak sengaja, tapi bolehlah dari takde. untuk cikgu tersebut, dan semua guru-guru yang pernah mengajar aku, dari sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, diploma, degree dan master, terima kasih tak terhingga di atas ilmu dan kenangan anda. terima kasih kerana mengajar saya untuk menjadi diri saya sekarang, walaupun ada yang saya terlupa nama, tapi tempat guru sentiasa istimewa di hati saya. terima kasih!

selamat hari pendidik!

:)

tulisan hayati sekarang dah pukul 1:25:00 AM Monday, May 16, 2011 0 orang dah komen

Thursday, May 12, 2011

.: tumpang sekaki :.

bila dah menginjak umur suku abad ni, memang normal sangatlah bagi seorang manusia, lebih-lebih lagi bagi wanita untuk bertukar dari status tunggal ke sudah bertunang atau sudah berkahwin. ada sesetengah orang berpendapat masa inilah wanita sesuai disunting untuk menjadi isteri. tidak terlalu muda dan pula tidak terlalu tua. sudah dewasa, matang dan boleh pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seterusnya ibu. tapi jangan tersinggung pula isteri dan ibu yang muda. korang pun tak kurang istimewanya, berpeluang untuk memikul tanggungjawab di usia muda bukan tugas yang mudah (macam mak aku). pada yang sudah melepasi had umur pun harap jangan tersinggung, kita sekapal! :)

agak menjadi kejutan budaya jugaklah untuk aku, tiba-tiba dari bulan februari berduyun-duyun jemputan majlis kahwin yang aku terima. rasa macam best sangat sebab selalu dapat jemputan kahwin tulis macam ni:


Dengan segala hormatnya kami menjemput dan mempersilakan
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
Abd Hamid & keluarga
ke majlis perkahwinan bla bla

tapi sekarang macam ni pulak:

Dengan segala hormatnya kami menjemput dan mempersilakan
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
hayati & ??
ke majlis perkahwinan bla bla

rasa teruja pulak bila nama sendiri tertulis pada kad kahwin, walaupun bukan empunya diri yang kahwin.

aku memang suka sangat pergi majlis kahwin. tapi malangnya banyak yang bertindih. contohnya, pada tarikh keramat 28hb mei, 5 undangan perkahwinan dah diterima, tapi malangnya hanya satu je yang aku boleh datang, sebab jarak lokasi antara kenduri teramatlah jauh melangkaui sempadan selangor =P. tambah lagi, dengan prioriti yang aku perlu berikan kepada sepupu yang tercinta =) amatlah frust bila tak dapat berada kat sana untuk raikan hari-besar kawan-kawan *sampai sekarang frust wehhh *

dan untuk tahun ini saja, dah beberapa kenduri kawan-kawan yang aku sempat terjah. rasa macam nak buat organizer untuk perkahwinan pulak, nak tengok mana wedding yang dah attend, kenduri mana nak pergi untuk bulan depan, nak beli hadiah apa. nanti kang ada yang tertinggal pulak =P

walaupun aku sendiri tak pasti bila giliran aku akan tiba, tapi sejujurnya, aku tumpang gembira bila tengok kawan-kawan yang telah pun berkahwin ni bahagia dengan pasangan masing-masing. pegi honeymoon, birthday celebration with their spouse, ada yang suami masak untuk buat surprise lagi.. awww, suwitnyee! :')

p/s: yati, sila bersabar ok, jangan potong Q!

tulisan hayati sekarang dah pukul 1:51:00 AM Thursday, May 12, 2011 2 orang dah komen

Saturday, May 7, 2011

.: multithreading :.

multithreading atau multitasking atau dalam bahasa pasarnya, membuat beberapa kerja dalam satu-satu masa. berapa ramai orang yang diberi keistimewaan ni?

dari dulu sampai sekarang, aku selalu rasa aku boleh multitasking. antara tugas-tugas yang berjaya aku lakukan serentak:

1) aku boleh memasak sambil main fb application,
2) boleh berbual sambil berbalas hp mesej,
3) boleh berbual dengan adik aku sambil update blog,
4) boleh memandu sambil berangan (sangat bahaya),
5) boleh memandu kereta manual di uitm yang permukaan mukabuminya berlekuk-lekuk sambil bersembang (multitasking ke?)
6) boleh makan sambil berbual dan menonton televisyen
7) boleh mendengar dan menyalin nota
8) boleh belajar sambil berdating

tapi senarai di atas tidaklah sehebat mana pun. apa yang aku mahu katakan di sini ialah tugas-tugas yang lebih besar. contohnya;

1) bekerja sambil belajar
2) buat kerja part time malam hari, siang hari pun bekerja
3) bekerja sambil belajar untuk golongan yang dah berkahwin dan mempunyai anak

aku sebenarnya sedang melihat peluang yang ada untuk mengasah minat dan skill aku. tapi dengan tugas aku sebagai seorang pelajar yang masih belum selesai, aku ragu-ragu. dapatkah aku membahagi tugas itu dengan adil?

katakanlah, jika diberi satu kerja dan usaha 100% diberikan. tapi jika ada dua atau lebih pekerjaan, usaha 100% terpaksa dibahagikan sama rata untuk setiap tugas. jadi adakah setiap kerja itu, usahanya halai balai (term encik ehem) sahaja? macammana pulak dengan hasil tugasan?

ada pepatah melayu kata, "jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". sangat tepat dengan apa yang aku rasa. walaupun aku nak mencuba potensi diri, tapi memandangkan risikonya tinggi jadi lebih baik aku playsafe.

ada satu hari, aku dan dia berbincang ilmiah *yelah sangat* mengenai tugas seorang isteri yang bekerja dan belajar pada masa yang sama. diberi situasi:

sepasang suami isteri yang baru berkahwin, jadi mood masih dalam honeymoon. si isteri dan suami pula kerjanya lain-lain syif, kadang-kadang si isteri kerja malam, si suami pulak kerja siang dan sebaliknya. si isteri pula masa minggunya terpaksa fokus belajar pula. jadi nak dijadikan cerita, si isteri ni ada exam pada esok harinya. tengah-tengah belajar, si suami pun ajaklah masuk tidur *double meaning* jadi antara tugas seorang isteri dan pelajar, sudah tentulah prioritinya kepada suami. jadi adakah dengan membuat multitasking, si isteri tidak memberi usaha penuh dalam memberi layanan kepada suami dan tugas sebagai seorang pelajar?

yes, multitasking memang berat. sebab itulah, ramai pensyarah dan ibu bapa yang baik hati selalu bagi nasihat pada pelajar-pelajar dan anak-anak yang disayangi,; habiskan belajar dahulu sebelum kahwin. ataupun, kalau nak bekerja, better buat dengan pihak universiti, jadi mereka tahu kita masih belajar dan mungkin beban kerja dapat dikurangkan bergantung kepada keperluan belajar. tapi ini hanya pendapat mereka, berdasarkan pengalaman mereka.

aku dulu pernah tengok abah belajar tengah-tengah malam, mungkin untuk ujian di tempat kerja. masa tu memang rasa kesian. abah kena tunggu semua orang tidur, untuk dapatkan suasana senyap, untuk fokus belajar.

mungkin dengan memilih multitasking, seseorang itu perlu bersedia dengan melakukan pengorbanan. mungkin kalau dah bekerja sambil belajar, dia perlu berkorban dengan tempoh masa yang lama untuk habis belajar. mungkin jugak pengorbanan dalam rumah tangga tu perlu untuk kebahagiaan bersama, kan? *ape hal aku masuk pasal rumah tangga pulak?*

jadi kesimpulannya, segalanya mungkin! tapi mungkin aku lebih selesa untuk patuh pada cadangan ibu bapa dan pensyarah.

tapi pelik jugak, kenapa bila berkahwin dan bekerja itu multitasking yang semua orang boleh buat? =P

tulisan hayati sekarang dah pukul 1:07:00 AM Saturday, May 7, 2011 0 orang dah komen
Labels: pendapat

Friday, May 6, 2011

.: makan makan-popeye's lousiana kitchen :.

dah lama tak buat entri bergambar, bosan jugak kalau hanya ada tulisan je.

tujuan utama lawatan kami ke popeye's ni sebab nak membuktikan kata-kata sesetengah orang yang mengatakan popeye's lebih sedap dari KFC. ayam lebih besar dan macam berbaloi. jadi kami pun pergilah popeye's kat sunway.


kebetulan tak ramai pelanggan kat sana, jadi bolehlah menangkap gambar sesuka hati.



rupa susun atur dan hiasan francais tersebut



untuk memesan makanan, sama macam kedai fastfood lain yang hanya ada goverment tax dan tiada service charge, sila beratur di kaunter.


aku ambik set 3pcs chicken dan dia ambik fish and shrimp set. setiap set dia akan bagi coleslaw, mash potato dan biskut; lebih kurang macam siew pau kat ikea tapi takde isi.

ni set aku dan dia


close up dia punya set, adalah dalam 3 ekor ke 5 ekor udang. tak pasti.

mash potato dan coleslaw ni agak lain dari kedai fastfood yang lain, dari segi rupa dan rasa. but still, rasa dia biasa-biasa je

tak tahulah macammana orang makan biskut ni, tapi ni cara aku dan dia makan. oleh sebab rasa biskut tu plain, jadi jem strawberry tu ada jugaklah memberi rasa sedap. tak terlampau manis bagi aku.




jumlah

secara keseluruhannya, rasa dia sama macam fastfood yang lain. agak frust sebab ayam dia takde spicy. kan dah tak habis..

niat untuk pergi lagi lain kali mungkin sudah tiada. tapi tak pelah, sekurang-kurangnya dah pernah merasa.

p/s: banyak jugak gambar makanan dalam koleksi aku. insyaAllah akan diupdate jika ada kelapangan. walaupun gambar itu dah lapuk.

tulisan hayati sekarang dah pukul 6:16:00 PM Friday, May 6, 2011 0 orang dah komen
Labels: makan-makan

Thursday, May 5, 2011

.: pengakhiran :.

lega sudah, tugas satu semester sudah selesai..
alhamdulillah sangat-sangat, walaupun banyak kekurangan dalam presentation, tapi Allah dah mudahkan segalanya =)

sebelum presentation, perasaan yang semua orang akan rasa: sangat gemuruh dan tak keruan. ada sesetengah pendapat kata, perasaan ni hanya ada kalau kita tak cukup persediaan dan tak dapat lihat kekuatan research kita. mungkin betul jugak dalam kes aku.

dari malam aku tak boleh nak lena sebab terlampau gemuruh, sebelum mandi dah termuntah seround (mungkin akibat tak cukup tidur atau gemuruh), dalam kereta pulak rasa macam nak termuntah lagi sekali, sebelum masuk bilik presentation dah melawat tandas dulu, dan sebelum pergi ke depan untuk present pun rasa nak pergi tandas lagi. tambah lagi, takde mood nak makan sebelum present.

tak tahu adakah rasa ini normal untuk orang lain atau tak, tapi bagi aku kali ni rasa gemuruhnya memang melampau. lebih sikit dari dulu-dulu. dan semestinya lebih gemuruh dari fyp. kesimpulannya, rasa macam nak meletup dada wa cakap lu!

mungkin aku dah membesar-besarkan perasaan aku, padahal sebenarnya biasa-biasa aje. tapi ini aku saja, seorang manusia yang memang sangat cepat gemuruh. sebelum present tu, ada dalam 5 minit, sempat lagi aku berangan, kalau penentuan gred untuk projek cadangan je dah gelabah macam ni, macam mana nak hadapi benda yang lebih besar? dissertation misalnya, mau menangis aku masa present. ataupun benda yang lebih dan paling besar; penilaian ibadat kita di akhirat.

memang betullah apa yang dikata dalam hadith dan al-quran, bila tiba kebangkitan manusia selepas mati nanti, ibu pun lupakan anak, kita hanya akan pentingkan diri kita sendiri sahaja. tak ada apa yang lebih penting dari fikirkan tentang ibadat kita, cukup ke untuk layakkan kita masuk ke syurga?

beberapa hari sebelum, untuk menenangkan rasa gelodak dan gundah gulana dalam dada ni, macam biasa, aku akan telefon pemberi nasihat yang terulung merangkap kawan baik sehidup semati aku; mak.

walaupun kami ni bukanlah orang yang mewah sangat *tiba-tiba* tapi mak kaya dengan tips. lebih kurang macam kamus segera yang efficient, insyaAllah tips mak berkesan. at least for me.

tips mak ni sebenarnya takdelah spesifik untuk diamalkan sebelum presentation je tapi boleh diamalkan bila hati kita tak tenang.

1) asmaul husna: zikir ya Rahman, ya Rahim, ya Razzaq dengan ya Rauf banyak-banyak kali. macam aku tak payah kira pun takpe, lebih banyak lebih bagus kan? ya Rauf ni maksudnya Yang Maha Mengasihani. insyaAllah, Dia datangkan perasaan kesian dan lembut hati pada orang dekat kita. dan ya Rahman, ya Rahim, ya Razzaq untuk rezeki. Allah tu kan sangat-sangat pemurah? berjuta-juta lemon rezeki Allah boleh bagi, asal kau mintak. jangan ego sangat tak mintak sudah.

2) jangan lupa baca "Hasbunallah hu Wani’mal Wakil, Wa Ni’mal Mawla Wani’man Nashir" atau terjemahannya " Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong”. kalau kepala otak dah blank sangat dan tak boleh nak hafal, lintas maksud ni dalam hati dan zikir nama Allah banyak-banyak.

3) Allahumma yassir wala tu'assir ya karim ( ya Allah, permudahkanlah dan janganlah Engkau menyukarkan, wahai Tuhan Yang Maha Mulia). aku selalu baca ni sebelum masuk exam dan present. mintak dimudahkanlah semua-semuanya

4) ada satu doa tu untuk lancarkan percakapan dan sebutan, tapi malangnya ia tak dapat diserap oleh otak aku :(

alhamdulillah, semua dah selesai. walaupun dapat panel yang detail orangnya, tapi juga lembut percakapannya dan mungkin lembut hatinya. dan tak lupa kepada supervisor yang sporting and supportive :')

perasaan yang sangat-sangat lega! lepas ni mulalah aku plan nak buat macam-macam, antaranya ialah memenuhkan blog ni dengan entri banyak-banyak dan berjela. *konon nak lepas gian*

tapi realitinya, aku kena segera mulakan fasa untuk dissertation. tak nak dah rasa gelabah macam ni lagi untuk semester depan. tak tahan!

waahh, rasa macam tak sabar pulak nak all out untuk dissertation. ada siapa-siapa ada tips macammana nak buat kita rasa enjoy buat research? *amal, kamu kan dah selamat, kongsi sikit*

tulisan hayati sekarang dah pukul 11:13:00 PM Thursday, May 5, 2011 1 orang dah komen

Wednesday, May 4, 2011

.: halangan :.

bila tinggal sehari lagi untuk special topics presentation..

mood: takut + gelabah + tak boleh tido

kepala otak dah fikir macam-macam benda nak buat, tapi yang dekat tu (presentation) tak boleh nak ingat, sebab bila ingat je nervous. haih.

jadi, tak boleh tulis panjang-panjang kat sini, nanti termasuk cerita research pulak..

kepada yang membaca, minta tolong doakan aku boleh? *doakan dapat A pun boleh jugak*

:)

tulisan hayati sekarang dah pukul 2:26:00 AM Wednesday, May 4, 2011 4 orang dah komen

Monday, April 4, 2011

.: rancangan hari ahad :.

ahad malam tadi ( 3 April ) mesti ramai yang tak keluar rumah sebab nak tonton Anugerah Bintang Popular Bintang Harian kan?

sama jugaklah macam diri aku, yang setiap tahun sanggup balik rumah kalau ada anugerah-anugerah kat tv ni. rasa excited nak tengok siapa yang menang anugerah apa, persembahan artis-artis, baju-baju yang artis ni pakai yang mostly lawa-lawa, ucapan yang berinspirasi ke, unexpected thing to happen ke. pendek kata, macam-macam nak tengok dan memang tak nak miss tengok.

dan hari tu aku pun bagitau dekat dia. mungkin aku balik hari isnin sebab nak tengok ABP. sekali dia tanya,

"report dah siap?"

aku diam. sebab jawapannya mestilah belum! lepas tu dia tanya lagi, lebih kurang macam ni:

"apa yang kita dapat kalau tengok cerita-cerita macam tu? orang dapat hadiah, duit beriban, kita? buang masa, bukan menang apa-apa pun"

aku, diam lagi. tapi agak setuju sebab kata-kata dia ada betulnya, lagipun aku tak hantar borang mengundi kat suratkhabar yang boleh menang kereta tu pun. dahlah report tak siap lagi kan, nak submit pun lagi 2 3 minggu, methodology pun takde lagi. haih.

sama jugaklah kepada pelajar yang lain, memang tak salah kalau nak berhibur sekali sekala. tapi kena beringat, with exam is just around the corner. ramai yang baru nak buat test 2, nak naikkan carry mark, backup test n quiz, submit proposal and project. buat sketsa third language. kalau niat nak tenangkan serabut belajar, boleh. tapi kalau kerja tak siap lagi, bukan ke lagi serabut?

jadi? malam ahad aku habiskan dengan menyiapkan report. cemerlangnya saya! =.="

pagi isnin beli suratkhabar berita harian untuk summary ABP. tak nak baca yang virtual punya. tak kira! :P

tulisan hayati sekarang dah pukul 1:02:00 PM Monday, April 4, 2011 0 orang dah komen

Saturday, April 2, 2011

.: penggunaan kata :.

hari ni aku balik rumah (yay!!). dalam perjalanan pulang ke kampung halaman ni, aku asyik gilir-gilir tekan radio channel 3 (flyfm) dan 4 (hotfm). sebabnya sangat penat dan mengantuk petang tu, jadi ingat nak cari lagu yang best sambil buat headbanging macam yang encik ehem selalu buat bila dengar lagu metal. nanti takdelah mengantuk sangat masa memandu..

lagu bertukar lagu, radio bertukar siaran. sampai satu lagu, nyanyian Andra and the Backbone. lagu ni rasanya dah lama sangat, masa degree pun aku dah dengar lagu ni. tapi masa tu aku tak pay attention sangat pada lirik dia. cuma dengar secara kasar, dan suka muzik dan suara penyanyi dia. memang tangkap syahdu lah.




dan peluang kali ni, aku dapat tangkap bait-bait kata dalam lagu tu. mula-mula memang macam, "awwwww, sweetnya lagu ni~" (sambil bayangkan aku dan dia lari-lari turun bukit sambil pegang tangan.... bayangkan aje ok)

tapi bila banyak-banyak kali diulang rangkap yang sama, rasanya macam tak berapa sesuai ditujukan lagu ni untuk seorang manusia. minta maaf, ini hanyalah pendapat aku. terpulang pada persepsi masing-masing sebenarnya.

tajuk lagu ni sendiri dah membawa maksud sempurna, yang mana tiada manusia yang sempurna melainkan Rasulullah SAW, dan semestinya pencipta Allah yang Maha Esa. mungkin lagu ni sebenarnya berunsurkan ketuhanan, mana tau kan. sebab aku dah cari sumber kat internet dan takde pulak yang menyatakan. tapi kita kena bersangka baik, mungkin betul jugak.

antara kata yang perlu kita renungkan:

kau adalah darahku
kau adalah jantungku
kau adalah hidupku
.
.
.
.

kau begitu sempurna

tak ingat sangat, boleh tengok video untuk lebih jelas kata-kata tu.

aku rasa, kita tak boleh nak puja manusia dengan kata-kata macam tu, banyak sebab la kan. kita tak boleh nak angkat manusia sebagai darah, jantung dan hidup, sebab katakanlah manusia yang diangkat kata-kata sebegitu tak dapat bersama dengan kita, hakikatnya, kita akan masih dapat hidup, kan?

bagi aku, jantung, hidup dan darah segala tu, hanya Allah je yang berhak, sebab Dia yang ciptakan semua tu. Dia punya. dan kalaupun nak menyatakan betapa sayangnya kita pada pasangan kita tu, mungkin boleh cari perkataan lain. kalau aku lebih suka macam "menjadi tua bersama" ke, "peneman suka duka" ke, "when i wake up i see u by my side" ke, "i want to hold your hand forever" ke kan.. eceh :P

lepas tu, penggunaan kata "begitu sempurna". sempurna itu sendiri dah bawa maksud besar, tambah lagi dengan permulaan "begitu", wahh, tingginya darjat manusia tu diangkat oleh manusia sendiri. *memang lagu ni sesuai untuk memuji Tuhan yang Esa itu *

macam satu benda yang pernah encik ehem cakap kat aku baru beberapa hari sudah, pasal aku yang suka merancang 'sesuatu' yang nak nampak sempurna; di mata aku. tapi dia kata, manusia sendiri itu tak sempurna, macammana nak merancang sesuatu itu jadi sempurna? dan layakkah mahukan sesuatu itu sempurna kalau dia pun tak sempurna?

tulisan hayati sekarang dah pukul 9:12:00 PM Saturday, April 2, 2011 2 orang dah komen
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

aku

My photo
hayati
ini tulisan hati..
View my complete profile

yg sudah lepas

  • ►  2013 (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (9)
    • ►  September (2)
    • ►  July (3)
    • ►  May (2)
    • ►  February (2)
  • ▼  2011 (33)
    • ▼  December (1)
      • Pelangi untuk yang teristimewa
    • ►  November (1)
      • syukur
    • ►  September (3)
      • bila casing handphone pun ada kulit babi
      • .: hai lah hati :.
      • bersalin
    • ►  August (2)
      • .: pengaruh :.
      • .: mengejar cinta :.
    • ►  July (1)
      • .: penat :.
    • ►  June (2)
      • .: research menarik :.
      • .: risiko :.
    • ►  May (8)
      • .: facebook oh facebook :.
      • .: sayangnya Dia :.
      • .: untuk yang teristimewa :.
      • .: tumpang sekaki :.
      • .: multithreading :.
      • .: makan makan-popeye's lousiana kitchen :.
      • .: pengakhiran :.
      • .: halangan :.
    • ►  April (2)
      • .: rancangan hari ahad :.
      • .: penggunaan kata :.
    • ►  March (5)
    • ►  February (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (23)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (67)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (7)
    • ►  September (6)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2008 (44)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (5)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2007 (28)
    • ►  December (5)
    • ►  November (10)
    • ►  October (3)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)

kengkawan

  • life of mine
    This journey is about ...
    7 years ago
  • Ceritera Warna Warni Kehidupan
    Saran Memasak Untuk Membantu Anda Untuk Memimpin Hidup Baik
    10 years ago
  • Angela's bloggie || http://angelalpev.blogspot.com
    13 albums of 2013.
    11 years ago
  • ^ sUaRa TaNpA bUnYi ^
    ^ sYukuR ^
    12 years ago
  • pocket full of sunshine
    151 days!
    12 years ago
  • :::.listen to my heart.:::
  • permulaan

singgahan tetap

  • Freewebcomic
    PHP Web Development Beneficial For Online Business
    2 years ago
  • Perempuan Jomblo
    Dah besar dah
    7 years ago
  • Work Hard Play Hard
    Sedia Keripik Pare Tidak Pahit
    10 years ago
  • ini fynn jamal cakap.
    kontradiksi
    11 years ago

mereka ini

 
© 2011 breakprimetime